Followers

Sunday, February 26, 2012

Adakah Al Assad dijatuhkan??

Krisis di Syria semakin meruncing. Penulis mendapat info melalui akhbar mengatakan Liga Arab bakal membekalkan senjata kepada pihak pemberontak untuk menjatuhkan pentadbiran Assad.

Penulis gagal untuk mendapatkan respon daripada rakan2 yang mengikuti perkembangan krisis ini tetapi apa yang dapat penulis katakan, ini merupakan tindakan yang tidak tepat. Sepatutnya, mereka kena fikirkan cara untuk menamatkan krisis ini tanpa menumpahkan darah sesiapa.

 Para penyokong Assad di Damsyik.

Hasil dari maklumat yang penulis peroleh dari media massa, jelas menunjukkan bahawa 55% rakyat Syria masih menyokong Bashar Al Assad sebagai Presiden Syria.

Petunjuk perasaan Anti Assad di Homs.

40% rakyat Syria pula menentang pemerintahan Assad. Kebanyakkan dari mereka berada di kawasan sekitar Homs atau selatan Syria.

Hanya ini sahaja yang mampu penulis katakan.......
Kita berharap agar segala krisis di sana dapat diselesaikan dengan segera.

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul........:)

Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernyawa hingga kini. Maafkan penulis kerana sudah lama penulis tidak membuat cerita yang baru mengenai dunia kita ini. Maklumlah, penulis bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.

Untuk topik pada kali ini ialah sambutan Maulidur Rasul. Kini, umat Rasulullah SAW di seluruh dunia menyambut Hari Keputeraan Baginda SAW. Tanggal 12 Rabiulawal, sambutan ini telah diadakan. Sebenarnya penulis tidak ingin bercakap panjang mengenai fakta Maulidur Rasul kerana penulis yakin anda semua sudah mengetahuinya.

Antara aktiviti tahunan sambutan Maulidur Rasul

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis ialah harapan penulis mengenai sambutan Maulidur Rasul. Seperti yang diketahui ramai, Islam sebenarnya dalam keadaan jatuh, berpecah dan ada yang mengatakan bahawa Islam tidak mungkin akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Sebenarnya kalau kita berpecah ini masih dalam keadaan agama Islam, Allah SWT yang satu, Nabi SAW yang satu dan agama yang satu iaitu Islam.

Sebenarnya, terdapat cara untuk menyatukan kembali umat Baginda SAW. Kita pupuk nilai dan pengajaran disebalik sambutan tersebut untuk kemajuan ummah. Penulis sebenarnya sedih dengan realiti yang berlaku terhadap umat Islam yang dahulunya gagah perkasa, kini lemah binasa. Sekiranya Baginda SAW masih hidup dan melihat apa yang berlaku sekarang, Baginda mesti sedih.

Oleh itu, marilah kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW bekerjasama menyatu-padukan ummah demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Bukannya susah pun nak usaha untuk mencapai usaha tersebut kerana Allah SWT. 

Akhir kata dari penulis, Salam Menyambut Maulidur Rasul dari penulis sekeluarga.

Tuesday, January 24, 2012

Ikhwanul Muslimin bakal memerintah Mesir

Gerakan Ikhwanul Muslimin berjaya memenangi pilihan raya berperingkat di Mesir dengan penguasaan 3/4 dalam Parlimen Mesir. Kini, hanya tinggal pilihan raya Presiden yang bakal menjelma pada bulan 6 akan datang.

Kini, adakah sinar Islam bakal kembali menyinar dii bumi Mesir? Itulah yang kita nanti2kan kelak.......


Allah Akhbar
Allah Akhbar
Allah Akhbar

Tuesday, January 3, 2012

Rumusan 2011

Kali ini sebelum penulis ingin bertolak ke sekolah, SBP Integrasi Sabak Bernam, penulis ingin menyatakan rumusan mengenai perkara2 yang berlaku pada tahun 2011 yang lalu.

Antara perkara yang hangat berlaku ialah kebangkitan rakyat di negara2 Arab yang ada kalanya mengejutkan dunia. Tetapi, kemuncaknya ialah perang saudara di Libya. Penulis hingga kini menyesal apa yang terjadi kepada Gaddafi sekeluarga. Pertempuran ini bermula pada awal sekitar Mac dan berakhir dengan kematiannya yang tragik.

Sebelum itu, tidak dilupakan juga keadaan di Mesir. Setelah kebangkitan rakyat semakin memuncak, pihak tentera telah mengambil alih kuasa dan Hosni Mubarak telah berundur ke utara Mesir. Walaupun pemimpin kuku besi itu telah berundur, tetapi rakyat masih berdemonstrasi untuk menegakkan demokrasi. Dan hasilnya, pilihan raya pusingan pertama telah diadakan dengan kemenangan Ikwanul Muslimin.

Dunia telah dikejutkan apabila pemilik syarikat Apple, Steve Job telah meninggal dunia. Kematiannya diratapi seluruh dunia terutamanya pengguna barangan jenama Apple. 

Selain itu, dunia telah digemparkan apabila pasukan komando AS secara rasminya telah berjaya membunuh suspek paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dalam satu serangan di kawasan Afghanistan. Dengan itu, AS telah mencapai kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah mereka.

Di tempat yang sama, Pakistan secara lantangnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera udara NATO yang menyerang melebihi kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan yang mengorbankan banyak nyawa orang awam. Sebagai tindakan balas, tentera Pakistan telah menyekat perjalanan bahan2 mentah kepada NATO.

Kemudian, usaha Palestine untuk menjadi ahli PBB semakin giat diperkatakan. Presiden Palestine, Mahmoud Abbas telah berucap di Perhimpunan Agung PBB dan ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh para deleglasi antarabangsa. Walaupun mereka bakal berdepan dengan kuasa veto AS, mereka tetap tidak berputus asa. Kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan China menyokong usaha Palestine. Pasukan deleglasi Palestine kini merantau ke seluruh negara2 Islam untuk meraih sokongan.

Kemudian, beralih ke Timur. Baru-baru ini, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-ill telah meninggal dunia akibat penyakit strok. Pihak tentera kini telah melancarkan propaganda untuk melantik anak bongsunya, Kim Jong-un sebagai pengganti ayahnya. Kematian Jong-ill sebenarnya telah membimbangkan negara2 jirannya.

Hanya ini sahajalah yang mampu dikatakan oleh penulis sepanjang peristiwa yang berlaku pada tahun lepas. Penulis berharap agar apa yang terjadi pada 2011 akan dijadikan iktibar pada masa yang akan datang.....

Tahun Baru 2012 #4

Sekarang kita semua sudah pon berada pada tahun yang baru. Apabila memasuki tahun yang baru, mesti ada azam dan semangat yang baru. Apapun, bukan ini yang penulis ingin katakan.

Apa yang cuba dikatakan oleh penulis ialah kesan selepas sambutan tahun baru. Memang betul, dan tepat apabila banyak kes gejala maksiat yang berlaku. Itulah realiti di negara kita.

Kata2 terakhir, penulis ingin katakan, tahun baru sudah tiba, marilah kita sama2 membawa diri kta ke arah yang terbaik...:)

*Tahun 2012, penulis bakal menghadapi SPM....:)