Followers

Friday, December 31, 2010

Rumusan 2010

Tahun 2010 semakin hampir ke penghujungnya. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Pelbagai perkara yang menarik yang dapat saya ketahui untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Bagi saya, tahun 2010 ini bermula dengan kesenangan, di ikuti pula penuh dengan ujian dan berakhir dengan kejayaan. Itulah rumusan 2010 bagi saya.

Mengenai peristiwa2 yang berlaku di dunia, pada bulan Januari 2010, album ke-10 Michael Jackson, Invincible, dipilih sebagai Album Of The Decade oleh Billboard Music Of 00'. Selain itu, pada bulan Mac, tentera Korea Utara telah menenggelamkan kapal perang Korea Selatan. Peristiwa ini mengakibatkan ketegangan di Semenanjung Korea. Pada bulan yang seterusnya, kekecohan telah berlaku di Thailand yang melibatkan penyokong bekas PM, Thaksin Shinawarta yang mendesak PM Thailand, Abhisit Vejjajiva untuk letak jawatan. Keadaan ini mengakibatkan Bangkok lumpuh dari segi ekonomi, politik dan hubungan serantau. Hujung bulan Mei menyaksikan tentera elit Israel telah menyerang konvoi bantuan ke Gaza yang di ketuai oleh kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 9 orang warga Turki telah terbunuh. Kejadian ini telah menimbulkan Turki tidak berpuas hati dan memanggil pulang dutanya ke Israel.

Bulan Jun menyaksikan Piala Dunia FIFA sedang berlangsung dan dijuarai oleh Sepanyol setelah mengalahkan Jerman dengan 1-0. Pelbagai kontroversi yang berlaku sepanjang piala ini berlangsung, antaranya ketepatan sotong kurita, Paul meneka setiap perlawanan yang sememangnya tepat. Pada bulan Ogos, Majlis Keselamatan PBB telah mengenakan sekatan ke atas Iran atas keengganan Iran menghentikan aktiviti nuklearnya. Bulan September pula menyaksikan petunjuk perasaan berlaku di hadapan kedutaan besar Malaysia di Jakarta sekaligus mengakibatkan ketegangan berlaku diantara kedua2 negara. Namun begitu, kedua2 pemimpin sepakat untuk sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

Bulan Oktober pula menyaksikan kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin kerana keengganan Israel membekukan pembinaan kawasan penempatan di Baitul Maqdis Timur. Pada bulan November pula, kontroversi telah berlaku ke atas Sony Music mengenai lagu "Breaking News" oleh Michael Jackson. Tentera Korea Utara telah membedil Pulau Yeonpyeong sekali gus menyebabkan ancaman perang semakin ketara di Semenanjung Korea. Wikileaks telah mengegarkan dunia apabila membocorkan rahsia Pentagon dan diplomat antarabangsa. Bulan Disember, dunia telah menyaksikan bahawa pengasas Wikileaks, Julian Assange telah di tahan dan dibebaskan di London. Palestin pula telah menjalankan Pelan B untuk mendapatkan pengiktirafan dunia terhadap kemerdekaan Palestin yang berdaulat.

Peristiwa2 di atas merupakan sebahagian kecil mengenai dunia yang dapat saya berikan. Kita semua berharap agar tahun 2011, dunia akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Thursday, December 30, 2010

Akhirnya Harimau menundukkan Garuda

"Garuda akhirnya tewas di tangan Harimau"

Itulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan mengenai kejayaan skuad negara kita, Malaysia menewaskan pilihan utama, Indonesia dengan agreget 4-2. Kejayaan ini sekaligus menamatkan kemarau 14 tahun.

Mengenai perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, rata-ratanya kedua2 pasukan bermain secara seimbang. Masing2 melakukan percubaan ke arah pintu gol. Namun begitu, insiden yang berlaku pada awal separuh masa yang kedua menyaksikan penjaga gol Indonesia, Markus telah bermain psikologi dengan berjalan keluar padang bersama rakan2nya dengan alasan penyokong2 Malaysia mengacukan cahaya laser ke arah penjaga gol berkenaan pada minit ke 53. Tetapi permainan bersambung semula pada minit ke 60 dan seminit kemudian, Safee Sali menjaringkan gol pembukaan. 7 minit kemudian, Ashari menyumbat gol kedua sebelum tandukan Safee Sali yang berkelas dunia menjaringkan gol ketiga 5 minit kemudian.

Setelah perlawanan tamat, jurulatih Indonesia menyatakan kekalahan anak buahnya bukan disebabkan pancaran laser tetapi gol pertama Malaysia. Media2 Indonesia mendakwa pancaran laser yang mengakibatkan kekalahan pasukan mereka dan ada yang menyatakan Malaysia menggunakan khidmat bomoh. Namun begitu semua dakwaan tersebut sememangnya tidak betul sama sekali. Mengenai pancaran laser, pihak FAM dan Stadium telah menjalankan siasatan dan hasilnya, kebanyakkan laser yang dipancarkan dari penyokong2 Indonesia.

Mengenai perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, pemain2 Indonesia menyerang pertahanan Malaysia bertubi2 tetapi kebanyakkan serangan tersebut dapat di tangkis oleh penjaga gol kita, Khairul Fahmi. Pada minit ke 19, pasukan Indonesia di hadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurna oleh kapten pasukan, Firman apabila sepakanya dapat ditangkap mudah oleh penjaga gol kita. Kemudian, tiba separuh masa yang kedua. Pemain2 Indonesia terus menggandakan serangan tetapi pada minit ke 54, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pertama untuk Malaysia melalui tendangannya yang dianggap sebagai tendangan kelas dunia. Namun, setelah bertubi-tubi serangan Indonesia, Nasuha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 72 dan gol kedua melalui sepakan Ridwan pada minit ke 88. Walaupun Indonesia berjaya dengan 2-1 tetapi mengikut agreget, Malaysia menjuarai dengan kiraan 4-2.

Selepas perlawanan ini, PM Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa hari Jumaat sebagai hari cuti umum sebagai tanda meraikan kejayaan skuad negara.

Thursday, December 23, 2010

Michael Jackson - A Man Full Of Legacy


Michael Joseph Jackson sememangnya terkenal melalui albumnya yang bersejarah, Thriller, gaya menarinya yang hampir mustahil ditiru oleh orang lain dan kreativitinya dalam lagu dan kehidupannya.

Mengenai karya dan pencapaiannya, seluruh dunia tahu bahawa albumnya, Thriller merupakan album yang paling laris sepanjang zaman dengan jualan sebanyak 110 juta album seluruh dunia hingga kini. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakkan lagunya mengisahkan perkara yang benar mengenai dirinya dan di dunia seperti lagu She's Out Of My Life(1979), Human Nature(1982), Bad(1987), dan banyak lagi. Beliau telah memegang pelbagai rekod dunia, antaranya ialah video muzik yang paling mahal iaitu lagu yang bertajuk "Scream" yang bernilai ASD 9.7 juta, jualan album 2 CD paling laris menerusi album "HIStory" dengan jualan sebanyak 21 juta (42 cd), video muzik paling lama menerusi lagu yang bertajuk "Ghost" dan sebagainya. Beliau juga diiktiraf sebagai artis yang paling berjaya sepanjang zaman oleh Guinness World Record pada 2007.

Mengenai kehidupannya, beliau sering dianggap sebagai orang yang penuh dengan misteri sehingga kematiannya juga misteri. Sejak beliau mengalami kecederaan akibat kebakaran di kepala pada 1984, beliau mula mengubah wajahnya. Selain itu, beliau sering merahsiakan kehidupannya dari pengetahuan dunia sehinggakan sekeping gambar beliau dijual dengan harga semahal ASD 2.4 juta. Beliau pernah bercinta tetapi hanya sementara pada 1977, pernah berkahwin 2 kali. Tetapi baru2 ini, ramai yang menyatakan beliau telah mempunyai anak pada sekitar 1980an. Mengenai ibu tumpang yang melahirkan anak ketiga beliau,iaitu Prince Michael II atau Blanket, sehingga kini dunia tidak mengetahui siapa ibu tumpang tersebut.

Mengenai peminat2nya, statistik menunjukkan bahawa beliau mempunyai peminat seramai 1 billion orang. Sejak dari muda lagi, beliau sentiasa menghormati peminat2 nya. Ketika di Jepun pada 1987, peminat2 Jepun membanjiri setiap kawasan semata-mata mahu melihat wajah Michael Jackson sehinggakan seorang wanita sanggup cuba membunuh diri kerana tidak dapat melihat beliau. Tetapi cubaan wanita tersebut berjaya dipatahkan apabila Michael Jackson bertemu dengan wanita tersebut. Pernah suatu ketika konsert di Korea pada 1996, 2 orang lelaki cuba menghampiri beliau dan secara tidak sengaja mencederakan beliau, tetapi beliau melawat mereka dengan hormat dan gembira. Ketika kematiannya, dunia sepi buat seketika. Kerajaan AS, Britain, Jepun, Korea Selatan, Afrika Selatan, Perancis, Jerman, Russia, Australia, Brazil dan Itali berkabung selama sehari bagi memperingati jasa Michael Jackson terhadap dunia. Peminat2 bagaikan tidak percaya dan ada menangis seperti kehilangan keluarga sendiri.

Mengenai hartanya, beliau telah berhutang sebanyak ASD 400 juta. Harta kewangan beliau pula hanya sekitar ASD 250 juta. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang billionair. Beliau mempunyai pelbagai aset seperti katalog muzik The Beatles yang bernilai ASD 1.4 billion. Mengikut beberapa sumber, harta kekayaannya melonjak tinggi selepas kematiannya dan dijangka dapat menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat. Jumlah hartanya sebanyak ASD 1.3-ASD 1.7 billion dan dijangka terus bertambah.

Wednesday, December 22, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 : Siapakah yang bakal menjadi juara? Malaysia atau Indonesia?

Setelah kemarau 14 tahun, negara kita, Malaysia berjaya melangkah ke final Piala Suzuki AFF dan bakal bertemu Indonesia. Perlawanan pertama bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 26hb ini dan perlawanan kedua berlangsung di Jakarta pada 29hb.

Mengenai format perlawanan akhir piala tersebut, saya tidak berpuas hati kerana sepatutnya hanya sekali sahaja perlawanan akhir ini berlangsung, bukannya 2 kali. Dan tempat perlawanan akhir tersebut seharusnya diadakan di salah satu negara kecuali dua negara tersebut.

Mengenai negara Indonesia, mereka mempunyai beberapa pemain import seperti Christian Gonzalez. Mereka telah beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan. Tetapi ketika mereka bertemu dengan Filipina dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini, corak permainan mereka agak berhati-hati. Namun mereka berjaya mara ke final mengalahkan Filipina dengan agreget 2-0. Jurulatih Indonesia memberi amaran kepada pasukannya bahawa pasukan Malaysia yang berada di final ini bukannya Malaysia yang dikalahkan 5-1 oleh Indonesia.

Mengenai pasukan Malaysia, mereka pernah tewas 1-5 kepada pasukan Indonesia. Namun sejak dari itu, mereka telah mempamerkan corak pemainan yang begitu berdisiplin. Tetapi saya agak kecewa dengan pemain penyerang negara kita kerana gagal mempamerkan aksi yang mantap walaupun mereka berjaya menjaring 8 gol. Sebagai contoh, ketika perlawanan kedua menentang Vietnam di Hanoi, penyerang kita telah berjaya membolos pertahanan lawan tetapi gagal menyepak bola dengan kemas. Saya harap agar jurulatih, K Rajagopal mampu melakukan sesuatu. Namun, saya berharap agar pemain2 kita mampu bermain dengan cemerlang.

Sunday, December 12, 2010

Golden Gate University

Golden Gate University, sebuah universiti yang terletak di San Francisco, California, USA. Universiti ini mula ditubuhkan pada 1901 dan merupakan antara universiti terbaik di dunia. Universiti ini merupakan salah satu universiti impian saya setelah menamatkan pembelajaran saya di Malaysia nanti kelak.

Tujuan saya memilih universiti ini ialah kerana saya ingin mengikut jejak langkah arwah datuk saya, Allahyarham Haji Safri bin Samit yang pernah menuntut di universiti ini dan berjaya memperoleh Ijazah dan Master daripada universiti ini. Di samping itu juga, saya hendak ingin memperoleh sesuatu pengalaman yang menarik serta mencabar apabila dapat menuntut di universiti ini satu hari nanti.

Berikut merupakan gambar-gambar universiti tersebut :

Pintu masuk utama ke Golden Gate University.


Dewan Pembelajaran di dalam Golden Gate Universiti.


Logo Golden Gate University.

Friday, December 10, 2010

"Michael" (Album terbaru Michael Jackson) - Antara kontroversi dan realiti.

Muka depan album "Michael". Album ini bakal masuk dalam pasaran di Malaysia pada minggu ini.

Fakta :

Setelah kematian MJ yang menggegarkan dunia pada 25 Jun 2009(26 Jun di Malaysia), pada bulan Mac 2010, Sony Music Entertainment telah mengadakan kontrak dengan Michael Jackson Estate yang bernilai ASD 250 juta. Dalam kontrak itu juga, Sony berhak memasarkan 7 album daripada lagu2 MJ yang tidak diperkenalkan hingga 2017.Minggu ini, album pertama MJ selepas kematiannya telah memasuki pasaran iaitu album yang bertajuk "Michael".

Kontroversi :

Saya mendapati dalam satu laporan di mana ayah MJ, Joe Jackson dan Will.I.Am mengkritik Sony kerana mengeluarkan lagu2 MJ yang belum di pasarkan. Mereka menggangap tindakan Sony sebagai satu penghinaan terhadap MJ. Mengenai lagu "Breaking News", keluarga Jackson mendakwa suara dalam lagu tersebut bukan suara MJ. Dalam laman web www.michaeljackson.com, peminat2 MJ berbelah bahagi antara satu sama lain. Dalam pemerhatian saya, ada yang menyatakan suara penyanyi lagu tersebut sama seperti suara MJ dalam lagu dalam album Invincible, "2000 Watts". Namun begitu, sebahagian besar peminat2 bersetuju dengan keluarga MJ bahawa suara dalam lagu "Breaking News" adalah bukan suara MJ.

Pendapat mengenai album:

Saya berpendapat bahawa jualan album ini akan menyaksikan perpecahan dalam komuniti peminat2 MJ di dunia, khususnya di Amerika. Malah saya merasakan bahawa catatan jualan album tersebut akan mencapai sekitar 2-7 juta di pasaran dunia. Namun begitu, saya tetap mengharapkan yang terbaik dari jualan album tersebut kerana lagu-lagu tersebut mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. (Cewah, cakap macam eksekutif Sony. Haha...)

Tuesday, December 7, 2010

Pemimpin Islam yang sejati.

Dunia zaman sekarang penuh dengan pertelingkahan, konflik, dan perang sesama sendiri. Tetapi adakah dunia zaman sekarang mempunyai pemimpin Islam yang sejati?

Mengikut pandangan saya, saya masih tidak menjumpai mana2 pemimpin Islam yang sejati. Kesemua pemimpin2 Islam zaman sekarang tidak lagi memaparkan ciri-ciri keislaman yang sebenar dalam pentadbiran mereka.

Ciri2 pemimpin Islam yang sejati dari segi pandangan saya ialah, seseorang pemimpin itu hendaklah melaksanakan ibadat mereka dengan sempurna, memerintah negara mereka dengan cekap, adil dan saksama, bijak menyusun strategi ketika peperangan, sedia mendengar nasib rakyat, tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah negara, menyebarkan agama Islam, mahir dalam urusan pembangunan negara, dan tidak berputus asa dan tidak leka dengan kuasa yang ada.

Dalam sejarah Islam, hanya beberapa pemimpin Islam yang mengikuti ciri-ciri tersebut. Antaranya ialah
  • Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar Al Khattab dan awal pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan (632-647M)- Ketiga-ketiga Khalifah ini telah berjaya mengekalkan sistem pentadbiran keislaman yang sebenar yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka juga berjaya mengekalkan perpaduan umat Islam sehingga awal pentadbiran Khalifah Uthman, di mana beliau telah melakukan kesilapan dengan melantik beberapa orang gabenor di beberapa wilayah Islam yang terdiri daripada keturunan keluarganya sendiri yang menyebabkan beliau di bunuh oleh orang Islam sendiri.
  • Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)-Khalifah Umar merupakan khalifah ke 8 kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau telah menukarkan jabatan pertahanan kepada jabatan penyebaran agama Islam. Di bawah arahan beliau, agama Islam telah mula tersebar secara meluas ke Afrika Utara, Asia dan ada yang menjangkakan ke Asia Tenggara. Beliau juga telah mengamankan empayarnya apabila pemberontak2 kerajaan telah menghentikan aktiviti mereka kerana yakin dengan ciri pentadbiran beliau yang mengutamakan agama, bukannya kuasa seperti pemerintah2 Kerajaan Umaiyyah sebelumnya.
  • Sallahuddin Al Ayubi (1171-1193M)- Beliau merupakan seorang panglima yang berjaya menewaskan tentera Salib dan menghalau mereka daripada wilayah2 Islam. Beliau juga telah menjalankan pentadbiran kerajaannya dengan cekap. Sesungguhnya, beliau merupakan panglima lagenda dalam sejarah Islam.
  • Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (1259-1260M)- Beliau merupakan panglima Islam yang berjaya menewaskan tentera Mongol. Ketika itu, tentera Mongol telah menjatuhkan kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan mengusai sebahagian besar dunia Islam. Namun dengan kesungguhan beliau, beliau telah menewaskan mereka dengan mudah pada 1260 M. Beliau merupakam seorang pemimpin Islam yang warak dan setia pada agama. Namun pada bulan Oktober 1260, beliau telah di bunuh.
  • Mehmed II Al Fateh (1451-1481 M) - Beliau merupakan sultan ke 7 Empayar Turki Uthmaniyyah. Beliau bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Byzantin dengan menawan kota Konstantinopel pada 1453 M sekali gus mengakhiri penantian umat Islam selama 819 tahun dalam usaha menawan kota tersebut. Beliau merupakan satu-satunya sultan Empayar Turki Uthmaniyyah yang sentiasa melaksanakan ibadah2 dengan sempurna.
Kesemua mereka di atas merupakan pemimpin Islam yang sejati yang dapat saya mengkaji setakat ini. Mungkin terdapat ramai lagi.

Persoalannya, adakah pemimpin Islam sejati wujud pada zaman sekarang??

Saturday, December 4, 2010

Keadaan Islam pada zaman sekarang-Apakah realitinya??

Pada masa kini, kita telah menyaksikan bagaimana dunia Barat hina, kutuk, pulau dan sebagainya terhadap umat Islam. Pada masa yang sama kita menyaksikan bagaimana umat Islam berbalah sesama sendiri hanya semata-mata kuasa, pengaruh, wang dan sebagainya yang menyaksikan kemunduran umat Islam sendiri.

Sejak kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada 1922, dunia Barat seakan-akan telah berjaya menguasai kesemua negara-negara Islam melalui faktor politik sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, lahirlah negara2 Islam yang merdeka daripada penguasaan Barat. Tetapi malangnya, negara-negara Islam masih dipengaruhi dengan ideologi kuasa-kuasa besar dunia yang menyebabkan mereka bertelingkah. Ini merupakan salah satu punca kelemahan umat Islam.

Yang kedua, pertelingkahan umat Islam. Kalau diikutkan sejarah, umat Islam mula berpecah sejak akhir zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan(644-656). Sehingga kini, perpecahan umat Islam semakin ketara. Penuh dengan perang saudara, perebutan kuasa dan sebagainya. Kesan daripada perkara tersebut, umat Islam merana.

Penduduk Iraq terpaksa tunduk dibawah jajahan AS kerana perpecahan mereka sendiri.

Pada zaman sekarang, saya memerhatikan, ramai pemimpin Islam sanggup berkerjasama dengan Barat semata-mata kuasa dengan menindas umat Islam sendiri. Contohnya, Syah Iran yang mendapat sokongan Barat sanggup menindas golongan ulama di Iran. Adakah itu pemimpin Islam?

PM Iraq bekerjasama dengan AS semata-mata mahu menghapuskan golongan umat Islam yang menentang kepimpinannya.

Al Qaeda dan Taliban, adakah mereka berjihad? Cara mereka sahaja salah. Mereka cuba menyembunyikan ideologi mereka yang sebenar, iaitu menguasai Afghanistan, Iraq dan Saudi Arabia. Sebab merekalah, Islam dihina oleh dunia Barat. Saya berpendapat, jikalau mereka nak berjihad, mereka hendaklah berjihad di Palestin dan bukannya seluruh dunia. Ramai umat Islam terbunuh akibat "jihad" mereka.

Umat Islam seharusnya bersatu demi kepentingan agama, bukannya politik.

Bila sebut Islam itu keamanan, Barat kata Islam itu keganasan. Dalam populasi dunia, lebih 1.7 billion penduduk yang beragama Islam. Saya berfikir, jikalau 1.7 billion manusia itu pengganas, penduduk Barat mungkin tidak akan wujud. Sejak dari dulu lagi Barat ingin melemahkan umat Islam sejak dari kekalahan Rom keatas Baitul Maqdis pada 636M akibat serangan umat Islam, kekalahan Eropah dalam Perang Salib, kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah menawan sebahagian besar Eropah dan kejayaan intelektual umat Islam sepanjang zaman. Usaha-usaha dunia Barat seakan-akan hasil.

Adakah ini realiti kehidupan umat Islam zaman sekarang?

Mengenai kehidupan umat Islam di dunia, saya sangka hanya umat Islam di Palestin sahaja yang hidup sengsara tetapi sangkaan saya salah. Umat Islam di Palestin, Sudan, Selatan Thai, Bosnia, Filipina, India, dan lain-lain terpaksa mengharungi cabaran hidup mereka apabila mereka ditindas dan dipulaukan oleh kerajaan pemerintah masing2. Sedangkan umat Islam di negara2 lain hanya sekadar bersimpati.

Nabi SAW ada menyatakan bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 bahagian. Tetapi hanya 1 bahagian sahaja yang dapat masuk Syurga. Adakah kita tergolong dalam bahagian tersebut?? Maklumat lanjut mengenai hadis ini, rujuk:

http://masjidgodo.blogspot.com/2008/12/umat-islam-akan-berpecah-menjadi-73.html

Harapan saya agar umat Islam khususnya pemimpin Islam sedar mengenai perkara ini.


Wednesday, December 1, 2010

P Ramlee - Ayer Mata Di Kuala Lumpur



AYER MATA DI KUALA LUMPUR-1972

Lagu & Lirik : P Ramlee
Nyanyian : Saloma

Hancur musnah
Impian mulia
Istana kubina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur


Lagu ini merupakan lagu terakhir yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan di dendangkan oleh isterinya, Puan Sri Saloma. Lagu ini menunjukkan kekecewaan beliau terhadap layanan yang diterima olehnya semasa berada di Kuala Lumpur. Hasrat beliau untuk memohon pinjaman bank untuk mengarah filem, menubuhkan syarikat sendiri dan sebagainya telah di tolak sekeras-kerasnya oleh pihak yang bertanggungjawab di Kuala Lumpur. Oleh itulah, lagu ini telah dicipta dan didendangkan.

Wednesday, November 24, 2010

Serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong : Adakah konflik yang besar akan berlaku?

Saya telah dikejutkan pada pukul 3.45 petang, 2 hari lepas apabila berita Awani telah memaparkan berita mengenai serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong yang berada di bawah pentadbiran Korea Selatan. Mengikut beberapa sumber, serangan ini merupakan serangan yang terbesar sejak berakhirnya perang Korea pada 1953.

Sebaik sahaja tentera Korea Utara melancarkan serangan, tentera Korea Selatan telah mula membalas serangan dan menggerakan angkatan udaranya. Kesan dari konflik tersebut, 2 orang askar Korea Selatan dan 4 orang penduduk mati manakala lebih 30 cedera. Serangan ini juga telah menganggu industri pelancongan Korea Selatan.


Kesan daripada serangan meriam tentera Korea Utara.

Serangan ini juga telah mendapat respon dari seluruh dunia. China antara yang terawal menyatakan kebimbangan mereka terhadap konflik yang berlaku dan berharap agar kedua-dua pihak bertenang. Manakala AS dan sekutunya mengutuk serangan tersebut. Kesatuan Eropah atau EU menganggap Korea Utara telah melanggar perjanjian gencatan senjata 1953. Malaysia pula berharap agar kedua-dua negara berkenaan menghentikan provokasi dan menyelesaikan secara baik.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak tengah bermesyuarat bersama anggota kabinet pertahanan dan pegawai tertinggi tentera Korea Selatan.

Sebaik sahaja serangan berlaku, Presiden Korea Selatan telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan anggota kabinet pertahanan dan pegawai tentera. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Presiden Korea Selatan telah berikrar untuk menentang secara habis-habisan provokasi Korea Utara dan merancang serangan besar-besaran ke atas jirannya di utara sekiranya Korea Utara melancarkan serangan. Suhubungan dengan itu, pentadbiran AS telah menggerakkan armada laut mereka dari pangkalan di Jepun menuju ke Korea Selatan sebagai langkah berjaga-jaga. Angkatan tentera Korea Selatan turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan dari Korea Utara.


Asap tebal telah kelihatan di Pulau Yeonpyeong selepas bedilan meriam Korea Utara.

Kembali ke tajuk, adakah konflik besar akan berlaku? Sememangnya dengan situasi begini, konflik yang besar di antara kedua-dua negara mungkin akan berlaku. Sejak Perang Korea, kedua-dua negara masih bertelagah sesama sendiri. Kalau mengikutkan sejarah, kedua-dua negara masih lagi berperang. Masing-masing telah mengadakan provokasi sesama sendiri dengan harapan perang akan meletus. Antara provokasi yang berlaku ialah pada bulan Mac yang lepas, kapal selam Korea Utara telah menenggelamkan kapal perang Korea Selatan. Beberapa minggu yang lalu, tentera Korea Selatan dan AS telah mengadakan latihan ketenteraan di sempadan perairan Korea Utara.

Mengikut pendapat saya, sekiranya perang meletus, Korea Utara akan melancarkan bom nuklear ke atas Korea Selatan, khususnya Seoul. Ini akan mencetuskan satu suasana yang tidak diingini dan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, dengan teknologi pertahanan canggih yang dimiliki oleh Korea Selatan, lebih-lebih lagi dengan bantuan tentera AS, Korea Selatan mungkin akan memenangi perang tersebut.



Tuesday, November 23, 2010

Sebuah Sajak....

Wahai saudaraku,
Bersiap sedialah hadapi musuh,
Musuh apakah itu?

Musuh yang merampas kedaulatan wilayahmu,
Musuh yang menghina maruah bangsamu,
Musuh yang menjatuhkan maruah agama kita.

Oleh itu,
Kuatkanlah iman dan semangatmu,
Untuk menuntut keadilan,
Yang semakin menghilang.

Wahai saudaraku,
Janganlah engkau gerun berhadapan musuh,
Musuh apakah itu?

Musuh yang jauh lebih kuat dan lebih gagah,
Musuh yang menghina kekuatan perjuanganmu,
Musuh yang menganggap perjuanganmu satu jenaka.

Oleh itu,
Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh,
Untuk mencapai suatu kemenangan,
Yang mengakhiri segala sengsara.

Wahai saudaraku,
Janganlah engkau gentar hadapi maut,
Sesungguhnya Tuhan telah menjanjikan,
Syurga yang kekal hadapi.

Saturday, November 20, 2010

Keadaan Baitul Maqdis - Adakah sejarah akan berulang semula?

Kota Baitul Maqdis telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku di dalamnya. Namun sejak kota itu di bawah pemerintahan Islam (ketika Khalifah Umar Al-Khattab menguasai kota tersebut pada 638 M), keadaan di Kota Baitul Maqdis aman dan tenteram.
Namun begitu, sejak dari abad ke 9, umat Islam telah berpecah belah, berperang sesama sendiri dan tidak lagi mengamalkan ciri-ciri keislaman yang sebenar dalam kehidupan. Akibatnya, kerajaan-kerajaan Islam semakin lemah.
Oleh itu, tentera Salib telah melancarkan perang ke atas umat Islam dengan menawan beberapa kota penting umat Islam termasuk Baitul Maqdis. Dalam Baitul Maqdis sendiri, pertahanan Islam telah dihapuskan sepenuhnya oleh tentera Salib. Malah, lebih 60,000 umat Islam, Yahudi dan Kristian yang menentang telah dibunuh dengan kejam (kebanyakkannya umat Islam) dalam kota itu sendiri. Kerajaan Islam Fatimiyah di Mesir tidak berbuat apa-apa dan Kerajaan Islam Abbasiyah di Baghdad hanya sekadar bersimpati dan tidak mampu menghantar tentera bantuan kerana kelemahan mereka yang ketara.
Selepas kejayaan tentera Salib menawan Baitul Maqdis, mereka telah meluaskan penguasaan mereka di wilayah Syam dan Mesir dan pernah suatu ketika mereka telah berjaya menghampiri kota Madinah dengan jarak sehari perjalanan tentera berkuda (ada yang menyatakan hanya beberapa kilometer). Niat mereka adalah untuk memindahkan makam Rasulullah S.A.W ke suatu tempat untuk kepentingan cukai.
Ketika itulah, umat Islam telah sedar dan mula berjihad. Kemudian lahirlah panglima-panglima Islam seperti Imaduddin Zanki, Nuruddin Mahmoud dan panglima lagenda Islam, Salahuddin Al Ayubi. Mereka telah berjaya mengembalikan kekuatan Islam di samping menguasai kembali kota-kota yang di kuasai tentera Salib dan menewaskan tentera Salib yang sedang menghampiri kota Madinah. Kemuncaknya apabila Salahuddin Al Ayubi telah menawan kembali Baitul Maqdis daripada tentera Salib pada 1187M. Sejak itu, Baitul Maqdis di bawah naungan Islam.
Namun begitu, 700 tahun kemudian, sejarah telah kembali berulang. Umat Islam telah lemah akibat penguasaan penjajah Barat, berpecah belah dan tidak lagi mengamalkan ciri keislaman. Oleh itu, pada tahun 1917, Baitul Maqdis telah di tawan oleh tentera British daripada Kerajaan Islam Uthmaniyah yang mengalami keruntuhan akibat kelemahan mereka dan serangan tentera Barat dalam Perang Dunia Pertama. Sejak itu hingga kini, Baitul Maqdis bukan lagi di bawah naungan Islam.
Setelah wujudnya negara Israel pada tahun 1948, usaha umat Islam untuk menguasai kembali kota Baitul Maqdis semakin sukar. Lebih-lebih lagi dengan dakwaan Israel terhadap Baitul Maqdis. Lebih parah apabila umat Islam telah dipecah belahkan oleh dunia Barat secara tidak langsung. Mungkinkah orang seperti Salahuddin Al Ayubi akan wujud pada abad yang ke 21? Kita harap begitu.

Persoalannya sekarang, adakah sejarah akan berulang semula?

Friday, November 5, 2010

Kematian Tan Sri Dr P Ramlee - Apakah kesilapan kita?

Gambar Tan Sri P Ramlee pada 1972.


Jenazah Allahyarham P Ramlee diangkat ke tanah perkuburan sambil diikuti orang ramai selepas selesai solat jenazah.



29 Mei 1973, tarikh di mana negara telah kehilangan seorang lagenda iaitu Tan Sri Dr P Ramlee. Ketika itu, kesemua akhbar tempatan telah memapar kesedihan mereka. Malah selepas kematian beliau, beliau telah di beri gelaran "Tan Sri" oleh Yang Di Pertuan Agong pada 1990. Namun, ramai orang di kalangan kita (termasuk saya) yang tidak mengetahui sejarah hidup P Ramlee selepas zaman kegemilangannya. Saya akan menghuraikan tentang layanan rakyat Malaysia ketika itu terhadap beliau.
Perkara yang pertama, pada suatu malam di Kuala Lumpur, ketika P Ramlee mendendangkan lagu beliau, beliau telah di'boo' oleh penonton-penonton yang hadir. Hal ini kerana mereka beranggapan lagu P Ramlee telah ketinggalan zaman.
Perkara yang kedua, ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari Paris setelah menerima anugerah khas menerusi filem "Ibu Mertuaku", tiada siapa yang menyambut kepulangannya. Hanya beberapa orang krew dan ahli keluarga sahaja.
Perkara yang ketiga, syarikat rakaman EMI Malaysia telah menamatkan kontrak dengan P Ramlee walaupun tempoh kontrak masih berlangsung. Kesannya, P Ramlee telah berazam tidak bekerjasama dengan EMI buat selama-lamanya. Hal ini kerana lagu-lagu beliau tidak laku di pasaran. (anggapan EMI)
Perkara yang keempat, tindakan wartawan dan media tempatan yang sering mengutuk, menghina dan mencaci P Ramlee sejak beliau berada di Kuala Lumpur.
Perkara yang kelima, ketika suatu festival filem di Singapura pada tahun 1972, kehadiran P Ramlee tidak diendahkan oleh tetamu-tetamu dari Malaysia dan Singapura yang hadir di dalam festival berkenaan. Namun begitu, kehadiran P Ramlee telah di sambut tetamu dari luar negara seperti Jepun, Indonesia, Thailand, Taiwan dan sebagainya.
Perkara yang keenam, Shaw Brothers (menerusi Merdeka Film Studio di Malaysia) telah menamat kontrak P Ramlee tanpa alasan yang kukuh. Tindakan MFS ini menimbulkan kemarahan rakan-rakan beliau.
Perkara yang kelapan, P Ramlee dan rakannya, Dato' HM Shah telah di tamatkan keahlian mereka dalam pertubuhan PERFIMA. (sedangkan kedua-dua mereka merupakan pengasas pertubuhan berkenaan) Harapan P Ramlee untuk mengarah filem berwarna berkecai berikutan kengganan PERFIMA untuk bertolak ansur.
Perkara yang kesembilan, P Ramlee berusaha untuk memohon pinjaman kewangan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk mengarah sebuah filem berwarna tetapi gagal. Menurut beberapa sumber, penolakkan permohonan tersebut kerana pihak pinjaman tidak mempercayai beliau walaupun kertas kerjanya bagus.

(Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara tentang layanan rakyat kita terhadap beliau, cuma saya tidak dapat kepastian daripada sumber-sumber yang saya kaji)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kehidupan P Ramlee sekeluarga selepas zaman kegemilangannya sangat susah. P Ramlee terpaksa mengambil upah untuk menyanyi dalam majlis perkahwinan, menjadi juri dalam sesuatu pertandingan, dan membentang kain mahjung. Malah, makan minum mereka juga turut terabai. P Ramlee dan sekeluarga hanya sekadar menjamah nasi, kicap dan telur goreng sedangkan beliau merupakan seorang lagenda. Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tertekan. Beberapa hari sebelum kematiannya, beliau berkata kepada sahabatnya, Datuk Ahmad Nawab "Kau rasa peminat masih mengingati aku lagi? ". Ketika beliau meninggal dunia, keluarga beliau tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sehinggalah rakannya, Dato' HM Shah membiayai sepenuhnya pembelanjaan pengkebumian jenazah Allahyarham P Ramlee dan memberi RM 3000 kepada isteri P Ramlee, Saloma.

Selepas kematian Allahyarham P Ramlee, barulah media dan wartawan tempatan mengiktiraf kejayaan beliau dalam bidang penfileman. Pelbagai gelaran yang di berikan kepada beliau. Malah, Singapura dan Malaysia berebut-rebut legasi P Ramlee sedangkan ketika beliau hidup, kedua-dua negara tidak mempedulikan beliau.
Namun begitu, sumbangan P Ramlee memang besar dalam industri perfileman negara. Segala peninggalan beliau tetap menjadi legasi sepanjang zaman. Al Fatihah.....

Monday, September 13, 2010

Malaysia : Antara Maruah Negara dan BENDERA

Saya telah mendapat info mengenai demonstrasi jalanan di Kedutaan Besar Malaysia yang didalangi oleh Bendera. Ketika demonstrasi itu, bangunan Kedutaan telah dilempar najis oleh penunjuk perasaan Bendera sebagai "hadiah" kepada Duta Besar Malaysia. Lebih menyedihkan, Jalur Gemilang telah di bakar, di pijak dan lebih teruk lagi, di letaknya najis manusia keatas bendera kita. Ini menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut sebagai manusia yang tidak bertamadun, tiada akal dan bodoh.

Pemimpin negara kita telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan Indonesia. Namun demonstrasi tetap diteruskan. Bagi saya, pemimpin Indonesia tidak tegas dalam mengatasi konflik ini. Terdapat rundingan diantara kedua-dua belah negara untuk menyelesaikan masalah tetapi gagal. Kedutaan negara kita terus diserbu. Kerajaan kita sebenarnya lembut, tidak tegas dan sebagainya. Kerajaan kita seharusnya tegas, dan tetap pendirian dan mengamalkan sikap yang dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia di sana.

Rakyat Indonesia sepatutnya sedar bahawa ramai rakyatnya mencari rezeki di negara kita. Pada masa yang sama, mereka turut menyusahkan kita dengan kes-kes jenayah yang majoritinya di dalangi oleh mereka. Mereka sepatutnya bersyukur kerana setiap kali bencana alam melanda Indonesia, kita menghulurkan bantuan. Tetapi yang kita dapat, penghinaan daripada mereka hanya disebabkan perkara-perkara kecil.

Baru-baru ini, saya telah melawat dua page di Facebook. Kedua-dua page tersebut merupakan page yang di buat oleh rakyat Indonesia yang merupakan anti-Malaysia. Bila saya tengok gambar-gambar dalam page ini, Ya Allah, teruk betul rakyat Indonesia. Di bawah merupakan link kedua-dua page berkenaan:

http://www.facebook.com/posted.php?id=223318787412#!/pages/indonesia/KAMI-ANTI-MALAYSIA/130163316113?ref=mf

http://www.facebook.com/posted.php?id=223318787412#!/pages/GERAKAN-10000000000-FACEBOOKER-INDONESIA-MENGHANCURKAN-MALAYSIA/244699362858?ref=mf


Gambar ini menunjukan seorang penunjuk perasaan berdiri di atas pagar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Gambar ini menunjukan Jalur Gemilang dibakar ketika demonstrasi berlaku.

Video dibawah menunjukan Jalur Gemilang dibakar.

Monday, August 2, 2010

Gambar-gambar mangsa kekejaman Israel di Gaza.

Gambar-gambar mangsa kekejaman Israel ketika perang dengan Hamas di Gaza.

Bangunan-bangunan di Gaza di musnahkan oleh Israel.


Seorang pegawai perubatan Gaza menutupi mayat kanak-kanak yang mati akibat serangan bom Israel.



Seorang askar IDF (Israeli Defence Force) mengarahkan remaja Gaza tunduk ketika menembak orang awam yang lain.
Seorang rakyat Palestin ditanam separuh badan atas arahan komando Israel.


Inilah bukti kekejaman Israel yang tidak memperikemanusiaan.

Apakah perasaan seorang bapa apabila kehilangan seorang anaknya yang mati terkena bom??



Itulah realiti sebenar di Gaza dan juga di Tebing Barat.
Adakah kita sekadar tengok?
Dimanakah negara-negara Islam?
Takkan hanya sekadar mengutuk kekejaman Israel.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar kesengsaraan rakyat Palestin berakhir.

Perjuanganmu

(Didedikasikan kepada para pejuang Palestin di Gaza dan Tebing Barat)


Wahai saudara-saudara ku,
Janganlah kamu menyerah,
Perjuanganmu belum berakhir,
Berjuanganlah bersungguh-sungguh,
Agar musuh gentar denganmu.

Wahai saudara-saudaraku,
Tabahlah kamu hadapi dugaan,
Tabahlah kamu hadapi cubaan,
Kuatkan hatimu dengan iman,
Agar Allah S.W.T menberkati perjuangan mu.

Wahai saudara-saudaraku,
Perjuanganmu tidak bersendirian,
Perjuanganmu diiringi oleh doa-doa kami,
Perjuanganmu ada erti dan hikmahnya,
Iaitu keadillan sejagat.

Wahai saudara-saudaraku,
Wafatlah kamu disisi Allah S.W.T,
Wafatlah kamu ketika berjuang,
Wafatmu ada ganjarannya,
Iaitu di syurga yang abadi.

Sunday, August 1, 2010

My Favourite Plane of the week 5#

Sukhoi T-50 PakFa
Pesawat Stealth Russia.
Pesawat ini akan dilancarkan pada tahun 2012.

Friday, July 30, 2010

Mengapa negara-negara Arab tewas kepada Israel?

Sejak dari tahun 1947, lebih 13 siri peperangan yang melibatkan negara2 Arab dan Israel. Namun, hampir kesemuanya di menangi oleh Israel. Apakah punca kekalahan negara2 Arab?

Salah satu kelemahan negara2 Arab ialah ketidak sepakatan dikalangan negara2 Arab. Pada 1947, ketika resolusi PBB mengemukakan "two state solution" mengenai Palestin-Israel, hampir kesemua negara2 Arab membantah resolusi tersebut. Hanya Jordan sahaja yang menyokong. Selain itu, ketika Perang Arab-Israel 1948, objektif tentera Mesir, Syria, Iraq, dan Lebanon ialah untuk menyerang kawasan Israel, berlainan dengan objektif tentera Jordan yang mahu jeneral British menawan kawasan Palestin seluas mungkin untuk dijadikan wilayah Jordan. Ini menyebabkan tentera negara2 Arab tidak bersatu.

Selain itu, negara2 Arab sering bertelingkah sesama sendiri sepanjang konflik ini. Sebagai contoh, Syria dan Iraq. Kedua-dua negara sering bertelingkah sesama sendiri walaupun parti politik yang memerintah kedua-dua negara sama iaitu Parti Baath. Pada 1967, seorang juruterbang Iraq yang membelot telah menerbangkan pesawat MiG 21 ke Israel untuk mengkaji kelemahan pesawat tersebut kerana Syria memiliki pesawat jenis yang sama. Ini menimbulkan kelemahan yang ketara di kalangan tentera.

Seterusnya, maklumat tentera negara2 Arab turut di bocorkan ke Israel melalui ejen perisikan Mossad yang menyamar sebagai pegawai di negara2 Arab. Pihak kerajaan mahupun polis negara2 Arab tidak dapat mengesan siapa yang bersubahat dengan Israel. Ini memudahkan Israel mengalahkan negara2 Arab dalam Perang 6 Hari 1967.

Di samping itu, negara2 Arab sukar memperoleh senjata dari kuasa besar dunia kecuali Syria yang mendapat senjata dari Kesatuan Soviet. Amerika telah membekalkan senjata kepada Israel. Negara2 Arab terutamanya Mesir hanya dapat memperoleh senjata dari Kesatuan Soviet melalui lawatan dan ugutan Presiden Mesir di Moscow. Kesukaran hal ini menyebabkan negara2 Arab mudah dikalahkan Israel.

Akhir sekali, hampir kesemua negara2 Arab dibawah pengaruh yang berlainan. Mesir dan Syria dibawah pengaruh Kesatuan Soviet yang menentang Israel manakala Jordan dan Iraq dibawah pengaruh Eropah dan Amerika yang menyokong Israel. Mesir kemudian dibawah pengaruh Amerika pada 1979 setelah mengadakan perjanjian damai dengan Israel. Ini menyebabkan negara2 Arab tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai pertelingkahan dengan Israel.

Wednesday, June 2, 2010

Serangan Israel keatas Mavi Marmara.

Kapal Mavi Marmara, sebelum belayar ke Cyprus.

4.30 pagi (10.30 pagi waktu M'sia) kapal konvoi Flotila Gaza telah diserang oleh komando tentera Israel. Kapal induk, Mavi Marmara telah diserang hendap dan tentera Israel telah membunuh seramai 18 orang aktivis keamanan. Lebih 30 cedera.
Seluruh dunia mengecam tindakan kejam Zionis ini. Perarakan menentang kekejaman Israel turut berlaku di seluruh dunia. Pelbagai badan dunia mengadakan mesyuarat tergempar seperti Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab khususnya.
Kesemua 6 buah kapal ditunda ke Haifa, Israel. Lebih 680 aktivis bakal dibebaskan. Seperti biasa, alasan Israel untuk menggunakan kekerasan ialah terpaksa mempertahankan diri. Padahal pihak aktivis telah mengibarkan bendera putih terlebih dahulu. Dr. Mahathir mengecam dan marah atas tindakan Israel yang terkutuk itu.
Malam semalam, Sepanyol, Turki, dan Greece memanggil pulang dutanya yg berada di Tel Aviv. PM Turki mengucap di Sidang Parlimen Turki dan menyatakan bahawa dunia perlu bersatu mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza.
Beberapa jam lepas, Mesir membuka pintu sempadan di Rafah untuk memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel turut mengarahkan lori membawa bahan bantuan ke Gaza melalui sempadan Israel. Israel mendakwa bahan bantuan tersebut berasal dari kapal Mavi Marmara.
Adakah kita hanya mengutuk sahaja, tanpa mengenakan tindakan yang keras terhadap Israel? Kita hanya ada dua cara untuk menamatkan kekejaman Israel, iaitu dari segi ketenteraan dan ekonomi. Segi ketenteraan, tentera Israel jauh lebih kuat dari tentera negara2 Arab. Dari segi ekonomi, kita sebenarnya lebih kuat dari orang Yahudi tetapi lebih 69% bahan keperluan di dunia di kuasai oleh Israel.


Sunday, May 23, 2010

Iran - Kuat atau lemah??

31 tahun selepas Revolusi Islam Iran, Iran muncul sebagai kuasa ketenteraan yang kuat selepas Perang Iran-Iraq 1980-1988. Iran telah menghadapi pelbagai rintangan politik sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, Iran telah mengadakan latihan peperangan laut secara besar-besaran untuk menunjukkan keupayaan Iran mengatasi serangan Amerika dan sekutunya.
Tetapi dalam persoalan, mampukah Iran mengalahkan Israel? Walaupun Iran mempunyai angkatan tentera yang besar berbanding Israel, tetapi itu tidak menjamin kekuatan Iran. Sebagai contoh, Mesir. Sebelum perang Enam Hari 1967, Mesir mempunyai angkatan tentera yang terkuat dalam Dunia Arab. Tetapi selepas perang, Mesir kehilangan 78% kekuatan tenteranya.
"Iran dijangka akan berperang dengan Israel".Itulah kata-kata beberapa penganalisis politik termasuk saya. Namun begitu, tentera Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera Arab beberapa kali. Mungkinkah Iran berjaya menghapuskan mitos keunggulan tentera Israel??
Mengikut pandangan penganalisis politik, Israel dijangka akan menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada Iran. Kita sememangnya tidak mahu perang ini meletus, tetapi kehendak mereka yang mahukan perang. Perang ini mungkin mengakibatkan kesan ekonomi yang berpanjangan serta geopolitik yang besar.
Iran yang disokong Syria dan Hizbullah lawan Israel yang disokong Amerika dan Eropah. Siapa yang menang?? Dan apakah kesan geopolitik dunia selepas perang ini??

Saturday, May 22, 2010

Dunia Islam - Siapa nak tolong Palestin?

Ketika persidangan Organization of Islamic Conference 2003, mantan PM Malaysia, Dr. Mahathir telah berucap mengenai kelemahan Dunia Islam dalam memperjuangkan Palestin. Media Barat pula salah tafsir dengan mendakwa Dr. Mahathir sebagai Anti-Yahudi.
Yang pentingnya, ucapan PM kita mendapat tepukan gemuruh daripada pemimpin negara Islam seluruh dunia. Apa yang ingin diperkatakan oleh Dr. Mahathir sebenarnya ialah untuk menyedarkan Dunia Islam mengenai perjuangan mereka terhadap Palestin yang semakin hari semakin lemah. Dunia Islam, khususnya Dunia Arab tidak seperti dahulu. Pada sekitar 1950-70an, negara-negara Arab lantang mempertahankan Palestin selepas Perang Arab-Israel 1948, terutamanya Mesir. Mesir mengalami pelbagai siri peperangan dengan Israel. Namun kesemuanya gagal. Lebih mengejutkan, pada 1978, Mesir telah mengadakan perjanjian damai dengan Israel.
Kini, negara-negara Arab tidak mempedulikan suara-suara kesengsaraan Palestin yang ditindas oleh Israel. Syria keseorangan menentang Israel, pada masa yang sama turut menentang Lebenon. Suara pemimpin Islam kini semakin berkurangan. Kita hanya sekadar melihat sengsara mereka tanpa membuat apa-apa. Korea Utara dan Venuzuela hanya sekadar simpati. Malaysia selepas Dr. Mahathir, turut membisu. Siapa lagi yang harus membantu Palestin melainkan kita, Dunia Islam. Dunia Arab tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka kini hanya memahukan wang penjualan minyak yang berbillion dolar.
Palestin, selepas kematian Allahyarham Yasser Arafat, kepimpinan Palestin semakin berpecah. Gaza diperintah oleh Hamas, gerakan Islam yang tidak di iktiraf penguasaannya di Gaza oleh Amerika dan Israel. Tebing Barat pula dipimpin oleh Fatah yang menjadi sekutu Amerika. Kedua-dua gerakan Islam di Palestin ini sering bergaduh. Hasilnya, Israel boleh memusnahkan mereka. Mesir pula boleh dianggap sebagai kerajaan Firaun kerana tindakan Mesir yang menyekat bantuan barang keperluan ke Gaza.
Kini menjadi satu tanda tanya, siapa yang akan mendengar suara-suara Palestin? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu masyarakat melainkan masyarakat tersebut mengubah nasib mereka sendiri. Kita akan menunggu. Siapakah pemimpin yang bakal memperjuangkan Palestin dan Dunia Islam pada masa depan kelak?

Hitler dan Stalin. Mana yang lebih berkuasa?

Hitler dan Stalin.

Kalau di ikutkan dalam sejarah, kedua-duanya berkuasa keatas negara mereka. Tetapi Perang Dunia Kedua telah mengubah segala-galanya.
Adolf Hitler mula menguasai Jerman melalui partinya, Parti Nazi Sosialis pada 1932 manakala Josef Stalin menggantikan pengasas Kesatuan Soviet, Vladimir Lenin sebagai ketua tertinggi Kesatuan Soviet dan Parti Komunis Soviet pada 1923.
Pada peringkat awal, iaitu ketika 1930an, perang dingin meletus di antara mereka. Ketika pertempuran di Sepanyol, Jerman menyokong Parti Fasis Sepanyol manakala Soviet menyokong Parti Komunis Sepanyol yang berakhir dengan kemenangan Parti Fasis.
Ketika Britain dan Perancis mula mengesyaki sesuatu terhadap Jerman, Hitler terpaksa mengadakan hubungan diplomatik dengan Stalin. Muslimat Hitler untuk mengadakan hubungan politik dengan Stalin adalah untuk menyerang dan memusnahkan fahaman Komunis di Russia.
Stalin dan kerajaannya mula menghantar bantuan sumber kepada Jerman supaya Jerman dapat menakluk Eropah. Mereka percaya dengan Jerman dan yakin bahawa Jerman tidak akan menyerang mereka. Stalin mendakwa Amerika dan Britain sengaja untuk meletuskan peperangan antara mereka ketika kedua-dua negara cuba menghantar laporan perisikan mereka tentang niat Jerman.
Pada 1940, segalanya berubah. Jerman mula melancarkan Operasi Barbarossa. Seramai 3 juta askar Jerman menyerang Russia. Stalin terkejut dan mengundurkan askarnya. Tentera Hitler berkuasa ke atas wilayah Rusia yang ditaklukinya. Malah mereka juga dapat mengalahkan Tentera Udara Soviet. Stalin kemudiannya meminta bantuan luar. AS dan Britain mula menghantar bantuan peralatan tentera kepada Soviet. Jerman mara ke timur dengan kekuatan tentera yang semakin lemah.
1944, Hitler mengarahkan tenteranya menghentikan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet. Stalin melantik Jeneral Zhukov. Zhukov mula melancarkan strategi perang yang menyebabkan Jerman musnah. Stalin mempunyai niat untuk mendahului tenteranya ke Berlin berbanding tentera Bersekutu. Hitler menyesal manakala Stalin ingin membalas dendam ke atas Hitler.
30 April 1945, Hitler membunuh diri. Mayatnya dibakar. Kekuasaannya semakin lemah. Manakala Stalin mula digeruni oleh pihak Bersekutu.
Itu dari segi sejarah.
Dari segi politik, Stalin menguasai wilayah yang lebih luas serta tidak banyak tentangan kecuali pada akhir zaman beliau dimana Nikita Khruschev menentang Stalin hingga kematian Stalin pada 1953. Hitler pula menguasai wilayah yang kecil tetapi kuat. Namun Hitler menghadapi 44 percubaan pembunuhan keatasnya. Namun dia mati bunuh diri.
Polisi pentadbiran kedua-dua pemimpin pula di mana polisi Stalin lebih membawa kebuluran yang mengakibatkan 7 juta rakyatnya terbunuh. Manakala polisi Hitler mengarahkan lebih 6 juta orang Yahudi, 24 juta orang Soviet serta 4 juta tentera Bersekutu dibunuh dan 11 juta rakyat empayar Nazi terbunuh kerana tindakan gila Hitler.
Dari segi pengaruh, pengaruh Stalin lebih lama dan kuat kerana Stalin mempunyai tentera yang kuat , wilayah yang luas dan pengaruh Komunisnya yang tersebar ke seluruh dunia. Hitler mempunyai pengaruh yang kecil dan tempoh yang sekejap kerana tindakan Hitler yang tidak pandai mencari pengaruh.
Dan akhir sekali, dari segi pengiktirafan oleh generasi masa kini. Hitler tidak mendapat sebarang pengiktirafan kerana Hitler lebih dianggap sebagai pemusnah Eropah dan pemimpin yang kejam dan zalim. Stalin pula, parti Komunis memuja Lenin dan Stalin selepas kematian Stalin. Malah bekas Presiden Russia dan PM Russia, Vladimir Putin mengiktiraf Stalin sebagai pemimpin Rusia yang berjaya walaupun kejam.
Konklusinya, Stalin lebih berkuasa berbanding Hitler.

Friday, May 21, 2010

Thailand - Baju Merah atau Kerajaan

Baru-baru ini, tentera Kerajaan menggempur penunjuk perasaan Baju Merah yang berlarutan selama 3 bulan. Lebih 50 orang terbunuh.
Apa nak jadi? Pada dekad ini sahaja telah berlaku pelbagai rapat umum lebih-lebih lagi selepas PM Thai, Thaksin digulingkan. Mula-mula kita dengar Baju Kuning. Tetapi bila Abhisit menjadi PM, Baju Merah pula mendominasi jalan-jalan di Bangkok. Raja Thai pula mengambil sikap berdiam diri. Memang patut PM Thailand, Abhisit membatalkan sebarang rundingan dengan pihak Baju Merah disebabkan tindakan Baju Merah yang melampau.
Mengikut laporan penganalisis politik, rakyat Thailand masih belum mengetahui erti sebenar "demokrasi". Hal ini kerana rakyat Thai masih setia sepenuhnya kepada Raja Thai.
Sepatutnya pada masa hadapan, rakyat Thai seharusnya memilih pemimpin yang bijak, tiada rekod jenayah serta tidak mempengaruhi sebarang aktiviti politik ketika pilihan raya berlangsung.

Thursday, May 20, 2010

Perang Dingin 1945-1991.

Perang ini bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Perang ini berlaku diantara Amerika Syarikat, negara utama blok Kapitalis dan Kesatuan Soviet, negara utama blok Komunis. Perang ini merupakan perang perlumbaan pembinaan senjata nuklear serta perang menyebarkan pengaruh. Kemuncak perang ini ialah ketika Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962. Kesatuan Soviet meletakkan banyak peluru berpandunya di Cuba yang menghala ke Amerika. Atas rundingan dan pertukaran, Kesatuan Soviet mengambil balik kesemua peluru berpandu setelah Amerika berjanji akan mengalihkan peluru berpandunya di Turki yang menghala ke Kesatuan Soviet.
Pelbagai siri peperangan yang berlaku selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan semuanya dipengaruhi Perang Dingin. Antaranya ialah Perang Korea 1950-1953, Perang Vietnam 1959-1975, Perang Revolusi Cuba 1958, Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962, Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966, Perang Enam Hari 1967 (Perang Arab-Israel II), Perang Perlumpuhan Mesir-Israel 1967-1970, Perang Yom-Kippour 1973 (Perang Arab-Israel IV), Penaklukan Kesatuan Soviet keatas Afghanistan 1980-1988 dan Kejatuhan Rejim Jerman Timur 1990.
Perang ini berakhir secara rasmi pada 25 Disember 1991 setelah Kesatuan Soviet dibubarkan dan blok Komunis semakin mengecilkan pengaruhnya. Namun begitu, tiada satu pun bom nuklear yang meletus ketika perang ini berlangsung.

Saturday, March 20, 2010

TUDM Sentiasa di Angkasa Raya

Lambang Kebanggaan TUDM

Formasi jet pejuang F/A -18 Hornet milik TUDM

Ulang Tahun ke-52 TUDM


Sukhoi 30 MKN milik TUDM

F/A-18 Hornet milik TUDM


Simpanan Jet TUDM F/A-18 Hornet

Sunday, March 7, 2010

Zaman Kegemilangan Kerajaan Usmaniyah 1421-1683

Sultan Murad II(1421-1444) telah menyerang kembali bandar-bandar di Balkan setelah kerajaan Usmaniyah kehilangan bandar-bandar tersebut ketika serangan Mongol keatas kerajaan Usmaniyah. Beliau juga mula menawan Syria daripada kerajaan Mamluk di Mesir. Beliau telah menyerah jawatan Sultan kepada anaknya, Mehmed II(1451-1481) pada 1444 sebelum memegang semula jawatan tersebut 2 tahun kemudian dan mangkat pada 1451.
Mehmed II(1451-1481) telah menggemparkan Eropah apabila menawan ibu kota Byzantin, kota Konstantinopel pada 1453. Kejayaan beliau sekaligus menamatkan penguasaan Byzantin dalam liputan sejarah.

Sultan Mehmed II dan tenteranya memasuki kota Konstantinopel.

Beliau telah menjadikan Konstantinopel sebagai ibu kota kerajaan Usmaniyah. Beliau juga mengadakan kempen ketenteraan ke Itali namun setelah kemangkatan beliau pada 1481, kempen ini dibatalkan.




Sultan Mehmed II(1451-1481)

Kejayaan tentera Usmaniyah diteruskan oleh Bayazid II(1481-1512). Pada zaman Selim I (1512-1520), beliau telah mengambil alih Mesir daripada kerajaan Mamluk pada 1517. Beliau juga menawan Iran.
Kemuncak kegemilangan kerajaan Usmaniyah ialah pada zaman Suleiman I(1520-1566). Beliau telah memenangi pelbagai perang keatas Eropah.

Sultan Suleiman I the Magnificent(1520-1566)


Pertempuran Preveza 1538.
Setelah kematian beliau, Kerajaan Usmaniyah telah mula merosot. Kegagalan tentera Usmaniyah menawan Vienna pada 1683 telah menandakan berakhirnya penaklukan tentera Usmaniyah di Eropah.

Saturday, March 6, 2010

Zaman Permulaan Kerajaan Usmaniyah 1299-1421

Pada awal penubuhannya, Sultan Osman(1299-1324) lebih kepada menyatukan kerajaan Seljuk di sekitar Turki. Kemudian beliau lebih kepada menyerang dan menawan wilayah Turki yang sebelumnya di bawah kekuasaan Empayar Byzantin.
Pada zaman anaknya, Orhan I(1324-1360), Empayar Usmaniyah semakin luas dengan menawan Eropah Timur. Sultan Murad I(1360-1389) telah memimpin tenteranya dan berjaya memenangi beberapa perang di Eropah Timur, antaranya Perang Kossovo(1387), penawanan bandar Thessaloniki(1388) dan menamatkan penguasaan Kerajaan Serbia di sana.
Apabila Bayazid I(1389-1402) memegang tampuk pemerintahan, beliau telah berjaya memenangi Perang Nicopolis pada 1396. Hampir kesemua bandar-bandar penting Empayar Byzantin ditakluk oleh Empayar Usmaniyah. Tinggal ibu kota Byzantin sahaja iaitu kota Konstantinopel. Namun usaha Bayazid I dibatalkan apabila Timurlane(Pemimpin Mongol) menyerang Kerajaan Usmaniyah. Bayazid I ditangkap dan dihantar ke Mongol. Kerajaan Usmaniyah dalam keadaan huru-hara selama 10 tahun,
Sultan Mehmed I(1413-1421) telah menamatkan huru-hara di empayarnya dan meluaskan empayarnya ke Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah. Beliau mangkat pada 1421. Beliau diganti oleh anaknya, Sultan Murad II(1421-1444)

Thursday, March 4, 2010

Empayar Usmaniyah [Ottoman Empire]

Empayar ini diasaskan oleh Osman bin Etrugul pada 1299. Beliau menjadi Sultan yang pertama dengan nama Osman I(1299-1324). Pada tahun 1360-1574, kerajaan Usmaniyah telah meluaskan tanah jajahan dari Eropah Timur ke Iraq.
Kemuncak kejayaan tentera Usmaniyah ialah pada zaman Sultan Mehmed II(1451-1481). Beliau telah bertanggungjawab menawan kota Konstantinopel dan menjadikan sebagai ibukota kerajaan Usmaniyah.


Tanah Jajahan Empayar Usmaniyah (1683)

Zamannya terbahagi kepada 3 iaitu zaman permulaan (1299-1421), zaman kegemilangan (1421-1683) dan zaman kemerosotan (1683-1922). Saya akan menceritakan zaman-zaman berikut dalam blog yang akan datang.

Saturday, January 16, 2010

Keadaan Dunia Islam

Kini, dunia Islam bagaikan sekumpulan orang yang menunggu untuk di buli oleh pembuli-pembuli iaitu negara-negara Barat. Hal Palestin masih belum selesai. Sampai bila kita sebagai umat Islam harus menunggu untuk melihat Palestin merdeka. Usaha perjanjian damai semakin rapuh. AS seakan-akan tidak mengambil tahu-menahu.
Satu demi satu pemimpin Islam yang lantang mengkritik Barat hilang samada meninggal atau digulingkan. Kini suara pemimpin Islam hanya ada 5 orang sahaja iaitu:
  1. Dr. Mahathir Mohammad
  2. Sheikh Hassan Nasrallah (Pemimpin Hizbullah)
  3. Mahmood Ahmadinejad (Presiden Iran)
  4. Muammar Gaddafi (Pemimpin Libya)
  5. Ismail Haniyeh (PM Gaza[Palestin])
Saya mengharap agar di masa hadapan, lebih ramai lagi pemimpin Islam yang berani melawan dunia Barat.

Keadaan negara-negara Arab, Islam dan Barat.

Ingatlah kata-kata mantan PM kita, Tun Mahathir dalam persidangan OIC di KL pada thn 2003:
"Kita telah berjuang untuk Palestin selama 50 tahun, tapi apa yang kita dapat, tiada apa. Malah kita lebih teruk dari dulu. 1.3 billion orang bukan mudah untuk dilenyapkan. Kini Yahudi berkuasa di dunia melalui proksi. Banyak negara-negara Islam menjadi mengsa penguasaan Yahudi."

Masa demi masa, suara lantang pemimpin Islam makin berkurangan, pemimpin Arab semakin tamak dengan harta kekayaan hasil melalui penjualan minyak kepada negara-negara Barat dan satu demi satu orang Islam mati kerana kesengsaraan mereka terutama di Palestin, Lebanon, Iraq dan Sudan hasil perbuatan pihak Barat.

Bangunlah umat Islam.


Friday, January 8, 2010

Keadaan di Asia Barat

Setahun selepas serangan di Gaza, misi kemanusiaan ke Gaza di sekat oleh pihak Mesir. Pada 1960an,Mesir merupakan negara Arab yg berani berperang dengan Israel. Kini, Mesir seakan-akan menyokong tindak tanduk Israel.
Tiada negara Arab yang berani mengancam Israel walaupun Syria. Hanya Iran satu-satunya negara Islam yang berani mengancam ketenteraan terhadap Israel. Sebagai umat Islam, kita seharusnya berjihad, bukan dari segi fizikal, malah dari segi rohani. Doakanlah supaya rakyat Palestin di rahmati oleh Allah.