Followers

Sunday, May 23, 2010

Iran - Kuat atau lemah??

31 tahun selepas Revolusi Islam Iran, Iran muncul sebagai kuasa ketenteraan yang kuat selepas Perang Iran-Iraq 1980-1988. Iran telah menghadapi pelbagai rintangan politik sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, Iran telah mengadakan latihan peperangan laut secara besar-besaran untuk menunjukkan keupayaan Iran mengatasi serangan Amerika dan sekutunya.
Tetapi dalam persoalan, mampukah Iran mengalahkan Israel? Walaupun Iran mempunyai angkatan tentera yang besar berbanding Israel, tetapi itu tidak menjamin kekuatan Iran. Sebagai contoh, Mesir. Sebelum perang Enam Hari 1967, Mesir mempunyai angkatan tentera yang terkuat dalam Dunia Arab. Tetapi selepas perang, Mesir kehilangan 78% kekuatan tenteranya.
"Iran dijangka akan berperang dengan Israel".Itulah kata-kata beberapa penganalisis politik termasuk saya. Namun begitu, tentera Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera Arab beberapa kali. Mungkinkah Iran berjaya menghapuskan mitos keunggulan tentera Israel??
Mengikut pandangan penganalisis politik, Israel dijangka akan menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada Iran. Kita sememangnya tidak mahu perang ini meletus, tetapi kehendak mereka yang mahukan perang. Perang ini mungkin mengakibatkan kesan ekonomi yang berpanjangan serta geopolitik yang besar.
Iran yang disokong Syria dan Hizbullah lawan Israel yang disokong Amerika dan Eropah. Siapa yang menang?? Dan apakah kesan geopolitik dunia selepas perang ini??

Saturday, May 22, 2010

Dunia Islam - Siapa nak tolong Palestin?

Ketika persidangan Organization of Islamic Conference 2003, mantan PM Malaysia, Dr. Mahathir telah berucap mengenai kelemahan Dunia Islam dalam memperjuangkan Palestin. Media Barat pula salah tafsir dengan mendakwa Dr. Mahathir sebagai Anti-Yahudi.
Yang pentingnya, ucapan PM kita mendapat tepukan gemuruh daripada pemimpin negara Islam seluruh dunia. Apa yang ingin diperkatakan oleh Dr. Mahathir sebenarnya ialah untuk menyedarkan Dunia Islam mengenai perjuangan mereka terhadap Palestin yang semakin hari semakin lemah. Dunia Islam, khususnya Dunia Arab tidak seperti dahulu. Pada sekitar 1950-70an, negara-negara Arab lantang mempertahankan Palestin selepas Perang Arab-Israel 1948, terutamanya Mesir. Mesir mengalami pelbagai siri peperangan dengan Israel. Namun kesemuanya gagal. Lebih mengejutkan, pada 1978, Mesir telah mengadakan perjanjian damai dengan Israel.
Kini, negara-negara Arab tidak mempedulikan suara-suara kesengsaraan Palestin yang ditindas oleh Israel. Syria keseorangan menentang Israel, pada masa yang sama turut menentang Lebenon. Suara pemimpin Islam kini semakin berkurangan. Kita hanya sekadar melihat sengsara mereka tanpa membuat apa-apa. Korea Utara dan Venuzuela hanya sekadar simpati. Malaysia selepas Dr. Mahathir, turut membisu. Siapa lagi yang harus membantu Palestin melainkan kita, Dunia Islam. Dunia Arab tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka kini hanya memahukan wang penjualan minyak yang berbillion dolar.
Palestin, selepas kematian Allahyarham Yasser Arafat, kepimpinan Palestin semakin berpecah. Gaza diperintah oleh Hamas, gerakan Islam yang tidak di iktiraf penguasaannya di Gaza oleh Amerika dan Israel. Tebing Barat pula dipimpin oleh Fatah yang menjadi sekutu Amerika. Kedua-dua gerakan Islam di Palestin ini sering bergaduh. Hasilnya, Israel boleh memusnahkan mereka. Mesir pula boleh dianggap sebagai kerajaan Firaun kerana tindakan Mesir yang menyekat bantuan barang keperluan ke Gaza.
Kini menjadi satu tanda tanya, siapa yang akan mendengar suara-suara Palestin? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu masyarakat melainkan masyarakat tersebut mengubah nasib mereka sendiri. Kita akan menunggu. Siapakah pemimpin yang bakal memperjuangkan Palestin dan Dunia Islam pada masa depan kelak?

Hitler dan Stalin. Mana yang lebih berkuasa?

Hitler dan Stalin.

Kalau di ikutkan dalam sejarah, kedua-duanya berkuasa keatas negara mereka. Tetapi Perang Dunia Kedua telah mengubah segala-galanya.
Adolf Hitler mula menguasai Jerman melalui partinya, Parti Nazi Sosialis pada 1932 manakala Josef Stalin menggantikan pengasas Kesatuan Soviet, Vladimir Lenin sebagai ketua tertinggi Kesatuan Soviet dan Parti Komunis Soviet pada 1923.
Pada peringkat awal, iaitu ketika 1930an, perang dingin meletus di antara mereka. Ketika pertempuran di Sepanyol, Jerman menyokong Parti Fasis Sepanyol manakala Soviet menyokong Parti Komunis Sepanyol yang berakhir dengan kemenangan Parti Fasis.
Ketika Britain dan Perancis mula mengesyaki sesuatu terhadap Jerman, Hitler terpaksa mengadakan hubungan diplomatik dengan Stalin. Muslimat Hitler untuk mengadakan hubungan politik dengan Stalin adalah untuk menyerang dan memusnahkan fahaman Komunis di Russia.
Stalin dan kerajaannya mula menghantar bantuan sumber kepada Jerman supaya Jerman dapat menakluk Eropah. Mereka percaya dengan Jerman dan yakin bahawa Jerman tidak akan menyerang mereka. Stalin mendakwa Amerika dan Britain sengaja untuk meletuskan peperangan antara mereka ketika kedua-dua negara cuba menghantar laporan perisikan mereka tentang niat Jerman.
Pada 1940, segalanya berubah. Jerman mula melancarkan Operasi Barbarossa. Seramai 3 juta askar Jerman menyerang Russia. Stalin terkejut dan mengundurkan askarnya. Tentera Hitler berkuasa ke atas wilayah Rusia yang ditaklukinya. Malah mereka juga dapat mengalahkan Tentera Udara Soviet. Stalin kemudiannya meminta bantuan luar. AS dan Britain mula menghantar bantuan peralatan tentera kepada Soviet. Jerman mara ke timur dengan kekuatan tentera yang semakin lemah.
1944, Hitler mengarahkan tenteranya menghentikan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet. Stalin melantik Jeneral Zhukov. Zhukov mula melancarkan strategi perang yang menyebabkan Jerman musnah. Stalin mempunyai niat untuk mendahului tenteranya ke Berlin berbanding tentera Bersekutu. Hitler menyesal manakala Stalin ingin membalas dendam ke atas Hitler.
30 April 1945, Hitler membunuh diri. Mayatnya dibakar. Kekuasaannya semakin lemah. Manakala Stalin mula digeruni oleh pihak Bersekutu.
Itu dari segi sejarah.
Dari segi politik, Stalin menguasai wilayah yang lebih luas serta tidak banyak tentangan kecuali pada akhir zaman beliau dimana Nikita Khruschev menentang Stalin hingga kematian Stalin pada 1953. Hitler pula menguasai wilayah yang kecil tetapi kuat. Namun Hitler menghadapi 44 percubaan pembunuhan keatasnya. Namun dia mati bunuh diri.
Polisi pentadbiran kedua-dua pemimpin pula di mana polisi Stalin lebih membawa kebuluran yang mengakibatkan 7 juta rakyatnya terbunuh. Manakala polisi Hitler mengarahkan lebih 6 juta orang Yahudi, 24 juta orang Soviet serta 4 juta tentera Bersekutu dibunuh dan 11 juta rakyat empayar Nazi terbunuh kerana tindakan gila Hitler.
Dari segi pengaruh, pengaruh Stalin lebih lama dan kuat kerana Stalin mempunyai tentera yang kuat , wilayah yang luas dan pengaruh Komunisnya yang tersebar ke seluruh dunia. Hitler mempunyai pengaruh yang kecil dan tempoh yang sekejap kerana tindakan Hitler yang tidak pandai mencari pengaruh.
Dan akhir sekali, dari segi pengiktirafan oleh generasi masa kini. Hitler tidak mendapat sebarang pengiktirafan kerana Hitler lebih dianggap sebagai pemusnah Eropah dan pemimpin yang kejam dan zalim. Stalin pula, parti Komunis memuja Lenin dan Stalin selepas kematian Stalin. Malah bekas Presiden Russia dan PM Russia, Vladimir Putin mengiktiraf Stalin sebagai pemimpin Rusia yang berjaya walaupun kejam.
Konklusinya, Stalin lebih berkuasa berbanding Hitler.

Friday, May 21, 2010

Thailand - Baju Merah atau Kerajaan

Baru-baru ini, tentera Kerajaan menggempur penunjuk perasaan Baju Merah yang berlarutan selama 3 bulan. Lebih 50 orang terbunuh.
Apa nak jadi? Pada dekad ini sahaja telah berlaku pelbagai rapat umum lebih-lebih lagi selepas PM Thai, Thaksin digulingkan. Mula-mula kita dengar Baju Kuning. Tetapi bila Abhisit menjadi PM, Baju Merah pula mendominasi jalan-jalan di Bangkok. Raja Thai pula mengambil sikap berdiam diri. Memang patut PM Thailand, Abhisit membatalkan sebarang rundingan dengan pihak Baju Merah disebabkan tindakan Baju Merah yang melampau.
Mengikut laporan penganalisis politik, rakyat Thailand masih belum mengetahui erti sebenar "demokrasi". Hal ini kerana rakyat Thai masih setia sepenuhnya kepada Raja Thai.
Sepatutnya pada masa hadapan, rakyat Thai seharusnya memilih pemimpin yang bijak, tiada rekod jenayah serta tidak mempengaruhi sebarang aktiviti politik ketika pilihan raya berlangsung.

Thursday, May 20, 2010

Perang Dingin 1945-1991.

Perang ini bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Perang ini berlaku diantara Amerika Syarikat, negara utama blok Kapitalis dan Kesatuan Soviet, negara utama blok Komunis. Perang ini merupakan perang perlumbaan pembinaan senjata nuklear serta perang menyebarkan pengaruh. Kemuncak perang ini ialah ketika Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962. Kesatuan Soviet meletakkan banyak peluru berpandunya di Cuba yang menghala ke Amerika. Atas rundingan dan pertukaran, Kesatuan Soviet mengambil balik kesemua peluru berpandu setelah Amerika berjanji akan mengalihkan peluru berpandunya di Turki yang menghala ke Kesatuan Soviet.
Pelbagai siri peperangan yang berlaku selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan semuanya dipengaruhi Perang Dingin. Antaranya ialah Perang Korea 1950-1953, Perang Vietnam 1959-1975, Perang Revolusi Cuba 1958, Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962, Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966, Perang Enam Hari 1967 (Perang Arab-Israel II), Perang Perlumpuhan Mesir-Israel 1967-1970, Perang Yom-Kippour 1973 (Perang Arab-Israel IV), Penaklukan Kesatuan Soviet keatas Afghanistan 1980-1988 dan Kejatuhan Rejim Jerman Timur 1990.
Perang ini berakhir secara rasmi pada 25 Disember 1991 setelah Kesatuan Soviet dibubarkan dan blok Komunis semakin mengecilkan pengaruhnya. Namun begitu, tiada satu pun bom nuklear yang meletus ketika perang ini berlangsung.