Followers

Wednesday, June 2, 2010

Serangan Israel keatas Mavi Marmara.

Kapal Mavi Marmara, sebelum belayar ke Cyprus.

4.30 pagi (10.30 pagi waktu M'sia) kapal konvoi Flotila Gaza telah diserang oleh komando tentera Israel. Kapal induk, Mavi Marmara telah diserang hendap dan tentera Israel telah membunuh seramai 18 orang aktivis keamanan. Lebih 30 cedera.
Seluruh dunia mengecam tindakan kejam Zionis ini. Perarakan menentang kekejaman Israel turut berlaku di seluruh dunia. Pelbagai badan dunia mengadakan mesyuarat tergempar seperti Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab khususnya.
Kesemua 6 buah kapal ditunda ke Haifa, Israel. Lebih 680 aktivis bakal dibebaskan. Seperti biasa, alasan Israel untuk menggunakan kekerasan ialah terpaksa mempertahankan diri. Padahal pihak aktivis telah mengibarkan bendera putih terlebih dahulu. Dr. Mahathir mengecam dan marah atas tindakan Israel yang terkutuk itu.
Malam semalam, Sepanyol, Turki, dan Greece memanggil pulang dutanya yg berada di Tel Aviv. PM Turki mengucap di Sidang Parlimen Turki dan menyatakan bahawa dunia perlu bersatu mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza.
Beberapa jam lepas, Mesir membuka pintu sempadan di Rafah untuk memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel turut mengarahkan lori membawa bahan bantuan ke Gaza melalui sempadan Israel. Israel mendakwa bahan bantuan tersebut berasal dari kapal Mavi Marmara.
Adakah kita hanya mengutuk sahaja, tanpa mengenakan tindakan yang keras terhadap Israel? Kita hanya ada dua cara untuk menamatkan kekejaman Israel, iaitu dari segi ketenteraan dan ekonomi. Segi ketenteraan, tentera Israel jauh lebih kuat dari tentera negara2 Arab. Dari segi ekonomi, kita sebenarnya lebih kuat dari orang Yahudi tetapi lebih 69% bahan keperluan di dunia di kuasai oleh Israel.