Followers

Friday, July 30, 2010

Mengapa negara-negara Arab tewas kepada Israel?

Sejak dari tahun 1947, lebih 13 siri peperangan yang melibatkan negara2 Arab dan Israel. Namun, hampir kesemuanya di menangi oleh Israel. Apakah punca kekalahan negara2 Arab?

Salah satu kelemahan negara2 Arab ialah ketidak sepakatan dikalangan negara2 Arab. Pada 1947, ketika resolusi PBB mengemukakan "two state solution" mengenai Palestin-Israel, hampir kesemua negara2 Arab membantah resolusi tersebut. Hanya Jordan sahaja yang menyokong. Selain itu, ketika Perang Arab-Israel 1948, objektif tentera Mesir, Syria, Iraq, dan Lebanon ialah untuk menyerang kawasan Israel, berlainan dengan objektif tentera Jordan yang mahu jeneral British menawan kawasan Palestin seluas mungkin untuk dijadikan wilayah Jordan. Ini menyebabkan tentera negara2 Arab tidak bersatu.

Selain itu, negara2 Arab sering bertelingkah sesama sendiri sepanjang konflik ini. Sebagai contoh, Syria dan Iraq. Kedua-dua negara sering bertelingkah sesama sendiri walaupun parti politik yang memerintah kedua-dua negara sama iaitu Parti Baath. Pada 1967, seorang juruterbang Iraq yang membelot telah menerbangkan pesawat MiG 21 ke Israel untuk mengkaji kelemahan pesawat tersebut kerana Syria memiliki pesawat jenis yang sama. Ini menimbulkan kelemahan yang ketara di kalangan tentera.

Seterusnya, maklumat tentera negara2 Arab turut di bocorkan ke Israel melalui ejen perisikan Mossad yang menyamar sebagai pegawai di negara2 Arab. Pihak kerajaan mahupun polis negara2 Arab tidak dapat mengesan siapa yang bersubahat dengan Israel. Ini memudahkan Israel mengalahkan negara2 Arab dalam Perang 6 Hari 1967.

Di samping itu, negara2 Arab sukar memperoleh senjata dari kuasa besar dunia kecuali Syria yang mendapat senjata dari Kesatuan Soviet. Amerika telah membekalkan senjata kepada Israel. Negara2 Arab terutamanya Mesir hanya dapat memperoleh senjata dari Kesatuan Soviet melalui lawatan dan ugutan Presiden Mesir di Moscow. Kesukaran hal ini menyebabkan negara2 Arab mudah dikalahkan Israel.

Akhir sekali, hampir kesemua negara2 Arab dibawah pengaruh yang berlainan. Mesir dan Syria dibawah pengaruh Kesatuan Soviet yang menentang Israel manakala Jordan dan Iraq dibawah pengaruh Eropah dan Amerika yang menyokong Israel. Mesir kemudian dibawah pengaruh Amerika pada 1979 setelah mengadakan perjanjian damai dengan Israel. Ini menyebabkan negara2 Arab tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai pertelingkahan dengan Israel.