Followers

Wednesday, November 24, 2010

Serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong : Adakah konflik yang besar akan berlaku?

Saya telah dikejutkan pada pukul 3.45 petang, 2 hari lepas apabila berita Awani telah memaparkan berita mengenai serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong yang berada di bawah pentadbiran Korea Selatan. Mengikut beberapa sumber, serangan ini merupakan serangan yang terbesar sejak berakhirnya perang Korea pada 1953.

Sebaik sahaja tentera Korea Utara melancarkan serangan, tentera Korea Selatan telah mula membalas serangan dan menggerakan angkatan udaranya. Kesan dari konflik tersebut, 2 orang askar Korea Selatan dan 4 orang penduduk mati manakala lebih 30 cedera. Serangan ini juga telah menganggu industri pelancongan Korea Selatan.


Kesan daripada serangan meriam tentera Korea Utara.

Serangan ini juga telah mendapat respon dari seluruh dunia. China antara yang terawal menyatakan kebimbangan mereka terhadap konflik yang berlaku dan berharap agar kedua-dua pihak bertenang. Manakala AS dan sekutunya mengutuk serangan tersebut. Kesatuan Eropah atau EU menganggap Korea Utara telah melanggar perjanjian gencatan senjata 1953. Malaysia pula berharap agar kedua-dua negara berkenaan menghentikan provokasi dan menyelesaikan secara baik.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak tengah bermesyuarat bersama anggota kabinet pertahanan dan pegawai tertinggi tentera Korea Selatan.

Sebaik sahaja serangan berlaku, Presiden Korea Selatan telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan anggota kabinet pertahanan dan pegawai tentera. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Presiden Korea Selatan telah berikrar untuk menentang secara habis-habisan provokasi Korea Utara dan merancang serangan besar-besaran ke atas jirannya di utara sekiranya Korea Utara melancarkan serangan. Suhubungan dengan itu, pentadbiran AS telah menggerakkan armada laut mereka dari pangkalan di Jepun menuju ke Korea Selatan sebagai langkah berjaga-jaga. Angkatan tentera Korea Selatan turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan dari Korea Utara.


Asap tebal telah kelihatan di Pulau Yeonpyeong selepas bedilan meriam Korea Utara.

Kembali ke tajuk, adakah konflik besar akan berlaku? Sememangnya dengan situasi begini, konflik yang besar di antara kedua-dua negara mungkin akan berlaku. Sejak Perang Korea, kedua-dua negara masih bertelagah sesama sendiri. Kalau mengikutkan sejarah, kedua-dua negara masih lagi berperang. Masing-masing telah mengadakan provokasi sesama sendiri dengan harapan perang akan meletus. Antara provokasi yang berlaku ialah pada bulan Mac yang lepas, kapal selam Korea Utara telah menenggelamkan kapal perang Korea Selatan. Beberapa minggu yang lalu, tentera Korea Selatan dan AS telah mengadakan latihan ketenteraan di sempadan perairan Korea Utara.

Mengikut pendapat saya, sekiranya perang meletus, Korea Utara akan melancarkan bom nuklear ke atas Korea Selatan, khususnya Seoul. Ini akan mencetuskan satu suasana yang tidak diingini dan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, dengan teknologi pertahanan canggih yang dimiliki oleh Korea Selatan, lebih-lebih lagi dengan bantuan tentera AS, Korea Selatan mungkin akan memenangi perang tersebut.



Tuesday, November 23, 2010

Sebuah Sajak....

Wahai saudaraku,
Bersiap sedialah hadapi musuh,
Musuh apakah itu?

Musuh yang merampas kedaulatan wilayahmu,
Musuh yang menghina maruah bangsamu,
Musuh yang menjatuhkan maruah agama kita.

Oleh itu,
Kuatkanlah iman dan semangatmu,
Untuk menuntut keadilan,
Yang semakin menghilang.

Wahai saudaraku,
Janganlah engkau gerun berhadapan musuh,
Musuh apakah itu?

Musuh yang jauh lebih kuat dan lebih gagah,
Musuh yang menghina kekuatan perjuanganmu,
Musuh yang menganggap perjuanganmu satu jenaka.

Oleh itu,
Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh,
Untuk mencapai suatu kemenangan,
Yang mengakhiri segala sengsara.

Wahai saudaraku,
Janganlah engkau gentar hadapi maut,
Sesungguhnya Tuhan telah menjanjikan,
Syurga yang kekal hadapi.

Saturday, November 20, 2010

Keadaan Baitul Maqdis - Adakah sejarah akan berulang semula?

Kota Baitul Maqdis telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku di dalamnya. Namun sejak kota itu di bawah pemerintahan Islam (ketika Khalifah Umar Al-Khattab menguasai kota tersebut pada 638 M), keadaan di Kota Baitul Maqdis aman dan tenteram.
Namun begitu, sejak dari abad ke 9, umat Islam telah berpecah belah, berperang sesama sendiri dan tidak lagi mengamalkan ciri-ciri keislaman yang sebenar dalam kehidupan. Akibatnya, kerajaan-kerajaan Islam semakin lemah.
Oleh itu, tentera Salib telah melancarkan perang ke atas umat Islam dengan menawan beberapa kota penting umat Islam termasuk Baitul Maqdis. Dalam Baitul Maqdis sendiri, pertahanan Islam telah dihapuskan sepenuhnya oleh tentera Salib. Malah, lebih 60,000 umat Islam, Yahudi dan Kristian yang menentang telah dibunuh dengan kejam (kebanyakkannya umat Islam) dalam kota itu sendiri. Kerajaan Islam Fatimiyah di Mesir tidak berbuat apa-apa dan Kerajaan Islam Abbasiyah di Baghdad hanya sekadar bersimpati dan tidak mampu menghantar tentera bantuan kerana kelemahan mereka yang ketara.
Selepas kejayaan tentera Salib menawan Baitul Maqdis, mereka telah meluaskan penguasaan mereka di wilayah Syam dan Mesir dan pernah suatu ketika mereka telah berjaya menghampiri kota Madinah dengan jarak sehari perjalanan tentera berkuda (ada yang menyatakan hanya beberapa kilometer). Niat mereka adalah untuk memindahkan makam Rasulullah S.A.W ke suatu tempat untuk kepentingan cukai.
Ketika itulah, umat Islam telah sedar dan mula berjihad. Kemudian lahirlah panglima-panglima Islam seperti Imaduddin Zanki, Nuruddin Mahmoud dan panglima lagenda Islam, Salahuddin Al Ayubi. Mereka telah berjaya mengembalikan kekuatan Islam di samping menguasai kembali kota-kota yang di kuasai tentera Salib dan menewaskan tentera Salib yang sedang menghampiri kota Madinah. Kemuncaknya apabila Salahuddin Al Ayubi telah menawan kembali Baitul Maqdis daripada tentera Salib pada 1187M. Sejak itu, Baitul Maqdis di bawah naungan Islam.
Namun begitu, 700 tahun kemudian, sejarah telah kembali berulang. Umat Islam telah lemah akibat penguasaan penjajah Barat, berpecah belah dan tidak lagi mengamalkan ciri keislaman. Oleh itu, pada tahun 1917, Baitul Maqdis telah di tawan oleh tentera British daripada Kerajaan Islam Uthmaniyah yang mengalami keruntuhan akibat kelemahan mereka dan serangan tentera Barat dalam Perang Dunia Pertama. Sejak itu hingga kini, Baitul Maqdis bukan lagi di bawah naungan Islam.
Setelah wujudnya negara Israel pada tahun 1948, usaha umat Islam untuk menguasai kembali kota Baitul Maqdis semakin sukar. Lebih-lebih lagi dengan dakwaan Israel terhadap Baitul Maqdis. Lebih parah apabila umat Islam telah dipecah belahkan oleh dunia Barat secara tidak langsung. Mungkinkah orang seperti Salahuddin Al Ayubi akan wujud pada abad yang ke 21? Kita harap begitu.

Persoalannya sekarang, adakah sejarah akan berulang semula?

Friday, November 5, 2010

Kematian Tan Sri Dr P Ramlee - Apakah kesilapan kita?

Gambar Tan Sri P Ramlee pada 1972.


Jenazah Allahyarham P Ramlee diangkat ke tanah perkuburan sambil diikuti orang ramai selepas selesai solat jenazah.



29 Mei 1973, tarikh di mana negara telah kehilangan seorang lagenda iaitu Tan Sri Dr P Ramlee. Ketika itu, kesemua akhbar tempatan telah memapar kesedihan mereka. Malah selepas kematian beliau, beliau telah di beri gelaran "Tan Sri" oleh Yang Di Pertuan Agong pada 1990. Namun, ramai orang di kalangan kita (termasuk saya) yang tidak mengetahui sejarah hidup P Ramlee selepas zaman kegemilangannya. Saya akan menghuraikan tentang layanan rakyat Malaysia ketika itu terhadap beliau.
Perkara yang pertama, pada suatu malam di Kuala Lumpur, ketika P Ramlee mendendangkan lagu beliau, beliau telah di'boo' oleh penonton-penonton yang hadir. Hal ini kerana mereka beranggapan lagu P Ramlee telah ketinggalan zaman.
Perkara yang kedua, ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari Paris setelah menerima anugerah khas menerusi filem "Ibu Mertuaku", tiada siapa yang menyambut kepulangannya. Hanya beberapa orang krew dan ahli keluarga sahaja.
Perkara yang ketiga, syarikat rakaman EMI Malaysia telah menamatkan kontrak dengan P Ramlee walaupun tempoh kontrak masih berlangsung. Kesannya, P Ramlee telah berazam tidak bekerjasama dengan EMI buat selama-lamanya. Hal ini kerana lagu-lagu beliau tidak laku di pasaran. (anggapan EMI)
Perkara yang keempat, tindakan wartawan dan media tempatan yang sering mengutuk, menghina dan mencaci P Ramlee sejak beliau berada di Kuala Lumpur.
Perkara yang kelima, ketika suatu festival filem di Singapura pada tahun 1972, kehadiran P Ramlee tidak diendahkan oleh tetamu-tetamu dari Malaysia dan Singapura yang hadir di dalam festival berkenaan. Namun begitu, kehadiran P Ramlee telah di sambut tetamu dari luar negara seperti Jepun, Indonesia, Thailand, Taiwan dan sebagainya.
Perkara yang keenam, Shaw Brothers (menerusi Merdeka Film Studio di Malaysia) telah menamat kontrak P Ramlee tanpa alasan yang kukuh. Tindakan MFS ini menimbulkan kemarahan rakan-rakan beliau.
Perkara yang kelapan, P Ramlee dan rakannya, Dato' HM Shah telah di tamatkan keahlian mereka dalam pertubuhan PERFIMA. (sedangkan kedua-dua mereka merupakan pengasas pertubuhan berkenaan) Harapan P Ramlee untuk mengarah filem berwarna berkecai berikutan kengganan PERFIMA untuk bertolak ansur.
Perkara yang kesembilan, P Ramlee berusaha untuk memohon pinjaman kewangan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk mengarah sebuah filem berwarna tetapi gagal. Menurut beberapa sumber, penolakkan permohonan tersebut kerana pihak pinjaman tidak mempercayai beliau walaupun kertas kerjanya bagus.

(Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara tentang layanan rakyat kita terhadap beliau, cuma saya tidak dapat kepastian daripada sumber-sumber yang saya kaji)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kehidupan P Ramlee sekeluarga selepas zaman kegemilangannya sangat susah. P Ramlee terpaksa mengambil upah untuk menyanyi dalam majlis perkahwinan, menjadi juri dalam sesuatu pertandingan, dan membentang kain mahjung. Malah, makan minum mereka juga turut terabai. P Ramlee dan sekeluarga hanya sekadar menjamah nasi, kicap dan telur goreng sedangkan beliau merupakan seorang lagenda. Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tertekan. Beberapa hari sebelum kematiannya, beliau berkata kepada sahabatnya, Datuk Ahmad Nawab "Kau rasa peminat masih mengingati aku lagi? ". Ketika beliau meninggal dunia, keluarga beliau tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sehinggalah rakannya, Dato' HM Shah membiayai sepenuhnya pembelanjaan pengkebumian jenazah Allahyarham P Ramlee dan memberi RM 3000 kepada isteri P Ramlee, Saloma.

Selepas kematian Allahyarham P Ramlee, barulah media dan wartawan tempatan mengiktiraf kejayaan beliau dalam bidang penfileman. Pelbagai gelaran yang di berikan kepada beliau. Malah, Singapura dan Malaysia berebut-rebut legasi P Ramlee sedangkan ketika beliau hidup, kedua-dua negara tidak mempedulikan beliau.
Namun begitu, sumbangan P Ramlee memang besar dalam industri perfileman negara. Segala peninggalan beliau tetap menjadi legasi sepanjang zaman. Al Fatihah.....