Followers

Friday, December 31, 2010

Rumusan 2010

Tahun 2010 semakin hampir ke penghujungnya. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Pelbagai perkara yang menarik yang dapat saya ketahui untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Bagi saya, tahun 2010 ini bermula dengan kesenangan, di ikuti pula penuh dengan ujian dan berakhir dengan kejayaan. Itulah rumusan 2010 bagi saya.

Mengenai peristiwa2 yang berlaku di dunia, pada bulan Januari 2010, album ke-10 Michael Jackson, Invincible, dipilih sebagai Album Of The Decade oleh Billboard Music Of 00'. Selain itu, pada bulan Mac, tentera Korea Utara telah menenggelamkan kapal perang Korea Selatan. Peristiwa ini mengakibatkan ketegangan di Semenanjung Korea. Pada bulan yang seterusnya, kekecohan telah berlaku di Thailand yang melibatkan penyokong bekas PM, Thaksin Shinawarta yang mendesak PM Thailand, Abhisit Vejjajiva untuk letak jawatan. Keadaan ini mengakibatkan Bangkok lumpuh dari segi ekonomi, politik dan hubungan serantau. Hujung bulan Mei menyaksikan tentera elit Israel telah menyerang konvoi bantuan ke Gaza yang di ketuai oleh kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 9 orang warga Turki telah terbunuh. Kejadian ini telah menimbulkan Turki tidak berpuas hati dan memanggil pulang dutanya ke Israel.

Bulan Jun menyaksikan Piala Dunia FIFA sedang berlangsung dan dijuarai oleh Sepanyol setelah mengalahkan Jerman dengan 1-0. Pelbagai kontroversi yang berlaku sepanjang piala ini berlangsung, antaranya ketepatan sotong kurita, Paul meneka setiap perlawanan yang sememangnya tepat. Pada bulan Ogos, Majlis Keselamatan PBB telah mengenakan sekatan ke atas Iran atas keengganan Iran menghentikan aktiviti nuklearnya. Bulan September pula menyaksikan petunjuk perasaan berlaku di hadapan kedutaan besar Malaysia di Jakarta sekaligus mengakibatkan ketegangan berlaku diantara kedua2 negara. Namun begitu, kedua2 pemimpin sepakat untuk sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

Bulan Oktober pula menyaksikan kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin kerana keengganan Israel membekukan pembinaan kawasan penempatan di Baitul Maqdis Timur. Pada bulan November pula, kontroversi telah berlaku ke atas Sony Music mengenai lagu "Breaking News" oleh Michael Jackson. Tentera Korea Utara telah membedil Pulau Yeonpyeong sekali gus menyebabkan ancaman perang semakin ketara di Semenanjung Korea. Wikileaks telah mengegarkan dunia apabila membocorkan rahsia Pentagon dan diplomat antarabangsa. Bulan Disember, dunia telah menyaksikan bahawa pengasas Wikileaks, Julian Assange telah di tahan dan dibebaskan di London. Palestin pula telah menjalankan Pelan B untuk mendapatkan pengiktirafan dunia terhadap kemerdekaan Palestin yang berdaulat.

Peristiwa2 di atas merupakan sebahagian kecil mengenai dunia yang dapat saya berikan. Kita semua berharap agar tahun 2011, dunia akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Thursday, December 30, 2010

Akhirnya Harimau menundukkan Garuda

"Garuda akhirnya tewas di tangan Harimau"

Itulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan mengenai kejayaan skuad negara kita, Malaysia menewaskan pilihan utama, Indonesia dengan agreget 4-2. Kejayaan ini sekaligus menamatkan kemarau 14 tahun.

Mengenai perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, rata-ratanya kedua2 pasukan bermain secara seimbang. Masing2 melakukan percubaan ke arah pintu gol. Namun begitu, insiden yang berlaku pada awal separuh masa yang kedua menyaksikan penjaga gol Indonesia, Markus telah bermain psikologi dengan berjalan keluar padang bersama rakan2nya dengan alasan penyokong2 Malaysia mengacukan cahaya laser ke arah penjaga gol berkenaan pada minit ke 53. Tetapi permainan bersambung semula pada minit ke 60 dan seminit kemudian, Safee Sali menjaringkan gol pembukaan. 7 minit kemudian, Ashari menyumbat gol kedua sebelum tandukan Safee Sali yang berkelas dunia menjaringkan gol ketiga 5 minit kemudian.

Setelah perlawanan tamat, jurulatih Indonesia menyatakan kekalahan anak buahnya bukan disebabkan pancaran laser tetapi gol pertama Malaysia. Media2 Indonesia mendakwa pancaran laser yang mengakibatkan kekalahan pasukan mereka dan ada yang menyatakan Malaysia menggunakan khidmat bomoh. Namun begitu semua dakwaan tersebut sememangnya tidak betul sama sekali. Mengenai pancaran laser, pihak FAM dan Stadium telah menjalankan siasatan dan hasilnya, kebanyakkan laser yang dipancarkan dari penyokong2 Indonesia.

Mengenai perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, pemain2 Indonesia menyerang pertahanan Malaysia bertubi2 tetapi kebanyakkan serangan tersebut dapat di tangkis oleh penjaga gol kita, Khairul Fahmi. Pada minit ke 19, pasukan Indonesia di hadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurna oleh kapten pasukan, Firman apabila sepakanya dapat ditangkap mudah oleh penjaga gol kita. Kemudian, tiba separuh masa yang kedua. Pemain2 Indonesia terus menggandakan serangan tetapi pada minit ke 54, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pertama untuk Malaysia melalui tendangannya yang dianggap sebagai tendangan kelas dunia. Namun, setelah bertubi-tubi serangan Indonesia, Nasuha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 72 dan gol kedua melalui sepakan Ridwan pada minit ke 88. Walaupun Indonesia berjaya dengan 2-1 tetapi mengikut agreget, Malaysia menjuarai dengan kiraan 4-2.

Selepas perlawanan ini, PM Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa hari Jumaat sebagai hari cuti umum sebagai tanda meraikan kejayaan skuad negara.

Thursday, December 23, 2010

Michael Jackson - A Man Full Of Legacy


Michael Joseph Jackson sememangnya terkenal melalui albumnya yang bersejarah, Thriller, gaya menarinya yang hampir mustahil ditiru oleh orang lain dan kreativitinya dalam lagu dan kehidupannya.

Mengenai karya dan pencapaiannya, seluruh dunia tahu bahawa albumnya, Thriller merupakan album yang paling laris sepanjang zaman dengan jualan sebanyak 110 juta album seluruh dunia hingga kini. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakkan lagunya mengisahkan perkara yang benar mengenai dirinya dan di dunia seperti lagu She's Out Of My Life(1979), Human Nature(1982), Bad(1987), dan banyak lagi. Beliau telah memegang pelbagai rekod dunia, antaranya ialah video muzik yang paling mahal iaitu lagu yang bertajuk "Scream" yang bernilai ASD 9.7 juta, jualan album 2 CD paling laris menerusi album "HIStory" dengan jualan sebanyak 21 juta (42 cd), video muzik paling lama menerusi lagu yang bertajuk "Ghost" dan sebagainya. Beliau juga diiktiraf sebagai artis yang paling berjaya sepanjang zaman oleh Guinness World Record pada 2007.

Mengenai kehidupannya, beliau sering dianggap sebagai orang yang penuh dengan misteri sehingga kematiannya juga misteri. Sejak beliau mengalami kecederaan akibat kebakaran di kepala pada 1984, beliau mula mengubah wajahnya. Selain itu, beliau sering merahsiakan kehidupannya dari pengetahuan dunia sehinggakan sekeping gambar beliau dijual dengan harga semahal ASD 2.4 juta. Beliau pernah bercinta tetapi hanya sementara pada 1977, pernah berkahwin 2 kali. Tetapi baru2 ini, ramai yang menyatakan beliau telah mempunyai anak pada sekitar 1980an. Mengenai ibu tumpang yang melahirkan anak ketiga beliau,iaitu Prince Michael II atau Blanket, sehingga kini dunia tidak mengetahui siapa ibu tumpang tersebut.

Mengenai peminat2nya, statistik menunjukkan bahawa beliau mempunyai peminat seramai 1 billion orang. Sejak dari muda lagi, beliau sentiasa menghormati peminat2 nya. Ketika di Jepun pada 1987, peminat2 Jepun membanjiri setiap kawasan semata-mata mahu melihat wajah Michael Jackson sehinggakan seorang wanita sanggup cuba membunuh diri kerana tidak dapat melihat beliau. Tetapi cubaan wanita tersebut berjaya dipatahkan apabila Michael Jackson bertemu dengan wanita tersebut. Pernah suatu ketika konsert di Korea pada 1996, 2 orang lelaki cuba menghampiri beliau dan secara tidak sengaja mencederakan beliau, tetapi beliau melawat mereka dengan hormat dan gembira. Ketika kematiannya, dunia sepi buat seketika. Kerajaan AS, Britain, Jepun, Korea Selatan, Afrika Selatan, Perancis, Jerman, Russia, Australia, Brazil dan Itali berkabung selama sehari bagi memperingati jasa Michael Jackson terhadap dunia. Peminat2 bagaikan tidak percaya dan ada menangis seperti kehilangan keluarga sendiri.

Mengenai hartanya, beliau telah berhutang sebanyak ASD 400 juta. Harta kewangan beliau pula hanya sekitar ASD 250 juta. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang billionair. Beliau mempunyai pelbagai aset seperti katalog muzik The Beatles yang bernilai ASD 1.4 billion. Mengikut beberapa sumber, harta kekayaannya melonjak tinggi selepas kematiannya dan dijangka dapat menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat. Jumlah hartanya sebanyak ASD 1.3-ASD 1.7 billion dan dijangka terus bertambah.

Wednesday, December 22, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 : Siapakah yang bakal menjadi juara? Malaysia atau Indonesia?

Setelah kemarau 14 tahun, negara kita, Malaysia berjaya melangkah ke final Piala Suzuki AFF dan bakal bertemu Indonesia. Perlawanan pertama bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 26hb ini dan perlawanan kedua berlangsung di Jakarta pada 29hb.

Mengenai format perlawanan akhir piala tersebut, saya tidak berpuas hati kerana sepatutnya hanya sekali sahaja perlawanan akhir ini berlangsung, bukannya 2 kali. Dan tempat perlawanan akhir tersebut seharusnya diadakan di salah satu negara kecuali dua negara tersebut.

Mengenai negara Indonesia, mereka mempunyai beberapa pemain import seperti Christian Gonzalez. Mereka telah beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan. Tetapi ketika mereka bertemu dengan Filipina dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini, corak permainan mereka agak berhati-hati. Namun mereka berjaya mara ke final mengalahkan Filipina dengan agreget 2-0. Jurulatih Indonesia memberi amaran kepada pasukannya bahawa pasukan Malaysia yang berada di final ini bukannya Malaysia yang dikalahkan 5-1 oleh Indonesia.

Mengenai pasukan Malaysia, mereka pernah tewas 1-5 kepada pasukan Indonesia. Namun sejak dari itu, mereka telah mempamerkan corak pemainan yang begitu berdisiplin. Tetapi saya agak kecewa dengan pemain penyerang negara kita kerana gagal mempamerkan aksi yang mantap walaupun mereka berjaya menjaring 8 gol. Sebagai contoh, ketika perlawanan kedua menentang Vietnam di Hanoi, penyerang kita telah berjaya membolos pertahanan lawan tetapi gagal menyepak bola dengan kemas. Saya harap agar jurulatih, K Rajagopal mampu melakukan sesuatu. Namun, saya berharap agar pemain2 kita mampu bermain dengan cemerlang.

Sunday, December 12, 2010

Golden Gate University

Golden Gate University, sebuah universiti yang terletak di San Francisco, California, USA. Universiti ini mula ditubuhkan pada 1901 dan merupakan antara universiti terbaik di dunia. Universiti ini merupakan salah satu universiti impian saya setelah menamatkan pembelajaran saya di Malaysia nanti kelak.

Tujuan saya memilih universiti ini ialah kerana saya ingin mengikut jejak langkah arwah datuk saya, Allahyarham Haji Safri bin Samit yang pernah menuntut di universiti ini dan berjaya memperoleh Ijazah dan Master daripada universiti ini. Di samping itu juga, saya hendak ingin memperoleh sesuatu pengalaman yang menarik serta mencabar apabila dapat menuntut di universiti ini satu hari nanti.

Berikut merupakan gambar-gambar universiti tersebut :

Pintu masuk utama ke Golden Gate University.


Dewan Pembelajaran di dalam Golden Gate Universiti.


Logo Golden Gate University.

Friday, December 10, 2010

"Michael" (Album terbaru Michael Jackson) - Antara kontroversi dan realiti.

Muka depan album "Michael". Album ini bakal masuk dalam pasaran di Malaysia pada minggu ini.

Fakta :

Setelah kematian MJ yang menggegarkan dunia pada 25 Jun 2009(26 Jun di Malaysia), pada bulan Mac 2010, Sony Music Entertainment telah mengadakan kontrak dengan Michael Jackson Estate yang bernilai ASD 250 juta. Dalam kontrak itu juga, Sony berhak memasarkan 7 album daripada lagu2 MJ yang tidak diperkenalkan hingga 2017.Minggu ini, album pertama MJ selepas kematiannya telah memasuki pasaran iaitu album yang bertajuk "Michael".

Kontroversi :

Saya mendapati dalam satu laporan di mana ayah MJ, Joe Jackson dan Will.I.Am mengkritik Sony kerana mengeluarkan lagu2 MJ yang belum di pasarkan. Mereka menggangap tindakan Sony sebagai satu penghinaan terhadap MJ. Mengenai lagu "Breaking News", keluarga Jackson mendakwa suara dalam lagu tersebut bukan suara MJ. Dalam laman web www.michaeljackson.com, peminat2 MJ berbelah bahagi antara satu sama lain. Dalam pemerhatian saya, ada yang menyatakan suara penyanyi lagu tersebut sama seperti suara MJ dalam lagu dalam album Invincible, "2000 Watts". Namun begitu, sebahagian besar peminat2 bersetuju dengan keluarga MJ bahawa suara dalam lagu "Breaking News" adalah bukan suara MJ.

Pendapat mengenai album:

Saya berpendapat bahawa jualan album ini akan menyaksikan perpecahan dalam komuniti peminat2 MJ di dunia, khususnya di Amerika. Malah saya merasakan bahawa catatan jualan album tersebut akan mencapai sekitar 2-7 juta di pasaran dunia. Namun begitu, saya tetap mengharapkan yang terbaik dari jualan album tersebut kerana lagu-lagu tersebut mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. (Cewah, cakap macam eksekutif Sony. Haha...)

Tuesday, December 7, 2010

Pemimpin Islam yang sejati.

Dunia zaman sekarang penuh dengan pertelingkahan, konflik, dan perang sesama sendiri. Tetapi adakah dunia zaman sekarang mempunyai pemimpin Islam yang sejati?

Mengikut pandangan saya, saya masih tidak menjumpai mana2 pemimpin Islam yang sejati. Kesemua pemimpin2 Islam zaman sekarang tidak lagi memaparkan ciri-ciri keislaman yang sebenar dalam pentadbiran mereka.

Ciri2 pemimpin Islam yang sejati dari segi pandangan saya ialah, seseorang pemimpin itu hendaklah melaksanakan ibadat mereka dengan sempurna, memerintah negara mereka dengan cekap, adil dan saksama, bijak menyusun strategi ketika peperangan, sedia mendengar nasib rakyat, tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah negara, menyebarkan agama Islam, mahir dalam urusan pembangunan negara, dan tidak berputus asa dan tidak leka dengan kuasa yang ada.

Dalam sejarah Islam, hanya beberapa pemimpin Islam yang mengikuti ciri-ciri tersebut. Antaranya ialah
  • Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar Al Khattab dan awal pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan (632-647M)- Ketiga-ketiga Khalifah ini telah berjaya mengekalkan sistem pentadbiran keislaman yang sebenar yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka juga berjaya mengekalkan perpaduan umat Islam sehingga awal pentadbiran Khalifah Uthman, di mana beliau telah melakukan kesilapan dengan melantik beberapa orang gabenor di beberapa wilayah Islam yang terdiri daripada keturunan keluarganya sendiri yang menyebabkan beliau di bunuh oleh orang Islam sendiri.
  • Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)-Khalifah Umar merupakan khalifah ke 8 kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau telah menukarkan jabatan pertahanan kepada jabatan penyebaran agama Islam. Di bawah arahan beliau, agama Islam telah mula tersebar secara meluas ke Afrika Utara, Asia dan ada yang menjangkakan ke Asia Tenggara. Beliau juga telah mengamankan empayarnya apabila pemberontak2 kerajaan telah menghentikan aktiviti mereka kerana yakin dengan ciri pentadbiran beliau yang mengutamakan agama, bukannya kuasa seperti pemerintah2 Kerajaan Umaiyyah sebelumnya.
  • Sallahuddin Al Ayubi (1171-1193M)- Beliau merupakan seorang panglima yang berjaya menewaskan tentera Salib dan menghalau mereka daripada wilayah2 Islam. Beliau juga telah menjalankan pentadbiran kerajaannya dengan cekap. Sesungguhnya, beliau merupakan panglima lagenda dalam sejarah Islam.
  • Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (1259-1260M)- Beliau merupakan panglima Islam yang berjaya menewaskan tentera Mongol. Ketika itu, tentera Mongol telah menjatuhkan kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan mengusai sebahagian besar dunia Islam. Namun dengan kesungguhan beliau, beliau telah menewaskan mereka dengan mudah pada 1260 M. Beliau merupakam seorang pemimpin Islam yang warak dan setia pada agama. Namun pada bulan Oktober 1260, beliau telah di bunuh.
  • Mehmed II Al Fateh (1451-1481 M) - Beliau merupakan sultan ke 7 Empayar Turki Uthmaniyyah. Beliau bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Byzantin dengan menawan kota Konstantinopel pada 1453 M sekali gus mengakhiri penantian umat Islam selama 819 tahun dalam usaha menawan kota tersebut. Beliau merupakan satu-satunya sultan Empayar Turki Uthmaniyyah yang sentiasa melaksanakan ibadah2 dengan sempurna.
Kesemua mereka di atas merupakan pemimpin Islam yang sejati yang dapat saya mengkaji setakat ini. Mungkin terdapat ramai lagi.

Persoalannya, adakah pemimpin Islam sejati wujud pada zaman sekarang??

Saturday, December 4, 2010

Keadaan Islam pada zaman sekarang-Apakah realitinya??

Pada masa kini, kita telah menyaksikan bagaimana dunia Barat hina, kutuk, pulau dan sebagainya terhadap umat Islam. Pada masa yang sama kita menyaksikan bagaimana umat Islam berbalah sesama sendiri hanya semata-mata kuasa, pengaruh, wang dan sebagainya yang menyaksikan kemunduran umat Islam sendiri.

Sejak kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada 1922, dunia Barat seakan-akan telah berjaya menguasai kesemua negara-negara Islam melalui faktor politik sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, lahirlah negara2 Islam yang merdeka daripada penguasaan Barat. Tetapi malangnya, negara-negara Islam masih dipengaruhi dengan ideologi kuasa-kuasa besar dunia yang menyebabkan mereka bertelingkah. Ini merupakan salah satu punca kelemahan umat Islam.

Yang kedua, pertelingkahan umat Islam. Kalau diikutkan sejarah, umat Islam mula berpecah sejak akhir zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan(644-656). Sehingga kini, perpecahan umat Islam semakin ketara. Penuh dengan perang saudara, perebutan kuasa dan sebagainya. Kesan daripada perkara tersebut, umat Islam merana.

Penduduk Iraq terpaksa tunduk dibawah jajahan AS kerana perpecahan mereka sendiri.

Pada zaman sekarang, saya memerhatikan, ramai pemimpin Islam sanggup berkerjasama dengan Barat semata-mata kuasa dengan menindas umat Islam sendiri. Contohnya, Syah Iran yang mendapat sokongan Barat sanggup menindas golongan ulama di Iran. Adakah itu pemimpin Islam?

PM Iraq bekerjasama dengan AS semata-mata mahu menghapuskan golongan umat Islam yang menentang kepimpinannya.

Al Qaeda dan Taliban, adakah mereka berjihad? Cara mereka sahaja salah. Mereka cuba menyembunyikan ideologi mereka yang sebenar, iaitu menguasai Afghanistan, Iraq dan Saudi Arabia. Sebab merekalah, Islam dihina oleh dunia Barat. Saya berpendapat, jikalau mereka nak berjihad, mereka hendaklah berjihad di Palestin dan bukannya seluruh dunia. Ramai umat Islam terbunuh akibat "jihad" mereka.

Umat Islam seharusnya bersatu demi kepentingan agama, bukannya politik.

Bila sebut Islam itu keamanan, Barat kata Islam itu keganasan. Dalam populasi dunia, lebih 1.7 billion penduduk yang beragama Islam. Saya berfikir, jikalau 1.7 billion manusia itu pengganas, penduduk Barat mungkin tidak akan wujud. Sejak dari dulu lagi Barat ingin melemahkan umat Islam sejak dari kekalahan Rom keatas Baitul Maqdis pada 636M akibat serangan umat Islam, kekalahan Eropah dalam Perang Salib, kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah menawan sebahagian besar Eropah dan kejayaan intelektual umat Islam sepanjang zaman. Usaha-usaha dunia Barat seakan-akan hasil.

Adakah ini realiti kehidupan umat Islam zaman sekarang?

Mengenai kehidupan umat Islam di dunia, saya sangka hanya umat Islam di Palestin sahaja yang hidup sengsara tetapi sangkaan saya salah. Umat Islam di Palestin, Sudan, Selatan Thai, Bosnia, Filipina, India, dan lain-lain terpaksa mengharungi cabaran hidup mereka apabila mereka ditindas dan dipulaukan oleh kerajaan pemerintah masing2. Sedangkan umat Islam di negara2 lain hanya sekadar bersimpati.

Nabi SAW ada menyatakan bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 bahagian. Tetapi hanya 1 bahagian sahaja yang dapat masuk Syurga. Adakah kita tergolong dalam bahagian tersebut?? Maklumat lanjut mengenai hadis ini, rujuk:

http://masjidgodo.blogspot.com/2008/12/umat-islam-akan-berpecah-menjadi-73.html

Harapan saya agar umat Islam khususnya pemimpin Islam sedar mengenai perkara ini.


Wednesday, December 1, 2010

P Ramlee - Ayer Mata Di Kuala Lumpur



AYER MATA DI KUALA LUMPUR-1972

Lagu & Lirik : P Ramlee
Nyanyian : Saloma

Hancur musnah
Impian mulia
Istana kubina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur


Lagu ini merupakan lagu terakhir yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan di dendangkan oleh isterinya, Puan Sri Saloma. Lagu ini menunjukkan kekecewaan beliau terhadap layanan yang diterima olehnya semasa berada di Kuala Lumpur. Hasrat beliau untuk memohon pinjaman bank untuk mengarah filem, menubuhkan syarikat sendiri dan sebagainya telah di tolak sekeras-kerasnya oleh pihak yang bertanggungjawab di Kuala Lumpur. Oleh itulah, lagu ini telah dicipta dan didendangkan.