Followers

Monday, December 26, 2011

20 tahun selepas kejatuhan Soviet Union

25 Disember 1991, negara yang merupakan kuasa besar dunia yang dahulunya digeruni oleh dunia Barat iaitu Kesatuan Soviet dibubarkan secara rasmi selepas ucapan perletakan jawatannya sebagai presiden Kesatuan Soviet.

Kini, setelah 20 tahun kejatuhannya, pengganti USSR, Rusia kini dikatakan tidak setaraf dengan pemerintahan era-USSR yang cukup digeruni oleh negara2 barat khususnya AS. Siapa yang tidak sangka negara kuasa besar dunia yang memiliki kekuatan tentera yang kuat jatuh dalam masa yang singkat iaitu 2 tahun berbanding biasa (50-400 tahun). Kejatuhannya gara2 kegagalan pemerintah Soviet sendiri yang ditadbir oleh Presiden USSR, Mikhael Gorbachev yang memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi yang membawa ke arah kejatuhannya.

Mikhail Gorbachev ketika meletakkan jawatannya sebagai Presiden Soviet Union

Saat2 kejatuhannya bermula apabila Jerman disatukan dan menyertai NATO, sekali gus buat pertama kali dalam sejarah USSR, pengaruhnya semakin lemah dan bertambah teruk apabila negara2 lain yang dibawah pengaruhnya, Poland dan Latvia bergelut untuk keluar dari pengaruh komunis semata2 untuk menyertai NATO. Keadaan semakin teruk apabila perarakan mula meletus di negara2 jajahan Soviet untuk memerdekakan negara mereka.

Sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan negara kuasa besar komunis ini, percubaan rampasan kuasa telah bermula pada bulan Ogos 1991 ketika Presiden Gorbachev menikmati cuti musim panas. Rampasan kuasa telah dirancang oleh menteri2 Gorbachev sendiri yang merupakan komunis tegar. Dengan kuasa penuh yang ada keatas tentera, menteri pertahanan Soviet sendiri telah mengarah tentera ke Moscow untuk menguasai media massa da membekukan pemerintahan Gorbachev dan Yelstin(Presiden Rusia SFSR). Namun usaha rampasan kuasa tersebut gagal disebabkan kebangkitan rakyat di Moscow dan perucapan oleh Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin di atas salah sebuah kereta kebal tentera.

Gorbachev telah dibawa pulang oleh penyokong2 Yelstin. Muka Gorbachev dalam ketakutan dan pada masa yang sama terkejut dengan peristiwa yang berlaku keatas negaranya. Dan selepas itu, sewaktu Kongres Soviet berlangsung, peristiwa telah berlaku di mana, ketika Gorbachev berucap dalam usaha untuk mengekalkan Parti Komunis, Yelstin bangun dan berjalan menuju ke pentas di mana Gorbachev berucap dan mendesak Gorbachev menandatangani dikri yang dibuat oleh beliau tetapi Gorbachev enggan.

Red Square. Beberapa jam sebelum bendera Merah diturunkan buat kali terakhir.

Akibat keengganan Gorbachev menandatangani dikri yang dibuat oleh Yelstin, Yelstin berjumpa dengan pemimpin Ukraine dan Belarus secara rahsia di tempat yg tidak diketahui menandatangani dikri tersebut pada 8 Disember 1991 sekali gus secara rasminya menamatkan pemerintahan USSR.

Setelah apa yang berlaku sepanjang 2 tahun terakhir itu, pada 25 Disember 1991, Mikhail Gorbachev secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai Presiden Kesatuan Soviet dan membubarkan USSR itu sendiri. Bendera Merah di Kremlin telah diturunkan buat kali terakhir dan digantikan dengan bendera Rusia.

Setelah 74 tahun berkibar, bendera Kesatuan Soviet diturunkan buat kali terakhir.

Apa yang dikatakan oleh penulis, peristiwa ini mengejutkan dunia dan rakyat bekas Kesatuan Soviet itu sendiri. Kini, 20 tahun telah berlalu...........

Friday, December 23, 2011

Bashar al-Assad- letakkanlah jawatan demi Syria

Hampir setahun sudah revolusi "kebangkitan" rakyat di Dunia Arab. Boleh dikatakan hampir berlaku di seluruh negara2 Arab yang bermula di Tunisia, kemudian menular ke Mesir, Yemen, Libya dan kini Syria.

Apa yang berlaku kepada para pemimpin negara2 tersebut, dikatakan berbeza. Pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali telah meletakkan jawatan di Saudi Arabia. Pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, melarikan diri dan pentadbiran Mesir di ambil alih tentera. Pemimpin Yemen pula Ali Abdullah Saleh telah menetapkan pilihan raya bagi proses penyerahan kuasanya. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula lebih kepada tragik. Kerajaan beliau dijatuhkan dan diambil alih pemberontak lalu menyebabkan Gaddafi dibunuh. Kini, revolusi berlaku di Syria.

Keadaan di Syria dikatakan semakin parah. Hampir ratusan rakyat terbunuh dalam revolusi tersebut. Mereka mendesak Bashar al-Assad supaya meletak jawatan dan beri laluan kepada demokrasi. Masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Assad dan beliau terpaksa akur untuk memberi laluan kepada pemerhati Liga Arab untuk mententeramkan keadaan.

Syria, merupakan sebuah negara Arab yang dipimpin keluarga Assad sejak 1971. Walaupun negara Arab tersebut mengalami perubahan politik, dasarnya masih sama sejak dari 1948 lagi, iaitu tidak mengiktiraf Israel. Syria pernah berperang dengan Israel dalam 4 siri perperangan. Antaranya ialah, Perang 1948, Perang 6 Hari(1967), Perang Yom Kippour@Perang Oktober(1973), Perang Saudara Lebanon(1980). Walaupun tewas dalam semua siri peperangan, tidak seperti sekutunya Mesir yang berdamai dengan Israel, Syria enggan berdamai. Dan itulah negara Syria yang penulis sanjungi. Namun sudah sampai masanya perubahan berlaku di Syria.

Apa yang ingin penulis katakan kepada beliau, letaklah jawatan. Ini semua adalah untuk kebaikkan beliau sekeluarga, Syria dan maruah dunia Arab. Penulis percaya, bakal pemimpin yang menggantikan beliau akan meneruskan tradisi Syria sebagai singa Palestine.

Thursday, December 22, 2011

Kegiatan MURTAD di negara kita- Bukan lagi perkara main2.


Setelah lama penulis meninjau keadaan di luar negara, akhirnya penulis kembali menumpukan masalah yang timbul dikalangan umat Islam di negara kita.

Rupa-rupanya, masalah yang paling kritikal yang melanda umat Islam di negara kita ialah MURTAD. Sebelum ini, penulis sering belajar di sekolah apakah itu murtad? Sentiasa memahami makna murtad iaitu keluar dari agama Islam. Sebelum penulis sedar dan mengetahui bahawa gejala ini semakin menjadi-jadi, penulis beranggapan mungkin murtad ini tidak berlaku di negara kita tetapi anggapan penulis adalah TIDAK BENAR...

Menurut sumber yang diperoleh, sejak tahun 1997 lagi hingga kini, seramai 10,000 umat Islam telah murtad. Ya benar, 10,000 umat Islam telah murtad, dan itu mungkin anggaran kecil. Kemungkinan besar angka yang sebenar jauh lebih tinggi??

Apa yang diketahui ramai, sebahagian besar negeri2 di Malaysia menggubal Enakmen Cegah Murtad untuk mengatasi gejala ini, tetapi isu murtad ini masih berleluasa kerana Kerajaan Pusat seakan-akan tidak berkuasa mengatasi masalah ini. Puncanya, pelbagai rang undang2 berkaitan cegah murtad yang dibincangkan gagal dibawa ke peringkat kabinet. Senang cerita, tiada sebarang kerjasama diantara kerajaan pusat dan majlis agama.

Penulis sekarang tidak mahu bercakap panjang. Biar mereka yang berkuasa memikirkan perkara yang sepatutnya demi kebaikan umat Islam. Tetapi, penulis berani berkata, sekiranya tiada sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah mengenai murtad ini, dalam masa 15 tahun dari sekarang, kita sebagai umat Islam bakal menghadapi masa depan yang TIDAK DIINGINI.....

Oleh itu, mari kita fikir2kan.......

Wednesday, December 21, 2011

Hilangnya pengaruh Britain di dunia.....

Apabila merenung bendera Union Jack yang suatu ketika pernah berkibar di negara kita, penulis tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada Britain sekarang yang dahulunya dikenali sebagai Empayar Agung Britain yang menguasai 1/4 dunia?

 Megahnya bendera Union Jack....

Sejarah Britain, sejak abad ke-16, Britain mula menjelajah ke luar Eropah dalam usaha  mencari tanah jajahan baru. Namun empayar agung itu terpaksa menghadapi musuh ketatnya, Perancis dan Sepanyol yang turut meluaskan jajahannya ke seluruh dunia.

Dan pada abad ke 17, mulalah pertempuran laut di Eropah. Gabungan tentera laut Sepanyol-Perancis menentang Tentera Laut Diraja Britain merupakan satu pertempuran epik yang berlangsung hampir 200 tahun. Dalam pertempuran epik tersebut, Britain mula dikenali sebagai kuasa laut yang digeruni. Dengan kekuatan tentera Laut Dirajanya, Britain meluaskan jajahannya sehingga ke Timur Jauh (Far East).

 Hasil kekuatan Tentera Laut Diraja Britain menguasai dunia

Dari tahun 1800an, Britain telah mencapai kemuncak kuasa empayarnya dan mempunyai tentera laut yang paling kuat dan digeruni di dunia sehingga Perang Dunia Kedua.

Setelah lama mengecapi zaman kegemilangannya, empayar yang terkuat itu semakin merosot berikutan kebangkitan kuasa2 baru seperti AS, Jepun, Jerman dan Itali. Kemegahan Empayar Britain semakin merosot sepanjang abad ke-20. Sejak Perang Dunia Kedua, Empayar Britain hanya tinggal nama sahaja. Satu demi satu tanah jajahannya membebaskan wilayah masing2 dari pemerintahan Britain sehingga 1997. Tahun tersebut menyaksikan Hong Kong, tanah jajahan Britain yang terakhir di Asia mengisytiharkan kemerdekaan dan menyertai China.

Kini, negara Baginda Queen hanya berselindung di sebalik nama Kesatuan Eropah dan NATO. Walaupun Britain mempunyai kelengkapan tentera yang kuat tetapi pengaruhnya ke atas dunia seakan-akan sudah tiada. Setelah 200 tahun memegang gelaran kuasa besar dunia, kini Empayar Britain hanya tinggal nama sahaja.



Tuesday, December 20, 2011

Kim Jong-il meninggal dunia..

Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong Il telah meninggal dunia pada 17 Disember lepas. Kematiannya mengejutkan rakyat Korea Utara yang kemudiannya menangis dan bersedih atas peristiwa tersebut.

Rakyat Korea Utara yang kebanyakanya menangis atas kematian pemimpinnya yang digelar sebagai Dear Leader.

Penulis difahamkan bahawa jirannya di selatan(Korea Selatan) dan sekutunya, AS kini dalam keadaan berjaga2. Penggantinya dikatakan masih belum diketahui tetapi ramai yang menjangkakan anak bongsunya, Kim Jong-un bakal menggantikan bapanya.

 Kim Jong-il dan anak bongsunya, Kim Jong-un.

Bimbang?
Itulah perasaan Korea Selatan dan sekutunya. Anaknya Kim Jong-un dikatakan masih muda dan mentah dalam bidang politik. AS merasakan bahawa kemungkinan meletusnya perang Korea Kedua sekiranya Kim Jong-un menggantikan ayahnya.

Dan perang dimaksudkan ialah perang Nuklear. Korea Utara mempunyai senjata nuklear yang dikatakan mengancam keamanan di rantau Asia Pasifik.

Kini, tentera Korea Selatan dalam keadaan berjaga2.....

Tuesday, December 13, 2011

Newt Gingrich-kenyataanya yang mudah disangkal.

                           
(Sumber: guadian.co.uk)

"Remember, there was no Palestine as a state. It was a part of the Ottoman Empire. I think we have an invented Palestinian people who are in fact Arabs and historically part of the Arab community and they had the chance to go many places.........."


"...these people are terrorist. They teach terrorism in their schools. They have textbooks that say: if there are 13 Jews and 9 Jews are killed, how many Jews are left? We pay for those textbooks through our aid money. It's fundamentally time for some body to have guts to stand up and say, enough lying about the Middle East."


Itulah kenyataan calon Presiden dari parti Republikan, Newt Gingrich yang nyata membangkitkan kemarahan pemimpin2 dunia Islam khususnya negara2 Arab. Namun begitu, bukannya penulis menyokong kenyataan beliau (dah sememangnya salah, tak masuk akal) tetapi apa yang dikatakannya (Newt Gingrich) seharusnya dapat membuka mata pemimpin2 Arab.

Mengenai kenyataanya, ada penerangannya yang tersendiri. Kita pergi satu demi satu:

  • "Remember, there was no Palestine as a state. It was a part of the Ottoman Empire........"- itu adalah kenyataan dia mengenai sejarah Palestine dan statusnya. Untuk menyangkalnya, memang benar bahawa Palestine dulu dikuasai Empayar Othmaniyah dan terletak sebahagian wilayah Syam(terdiri daripada Syria, Lebanon, Jordan, Palestine dan Israel) . Dan sebenarnya bukan orang2 Islam atau Arab yang mereka, membentuk, atau membahagikan wilayah Syam kepada negara2 tersebut tetapi berpunca daripada tindakan tentera Britain dan Perancis yang membahagikan wilayah Syam mengikut semangat Nasionalisme bangsa Arab selepas Perang Dunia Pertama. Dan sejak itu, wujudlah wilayah Palestine. Cakap mengenai Israel, sejak dulu lagi, Israel bukannya sebuah negara malah tidak pernah wujud dalam sejarah dunia. "Negara" Israel juga sebahagian daripada Empayar Othmaniyah. 
  • .".....I think we have an invented Palestinian people who are in fact Arabs and historically part of the Arab community and they had the chance to go many places...."- dalam kenyataan ini pula dia menyatakan bahawa masayarakat Palestine ialah masyarakat yang direka sedangkan mereka adalah bangsa Arab. Seperti penulis katakan tadi, bukan orang Arab yang mereka bangsa mereka sendiri melalui pembahagian wilayah dunia Arab tetapi itu semua adalah perbuatan tentera British dan Perancis yang memecahkan bangsa Arab mengikut wilayah atau negara sesuka hati mereka sahaja. Memang benar, mereka(British dan Perancis) membahagikan tanah Arab mengikut kedudukan penduduk warga Arab tetapi mereka sebenarnya meniup semangat Nasionalisme dikalangan bangsa Arab untuk mementingkan negaranya dan bukannya bangsa dan agama. Jadi siapa sebenarnya yang mereka bangsa mengikut kewarganegaraan? Sebenarnya, perkataan "invented people" yang dikatakan oleh dia(Newt Gingrich) tak sesuai, memang langsung tak tepat kerana penulis rasa kita semua, satu dunia sekali pun, wajar digelar sebagai "invented people". sebab kita bukan lagi dikira mengikut bangsa tetapi mengikut negara.
  • "...these people are terrorist. They teach terrorism in their schools. They have textbooks that say: if there are 13 Jews and 9 Jews are killed, how many Jews are left? We pay for those textbooks through our aid money ......."- Penulis rasa kalau budak 10 tahun tengok apa yang Gingrich ucap, dia pun tahu siapakah yang dimaksudkan oleh dia(Newt Gingrich). Dia kata penduduk Palestine ialah pengganas, pendidikan pengganas di Palestine dan sebagainya. Setakat apa yang penulis tahu, melalui pelbagai sumber, seperti berita, buku, massa media, kawan dan sebagainya, memang tidak ada pendidikan mengenai pengganas di sana. Penulis sendiri pernah lihat buku panduan pendidikan Palestine yang boleh dikatakan serupa dengan kita di Malaysia. Jadi, tidak perlulah penulis   berbincang panjang mengenai pendidikan disana. Sentuh mengenai sumber kewangan, memang benarlah apa dikatakannya. Minta maaf penulis katakan, kebanyakkan sumber kewangan yang diperoleh oleh Palestine kebanyakannya daripada Amerika Syarikat. 
  •  "..........It's fundamentally time for some body to have guts to stand up and say, enough lying about the Middle East......." - Dalam kenyataan ini, dia menyatakan sudah sampai masanya seseorang bangkit dan menamatkan segala "penipuan" di Timur Tengah. Apakah penipuan yang dimaksudkannya? Adakah dia yang menipu? Bagi penulis, kenyataan ini yang paling tak masuk akal.
Sebagai kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh Newt Gingrich memang tak logik dan tak masuk akal sama sekali. Dunia Islam khususnya Liga Arab mengkritik keras kenyataan tersebut dan menganggap dia sebagai buta sejarah. Penganalisis politik di AS menganggap kenyataan Newt Gingrich adalah kenyataan tanpa sumber informasi. 

Hari demi hari, ada sahaja orang Barat mengutuk, menghina dan mencaci umat Islam. Seperti biasa, kita hanya membalas sekadar mengkritik balik. Kalau kita yang kritik mereka, kita yang dikenakan pelbagai dugaan. 


Saturday, December 10, 2011

Ragam di Rusia: Adakah Kesatuan Soviet akan bangkit semula??

Sebelum penulis mulakan topik, penulis akan menerangkan sedikit mengenai keruntuhan Kesatuan Soviet.
Titis2 keruntuhan mula dirasai apabila Tembok Berlin runtuh pada 1989, menyatukan German sebagai sebuah negara yang satu sejak Perang Dunia Ke-2 lagi. Sejak itu, pengaruh Soviet ke atas Eropah Timur semakin tergugat dan akhirnya berlakunya kekacauan dalam Blok Komunis itu sendiri. Akibatnya, wilayah2 pengaruh komunis telah mengecapi kemerdekaan dan mengakibat kuasa politik Kesatuan Soviet semakin lemah.


Gambar ini sentiasa dikenang dalam sejarah Rusia. (dalam gambar: Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin, 3 bulan sebelum keruntuhan Kesatuan Soviet)

Pada 1991, beberapa bulan sebelum kejatuhan, pemimpin2 Soviet yang tegar disokong dengan agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB melancarkan cubaan rampasan kuasa dalam usaha menyelamatkan Kesatuan Soviet dari Mikhail Gorbachev yang dikatakan membawa kepada keruntuhan Kesatuan Soviet. Tetapi usaha mereka gagal.


Rakyat Rusia memijak patung pengasas KGB sebagai tanda penentangan terhadap pemerintahan Soviet.

Pada 25 Disember 1991, pemimpin Rusia, Boris Yelstin menghantar surat kepada PBB menyatakan negaranya Rusia adalah pengganti Kesatuan Soviet dalam Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB. 26 Disember, Presiden terakhir Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev secara rasmi meletak jawatan dan membubarkan Kesatuan Soviet. Bendera Soviet diturunkan buat kali terakhir di Kremlin. Pada 26 Disember, Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet mengiktiraf pembubaran tersebut dan kemudian membubarkan majlis itu sendiri. 31 Disember, badan2 Kesatuan Soviet yang masih beroperasi, menutup operasi mereka lalu menyebabkan Kesatuan Soviet secara rasmi tamat dan hilang di peta dunia.

Itulah ringkasan sejarah keruntuhan Kesatuan Soviet. Selepas keruntuhannya, Rusia mengalami masalah ekonomi yang paling teruk dalam sejarah. Malah kekuatan geopolitik Rusia juga dikatakan teruk dan ada yang menyatakan Rusia sebagai anjing Amerika Syarikat. Namun, setelah Vladimir Putin berkuasa sbg Presiden Rusia pada tahun 2000, keadaan kembali berubah, taraf ekonomi semakin pulih dan mula digeruni oleh negara2 Eropah kerana Putin merupakan bekas ejen KGB yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa 1991.  

Beberapa badan bukan kerajaan di Eropah dan Rusia telah menjalankan tinjauan mengenai keruntuhan Kesatuan Soviet. Dalam tinjauan tersebut dikatakan 65% warga Rusia, 50% warga Ukraine, dan 45% dari negara2 bekas jajahan Kesatuan Soviet menyesal atas keruntuhan Kesatuan Soviet.
Kini, berbincang kepada topik utama, adakah Kesatuan Soviet bangkit semula? Apa yang dapat penulis katakan, sekiranya Parti Komunis Rusia memenangi pilihan raya di sana, maka Kesatuan Soviet akan bangkit tetapi kewujudannya tidak akan sama seperti dahulu. Mungkin peristiwa ini akan berlaku.


Perhimpunan Agung Parti Komunis Rusia.

Parti Komunis Rusia merupakan pembangkan yang terbesar di Rusia. Ketika keputusan pilihan raya DUMA yang baru-baru ini, mereka berjaya meraih 95 kerusi daripada 450 kerusi DUMA, naik daripada 67 kerusi pada pilihan raya yang lepas.Menurut undi popular, seramai 12 juta orang mengundi parti tersebut dan berada di kedudukan kedua selepas parti pemerintah, Parti Bersatu Rusia dengan seramai 30 juta pengundi.



Penyokong2 Parti Komunis Rusia berarak menyambut kejayaan mereka. 


Ketika itu, ramai penganalisis politik di barat merasakan semangat Soviet masih menebal dikalangan warga Rusia yang tatkala terkejut dengan peristiwa keruntuhan Kesatuan Soviet. Walau apa pun yang berlaku disana, demokrasi tetap wujud di negara bekas komunis ini.

Wednesday, December 7, 2011

Perang Vietnam (1955-1975) - Pengajaran yang bermakna

Perang Vietnam (1955-1975) merupakan sebuah perang yang sentiasa menghantui Amerika Syarikat. Vietnam yang pada mulanya terbahagi kepada dua iaitu Komunis di Utara dan Anti-Komunis di Selatan, berperang sesama sendiri. Kemudian, AS dan sekutunya mula masuk campur dan berperang keatas Vietnam Utara manakala Kesatuan Soviet, China dan negara2 komunis menyokong Vietnam Utara. Perang ini juga merupakan sebahagian daripada Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.


Pada peringkat awalnya, tentera AS dan Vietnam Selatan hampir memenangi perang tersebut tetapi selepas peristiwa Tet '68, kekuatan tentera AS semakin lemah. Tentera Vietnam Utara dengan Angkatan gerila Viet-Cong di Selatan bertahan dan mula menyerang walaupun Tentera Udara AS mengebom Vietnam Utara berkali-kali.


 Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam Utara yang paling dihormati oleh rakyat Vietnam. Beliau merupakan tokoh kemerdekaan Vietnam walaupun beliau berhaluan komunis. Namun begitu, beliau tidak sempat melihat kemenangan negaranya kerana beliau telah meninggal dunia pada tahun 1968. Namun selepas itu, semangat juang tentera Vietnam Utara semakin tinggi dan digeruni oleh musuh2nya di selatan.


Mulai tahun 1970an, serangan bom dari Tentera Udara AS semakin hebat dan pelbagai perjanjian damai diadakan tetapi semuanya gagal. Tentera Vietnam Utara semakin berkeyakinan untuk berperang dan mara ke selatan sehingga pada 1973, Anerika Syarikat menamatkan misi ketenteraan di Vietnam. Dua tahun kemudian, 1975, Tentera Vietnam Utara berjaya menawan bandar utama Vietnam Selatan, Saigon dan menamatkan perang. 


Gambar di atas menunjukkan kemaraan kereta kebal Vietnam Utara di bandar Saigon dengan membawa bendera kebangsaan. Gambar ini dikatakan antara peristiwa yang bermakna bagi rakyat Vietnam sekarang.


Sebenarnya penulis bukan ingin menerangkan mengenai perang ini dengan lebih mendalam tetapi tujuan sebenar tajuk ini ialah pengajaran disebalik kejayaan tentera Vietnam Utara mengalahkan gabungan tentera Vietnam Selatan dan tentera AS yang merupakan gabungan tentera yang kuat.

Antaranya ialah:

1. Semangat daya juang yang tinggi:
  • Tentera Vietnam Utara telah mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi dalam usaha menentang musuh. Mereka tidak pernah mengalah mahu pun menyerah diri walaupun tentera AS telah melancarkan beberapa siri pengeboman yang mengakibatkan kemusnahan di Vietnam Utara. Selepas kematian Ho Chi Minh, mereka semakin giat berusaha menyerang dan menawan beberapa kawasan yang penting di Vietnam Selatan sehingga kejatuhan Saigon pada 1975. Walaupun mereka disokong kuasa2 besar komunis tetapi mereka terus berjuang bersendirian berikutan perpecahan Blok Komunis pada 1970an berbanding dengan Vietnam Selatan yang dibantu oleh dunia Barat khususnya AS.
2. Strategi yang berkesan:
  • Tentera Vietnam Utara menggunakan taktik gerila dalam peperangan menentang AS. Walaupun ruang udara dikuasai Tentera Udara AS (USAF), tentera Vietnam Utara masih mampu menunjukan kemahiran dan kekuatann mereka dalam perang. Namun, antara kejayaan paling kemuncak apabila mereka telah melancar satu peristiwa yang paling menggemparkan dunia iaitu Serangan Tet (Tet Offensive) pada 1968. Peristiwa ini disasarkan ke bandar2 yang dikuasai tentera AS dan Vietnam Selatan di seluruh Vietnam. Serangan tersebut telah memberikan tamparan yang hebat kepada AS kerana mereka tidak sedar mengenai serangan tersebut. Walaupun tentera AS berjaya mematahkan serangan tersebut tetapi peristiwa ini telah menjadi titik perubahan dalam perang.
3. Sokongan rakyat yang bersatu-padu:
  • Walaupun Vietnam dibahagi kepada 2, tetapi kebanyakkan rakyat Vietnam memberi sokongan yang padu kepada perjuangan Vietnam Utara yang memperjuangkan kemerdekaan Vietnam dari penjajah. Seluruh rakyat Vietnam Utara dan sebahagian besar rakyat Vietnam Selatan bersatu hati memberikan sokongan dan ada yang menyertai perjuangan Vietnam Utara menentang penjajah. Sokongan tersebut telah mengakibatkan tentera AS berputus asa dan berundur dari Vietnam. Kesannya, selepas kejayaan menawan Saigon, tiada satu pun pertempuran yang menjejaskan pembangunan dan keamanan di Vietnam sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, kita boleh mengaplikasikan pengajaran2 diatas dalam perjuangan seharian kita. Bukan sukar untuk kita mengalahkan musuh2 yg kuat seperti AS dan barat sekiranya kita mempunyai semangat juang yang tinggi, strategi yang berkesan dan sokongan yang padu dari masyarakat yang bersatu. Kalau Vietnam Utara yang miskin boleh kalahkan Amerika, kita sebagai umat Islam, adakah kita mampu  mengalahkan mereka??

Fikir-fikirkanlah...........:)


Sunday, December 4, 2011

Adakah Ikhwanul Muslimin bakal memerintah Mesir??


Ikhwanul Muslimin, pergerakan Islam di Dunia Arab

Ikhwanul Muslimin(IM), seperti yang kita ketahui, parti atau gerakan ini merupakan pembangkang utama di Mesir. Semangat perjuangan gerakan ini tidak pernah luntur walaupun diharamkan sebelum ini selama 50 tahun. 

Itu hanyalah sejarah ringkas yang dapat penulis katakan. Tetapi kini, selepas kejatuhan Hosni Mubarak, mereka telah bangkit. Setakat ini, pengiraan pilihan raya pusingan 1 menyaksikan IM telah memperoleh undi sebanyak 46%. Itu menandakan kejayaan awal mereka dalam sejarah Mesir.


Mursyidul Am IM, Prof. Dr. Muhammad Badi'.....

Gerakan IM ini dikatakan mempunyai beberapa cawangan di Dunia Arab, antaranya di Yemen, UAE, Jordan, Qatar dan Palestine iaitu Hamas. Walaupun IM mempunyai pergerakan jihad tetapi konsep mereka lebih kepada keamanan dan demokrasi. Oleh sebab itu, al-Qaeda mengutuk perjuangan IM yang menyokong demokrasi berbanding perjuangan mereka yang lebih kepada jihad semata-mata. 

Berbincang mengenai tajuk, adakah IM bakal memenangi pilihan raya Mesir? Sekiranya IM menjadi pemerintah di Mesir, keadaan geopolitik di Timur Tengah bakal berubah. Sebab, Mesir yang dahulunya merupakan sekutu kuat Israel dikalangan negara2 Arab tetapi apabila Mesir dibawah pemerintahan IM yang  langsung tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa menyokong Hamas bakal menjadi musuh baru Israel. Penulis berasakan Israel bimbang dengan keadaan itu disebabkan ancaman terhadap negaranya semakin besar kerana Mesir mempunyai kelengkapan tentera yang maju berbanding negara2 Arab yang lain.

Penulis sentiasa menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin dan berharap agar mereka dapat memerintah Mesir dan seterusnya mengembalikan kekuatan dan sinar Islam. Penulis juga yakin dengan IM kerana mereka mengamal konsep Al-Quran dan Sunnah dlm pemerintahan mereka.




Saturday, November 26, 2011

We Will Not Go Down - Michael Heart

Penulis telah mendengar satu lagu yang menarik iaitu karya penyanyi Amerika berketurunan Syria, Michael Heart. Beliau telah menghasilkan lagu ini ketika serangan Israel keatas Gaza pada akhir tahun 2008. Ini adalah lirik lagunya................










A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/we_will_not_go_down.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Friday, November 25, 2011

Semangat Nasionalisme: Maknanya dan kesannya....

Penulis sering memikirkan apakah itu "Nasionalisme" atau semangat Nasionalisme. Menerusi beberapa pembacaan dan penyelidikan, penulis telah mempunyai perjelasan sendiri mengenai "Nasionalisme".

Nasionalisme yang asalnya dari perkataan inggeris iaitu national(negara) dan isme(semangat). Bila digabungkan dalam bahasa inggeris, menjadi "Nationalisme" atau semangat kenegaraan. 

Semangat Nasionalisme ini merupakan satu semangat cintakan negara/bangsa (agama terkecuali) yang umumnya lebih kepada segi politik dan ketenteraan. Malah, sejak dari dulu lagi, semangat Nasionalisme telah menyemai dalam masyarakat dunia. Buktinya, pelbagai jenis perang yang meletus yang mengakibatkan kematian yang begitu ramai. 


Atas semangat Nasionalisme, perang dilancarkan atas cinta keatas sesebuah negara dan bangsa.

Semangat Nasionalisme berbeza dengan semangat Patriotisme. Patriotisme lebih kepada cintakan negara berdasarkan keadillan dan kesaksamaan. Harap kedua2 istilah ini tidak disama ertikan. Nasionalisme sebenarnya lebih berbahaya berbanding dengan Patriotisme kerana jika sesuatu negara mempunyai semangat Nasionalisme yang kuat (yakin bahawa negara/bangsa mereka lebih hebat, mulia dsb), maka suatu konflik politik akan berlaku dan mengakibatkan peperangan. Sebagai contoh, Perang Dunia ke-2. Apabila Hitler meyakinkan rakyatnya bahawa bangsa Jerman adalah bangsa yang mulia, seluruh negara bersatu melancarkan perang keatas Eropah kerana mereka yakin bahawa bangsa mereka merupakan bangsa yang hebat.


Nasionalisme berupaya mengancam keamanan sejagat.

Peranan agama?

Bincang mengenai peranan agama, Nasionalisme ini mempunyai satu daya tarikan yang kuat, mampu untuk mempengaruhi institusi agama. Sebagai contoh, perpecahan institusi gereja di Eropah pada Zaman Kegelapan. Institusi gereja telah terbahagi kepada 2, iaitu Gereja Orthodox(Timur-Empayar Byzantine) dan Gereja Katholik(Kerajaan2 di Eropah). Kedua2 gereja ini berperang sesama sendiri sejak kejatuhan Empayar Rom hingga ke perang Salib. Namun kini, Nasionalisme dalam agama Kristian semakin lenyap. 


Dunia moden?

Semangat Nasionalisme masih wujud dan sentiasa wujud sehingga Kiamat. Perkara ini sebenarnya telah beberapa kali menggugat keamanan sejagat. Semangat ini juga sebenarnya boleh dijadikan satu racun untuk melemahkan dan menjatuhkan musuh. Sebagai contoh, Perang Dingin. Blok Komunis dan Kapitalis serta Dunia Ketiga. Dalam blok Kapitalis, mungkin semangat Nasionalisme tidak begitu kelihatan tetapi dalam blok Komunis, semangat Nasionalisme tampak begitu jelas. Amerika Syarikat dan Barat mengguna isu Nasionalisme keatas blok Komunis. Dan hasilnya, dua kuasa besar Komunis, China dan Soviet telah berpecah sesama sendiri. Semangat Nasionalisme juga telah memecahkan Kesatuan Soviet kepada beberapa negara selepas kejatuhannya pada 1991.

Contoh yang lain pula, peristiwa di Bosnia. Serbia yang mempunyai semangat Nasionalisme yang tinggi telah melakukan serangan ke atas Bosnia. Mereka juga telah membunuh atau penghapusan etnik keatas masyarakat Bosnia yang rata-ratanya Islam kerana beranggapan bangsa Bosnia adalah hina.

Namun pada masa kini, semangat Nasionalisme semakin hilang (terutamanya di Barat). Kuasa2 Barat kini tidak lagi mempunyai semangat Nasionalisme tetapi hanya sekadar kepentingan mereka. Oleh sebab itu, mereka sering mengacau keamanan Dunia Islam (khususnya Timur Tengah) kerana kepentingan ekonomi.

Apakah kaitannya dengan Islam? 
Adakah Nasionalisme itu memberikan hasil yang positif kepada Islam?

Mengenai Nasionalisme dengan Islam, penulis tidak mengetahui apakah hukum mempunyai semangat Nasionalisme yang tinggi. Tetapi apa yang penulis ketahui selama ini, semangat Nasionalisme adalah serupa dengan semangat Assabiyah. Namun begitu, Nasionalisme telah memecahkan umat Islam. Semangat cintakan negara/bangsa lebih mempengaruhi semangat cintakan agama Islam. Dan inilah faktor kenapa negara Arab sering bertelagah sesama sendiri dan gagal membantu Palestine.
Malah di Palestine sendiri berpecah kepada 2, iaitu Hamas dan Fatah. Hamas yang mempunyai semangat keagamaan yang tinggi manakala Fatah mempunyai semangat Nasionalisme yang kuat. Semangat Nasionalisme dikalangan negara2 Islam agak kuat dan tinggi dan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat (umat Islam sendiri). Sebagai contoh, peristiwa Black September. Kerajaan Jordan menyerang pelarian Palestine dan membunuh sekitar 20,000 rakyat Palestine hanya kerana perbezaan negara.

Bagi umat Islam, terdapat satu halangan yang perlu dikikis dalam hati seseorang pemimpin ialah semangat Nasionalisme dan tanamkan semangat cintakan agama yang tinggi demi perpaduan umat Islam. 


KESIMPULANnya, apabila sesuatu pihak mempunyai semangat Nasionalisme yang tinggi, maka sesuatu perkara yang buruk akan berlaku. Pelbagai contoh yang dapat kita saksikan dalam sejarah kita dan dunia masa kini. Oleh itu, marilah sama-sama kita kikiskan semangat Nasionalisme dan tanamkan sifat Patriotisme dalam diri kita. 








Thursday, November 24, 2011

Apakah Makna Kartun2 dan Gambar2 Yang Diolah dalam Media Cetak?




Apabila kita membaca surat khabar, mesti ada lukisan kartun ataupun gambar yang kadang-kala lawak dan ada yang menjadi kes mahkamah. Tak kira sama ada tempatan ataupun antarabangsa.

Penulis telah memetik beberapa gambar dan kartun yang terdapat dalam beberapa akhbar tempatan.

1. Kartun ini menceritakan tentang sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bersama PAS dan kemudian bersama DAP.

2. Kartun ini pula cuba untuk membandingkan antara pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler dan mantan PM kita, Tun Dr Mahathir Mohammad. Kartun ini telah mendapat bantahan yang cukup hebat.


3. Gambar ini menceritakan tentang kritikan Tun Dr Mahathir mengenai projek mega di Johor yang dimansuhkan oleh PM ketika itu, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. 

4. Kartun ini sememangnya hangat. Kartun ini menceritakan tentang beban kenaikan kos hidup yang terpaksa diambil oleh lelaki itu (sbg rakyat).


Kebanyakkan kartun/gambar yang dicipta oleh rakyat tempatan lebih ke arah keburukan. Dalam internet sendiri, penulis melihat pelbagai gambar2 yang diedit bertujuan untuk menghina seseorang (lebih kpd ahli2 politik). 

Mengenai kartun/gambar di akhbar atau akhbar tablet antarabangsa, penulis ingin menceritakan beberapa gambar yang dapat penulis fahamkan. 


1. Gambar ini menceritakan Pihak Konfederasi (Confederate) berjaya mendarat di bulan lebih awal dari pihak Sekutu (Union-kini Amerika Syarikat). Bagi rakyat AS, mereka dengan nada lucu berkata perang saudara (Civil War) bakal berlangsung di bulan. 

2. Gambar ini pula menunjukan kononnya kejayaan angkasawan China mendarat di bulan.  Pemilik gambar ini mengatakan "China semuanya boleh dan kalau kebanyakkan barang kita asal dari China, sudah tentu mereka akan mendarat di bulan dengan barang2 buatan diorg"

3. Gambar ini sering menjadi tajuk perbualan dalam internet. Kejayaan Kesatuan Soviet mendarat di bulan sememangnya akan ditertawakan oleh rakyat AS sendiri. Semua orang tahu bahawa hanya AS sahaja yang berjaya. Dan ramai yang bergurau dengan mengatakan meletusnya perang dingin di bulan.


Ketiga2 gambar ini penulis peroleh daripada internet. Namun begitu, apabila dikatakan tentang kartun media barat, terdapat satu kartun yang membangkit kemarahan umat Islam iaitu karikatur Nabi Muhammad SAW. Media barat telah mencipta kartun tersebut untuk menghina Islam. Penulis sendiri tidak mahu melihat kartun tersebut demi kesucian Islam. 

Kesimpulannya, apabila kita membeli/membaca akhbar, tablet dan sebagainya, mesti terdapat satu segmen kartun/gambar yang dihasilkan mengikut keadaan isu politik semasa. 










Tuesday, November 22, 2011

Garuda Sekali Lagi Tumbang di Tempat Sendiri

Garuda tewas di tangan Harimau.

Sejarah berulang sekali lagi. Itulah kata2 yang bakal dikeluarkan di dada akhbar hari ini. Garuda sekali lagi tidak mampu mengekang kekuatan Harimau di tempat sendiri. Mengapa penulis kata begini? Sebab pada tahun lepas, Indonesia tewas di tangan Malaysia dalam pertandingan akhir Piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno. 

Namun pada kali ini, Indonesia yang bersedia dengan pemain2 yang hebat dengan harapan untuk merampas kejuaraan Sukan SEA dari Malaysia. Penyokong2 Indonesia semakin bersemangat untuk menyokong pasukan mereka. Tetapi, sejak kekalahan Garuda dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan Malaysia, para penyokong semakin liar.
Antaranya, sebaik sahaja perlawanan tersebut berakhir, para pemain kita terpaksa naik kereta perisai polis sbg langkah keselamatan. Kemudian, membaling botol berisi air kencing ke arah penyokong M'sia. Kemudian, mengacau latihan Harimau Muda di hotel penginapan mereka. Namun semua itu tidak menjadi halangan kepada  Harimau Muda.

Penulis dimaklumkan bahawa penyokong Indonesia bertindak membakar salah satu kaunter tiket Stadium Gelora Bung Karno atas kehabisan tiket. Malah, lebih ratusan ribu penyokong tuan rumah mengepung stadium keramat mereka semata2 utk menyekat pergerakan Harimau Muda.

Ketika perlawanan berlangsung, Indonesia telah menjaringkan gol menerusi Gunawan pada minit ke-2 sebelum Asraruddin menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35. Perlawanan seri hingga tamat masa tambahan. Dalam penentuan penalti pula, kejayaan Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan Ferdinand dan sepakan Baddrol telah menjadikan Malaysia sebagai pemenang Ibu Segala Pingat Emas. Malaysia menang dengan penalti 4-3. 

Pingat Emas Bola Sepak merupakan Ibu kepada Segala Pingat Emas seperti yang dikatakan Indonesia. Bagi editor sukan, walaupun Indonesia telah meraih 171 emas tetapi itu semua tidak bermakna bagi mereka kerana mereka gagal untuk meraih pingat emas dalam acara bola sepak. Oleh itu, TAHNIAH bg pasukan negara.

Buat pasukan negara, mereka dijangka tiba ke LCCT pada pukul 4.00 pagi untuk mendapatkan rehat secukupnya untuk berhadapan dengan Syria pada hari rabu ini. 


Harimau Muda-Pembunuh Garuda

BOLA SEPAK NEGARA MASIH BERSINAR!!

Sunday, November 6, 2011

Perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011

Apabila penulis membaca surat khabar, penulis telah dikejutkan apabila terdapat satu perhimpunan yang bakal dirancang di tempat biasa (Kuala Lumpur). Perhimpunan itu ialah Perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011. Sekali lagi, Dr Ambiga akan mengetuai perhimpunan tersebut.


Seksualiti Merdeka? Apakah maknanya?

Apabila dikatakan tentang Seksualiti Merdeka, penulis beranggapan bahawa perhimpunan ini menggalakan amalan seks bebas.dikalangan rakyat M'sia. Ada yang mengatakan bahawa perhimpunan ini juga menggalakan amalan seks songsang. "Queer without fear" bermaksud, ganjil tanpa gentar memberi makna yang begitu mendalam mengenai amalan seks. Iaitu tidak gentar apabila melakukan hubungan seks sama ada songsang atau pun tidak.

Paderi "Gay", Ouyang Wen Feng yang telah berkahwin dengan seorang penerbit teater Broadway telah mengatakan bahawa beliau bersimpati dengan umat Islam yang ingin mengamalkan hubungan seks songsang. Kenyataan itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Pelbagai pihak telah membantah termasuk di kalangan pemimpin agama Islam, Hindu, Kristian dan Buddha yang menentang keras amalan seks songsang. Secara konklusinya ,mereka menyatakan bahawa agama mereka masing2 menolak amalan seks songsang kerana perkara ini merupakan ancaman kepada tamadun manusia.

JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah memberi amaran keras kepada umat Islam supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Apa yang ingin penulis katakan ialah perkara seperti ini semakin lama semakin menjadi-jadi kerana kelemahan kita sebagai umat Islam sendiri. Ayuh kuatkan semula syariat Islam di bumi M'sia ini.

Selamat Hari Raya Aidil'adha

Hari ini umat Islam di seluruh dunia telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidil'adha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.

Apa yang menariknya dalam hari raya ini ialah takbir raya diadakan selama 2 hari. Turut berlangsung ialah aktiviti korban atau aktiviti penyembelihan haiwan dimana binatang ternakan disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah ke atas nikmat yang Allah berikan.......

Selain itu, perkara yang paling penting dalam sambutan Hari Raya ini ialah Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji. Saban tahun, jutaan umat Islam mengerjakan haji untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5 itu. Malaysia telah menghantar seramai 45,000 warga untuk mengerjakan haji pada setiap tahun.


Makkah, kota suci umat Islam dan terletaknya Kaabah di sini.

Oleh itu, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil'adha kepada semua umat Islam, marilah kita hidupkan perpaduan ummah demi masa depan yang gemilang...

Saturday, November 5, 2011

Matinya seorang legasi....

Ketika memasuki ke dalam Makmal Bahasa di sekolah, penulis terkejut apabila TV dalam makmal memaparkan berita kematian bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan anaknya, Muktasim Gaddafi dalam serangan tentera NATO dan NTC di Sirte.


Apa yang penulis ketahui, Gaddafi masih hidup ketika dijumpai oleh askar2 NTC dan di seret. Sejam kemudian, beliau ditembak di kepala. Kemudian, mayatnya di kerjakan dan dibogelkan oleh askar2 NTC. Kemudian mayatnya di letakkan di dalam sebuah peti sejuk besar di Tripoli.

Dengan ini, berakhirlah riwayat seorang hero benua Afrika. Mengapa?

Sepanjang hidupnya, Libya merupakan antara negara yang terkaya di benua Afrika. Beliau juga sering lantang bersuara mengenai keadaan di Afrika. Beliau juga dianggap sebagai suara Afrika yang utama. Ramai pemimpin dunia ketiga terutamanya mengganggap beliau sebagai pelindung dunia Afrika.

Dari segi Islam, beliau lantang mengkritik Barat mengenai Islamofobia. Beliau juga seorang pendakwah apabila memberikan ceramah kepada 200 warga Itali mengenai Islam ketika berada di sana. Beliau juga mendesak PBB supaya bertindak adil dan saksama kepada semua negara di dunia.

Namun, dia hanya seorang manusia biasa.....


Tak lari dari melakukan kesilapan....


Ya, dia telah menyalah-gunakan kuasa sepanjang pemerintahan beliau, beliau telah berbelanja mewah walaupun pada hakikatnya tidak terlalu banyak, sering melancarkan perang menentang negara2 jiran dan gila kuasa.

Tetapi apa yang paling penting, beliau merupakan salah seorang mangsa media dan perancangan dunia Barat dan Yahudi....

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 54....:)

Kepada semua ahli keluarga, kawan2, pembaca, pengikut, ahli2 page di Facebook dan seluruh umat Islam, penulis disini ingin menyusun 10 jari ingin memohon maaf sekiranya segala pos dalam blog ini membuat semua tersinggung dan sebagainya. Maklumlah penulis hanyalah seorang manusia yang biasa. Tidak lari daripada membuat kesilapan.

Apa yang ingin penulis katakan ialah disamping kita menyambut hari kejayaan kita melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan, kita sebagai rakyat M'sia tidak seharusnya melupakan hari kemerdekaan kita.

Oleh itu, kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tujui....


Monday, August 29, 2011

Layakkah kita menyambut bulan Syawal?

Lagi 18 jam, bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita. Bulan Syawal pula akan menjelma dan kita bakal meraikan kemenangan kita dengan takbir.

Umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dalam jangka masa sehari atau 2 hari yang akan datang, tetapi adakah semua umat layak menyambutnya? Adakah amal ibadah yang kita lakukan benar2 sempurna?

Puasa bererti menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Sesiapa yang berjaya berpuasa penuh dengan sempurna, maka dia layak menyambut kedatangan Syawal. Tetapi adakah kita merupakan salah seorang dalam golongan yang layak menyambut Syawal yang mulia ini?

10 malam terakhir Ramadhan. Kita sepatutnya melebihkan amalan ibadah kita tetapi malangnya pada waktu itulah amalan kita berkurangan. Sibuk membeli-belah. Budaya kita di Malaysia, belum sampai hari raya lagi, lagu2 raya mula berkumandang. Akibatnya, semangat bulan Ramadhan semakin pudar.

------------------------------****************************-----------------------------------

Walau apa pun, penulis di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Harap maaf sekiranya penulis terkasar bahasa sama ada disekolah, rumah, dan lain2 ataupun di dalam blog ini. Harap agar hidup kita semua sentiasa diberkati Allah s.w.t.....:)




Saturday, August 27, 2011

Kemerdekaan Negara ke-54 - Adakah kita betul2 MERDEKA??


"MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA", itulah laungan Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ketika itu, rakyat Malaya begitu gembira kerana penjajah British telah meninggalkan negara kita.

54 tahun telah berlalu, walaupun sebahagian besar rakyat kita benar2 memahami erti kemerdekaan tetapi kita sebagai generasi pasca kemerdekaan, kurang menghayati makna sebenar kemerdekaan.

Kalau kita lihat cara hidup kita semua sebagai belia, dengan jelas bahawa pemikiran kita masih belum merdeka. Tengok di luar sana, budaya2 barat semakin menebal di kalangan pemikiran dan gaya belia2 kita sedangkan kita sebagai orang Asia yang mempunyai adab dan tatasusila. Bukan itu sahaja, pertuturan belia kita khususnya remaja semakin lama semakin biadap dan tiada rasa malu. Mencarut, kata2 kesat dan sebagainya seakan-akan menjadi trend masa kini.

Selain itu, perpaduan dikalangan rakyat kita yang berbilang kaum semakin pudar. Dulu, mereka sentiasa bekerjasama membina negara walaupun tercetusnya peristiwa 13 Mei. Tetapi kini, pertelingkahan diantara kaum semakin jelas ketara.

Demonstrasi jalanan yang hanya merugikan diri sendiri.

Peristiwa 13 Mei telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Namun usaha Allahyarham Tun Abdul Razak (PM ke-2) untuk meredakan situasi dan memupuk semangat cintakan negara berhasil. Memang berhasil. Sebagai kesan, seluruh rakyat Malaysia berkabung ke atas kematian beliau pada 1976. Kini, demonstrasi jalanan atau rusuhan dan sebagainya seakan-akan menjadi tradisi masyarakat kita dengan menyalah guna erti kebebasan bersuara. Nampaknya gayanya negara kita masih belum merdeka sepenuhnya.

Kelemahan infrastruktur dan kemudahan asas. Mahukah kita jadi begini??

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita ialah negara moden. Asas negara kita ialah Wawasan 2020, iaitu Malaysia akan maju pada tahun 2020. Tetapi di kawasan luar bandar khususnya, masih terdapat banyak lagi kawasan yang masih belum menikmati kemudahan asas sepenuhnya. Masalah2 ini telah dibawa ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi tiada sebarang tindakan. Ini dinamakan sebagai negara moden? Malah terdapat juga rakyat kita sendiri yang hidup merempat di negaranya yang sudah merdeka sedangkan pendatang asing (terutamanya pekerja asing) hidup mewah. Adakah itu rakyat yang hidup di negara yang merdeka?

Ingat walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun tetapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki bukan sahaja oleh kerajaan tetapi kita sebagai rakyat perlu berkerjasama membaiki kelemahan tersebut untuk menjadikan negara kita benar2 MERDEKA.

Sekian

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54..:)


Wednesday, August 24, 2011

Pasangan GAY pertama di Malaysia??

Penulis baru sahaja memperolehi maklumat daripada media, orang ramai dan khususnya ahli B4P berkenaan dengan pasangan GAY yang akan melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Kalau pasangan GAY itu hanya sekadar rakyat biasa, mungkin hangat tetapi ia merupakan seorang PADERI. Orang yang dimaksudkan ialah Ouyang Wen Feng.

Paderi Ouyang Wen Feng.

Dia sebelum ini telah membina gereja GAY pertama di Selangor yang mencetuskan kemarahan umat Islam. Ketika dia mengumumkan akan berkahwin dengan penerbit Broadway, Phineas Newborn III (warga AS), dia berharap agar penduduk M'sia (khususnya umat Islam) lebih bertoleransi dengan golongan GAY ini. Bagi penulis, itu sudah melampau. Sudah ternyata dalam mana2 agama, hubungan homoseksual adalah haram.

Ouyang Wen Feng dan pasangannya, Phineas Newborn III
Jijik??

Pasangan JIJIK tersebut bakal melangsungkan perkahwinan mereka di New York, USA pada 31 Ogos 2011. Dia menyatakan bahawa dia berasa bangga apabila memilih tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan mereka. Penulis berfikir pemilihan tarikh tersebut sebagai satu penghinaan kepada negara.

Apa yang dapat diperkatakan ialah kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan semakin longgar/terancam. Penulis merasakan kita semua sudah mendengar reaksi UMNO mengenai perkara ini tetapi PAS masih tidak berkata2 apa. Tolonglah, adakah kita masih nak membisu. Perkara2 yang mengancam kedudukan Islam ini pun masih nak membisu. Hanya Allah yang tahu. Wallahualam.......


Tuesday, August 23, 2011

Gaddafi akhirnya tewas...

22 Ogos 2011, dunia menyaksikan rejim yang dipimpin oleh Muammar Gaddafi yang telah menguasai Libya selama 42 tahun jatuh ke tangan pemberontak.

Ibu kota Libya, Tripoli telah hampir dikuasai sepenuhnya oleh tentera pemberontak yang mahu menjatuhkan rejim Gaddafi sekali gus menafikan kekuatan tentera Gaddafi yang selama ini digeruni oleh pemberontak.

Dengan bantuan NATO, tentera Pemberontak berjaya menumpaskan saki baki tentera Gaddafi yang masih menentang. Kini, mereka telah menguasai lebih 97% kawasan Tripoli.

Maka dengan ini, tentera Pemberontak telah menjadi wakil sah Libya dalam PBB.

Friday, August 19, 2011

Bulan Ramadhan seakan-akan tidak bermakna?

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah mengajar kita umat Islam untuk mengawal nafsu, beramal soleh, bertaqwa serta beribadah dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam. Tetapi apa yang berlaku di luar sana adalah disebaliknya.

Perang, konflik, protes, penunjuk perasaan, gila kuasa, terpengaruh dengan dakyah Barat dan sebagainya masih berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap hari ada sahaja umat Islam mati sia2 sama ada ditembak, dirempuh, dibunuh, ditikam dan sebagainya. Dan bilangannya bukan berpuluh-puluh, tetapi beratus-ratus dan mungkin mencecah beribu-ribu.

Penunjuk perasaan di Syria yang mendesak Presiden Assad meletak jawatan.

Sebagai contoh di Syria, terdapat protes dan penunjuk perasaan yang mendesak Presiden Assad untuk meletak jawatan. Sebagai balasan, kerajaan telah mengerahkan tentera untuk mengawal keadaan di bandar2 utama. Hasilnya, lebih 1800 mati. Kalau begini keadaannya, Israel mesti tengah ketawa kegembiraan. Kalau Israel melancarkan serangan ke atas Syria, ia mungkin mengambil masa hanya 7 hari untuk mengalahkan tentera2 Syria. Renung2lah....

Kejayaan pemberontak menembak kereta kebal tentera Gaddafi.

Di Libya, perang saudara masih berlangsung dengan sengit. Tentera kerajaan semakin lemah tetapi masih mampu bertahan. Pemberontak pula semakin hampir untuk mencapai kejayaan. Tetapi malangnya, pada bulan Ramadhan ini, pertempuran semakin sengit seolah2 mereka semua tidak sedar akan kedatangan bulan yang mulia ini. Saban hari, lebih kurang 100 orang mati dalam krisis ini.

Apa yang penulis katakan ialah semangat bulan Ramadhan yang semakin lama semakin menghilang. Kita sebagai belia umat Islam yang masih mentah dalam bidang politik hendaklah belajar dari kesilapan mereka dan berusaha untuk mengubah keadaan tersbut demi kepentingan ummah.

Saturday, August 6, 2011

Dimanakah kelebihan umat Islam pada bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan dah tiba. Tapi keadaan yang berlaku di luar masih sama. Dipendekan cerita, tiada perubahan terutamanya dalam Dunia Islam. Adakah mereka sedar tentang fadhilat Bulan Ramadhan?

Di Syria, pertempuran di antara kerajaan dan penunjuk perasaan semakin dahsyat. Berpuluhan nyawa umat Islam melayang begitu sahaja PADA BULAN RAMADHAN!!! Sebelum itu, kita menyaksikan pergolakan di Sudan telah berakhir dengan penuh gemilang apabila sebuah negara baru iaitu, Rep. Sudan Selatan menjadi sebuah negara berdaulat dengan sokongan kuat bekas musuhnya, Sudan.

Bagi penulis, realiti sebahagian besar umat Islam pada zaman sekarang ialah mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai agenda yang di rancang oleh musuh2 Islam. Begitu mudah dan senangnya maruah umat Islam digadaikan begitu sahaja, lebih2 lagi pada bulan Ramadhan ini.

Di dalam negara pula, pertempuran politik tidak pernah berhenti. Lebih2 lagi parti politik Melayu. Bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan terpengaruh dengan hasutan atau agenda sekutu masing2. Penulis menyedari, parti2 Melayu mula berebut untuk menjalankan kempen kemasyarakatan bila datangnya bulan puasa. Saya yakin, 68% niat mereka adalah untuk pancing undi atau menarik ahli baru. Yang selebihnya kerana amalan ketika Ramadhan.

Persoalannya, di manakah kelebihan kita pada bulan Ramadhan??

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011....


Harap masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin di seluruh Malaysia.....:)

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan atau Demonstrasi??

Pada 9 Julai 2011, Kuala Lumpur bakal menyaksikan 3 perhimpunan yang melibatkan ratusan ribu orang yang mengakibatkan ekonomi negara lumpuh buat seketika.

Antara pihak yang terlibat ialah:
1. PATRIOT UMNO - Di ketuai oleh Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda UMNO. Bertujuan untuk menghalang BERSIH daripada melakukan perhimpuan mereka. Dianggarkan seramai 70,000 orang yang akan menghadirkan diri.....


2. BERSIH 2.0 - Diketuai oleh Dr Ambiga Sreenevasan. Bertujuan untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dari mana2 pengaruh luar. Dianggarkan seramai 300,000 orang akan menghadirinya........


3. PERKASA - Diketuai oleh Dato' Ibrahim Ali. Bertujuan untuk menghalang BERSIH 2.0 dan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. Dianggarkan seramai 10,000 orang akan menghadirinya...



Ketiga2 perhimpunan ini tidak dapat permit, maknanya ketiga2 perhimpunan ini haram. Kesemuanya mereka menjaminkan perhimpunan yang aman. Tetapi adakah benar2 aman?? Macam2 kontroversi yang berlaku dan semuanya mengarut. Maklumlah, permainan politik kotor. Kerajaan dan Pembangkang, semuanya sama. Cuba kita renungkan, sekarang ni mana ada pilihan raya yang benar2 bersih. Semuanya kotor.

Penulis nak tengok apa yang terjadi. Ketiga2 perhimpunan tersebut bakal menghadapi aset kerajaan iaitu, PDRM, FRU dan anggota keselamatan negara. Adakah keganasan akan berlaku? Adakah nyawa akan melayang? Adakah kerajaan bakal digulingkan? Just wait and see then....

Well, to all Malaysians, let's think about it. The future of the country is in our hands.

"Peace to our country. Let's make a change."
"May Allah bless our king and our country"