Followers

Monday, January 24, 2011

Lebanon - Adakah keamanan akan wujud?

Lebanon, negara Arab yang berada di Asia Barat, bersempadan dengan Israel, Syria dan Laut Mediterranean. Sebelum konflik yang melanda di negara tersebut pada 1910an, keadaan di Lebanon begitu aman dan tenteram walaupun terdapat segelintir kacau bilau akibat pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Apabila Perancis berjaya menguasai Lebanon pada penghujung 1918, keadaan telah berubah. Pembunuhan sering berlaku di merata-rata tempat sehinggalah kemerdekaannya dari Perancis pada 1943. Namun kemerdekaan Lebanon hanya sementara apabila pertempuran antara Tentera British dan Tentera Vichy Perancis (Sekutu Nazi Germany) meletus.

Setelah perang tamat, pemimpin Perancis, General Charles de Gaulle telah melawat dan mengiktiraf kemerdekaan Lebanon. 2 tahun kemudian, Lebanon secara langsung menyertai Perang Arab-Israel 1948 yang mengakibatkan kekalahan teruk tentera2 Arab dan mengakibatkan Lebanon sebahagian kecil wilayah di Selatan Lebanon yang di tawan Israel. Selepas perang tersebut, keadaan mula meruncing apabila kebanyakkan pelarian Palestin menuju ke Lebanon yang kemudiannya menimbulkan kekacauan. Keadaan semakin memuncak apabila peristiwa "Black September" 1970 yang melibatkan Jordan dan Syria. Dalam peristiwa itu, Tentera Jordan dengan kejamnya menghalau pelarian2 Palestin manakala Syria pula menentang tindakan Jordan dengan membiayai pejuang2 Palestin. Kesannya, Tentera Jordan berjaya memenangi pertempuran itu dan pelarian2 Palestin terpaksa berlindung di Lebanon.

Sejak itu, Lebanon mengalami perang saudara atau Lebanese Civil War yang bermula pada 1975 hingga 1990. Ramai nyawa terkorban dan sebahagian besar infrastruktur di Lebanon musnah teruk. Kesannya juga menyebabkan Israel menawan Selatan Lebanon hingga 2000 dan penguasaan "De Facto" Tentera Syria ke atas Lebanon hingga 2005. Konflik ini di anggap sebagai konflik yang paling teruk di Asia Barat. Keadaan ekonomi juga sudah mengalami kelemahan yang amat ketara.

Selepas dunia melangkaui abad ke 21, pada 2005, satu peristiwa yang menggegarkan dunia iaitu pembunuhan PM Lebanon, Rafik Hariri. Ada sumber yang mengatakan Syria terlibat dalam perancangan pembunuhan itu. Ada sumber mendakwa Israel. Berikutan peristiwa itu, Revolusi Cedar meletus. Tentera Syria terpaksa mengundurkan tenteranya dari Lebanon. Sebaik sahaja itu, Israel menyerang Selatan Lebanon pada 2006 dengan menentang Hizbullah yang mendapat sokongan dari Iran dan Syria. Hasilnya, Lebanon musnah namun Hizbullah masih gagal dikalahkan oleh Israel. Malah selepas itu, Hizbullah mula menyertai kabinet Lebanon. Ini menimbulkan rasa tidak senang Israel dan AS.

Kini, dunia menyaksikan pergolakan politik berlaku di Lebanon. Ahli kabinet dari Hizbullah meletak jawatan atas sebab yang masih tidak dapat saya jelaskan hingga kini. Saya berharap agar tiada konflik ketenteraan berlaku di negara Arab itu kerana Lebanon telah banyak sangat menyaksikan pelbagai konflik yang meragut jutaan nyawa.

Thursday, January 20, 2011

Interlok (Karya SN Abdullah Hussain) - Apakah di sebalik novel ini?

Negara kini berdepan dengan situasi yang mampu menggugatkan keharmonian negara hanya gara-gara novel yang kontroversi yang bertajuk "Interlok", karya SN Abdullah Hussain. Daripada sumber yang dapat saya peroleh, novel ini menghina masyarkat India dengan beberapa perkataan yang sensitif kepada mereka. Novel ini juga hangat diperkatakan sehingga ke Dewan Negara. Ada pro dan kontra mengenai kandungan novel tersebut.

Novel ini memgandungi 4 Buku (sama seperti 4 Bab). Bab yang pertama mengisahkan keluarga Seman yang terpaksa bersusah payah selepas kematian ayahnya. Bab yang kedua pula menceritakan keluarga Cing Huat yang berasal dari China dan berhijrah ke Tanah Melayu dan terpaksa bersusah payah di sana. Bab ketiga pula menceritakan keluarga Maniam yang berasal dari India Selatan dan terpaksa mengharungi segala dugaan ketika berada di Malaya. Dan bab yang terakhir sekali ialah Interlok yang mengisahkan kehidupan ketiga-tiga keluarga berkenaan yang mengenali sesama sendiri ketika zaman penjajahan Jepun, zaman Darurat dan Kemerdekaan Negara.

Buku 1 : Keluarga Seman

Keluarga Seman terdiri daripada Seman, ayahnya, Pak Musa dan ibunya, Mak Limah. Pak Musa mempunyai penyakit batuk tanpa henti walaupun beliau telah berubat dengan pelbagai dukun. Beberapa hari sebelum Pak Musa meninggal dunia, beliau sempat memberitahu sesuatu terhadap anaknya, Seman untuk mengarahkan Seman dan maknya, Mak Limah keluar dari rumah yang mereka menetap sekarang. Seman berasa bingung. Setelah Pak Musa meninggal dunia, Seman telah berjumpa dengan Cina Panjang untuk bertanyakan mengenai sesuatu. Sebelum Pak Musa meninggal dunia, Seman telah memerhatikan perbuatan ayahnya yang sering mengambil barang dari kedai Cina Panjang tanpa sebarang bayaran. Apabila Cina Panjang mengeluarkan beberapa kertas ataupun surat hutang ayahnya, Seman berasa terkejut dan ingin meminta kertas itu, tetapi Cina Panjang enggan memberinya. Kemudian, Seman dengan tergesa-gesa meninggalkan kedai Cina Panjang tanpa menghiraukan panggilan Cina Panjang. Seman kemudian menanyakan tentang hutang ayahnya yang mencecah beribu-ribu ringgit serta rumah dan tanah yang kini dimiliki oleh Cina Panjang kepada Lebai Man dan orang2 kampung yang lain. Kemudian, Seman pulang ke rumah dan terus menyelongkar rumahnya kerana menyangka Pak Musa telah menyorokkan wang. Mak Limah yang baru balik terkejut melihat rumahnya yang bersepah. Dia kemudian bertanya kepada Seman tetapi Seman kemudian turun ke tanah dan menuju ke reban ayam. Dalam reban ayam, Seman telah mencucuk2 tanah dengan harapan dapat menjumpai wang yang disangkakan itu. Mak Limah yang menyaksikan tindakan anaknya bergegas untuk menenangkan anaknya itu. Beberapa hari kemudian, Seman dan Lebai Man telah berjumpa penghulu kampung untuk bertanyakan mengenai hutang tersebut. Setelah beberapa hari berlalu, Cina Panjang dan 2 orang lain telah berkunjung ke rumah Seman dan menyuruh Seman dan Mak Limah keluar dari rumah mereka. Seman naik darah dan mengacukan parang kepada ketiga-tiga orang tersebut. Mereka betiga telah berundur dan memanggil penghulu. Penghulu memberikan masa seminggu kepada Seman dan ibunya untuk berpindah keluar dari rumah mereka. Seman akhirnya akur dan membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong walaupun Lebai Man dan kawan baiknya, Lazim menawarkan bantuan kepada mereka setelah Seman enggan menerima bantuan tesebut.

Buku 2: Keluarga Cing Huat

Keluarga Cing Huat yang terdiri daripada ayahnya, Kim Lock dan anaknya, Cing Huat. Mereka berasal dari sebuah kampung di China. Tanaman padi mereka musnah akibat serangan belalang dan juga kebakaran. Suatu ketika, mereka berjumpa dengan Paman Kok Leng yang tiba dari Rantau Selatan. Paman Kok Leng menceritakan tentang pengalaman dia bekerja sehingga menjadi kaya. Dia juga memujuk Kim Lock untuk mengikut dia ke Rantau Selatan. Akhirnya Kim Lock setuju dengan syarat anaknya, Cing Huat turut mengikutinya. Kedua-dua mereka menaiki kapal menuju ke Rantau Selatan. Di atas kapal, Kim Lock, anaknya dan orang2 Cina yang lain terpaksa mengharungi seksaan sepanjang pelayaran menuju ke Rantau Selatan. Setelah beberapa lama, akhirnya kapal mereka tiba di Singapura. Di Singapura, semua pendatang diberi kerja. Kim Lock telah melakukan pelbagai pekerjaan manakala Cing Huat bekerja di kedai kopi. Kim Lock telah menghadapi pelbagai kesusahan ketika bekerja tidak seperti anaknya yang sentiasa di puji oleh tuan kedai kopi sehinggakan Paman Kok Leng mencadangkan Kim Lock menjual anaknya. Kim Lock menolak sekeras-kerasnya cadangan tersebut. Kim Lock mula menuduh Paman Kok Leng sebagai penipu kerana hutang pelayaran mereka berdua telah habis dibayar tetapi Paman Kok Leng mendakwa hutang belum selesai. Setelah beberapa lama, Kim Lock dan anaknya berpindah ke Tanah Melayu atas cadangan Kim Sui. Di Tanah Melayu, Kim Lock dan anaknya bekerja di Lukut dan Pulau Pinang sebelum membuka perniagaan sendiri di Simpang Empat. Perniagaan mereka semakin maju tetapi Kim Lock telah menjadi penagih candu. Cing Huat mendapat berita daripada kampungnya di China yang menyatakan bahawa ibu Cing Huat (isteri Kim Lock) telah meninggal dunia. Kim Lock semakin lama semakin ketagih dengan candu dan berkahwin bersama Mei Hwa. Cing Huat telah berkahwin dengan Tua Tao dan dikurniakan 4 orang anak, 2 lelaki iaitu Yew Hock dan Yew Seng dan 2 perempuan iaitu Poh Eng dan Poh Kheng. Namun begitu, Kim Lock telah meninggal dunia. Kemudian diikuti pula Mei Hwa. Setelah beberapa lama menetap di Tanah Melayu, masyarakat Cina telah menubuhkan sekolah2 Cina. Cing Huat dan keluarganya meneruskan perniagaan ayahnya. Dia kini dibantu oleh anak2nya dan ayah mertuanya, Kim Sui. Cing Huat tidak senang dengan Yew Seng kerana anaknya rapat dengan anak2 Melayu yang di anggapnya sebagai pemalas. Akibat daripada konflik ini, Yew Seng bertindak keluar dari rumah.

Buku 3: Keluarga Maniam

Keluarga Maniam ini terdiri daripada Maniam sendiri dan isterinya, Ambika yang menetap di Kerala, India. Maniam terpaksa merantau ke kepulauan Melayu atas desakan hidup setelah menggadai harta kepada jirannya, Pillay. Sebelum itu, dia meminta Pillay untuk menjaga isterinya. Maniam menaiki kapal yang dipenuhi dengan orang2 yang darjatnya paling rendah. Maniam tiba di Pulau Pinang dan bertemu dengan Muthu untuk mendapatkan perkerjaan. Kemudian Maniam dapat bekerja sebagai kuli. Setiap kali dia menerima gaji, gaji tersebut akan dihantar ke isterinya melalui Pillay. Namun, Maniam mendapat berita bahawa isterinya telah meninggalkan dia dan berkahwin dengan Pillay. Pillay juga tidak menyerahkan duit gaji Maniam kepada isterinya. Hal ini menyebabkan Maniam kecewa dan berpindah ke Changkat Lima untuk bekerja sebagai kuli di kebun kelapa setelah berjuma dengan tandil(pengurus) kebun tersebut, Perumal. Perumal kemudian mahu mengahwinkan Maniam dengan anaknya, Malini. Sambutan perkahwinan mereka amat meriah. Hubungan kedua-dua suami isteri juga amat baik. Setelah beberapa bulan, orang kampung Maniam, Suppiah telah datang bekerja di kebun kelapa tersebut. Hal ini membimbangkan Maniam kerana Maniam tidak mahu kisah hidupnya disebarkan. Suppiah kemudian menfitnah kisah hidup Maniam kepada semua kuli2 dan penduduk. Hal ini menyebabkan Maniam marah dan mengejar Suppiah dengan tongkat Perumal. Suppiah pula melarikan diri. Kedua-dua mereka menuju ke rumah Orang Putih. Kerana bimbang dengan keselamatannya, Orang Putih itu menembak salah satu daripada dua orang yg berlari menuju rumahnya. Mangsa tembakan tersebut merupakan Maniam. Maniam kemudian dirawat oleh pekerja Orang Putih itu. Setelah mengetahui rahsia sebenar Maniam, Perumal menghalau keluar Maniam dari kebun kelapa itu. Maniam agak keberatan kerana bimbangkan isterinya yang mengandung 8 bulan namun dengan nasihat Perumal, Maniam terpaksa meninggal kebun tersebut. Apabila Maniam keluar dari kebun tersebut, dia telah dipukul di kepala kemudian diselamatkan oleh seorang pemuda Melayu, Musa. Mereka berdua kemudian menuju ke Changkat Janggus. Pada mulanya Maniam dapat bekerja sebagai kuli di kebun, namun setelah Maniam memujuk pengurus kebun tersebut, Musa juga dapat bekerja sebagai kuli. Setelah beberapa lama, Musa kembali ke kampungnya. Maniam berasa sedih kerana mereka berdua merupakan sahabat akrab. Di Changkat Lima, Malini telah bersalin dan menamakan anaknya, Ramakrisynan. Malini kemudian meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Atas semangat perkauman, Suppiah kemudian membina Sekolah Tamil untuk anak2 kuli kebun. Perumal kemudian mengetahui asal usul Suppiah melalui guru sekolah, Raman. Perumal berasa menyesal kerana tindakannya menghalau Maniam.

Buku 4: Interlok

Maniam telah menjadi tandil di sebuah kebun getah. Seman telah tiba di sebuah kebun getah dan menanyakan pekerjaan kepada pegawai yang bertugas. Kemudian Maniam tiba dan menawarkan pekerjaan dan tempat menetap kepada Seman setelah mengetahui asal usul Seman yang merupakan anak kepada kawan baiknya, Musa. Maniam telah berjanji untuk membantu Seman. Setelah berjaya mendapatkan pekerjaan, Seman kemudian mengajak ibunya, meninggalkan rumah dan menuju ke kebun getah dimana Maniam telah menunggu ketibaan mereka. Maniam kemudian menempatkan mereka di rumah kuli yang dijanjikan. Setelah bergaduh dengan ayahnya, Yew Seng bertindak keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati atas tindakan ayahnya yang tidak membenarkan Yew Seng bekawan dengan orang Melayu. Yew Seng kemudian bekerja di sebuah lombong bijih timah. Setelah hampir 3 tahun bekerja, Seman kemudian melawat kampungnya. Di sana, Seman telah berkahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi. Seman kemudian meminta kebenaran dari Maniam untuk berhenti kerja kerana Seman telah berkahwin. Maniam kemudian dengan rasa sedih, membenarkan Seman dan ibunya meninggalkan kebun getah tersebut dan menuju ke kampungnya. Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar apabila tentera Jepun telah mara dari utara. Lazim dan sebahagian besar orang Melayu menyokong kehadiran tentera Jepun kerana yakin dengan propaganda mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Orang2 Cina pula takut kepada tentera Jepun. Hal ini mengakibatkan keadaan tidak tenteram di Simpang Empat. Banyak kedai2 dirompak termasuk kedai Cing Huat. Sebelum itu, ramai orang2 Melayu telah merompak kedai2 orang Cina termasuk Seman yang memecah masuk kedai Cing Huat ataupun dikenali sebagai Cina Panjang dan menculik Poh Eng. Kemudian, Seman membawa Poh Eng dan ibunya ke Changkat Janggus untuk mencari perlindungan dengan menginap di rumah pekerja di kebun getah. Seman kemudian kembali ke kampung. Selepas itu, pegawai Jepun telah datang ke kedai Cing Huat dan menanyakan tentang Yew Seng. Cing Huat tidak tahu dan pegawai Jepun tersebut mengugut Cing Huat. Kemudian, beberapa hari kemudian, Yew Seng yang berpakaian askar datang ke kedai ayahnya dan meminta makanan. Cing Huat kemudian menerangkan tentang peristiwa kedainya yang dirompak dan kehilangan Poh Eng. Yew Seng marah kerana Poh Eng telah diculik. Kesemua kebun-kebun telah diambil alih dan diuruskan oleh pengurus2 dari Jepun. Pada satu malam, terdapat beberapa orang yang tidak dikenali telah menyerang kebun getah di Changkat Janggus lalu menangkap pengurus dari Jepun itu dan menembaknya. Salah seorang dari kumpulan penyerang telah mengambil Poh Eng. Orang itu merupakan abangnya, Yew Seng. Keesokkan harinya, Mak Limah, Maniam dan beberapa orang lain telah ditangkap oleh polis Jepun berikutan kematian pengurus tersebut. Berita penangkapan Mak Limah telah menggemparkan penduduk Kampung Nyiur Condong. Seman terkejut dan terus menuju ke balai polis. Maniam telah diseksa oleh askar Jepun kerana tidak dapat menjawab persoalan mereka. Namun, apabila seorang Inspektor dari India, iaitu Inspektor Ramakriysnan atau Rama masuk ke bilik siasat dan menyoal siasat Maniam, beliau telah sedar bahawa Maniam merupakan ayahnya. Mereka berdua berpelukan. Atas kasih sayang seorang anak, Inspektor Rama telah membebaskan ayahnya. Maniam kemudian melihat ibu Seman, Mak Limah yang ditahan dalam penjara. Di luar balai pula, Maniam terserempak dengan Seman yang tidak dibenarkan masuk ke dalam balai. Maniam kemudian meminta tolong anaknya. Anaknya berjanji akan berusaha untuk membebaskan Mak Limah. Cing Huat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah menculik Poh Eng. Kemarahan Cing Huat semakin membara apabila Mak Limah telah dibebaskan. Keadaan di Simpang Empat semakin gawat apabila harga barang mula naik mendadak, serangan komunis pada waktu malam dan perintah dari tentera Jepun yang merugikan penduduk. Lazim menyesal kerana menyokong Jepun. Dia mula menghasut orang2 kampung untuk tidak menjualkan padi kepada orang2 Jepun. Akibatnya, Lazim ditangkap oleh polis Jepun. Beberapa lama kemudian, Jepun menyerah kalah. Semua penduduk gembira terutamanya orang2 Cina dengan mengibarkan bendera Kuomintang. Pejuang2 Komunis keluar dari hutan dan melihat keadaan. Mereka bimbang kerana bendera2 Kuomintang telah dikibarkan, bukannya bendera Komunis. Sejak itu, mereka mula mengganas dan menawan balai polis. Inspektor Rama telah ditangkap kerana disyaki bersubahat dengan Jepun. Apabila Yew Seng datang ke balai tersebut, dia telah berjumpa dengan Lazim dan membebaskannya. Begitu juga dengan Inspektor Rama. Selepas itu, Yew Seng dan adiknya kembali ke hutan. Lazim dan orang2 Melayu telah bersatu menentang Malayan Union. Darurat telah mula diisytiharkan. Pelbagai kemusnahan dilakukan oleh pejuang2 Komunis. Oleh itu, masyarakat bersatu padu menentang Komunis. Cing Huat telah dilantik sebagai pemimpin pertubuhan orang2 Cina di tempat tinggalnya. Tujuan mereka adalah untuk membersihkan nama baik masyarakat Cina yang sebelum ini dipandang hina oleh masyarakat lain kerana beranggapan semua orang Cina adalah Komunis dan menjaga kebajikan orang2 Cina. Raman yang sebelum ini bekerja sebagai guru kini memimpin pertubuhan orang2 India. Pada suatu hari, Maniam telah ditangkap oleh Suppiah dan beberapa orang pejuang komunis dan dibawa ke sebuah tempat persembunyian mereka di hutan. Maniam berjaya diselamatkan apabila Poh Eng dan Yew Seng membelot pejuang2 Komunis dengan menembak Suppiah dan beberapa orang lain. Kemudian serangan hendap oleh pasukan keselamatan yang dipimpin oleh Inspektor Rama. Yew Seng mengalami kecederaan di lutut akibat pergelutan dengan anggota komunis. Beberapa tahun kemudian, Yew Seng, Saman dan isterinya, Lebai Man, Yew Hock, Lazim, Raman dan beberapa orang lagi akan akan menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka.


Begitulah sinopsis novel Interlok yang dapat saya ceritakan.

Baru-baru ini, hasil daripada perbincangan yang telah diadakan baru-baru ini, kerajaan memutuskan novel Interlok kekal sebagai novel tingkatan 5 dengan beberapa pindaan terhadap bahagian yang sensitif. Ramai pihak yang menyokong langkah kerajaan tersebut tetapi hanya segelintir pihak terutamanya PERKASA menentang langkah tersebut.

Pada pendapat saya, penulis sebenarnya ingin menerapkan unsur2 perpaduan dan tidak berniat sama sekali menghina sensitiviti sesebuah kaum. Tetapi mengapa sekarang perbincangan mengenai novel ini diadakan sekarang sedangkan novel ini diterbitkan 35 tahun dahulu. Kalaulah terdapat sebarang bantahan mengenai novel ini, saya rasa bukan sekadar masyarakat India sahaja, tetapi kesemua rakyat Malaysia membantah novel karya SN Abdullah Hussein ini. Namun begitu, ini cuma pendapat saya yang tidak seberapa kerana terdapat banyak perkara yang perlu saya mempelajari.