Followers

Tuesday, February 1, 2011

Mesir - Akhirnya kedudukan Presiden terancam

Setelah 30 tahun, kedudukan Presiden Mesir kembali terancam apabila rakyat Mesir mengadakan protes mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan. Protes ini yang berlangsung selama seminggu telah melumpuhkan Mesir dari segi keamanan, ekonomi dan pentadbiran. Negara2 dunia mula memanggil pulang rakyat masing2 bagi mengelakan daripada ancaman yang semakin berleluasa di Mesir. Bagi menyelesaikan masalah ini, Presiden Mubarak pecat kesemua ahli kabinetnya dan melantik ketua perisikan Mesir sebagai Naib Presiden menggantikan anaknya. Namun keadaan masih tidak berubah tetapi semakin buruk. Apa yang di mahukan oleh rakyat Mesir ialah perletakan jawatan Mubarak sebagai Presiden.

Kalau diikutkan sejarah, rakyat Mesir pernah memprotes mendesak Presiden Anwar Sadat meletak jawatan sebagai Presiden Mesir pada 30 tahun lepas yang berakhir dengan kematian Anwar Sadat yang mati dibunuh ketika perarakan tentera. Desakan rakyat ketika itu adalah kerana membantah tindakan Presiden Sadat yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Begitu juga dengan desakan rakyat terhadap Mubarak yang masih meneruskan hubunganya dengan Israel. Tetapi persoalannya, adakah nasib Mubarak sama seperti Anwar Sadat?

Tetapi jikalau protes ini tidak ditangani secara aman dan segera, keadaan ini akan merebak ke seluruh rantau Asia Barat dimana keadaan ini telah pun berlaku di Jordan, Iran dan Syria yang turut menyokong rakyat Mesir sekali gus mengancam keamanan di rantau tersebut dan memudahkan Israel melemahkan jiran2nya.