Followers

Saturday, March 19, 2011

AS sekali lagi mengancam Libya.

Ucapan Obama mengenai amaran terhadap Libya.

Buat kali kedua, pentadbiran AS mengancam Libya dengan menghantar tenteranya ke Libya sekiranya Gaddafi enggan melaksanakan gencatan senjata dengan puak pemberontak.

Dalam sejarah, pada tahun 1986, terdapat konflik ketenteraan yang melibat kedua-dua negara tersebut yang berakhir dengan pengeboman tentera AS di Tripoli. Sebelum itu, tentera laut AS telah melintasi perairan Libya yang mengakibatkan Libya menghantar 40 pesawat pejuang untuk menyerang armada tentera AS. Hasilnya, tiada sebarang serangan yang dilaporkan.

Kesan selepas konflik, Libya disenaraikan sebagai negara pengganas oleh AS. Namun mengikut beberapa penganalisis politik, sekiranya tentera AS ingin menyerang Libya, kesan terhadap Libya semakin terjejas teruk dan Gaddafi mungkin akan terbunuh. Tetapi, adakah perkara ini akan berlaku?

Bagi saya, tindakan AS menyerang Libya merupakan tindakan yang bodoh. Banyak lagi perkara lain yang dapat menyelesaikan krisis di Libya. Liga Arab dan Barat menyokong tindakan AS ini. Jelas ketara menunjukkan umat Islam berpecah. Punca utama konflik ini memang disebabkan Israel yang mahu melenyapkan musuh2 ketatnya.

Pada masa kini, Armada Tentera Laut AS kini berada di Itali dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang Libya. Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama berdoa agar perkara ini tidal berlaku dan keamanan akan tercapai.

(Post terakhir sebelum saya pulang ke SBPI Sabak Bernam. Saya akan bersambung blogging semula pada cuti pertengahan tahun)

Wednesday, March 16, 2011

Disebalik logo Coca Cola.

Saya percaya ramai yang sudah melihat gambar ini tetapi ramai lagi umat Islam yang membeli minuman ini.

Renung-renunglah.....

Monday, March 14, 2011

Apa yang bezanya??

Baru-baru ini, Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 9 skala richter. Kemudian dilanda Tsunami yang mengakibatkan kemusnahan besar di utara Jepun. Kemudian, loji kuasa nuklear Fukumi pula meletup yang mengakibatkan pembebasan sisa2 radiasi.

Di Malaysia, ramai orang mula menulis "prayforjapan" dan ada yang sanggup menghulurkan bantuan yang lebih kepada mangsa2 di Jepun. Malah ada yang sanggup berkabung.

Saya bukannya tidak bersetuju dengan perkara2 ini tetapi apabila sebuah negara Islam dilanda bencana (sebagai contoh Palestin), jarang wujud perkataan "prayforpalestine". Apabila diminta bantuan, hanya kecil jumlah yang dapat diperoleh. Malah hampir tiada langsung rakyat kita yang berkabung atas apa yang berlaku di negara Islam.

Bagi saya, Jepun merupakan negara maju yang mampu menguruskan mangsa2 bencana dengan cemerlang. Sumber makanan di sana walaupun berkurangan tetapi lama-kelamaan mengcukupi. Kedudukan Jepun di Lingkaran Api Pasifik yang mengakibatkan gempa bumi dan sebagainya. Berbanding pula dengan negara2 Islam (yang tertentu), apabila bencana melanda, mereka akan mengalami masalah yang besar dan tempoh masa yang panjang. Pelbagai masalah yang dialami oleh mereka dan bantuan pula lambat tiba.

Jadi, apa yang bezanya antara Jepun dan negara2 Islam yang bergolak??
Perlukah kita membuat perkara2 seperti berikut sampai melupakan apa yang berlaku kepada saudara2 seIslam kita di negara mereka??

Maaf sekiranya post ini telah mengundang rasa tidak puas hati tetapi renungkanlah....

Friday, March 11, 2011

Libya-Mengapa saya sokong Gaddafi?

Kedudukan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya semakin tergugat. Masyarakat dunia mula mendesak beliau meletak jawatan. Dunia Islam turut mendesak beliau. Tetapi sebenarnya, jikalau beliau meletak jawatan, Dunia Arab bakal kehilangan satu suara yang lantang mengkritik dunia Barat.

Muammar Gaddafi telah merampas kuasa pada 1969 dan menjadi pemimpin yang lantang mengkritik Israel dan Barat. Beliau juga berani melancarkan beberapa siri peperangan dengan negara2 serantau. Hasil daripada itu, AS mencatatkan Libya sebagai negara pengganas. Tidak cukup dengan itu, tentera udara AS mengebom Tripoli. Tidak seperti pemimpin negara yang lain, beliau masih mengekalkan kuasanya walaupun negaranya musnah akibat serangan AS.

Gaddafi mengoyakkan kertas PBB

Baru-baru ini, atas inginkan keadilan, beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB dan mengkritik kuasa2 besar dunia atas kegagalan mereka menegakkan keadilan. Malah, beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu baling ke arah belakang iaitu ke arah pemimpin kuasa2 besar dunia. Keadaan ini mencetuskan ketidak-puasan hati pelbagai pihak. Namun begitu, ada juga pemimpin yang menyokong tindakan Gaddafi itu.
Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat agung Liga Arab. Beliau mengkritik para pemimpin Arab mengenai isu di Palestin.

Tindakan Gaddafi membaling buku utama PBB.

Sepanjang beliau memerintah, setiap kali beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang. Itulah ciri beliau yang unik. Malah, beliau sering memakai pakaian tradisional dan bukannya pakaian formal.

Khemah Gaddafi.

Apa yang berlaku di Libya yang melibatkan Gaddafi mungkin benar dan mungkin tidak. Sumber2 berita yang kita dengar mengenai krisis di Libya ini berasal daripada media yang bersekutu rapat dengan Israel. Sebahagian besar rakyat Libya masih menyokong beliau kerana suara lantang pemimpin Libya itu mampu membawa perubahan dalam Liga Arab mahupun Dunia Islam. Saya berharap agar keadaan di Libya stabil dan keamanan akan wujud.


Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia-Adakah tentera kita mampu mempertahankan kedaulatan negara kita??

Pada awal bulan ini, satu perarakan tentera telah diadakan di Dataran Merdeka. Angkatan Tentera Darat telah melakukan pembarisan dengan menggerakkan kesemua jenis aset yang di miliki oleh Tentera Darat. Jelas kelihatan penonton yang melihat pembarisan tersebut berasa kagum dengan aset pertahanan negara kita.

Dengan segala aset yang dimiliki oleh negara kita, adakah tentera kita mampu mempertahankan negara kita dari serangan musuh? Jangan terkejut sekiranya saya menyatakan bahawa tentera Singapura boleh menguasai negara kita suatu hari nanti. Kekuatan tentera mereka jauh lebih kuat dari tentera kita.

Mantan PM kita, Tun Dr Mahathir sering berkata, perang merupakan suatu perkara yang lapok atau ketinggalan zaman dan kita mesti mengelakkan dari berperang. Namun, dengan kenyataan ini bukan bermakna kerajaan tidak harus memberi perhatian kepada angkatan tentera kita. Baru-baru ini, di kalangan negara2 ASEAN, kekuatan tentera kita berada di kedudukan ke-6 daripada 11 negara.

Tentera Darat Malaysia mempunyai 120,000 anggota tentera yang aktif dan 50,000 anggota tentera simpanan. Mengenai aset, TDM mempunyai 76 kereta kebal, 1000++ kereta berperisai, 500++ artileri, 1000++ peluru berpandu dan sebagainya. Jikalau dibandingkan dengan Tentera Singapura, mereka mempunyai 110,000 anggota aktif dan 330,000 anggota simpanan(terbesar di ASEAN). Aset pula, kereta kebal sebanyak 187 buah, 1200 kereta berperisai, 2000++ artileri, dan 2400++ peluru berpandu yang tercanggih. Kebanyakkan aset tentera Singapura merupakan aset yang tercanggih berbanding tentera kita. Tidak hairanlah mereka sering mencetuskan konflik terhadap negara kita. Dalam masa akan datang, mereka akan mencetuskan pertelingkahan dengan kita yang mengakibatkan perang.

Oleh itu, Kementerian Pertahanan perlu memikirkan langkah2 untuk mengimbangi kekuatan ketenteraan di ASEAN. Pembelian jumlah aset haruslah dalam kuatiti yang logik dan mampu mempertahankan negara kita. Pertambahan anggota perlu dijalankan untuk melahirkan askar yang mempunyai semangat cinta akan negara. Kerajaan pula harus meningkatkan pembelanjaan untuk pertahanan mengikut sewajarnya dan bukannya kurang. Perkara-perkara ini penting untuk keselamatan negara agar dunia tahu bahawa Malaysia juga mempunyai tentera yang kuat.

Sunday, March 6, 2011

Libya-Apa yang terjadi?

Setelah kejatuhan rejim Mubarak di Mesir, kini rejim Gaddafi bakal dijatuhkan oleh rakyatnya. Sebelum itu, secara jujur, saya merupakan salah seorang penyokong kepimpinan Gaddafi kerana saya melihat cara beliau mengkritik dunia Barat mengenai Palestin. Bagi saya punca sebenar krisis ini berasal dari ejen perisikan Israel iaitu Mossad dalam usaha mereka melenyapkan negara2 Islam yang mengancam Israel. Bagi Israel, Libya sentiasa mengancam keselamatan Israel walaupun mereka menganggap Libya sebagai "orang yang terlantar sakit di hospital".

Apa yang berlaku di Libya adalah desakan rakyat mahu Gaddafi letak jawatan. Bagi saya, memang sepatutnya beliau meletak jawatan kerana sudah hampir 42 tahun beliau memerintah Libya. Keadaan semakin parah apabila lebih 2000 orang terkorban dalam krisis ini. Menurut sumber berita, tentera Libya yg setia dengan Gaddafi menembak mati penunjuk perasaan, mengebom masjid dan menyerang bandar yang dikuasai pemberontak.

Saya tidak dapat menghuraikan secara panjang lebar mengenai krisis ini kerana kesukaran untuk mencari maklumat yang benar. Tetapi insyaAllah saya akan menghuraikannya pada suatu hari nanti.