Followers

My Facebook Page

Friday, March 11, 2011

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia-Adakah tentera kita mampu mempertahankan kedaulatan negara kita??

Pada awal bulan ini, satu perarakan tentera telah diadakan di Dataran Merdeka. Angkatan Tentera Darat telah melakukan pembarisan dengan menggerakkan kesemua jenis aset yang di miliki oleh Tentera Darat. Jelas kelihatan penonton yang melihat pembarisan tersebut berasa kagum dengan aset pertahanan negara kita.

Dengan segala aset yang dimiliki oleh negara kita, adakah tentera kita mampu mempertahankan negara kita dari serangan musuh? Jangan terkejut sekiranya saya menyatakan bahawa tentera Singapura boleh menguasai negara kita suatu hari nanti. Kekuatan tentera mereka jauh lebih kuat dari tentera kita.

Mantan PM kita, Tun Dr Mahathir sering berkata, perang merupakan suatu perkara yang lapok atau ketinggalan zaman dan kita mesti mengelakkan dari berperang. Namun, dengan kenyataan ini bukan bermakna kerajaan tidak harus memberi perhatian kepada angkatan tentera kita. Baru-baru ini, di kalangan negara2 ASEAN, kekuatan tentera kita berada di kedudukan ke-6 daripada 11 negara.

Tentera Darat Malaysia mempunyai 120,000 anggota tentera yang aktif dan 50,000 anggota tentera simpanan. Mengenai aset, TDM mempunyai 76 kereta kebal, 1000++ kereta berperisai, 500++ artileri, 1000++ peluru berpandu dan sebagainya. Jikalau dibandingkan dengan Tentera Singapura, mereka mempunyai 110,000 anggota aktif dan 330,000 anggota simpanan(terbesar di ASEAN). Aset pula, kereta kebal sebanyak 187 buah, 1200 kereta berperisai, 2000++ artileri, dan 2400++ peluru berpandu yang tercanggih. Kebanyakkan aset tentera Singapura merupakan aset yang tercanggih berbanding tentera kita. Tidak hairanlah mereka sering mencetuskan konflik terhadap negara kita. Dalam masa akan datang, mereka akan mencetuskan pertelingkahan dengan kita yang mengakibatkan perang.

Oleh itu, Kementerian Pertahanan perlu memikirkan langkah2 untuk mengimbangi kekuatan ketenteraan di ASEAN. Pembelian jumlah aset haruslah dalam kuatiti yang logik dan mampu mempertahankan negara kita. Pertambahan anggota perlu dijalankan untuk melahirkan askar yang mempunyai semangat cinta akan negara. Kerajaan pula harus meningkatkan pembelanjaan untuk pertahanan mengikut sewajarnya dan bukannya kurang. Perkara-perkara ini penting untuk keselamatan negara agar dunia tahu bahawa Malaysia juga mempunyai tentera yang kuat.

4 comments:

Anonymous said...

emm..kekuatan tu die ukur dr kekuatan anggota ke aset? tak dinafikan,tentera singapore jauh lebih hebat dr kita..tp kita kene tahu,bilangan tentera profesional singapore tidaklah sekuat mana.. yg ramai tu cume national service je.. jaminan dari panglima ATM, malaysia mampu menang jika berperang dengan singapore walaupun ketika itu kekuatan tentera ATM tinggal 50%..semua orang tahu strategi pertahanan malaysia mmg yg terbaik..perancang pertahanan malaysia sentiasa memikirkan strategi berkesan utk bertahan dr musuh..so,jgn risau..percayelah dengan kekuatan ATM..

bentayan6melayu said...

pada saya yang juga bekas tentera dari unit tempur,singapor memang akan mencapai matlamat dalam apa jua cara bukan untuk menakluk malaysia tetapi sebahagian negeri johor atas keperluan air dan tanah untuk ekonomi,dan penaklukan tersebut akan berlaku juga atas dasar jaminan keselamatan rakyatnya dan kepentingan ketenteraan pengkalan US.apa jua konflik yang dicetuskan akan memihak pada mereka mengikut peraturan penaklukan masa sekarang yang diamalkan oleh US,Rejim zionis dan EU.Mengalah pemimpin kita dalam isu batu putih,air,jambatan bengkok atas sebab tersebut,kita harus bersabar sehinggalah taiko Lee Kwan Yew jadi abu.Ingat siapa yang lebih bersabar akan menang dalam perang dingin ini.Dan jangan lupa pada permainan jarum halus jiran serumpun,yang lebih bahaya kerana semua ajen sabotajnya dah meresap masuk ke dalam setiap rumah,dalam pejabat awam dan swasta dan segalanya.Hanya petik jari,semua rahsia pengkalan tentera atau rumah menteri atau perangai menteri dalam tangan mereka.

shamsulS2 said...

Pandangan Orang Awam:-

Tidak dinafikan aset ketenteraan negara jiran jauh lebih banyak dan canggih daripada aset tentera kita.

Walaubagaimanapun kedudukan aset negara jiran bukan semuanya terletak dipulau tersebut.

Negara jiran memerlukan landasan yang baik untuk melancarkan kapalterbang tempur mereka. Ledakan ASTROS yang berkebolehan memusnahkan keluasan 5 buah padang bolasepak akan membantutkan pelancaran kapalterbang tempur mereka.

Penduduk negera ini tetap akan ada tempat untuk berselindung . Yang diselatan akan mara ke utara untuk berselindung.

Walaubagaimanapun ledakan ASTROS, JERNAS, IGLA, MISTRAL, HOWITZER, HARPOON, PENDEKAR, SCORPION, KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan lain-lain aset ledakan akan menghancurkan bandar negara jiran dan penduduknya kerana penduduknya tidak ada tempat lain untuk berselindung kecuali dibunker-bungker bawah tanah.

Simpanan bekalan makanan walaubagaimana banyak pun tetap akan habis.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia mesti menyokong ATM dan sentiasa berfikiran positif terhadap aset-aset ketenteraan kita dan pada masa yang sama pembelian aset-aset terkini dan canggih seperti AW&C, VEERA dan lain-lain aset mesti diperolehi dengan segera.

Sokongan padu rakyat menguatkan lagi pertahanan negara.

Anonymous said...

Singapur hanya berbangga pada asset sahaja..dia boleh beli apa sahaja..tetapi mampukah mereka menggunakkanya secara keseluruhan?

Kalau setakat latihan, perasaan takut tu tak menjelma langsung, tetapi kalau benar2 berlaku peperangan agak2 tentera mereka ada bran ker?

Aku 1000% percaya keupayaan tentera Malaysia jauh lebih baik dari Singapur...Aku juga 1000% percaya bahawa tentera singapur sebenarnya tidak berani utk bertindak lebih2. Hanya LKY yg bermulut celupar mengapi-api kan kekuatan mereka. Sedar atau tidak mereka bukan ada negara lain utk melarikan diri. Dia dah tuan nak mampos dia peduli apa, rakyat mereka juga yg menerima tekanan nanti.

Mereka harus ingat, menang hari ini tidak bermakna menang seterusnya..lama mana mereka hendak bertahan...

Hakikatnya mereka takut pada bayang2 mereka sendiri...