Followers

Saturday, April 16, 2011

Kita sebagai orang Melayu perlu BERUBAH!!!

Sejak akhir2 ini, kita sebagai orang Melayu telah mengalami perubahan yang begitu mendadak. Bukan ke arah kebaikan tetapi lebih teruk. Dari segi ekonomi hingga sosial, orang2 Melayu telah berubah sepenuhnya.

REALITI ORANG MELAYU KINI:

Di sekolah, kalau nak dibandingkan antara pelajar Cina dan Melayu, pelajar Cina jauh lebih hebat dari pelajar Melayu. Prestasi mereka lebih cemerlang walaupun ada segelintir pelajar Melayu turut cemerlang. Kes disiplin pula, orang Melayu mencatatkan kes terbanyak. Di SMKA, menurut apa yang dicerita oleh kawan saya, perlakuan dan sahsiah mereka jauh lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan. Kes ZINA turut berlaku di sekolah yang mengajarkan bidang AGAMA!! Adakah itu realiti orang Melayu?

Dari segi sosial, sikap orang Melayu jauh lebih teruk berbanding dengan kaum lain. Pergaulan bebas sering berlaku dan kebanyakkannya ialah orang Melayu. Ajaran Islam yang menuntut umatnya untuk menjaga batas antara lelaki dan perempuan, tetapi malangnya tuntutan tersebut hanyalah tinggal nama sahaja. Satu ketika, saya melihat sepasangan kekasih orang Melayu berjalan berdua-duaan berpegangan tangan. Dan itu bukannya satu, tetapi ramai pasangan kekasih Islam yang terus melakukan benda yang sama. Akibatnya, perzinaan dan buang bayi. Perkara ini seakan-akan menjadi tabiat kepada orang Melayu. Di internet, gambar2 di Google, video2 You Tube dan sebagainya, orang2 Melayu mendominasi dalam gambar2 yang tak senonoh, video lucah dan sebagainya.

Ekonomi pula menyaksikan, orang Cina masih mendominasi ekonomi negara. Orang Melayu pula ketinggalan jauh. Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari asrama, saya memerhatikan di kedai kereta mewah mesti ada orang Cina. Di mana-mana kedai kereta mewah, mesti ada orang Cina. Di kedai kereta terpakai, lazimnya orang Melayu yang kelihatan berada di situ. Adakah itu taraf kita sedangkan kita merupakan kaum bumiputra di Malaysia yang sepatutnya menikmati kesenangan hidup. Di syarikat-syarikat besar, jawatan2 tinggi kebanyakkannya dijawat oleh orang Cina dan India. Orang Melayu pula terpaksa makan gaji. Adakah itu yang kita mahukan di masa depan kelak?

Dalam sesuatu kawasan, ada orang yang senang dan ada juga yang susah. Saya bukan nak menghina tetapi bila saya memerhatikan di kawasan tong sampah, orang Cina yang miskin berusaha untuk mencari tin2 kosong untuk dijual. Orang Melayu pula duduk di kawasan tumpuan ramai dan meminta sedekah, dan ada yang sanggup mencari makanan dalam tong sampah. Cara pemikiran atau "Mindset" orang Cina sentiasa ke hadapan. Mereka sebenarnya telah banyak membangunkan negara. Mindset orang2 Melayu pula sentiasa ke belakang. Sebab itu, kita asyik berpecah-belah.

PERUBAHAN:

Cara pemikiran atau "Mindset" kita perlu berubah. Pelbagai perkara pada hakikatnya, orang Melayu boleh berubah tetapi sikap telah menghalang kita. Kita, orang Melayu merupakan beragama Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu menitik-beratkan perkara2 kebaikan dan tinggalkan perkara2 kemungkaran. Kita perlu rajin bukannya malas seperti yang dikatakan oleh orang Cina dalam bidang ekonomi.

Saya merayu dan memohon agar orang Melayu kembali berubah. Peradaban dan tamadun orang Melayu semakin lama semakin terhakis gara2 realiti orang Melayu pada masa kini. Apa saya katakan adalah untuk semua termasuk diri saya sendiri kerana saya hanyalah manusia biasa, manusia yang turut melakukan perkara2 yang menjatuhkan maruah bangsa sendiri secara tidak langsung.

Marilah kita sama2 berdoa dan mengubah nasib kita.

Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Krisis di Libya - Adakah keamanan akan muncul??

Seperti yang saya jangka, Tentera Bersekutu akan mula membedil Libya. Tindakan yang bodoh serta rakus yang dilakukan oleh pihak Barat dan termasuk negara Arab sendiri seperti Qatar. Tetapi selalunya Tentera Bersekutu mengambil masa selama 2 minggu untuk menjatuhkan rejim Gaddafi tetapi setelah pertempuran yang berlaku selama sebulan ini, Gaddafi masih berkuasa.

Beberapa orang rakyat Libya sedang berdiri di atas kereta kebal tentera Libya yg ditinggalkan.

Keadaan di Libya semakin meruncing. Pertempuran demi pertempuran sering berlaku. Ditambah pula dengan serangan udara tentera AS dan NATO. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Ribuan rakyat mati akibat krisis ini. Kalau difikirkan mengenai keadaan politik di Libya, cara ketenteraan sebenar TIDAK akan mengamankan Libya. Kerana sebahagian besar rakyat Libya masih menyokong pemerintahan Gaddafi.

Penyokong anti-Gaddafi

Penyokong setia Gaddafi.

Walaupun pihak pemberontak berjaya menjatuhkan rejim Gaddafi, lama-kelamaan, mereka pula akan dijatuhkan sama seperti yang berlaku di Mesir kerana pihak pemberontak merupakan sekutu AS. Oleh itu, tindakan ketenteraan seperti yang berlaku di Libya sememangnya BUKAN tindakan yang betul. Sebalik terdapat cara lain.

Saya terjumpa satu komen di akhbar yang menyatakan bahawa niat AS untuk menyerang Libya adalah semata-mata untuk mendapatkan minyak. Bagi saya, mungkin benar kerana Libya kaya dengan minyak. Kalau AS betul2 berniat untuk menyerang Libya semata-mata kemanusiaan, kenapa mereka tidak menyerang Korea Utara??

Krisis ini masih berlangsung dan kita sama-sama berharap agar keamanan akan tercapai....