Followers

Sunday, May 29, 2011

Allahyarham Tan Sri P Ramlee - 38 tahun meninggalkan nama.


Tanggal 38 tahun beliau meninggalkan kita. Tetapi hasil karyanya masih terpahat jelas dalam ingatan rakyat M'sia. Hmm, penulis tidak tahu nak berkata apa. Semua pihak masih berasa bersalah terutamanya pihak kerajaan gara-gara keengganan mereka untuk membantu Allahyarham ketika beliau masih bernyawa. Untuk mengatasi rasa bersalah, pelbagai pihak telah bekerjasama untuk menaikkan semula namanya selepas kematiannya.


Kalau penulis bertanya kepada orang2 Cina, mereka pasti mengenali P Ramlee berbanding artis2 Melayu yang lain. Mereka lebih mengagumi Allahyarham daripada orang lain. Kalau penulis bertanya kepada orang India, mereka pasti akan menangis. Kerana bagi mereka, orang Melayu yang paling disanjungi ialah Allahyarham.

Walau apapun yang dikatakan oleh mereka, kesemua rakyat M'sia pasti akan mengingati Allahyarham sampai bila2.

Hanya ini sahaja yang dapat penulis katakan.

Al-Fatihah.

"Tiada siapa akan mampu atau dapat menggantikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee"-Datuk Aziz Sattar.

Manchester United atau Barcelona??


Kalau orang semua tanya soalan macam tu, saya mesti akan jawab Man Utd. Haha. 10 tahun sokong MU, tak pernah berubah. Apa-apa pun, Manchester United pasti akan juara.

Ramalan: Man Utd 3-1 Barcelona

Sunday, May 1, 2011

Wajarkah kita bertindak??

Setiap hari, ada saja umat Islam terbunuh. Pemimpin2 Islam di seluruh dunia, seperti orang bodoh! Kenapa? Sebab mereka memang jahil, tidak tahu pasal agama.

Perang sesama Islam berlaku di sana sini. Rakyat menjadi mangsa. Duit kini menjadi segala-galanya bagi para pemimpin terutamnya di Semenanjung Tanah Arab.

Persoalanya, di manakah para pejuang-pejuang Islam. Dimanakah semangat perjuangan Islam! Takkan kita hanya berdiam diri, hanya sekadar bersimpati? Bagi saya jelaskan satu perkara, iaitu Umat Islam bukan BODOH!

Kita perlu bertindak, bertindak dan BERTINDAK membetulkan akidah kita, mengubah sikap kita dan menghentikan segala perpecahan. Saya rasa kata-kata ini pernah saya ungkapkan melalui surat kepada para pemimpin Islam.

Ini merupakan post yang sempat saya buat ketika berada di Pusat Akses SBPI Sabak Bernam. Apa yang saya ingin katakan disini adalah sebagai renungan bagi kita untuk menghadapi cabaran di dunia yang semakin mencabar.

Sekian.....