Followers

Sunday, June 12, 2011

Pro - Soviet??

Minggu lepas, penulis ada menyatakan dalam "Facebook" bahawa penulis merupakan anti-Israel, anti-Zionisme, anti-DAP, pro-keluarga Assad (pemimpin Syria), PRO-SOVIET, dan pro-Palestine.

Beberapa orang sahabat yang tertanya2 menerusi e-mel mengenai "pro-Soviet". Adakah penulis ini menyokong ideologi Komunis?

Bendera Kesatuan Soviet (Soviet Union)

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ialah, penulis sebenarnya bukan seorang penyokong ideologi Komunis. Penulis sebenar menyokong Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Hal ini kerana, jikalau Kesatuan Soviet masih kekal hingga hari ini, penulis percaya, konflik2 yang berlaku sekarang ini tidak akan terjadi kerana keadaan geopolitik yang seimbang.

Antara Presiden Kesatuan Soviet yang saya kagumi ialah Mikhail Gorbachev(1985-1991). Beliau telah melakukan beberapa perubahan dalam dasar pentadbirannya. Tetapi malangnya, beliau telah gagal untuk membendung kebangkitan rakyat yang menyebabkan beliau meletak jawatan pada 1991 sekaligus menumbangkan Empayar Kesatuan Soviet yang kekal selama 69 tahun (1922-1991). Selepas itu, Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dunia tunggal.

Inilah sebabnya kenapa penulis menyatakan bahawa penulis merupakan pro-Soviet (bukan pro-Komunis).....





Monday, June 6, 2011

Pintu Sempadan Rafah ditutup?

Baru-baru ini, Hamas telah menutup pintu sempadan Gaza di Rafah kerana hanya disebabkan masalah teknikal. Kerajaan Mesir dalam kenyataannya berkata mereka tidak tahu apakah punca yang menyebabkan pihak Hamas menutup pintu sempadannya.

Menurut jurucakap Hamas, mereka menutup pintu sempadan kerana kurang kerjasama dengan pihak Mesir mengenai urusan keluar masuk di pintu sempadan tersebut. Apa yang mereka harapkan ialah kerjasama yang penuh dengan Mesir pada masa akan datang.

Sehingga ke saat ini, penulis masih tidak dapat maklumat mengenai reaksi Amerika dan Israel mengenai isu ini. Tetapi bagi penulis, antara perkara yang utama yang akan diluahkan oleh pihak Barat ialah kutukan dan bidasan. Hanya itu sahajalah yang mampu diperkatakan oleh mereka.

Namun begitu, fokus utama penulis masih terarah kepada konflik yang berlaku di dunia Arab sekarang ini. Yemen dalam keadaan yang membimbangkan. Mungkin perkara ini akan merebak di Syria. Penulis tidak seberapa mengetahui mengenai politik di Yemen, tetapi di Syria, penulis menyokong pentadbiran keluarga Al-Assad kerana mereka mengambil berat tentang masalah di Palestin walaupun pemimpin Fatah tidak mahu mereka masuk campur. Tetapi apa yang penulis harap agar Syria tidak dilanda krisis dalaman untuk menstabilkan keadaan geopolitik di Asia Barat.

Wednesday, June 1, 2011

Konflik di Yemen

Sekali lagi, Dunia Arab digemparkan dengan pertempuran di antara rakyat dan kerajaan di Yemen. Objektif konflik adalah sama seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir, iaitu mendesak kepimpinan negara terbabit meletak jawatan. Dalam kes ini, rakyat mendesak Presiden Ali Abdullah Salih meletak jawatan setelah 33 tahun memerintah (1978-1990, Presiden Yemen Utara dan 1990-kini, Presiden Yemen).

Antara sebab atau punca konflik ini berlaku kerana amalan rasuah yang sering berlaku dalam pentadbirannya serta kekejaman beliau keatas 144 orang aktivis prodemokrasi. Tetapi bagi saya, punca konflik ini dan konflik di Mesir dan Tunisia boleh dikatakan berkait rapat. Sebab? Ketiga-tiga negara ini merupakan sekutu AS dalam Dunia Arab.

Penunjuk perasaan berkumpul bagi mendesak Presiden Ali meletak jawatan.

Perantara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah menjadi orang tengah dalam usaha untuk menyelesaikan konflik ini. Antara usaha mereka ialah untuk menenangkan pihak pembangkang dengan mengadakan penjanjian dengan Presiden Ali. Tetapi malangnya, usaha mereka gagal sama sekali. Presiden Ali tidak menurunkan tandatangannya serta tidak mengikut syarat yang ditetapkan oleh GCC.

Namun begitu, kedua-dua belah pihak sedia untuk memberi kerjasama dalam mengatasi konflik ini. Pihak Pembangkang berharap agar usaha GCC tercapai walaupun usaha tersebut semakin hambar. Menurut penjanjian tersebut, Presiden Ali diberi masa sebulan untuk mengundurkan diri.

Presiden Ali Abdullah Salih, yang memerintah Yemen selama 33 tahun.

Apa yang penulis mengenali beliau ialah watak beliau seakan-akan sama seperti Hosni Mubarak. Beliau juga mempunyai hubungan peribadi (sahabat) dengan bekas Presiden AS, George H W Bush.

Tanda keganasan akan berlaku di Yemen sekiranya Presiden Ali tidak mengundurkan diri.

Pertempuran telah berlaku antara pihak tentera kerajaan dengan penunjuk perasaan. Ratusan nyawa telah melayang. Penulis yakin, perkara ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Ini realiti yang berlaku di Yemen dan Dunia Arab. Hal ini kerana penunjuk perasaan tidak akan berhenti begitu sahaja sehingga Presiden Ali meletak jawatan.

Tanda-tanda konflik yang seterusnya akan berlaku di Syria, dimana sebahagian kecil rakyat Syria telah mula menentang pemerintahan keluarga Al-Assad yang telah memerintah Syria selama 40 menerusi Hafiz Al-Assad (1971-2000) diikuti oleh anaknya, Bashar Al-Assad (2000-kini).

Apa yang penulis harapkan kini agar keadaan di Dunia Arab tidak akan menjejaskan semangat Islam dalam Dunia Islam. Itu sahaja nukilan penulis untuk ruangan ini.....