Followers

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan atau Demonstrasi??

Pada 9 Julai 2011, Kuala Lumpur bakal menyaksikan 3 perhimpunan yang melibatkan ratusan ribu orang yang mengakibatkan ekonomi negara lumpuh buat seketika.

Antara pihak yang terlibat ialah:
1. PATRIOT UMNO - Di ketuai oleh Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda UMNO. Bertujuan untuk menghalang BERSIH daripada melakukan perhimpuan mereka. Dianggarkan seramai 70,000 orang yang akan menghadirkan diri.....


2. BERSIH 2.0 - Diketuai oleh Dr Ambiga Sreenevasan. Bertujuan untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dari mana2 pengaruh luar. Dianggarkan seramai 300,000 orang akan menghadirinya........


3. PERKASA - Diketuai oleh Dato' Ibrahim Ali. Bertujuan untuk menghalang BERSIH 2.0 dan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. Dianggarkan seramai 10,000 orang akan menghadirinya...



Ketiga2 perhimpunan ini tidak dapat permit, maknanya ketiga2 perhimpunan ini haram. Kesemuanya mereka menjaminkan perhimpunan yang aman. Tetapi adakah benar2 aman?? Macam2 kontroversi yang berlaku dan semuanya mengarut. Maklumlah, permainan politik kotor. Kerajaan dan Pembangkang, semuanya sama. Cuba kita renungkan, sekarang ni mana ada pilihan raya yang benar2 bersih. Semuanya kotor.

Penulis nak tengok apa yang terjadi. Ketiga2 perhimpunan tersebut bakal menghadapi aset kerajaan iaitu, PDRM, FRU dan anggota keselamatan negara. Adakah keganasan akan berlaku? Adakah nyawa akan melayang? Adakah kerajaan bakal digulingkan? Just wait and see then....

Well, to all Malaysians, let's think about it. The future of the country is in our hands.

"Peace to our country. Let's make a change."
"May Allah bless our king and our country"

Kelahiran sebuah negara baru.....

Tanggal 9 Julai 2011, dunia bakal menyaksikan kelahiran sebuah negara baru iaitu Republik Sudan Selatan. Sebelum ini dalam sejarah, Sudan merupakan negara yang sering dilanda pelbagai konflik dalaman sehingga meletusnya perang saudara.

Pada tahun 2005, sebuah perjanjian damai antara Sudan Utara dan Selatan telah dimeterai sekali gus menamatkan perang saudara yang telah berlangsung selama 22 tahun.

Apa yang penulis dapat setakat ini, negara yang muda ini telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai negara termasuk Sudan (Sudan Utara). Walaupun negara RSS akan mencapai kemerdekaan tidak lama lagi, keadaan masih tidak berubah, kadar kemiskinan masih lagi tinggi.

Apa-apa pun, dengan pengiktirafan dari pelbagai pihak, penulis berharap agar negara RSS yang baru ini terutama para pemimpinnya, berusaha untuk membangunkan negara mereka....

Bendera RSS yang baru