Followers

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 54....:)

Kepada semua ahli keluarga, kawan2, pembaca, pengikut, ahli2 page di Facebook dan seluruh umat Islam, penulis disini ingin menyusun 10 jari ingin memohon maaf sekiranya segala pos dalam blog ini membuat semua tersinggung dan sebagainya. Maklumlah penulis hanyalah seorang manusia yang biasa. Tidak lari daripada membuat kesilapan.

Apa yang ingin penulis katakan ialah disamping kita menyambut hari kejayaan kita melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan, kita sebagai rakyat M'sia tidak seharusnya melupakan hari kemerdekaan kita.

Oleh itu, kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tujui....


Monday, August 29, 2011

Layakkah kita menyambut bulan Syawal?

Lagi 18 jam, bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita. Bulan Syawal pula akan menjelma dan kita bakal meraikan kemenangan kita dengan takbir.

Umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dalam jangka masa sehari atau 2 hari yang akan datang, tetapi adakah semua umat layak menyambutnya? Adakah amal ibadah yang kita lakukan benar2 sempurna?

Puasa bererti menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Sesiapa yang berjaya berpuasa penuh dengan sempurna, maka dia layak menyambut kedatangan Syawal. Tetapi adakah kita merupakan salah seorang dalam golongan yang layak menyambut Syawal yang mulia ini?

10 malam terakhir Ramadhan. Kita sepatutnya melebihkan amalan ibadah kita tetapi malangnya pada waktu itulah amalan kita berkurangan. Sibuk membeli-belah. Budaya kita di Malaysia, belum sampai hari raya lagi, lagu2 raya mula berkumandang. Akibatnya, semangat bulan Ramadhan semakin pudar.

------------------------------****************************-----------------------------------

Walau apa pun, penulis di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Harap maaf sekiranya penulis terkasar bahasa sama ada disekolah, rumah, dan lain2 ataupun di dalam blog ini. Harap agar hidup kita semua sentiasa diberkati Allah s.w.t.....:)




Saturday, August 27, 2011

Kemerdekaan Negara ke-54 - Adakah kita betul2 MERDEKA??


"MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA", itulah laungan Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ketika itu, rakyat Malaya begitu gembira kerana penjajah British telah meninggalkan negara kita.

54 tahun telah berlalu, walaupun sebahagian besar rakyat kita benar2 memahami erti kemerdekaan tetapi kita sebagai generasi pasca kemerdekaan, kurang menghayati makna sebenar kemerdekaan.

Kalau kita lihat cara hidup kita semua sebagai belia, dengan jelas bahawa pemikiran kita masih belum merdeka. Tengok di luar sana, budaya2 barat semakin menebal di kalangan pemikiran dan gaya belia2 kita sedangkan kita sebagai orang Asia yang mempunyai adab dan tatasusila. Bukan itu sahaja, pertuturan belia kita khususnya remaja semakin lama semakin biadap dan tiada rasa malu. Mencarut, kata2 kesat dan sebagainya seakan-akan menjadi trend masa kini.

Selain itu, perpaduan dikalangan rakyat kita yang berbilang kaum semakin pudar. Dulu, mereka sentiasa bekerjasama membina negara walaupun tercetusnya peristiwa 13 Mei. Tetapi kini, pertelingkahan diantara kaum semakin jelas ketara.

Demonstrasi jalanan yang hanya merugikan diri sendiri.

Peristiwa 13 Mei telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Namun usaha Allahyarham Tun Abdul Razak (PM ke-2) untuk meredakan situasi dan memupuk semangat cintakan negara berhasil. Memang berhasil. Sebagai kesan, seluruh rakyat Malaysia berkabung ke atas kematian beliau pada 1976. Kini, demonstrasi jalanan atau rusuhan dan sebagainya seakan-akan menjadi tradisi masyarakat kita dengan menyalah guna erti kebebasan bersuara. Nampaknya gayanya negara kita masih belum merdeka sepenuhnya.

Kelemahan infrastruktur dan kemudahan asas. Mahukah kita jadi begini??

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita ialah negara moden. Asas negara kita ialah Wawasan 2020, iaitu Malaysia akan maju pada tahun 2020. Tetapi di kawasan luar bandar khususnya, masih terdapat banyak lagi kawasan yang masih belum menikmati kemudahan asas sepenuhnya. Masalah2 ini telah dibawa ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi tiada sebarang tindakan. Ini dinamakan sebagai negara moden? Malah terdapat juga rakyat kita sendiri yang hidup merempat di negaranya yang sudah merdeka sedangkan pendatang asing (terutamanya pekerja asing) hidup mewah. Adakah itu rakyat yang hidup di negara yang merdeka?

Ingat walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun tetapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki bukan sahaja oleh kerajaan tetapi kita sebagai rakyat perlu berkerjasama membaiki kelemahan tersebut untuk menjadikan negara kita benar2 MERDEKA.

Sekian

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54..:)


Wednesday, August 24, 2011

Pasangan GAY pertama di Malaysia??

Penulis baru sahaja memperolehi maklumat daripada media, orang ramai dan khususnya ahli B4P berkenaan dengan pasangan GAY yang akan melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Kalau pasangan GAY itu hanya sekadar rakyat biasa, mungkin hangat tetapi ia merupakan seorang PADERI. Orang yang dimaksudkan ialah Ouyang Wen Feng.

Paderi Ouyang Wen Feng.

Dia sebelum ini telah membina gereja GAY pertama di Selangor yang mencetuskan kemarahan umat Islam. Ketika dia mengumumkan akan berkahwin dengan penerbit Broadway, Phineas Newborn III (warga AS), dia berharap agar penduduk M'sia (khususnya umat Islam) lebih bertoleransi dengan golongan GAY ini. Bagi penulis, itu sudah melampau. Sudah ternyata dalam mana2 agama, hubungan homoseksual adalah haram.

Ouyang Wen Feng dan pasangannya, Phineas Newborn III
Jijik??

Pasangan JIJIK tersebut bakal melangsungkan perkahwinan mereka di New York, USA pada 31 Ogos 2011. Dia menyatakan bahawa dia berasa bangga apabila memilih tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan mereka. Penulis berfikir pemilihan tarikh tersebut sebagai satu penghinaan kepada negara.

Apa yang dapat diperkatakan ialah kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan semakin longgar/terancam. Penulis merasakan kita semua sudah mendengar reaksi UMNO mengenai perkara ini tetapi PAS masih tidak berkata2 apa. Tolonglah, adakah kita masih nak membisu. Perkara2 yang mengancam kedudukan Islam ini pun masih nak membisu. Hanya Allah yang tahu. Wallahualam.......


Tuesday, August 23, 2011

Gaddafi akhirnya tewas...

22 Ogos 2011, dunia menyaksikan rejim yang dipimpin oleh Muammar Gaddafi yang telah menguasai Libya selama 42 tahun jatuh ke tangan pemberontak.

Ibu kota Libya, Tripoli telah hampir dikuasai sepenuhnya oleh tentera pemberontak yang mahu menjatuhkan rejim Gaddafi sekali gus menafikan kekuatan tentera Gaddafi yang selama ini digeruni oleh pemberontak.

Dengan bantuan NATO, tentera Pemberontak berjaya menumpaskan saki baki tentera Gaddafi yang masih menentang. Kini, mereka telah menguasai lebih 97% kawasan Tripoli.

Maka dengan ini, tentera Pemberontak telah menjadi wakil sah Libya dalam PBB.

Friday, August 19, 2011

Bulan Ramadhan seakan-akan tidak bermakna?

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah mengajar kita umat Islam untuk mengawal nafsu, beramal soleh, bertaqwa serta beribadah dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam. Tetapi apa yang berlaku di luar sana adalah disebaliknya.

Perang, konflik, protes, penunjuk perasaan, gila kuasa, terpengaruh dengan dakyah Barat dan sebagainya masih berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap hari ada sahaja umat Islam mati sia2 sama ada ditembak, dirempuh, dibunuh, ditikam dan sebagainya. Dan bilangannya bukan berpuluh-puluh, tetapi beratus-ratus dan mungkin mencecah beribu-ribu.

Penunjuk perasaan di Syria yang mendesak Presiden Assad meletak jawatan.

Sebagai contoh di Syria, terdapat protes dan penunjuk perasaan yang mendesak Presiden Assad untuk meletak jawatan. Sebagai balasan, kerajaan telah mengerahkan tentera untuk mengawal keadaan di bandar2 utama. Hasilnya, lebih 1800 mati. Kalau begini keadaannya, Israel mesti tengah ketawa kegembiraan. Kalau Israel melancarkan serangan ke atas Syria, ia mungkin mengambil masa hanya 7 hari untuk mengalahkan tentera2 Syria. Renung2lah....

Kejayaan pemberontak menembak kereta kebal tentera Gaddafi.

Di Libya, perang saudara masih berlangsung dengan sengit. Tentera kerajaan semakin lemah tetapi masih mampu bertahan. Pemberontak pula semakin hampir untuk mencapai kejayaan. Tetapi malangnya, pada bulan Ramadhan ini, pertempuran semakin sengit seolah2 mereka semua tidak sedar akan kedatangan bulan yang mulia ini. Saban hari, lebih kurang 100 orang mati dalam krisis ini.

Apa yang penulis katakan ialah semangat bulan Ramadhan yang semakin lama semakin menghilang. Kita sebagai belia umat Islam yang masih mentah dalam bidang politik hendaklah belajar dari kesilapan mereka dan berusaha untuk mengubah keadaan tersbut demi kepentingan ummah.

Saturday, August 6, 2011

Dimanakah kelebihan umat Islam pada bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan dah tiba. Tapi keadaan yang berlaku di luar masih sama. Dipendekan cerita, tiada perubahan terutamanya dalam Dunia Islam. Adakah mereka sedar tentang fadhilat Bulan Ramadhan?

Di Syria, pertempuran di antara kerajaan dan penunjuk perasaan semakin dahsyat. Berpuluhan nyawa umat Islam melayang begitu sahaja PADA BULAN RAMADHAN!!! Sebelum itu, kita menyaksikan pergolakan di Sudan telah berakhir dengan penuh gemilang apabila sebuah negara baru iaitu, Rep. Sudan Selatan menjadi sebuah negara berdaulat dengan sokongan kuat bekas musuhnya, Sudan.

Bagi penulis, realiti sebahagian besar umat Islam pada zaman sekarang ialah mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai agenda yang di rancang oleh musuh2 Islam. Begitu mudah dan senangnya maruah umat Islam digadaikan begitu sahaja, lebih2 lagi pada bulan Ramadhan ini.

Di dalam negara pula, pertempuran politik tidak pernah berhenti. Lebih2 lagi parti politik Melayu. Bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan terpengaruh dengan hasutan atau agenda sekutu masing2. Penulis menyedari, parti2 Melayu mula berebut untuk menjalankan kempen kemasyarakatan bila datangnya bulan puasa. Saya yakin, 68% niat mereka adalah untuk pancing undi atau menarik ahli baru. Yang selebihnya kerana amalan ketika Ramadhan.

Persoalannya, di manakah kelebihan kita pada bulan Ramadhan??

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011....


Harap masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin di seluruh Malaysia.....:)