Followers

Monday, December 26, 2011

20 tahun selepas kejatuhan Soviet Union

25 Disember 1991, negara yang merupakan kuasa besar dunia yang dahulunya digeruni oleh dunia Barat iaitu Kesatuan Soviet dibubarkan secara rasmi selepas ucapan perletakan jawatannya sebagai presiden Kesatuan Soviet.

Kini, setelah 20 tahun kejatuhannya, pengganti USSR, Rusia kini dikatakan tidak setaraf dengan pemerintahan era-USSR yang cukup digeruni oleh negara2 barat khususnya AS. Siapa yang tidak sangka negara kuasa besar dunia yang memiliki kekuatan tentera yang kuat jatuh dalam masa yang singkat iaitu 2 tahun berbanding biasa (50-400 tahun). Kejatuhannya gara2 kegagalan pemerintah Soviet sendiri yang ditadbir oleh Presiden USSR, Mikhael Gorbachev yang memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi yang membawa ke arah kejatuhannya.

Mikhail Gorbachev ketika meletakkan jawatannya sebagai Presiden Soviet Union

Saat2 kejatuhannya bermula apabila Jerman disatukan dan menyertai NATO, sekali gus buat pertama kali dalam sejarah USSR, pengaruhnya semakin lemah dan bertambah teruk apabila negara2 lain yang dibawah pengaruhnya, Poland dan Latvia bergelut untuk keluar dari pengaruh komunis semata2 untuk menyertai NATO. Keadaan semakin teruk apabila perarakan mula meletus di negara2 jajahan Soviet untuk memerdekakan negara mereka.

Sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan negara kuasa besar komunis ini, percubaan rampasan kuasa telah bermula pada bulan Ogos 1991 ketika Presiden Gorbachev menikmati cuti musim panas. Rampasan kuasa telah dirancang oleh menteri2 Gorbachev sendiri yang merupakan komunis tegar. Dengan kuasa penuh yang ada keatas tentera, menteri pertahanan Soviet sendiri telah mengarah tentera ke Moscow untuk menguasai media massa da membekukan pemerintahan Gorbachev dan Yelstin(Presiden Rusia SFSR). Namun usaha rampasan kuasa tersebut gagal disebabkan kebangkitan rakyat di Moscow dan perucapan oleh Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin di atas salah sebuah kereta kebal tentera.

Gorbachev telah dibawa pulang oleh penyokong2 Yelstin. Muka Gorbachev dalam ketakutan dan pada masa yang sama terkejut dengan peristiwa yang berlaku keatas negaranya. Dan selepas itu, sewaktu Kongres Soviet berlangsung, peristiwa telah berlaku di mana, ketika Gorbachev berucap dalam usaha untuk mengekalkan Parti Komunis, Yelstin bangun dan berjalan menuju ke pentas di mana Gorbachev berucap dan mendesak Gorbachev menandatangani dikri yang dibuat oleh beliau tetapi Gorbachev enggan.

Red Square. Beberapa jam sebelum bendera Merah diturunkan buat kali terakhir.

Akibat keengganan Gorbachev menandatangani dikri yang dibuat oleh Yelstin, Yelstin berjumpa dengan pemimpin Ukraine dan Belarus secara rahsia di tempat yg tidak diketahui menandatangani dikri tersebut pada 8 Disember 1991 sekali gus secara rasminya menamatkan pemerintahan USSR.

Setelah apa yang berlaku sepanjang 2 tahun terakhir itu, pada 25 Disember 1991, Mikhail Gorbachev secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai Presiden Kesatuan Soviet dan membubarkan USSR itu sendiri. Bendera Merah di Kremlin telah diturunkan buat kali terakhir dan digantikan dengan bendera Rusia.

Setelah 74 tahun berkibar, bendera Kesatuan Soviet diturunkan buat kali terakhir.

Apa yang dikatakan oleh penulis, peristiwa ini mengejutkan dunia dan rakyat bekas Kesatuan Soviet itu sendiri. Kini, 20 tahun telah berlalu...........

Friday, December 23, 2011

Bashar al-Assad- letakkanlah jawatan demi Syria

Hampir setahun sudah revolusi "kebangkitan" rakyat di Dunia Arab. Boleh dikatakan hampir berlaku di seluruh negara2 Arab yang bermula di Tunisia, kemudian menular ke Mesir, Yemen, Libya dan kini Syria.

Apa yang berlaku kepada para pemimpin negara2 tersebut, dikatakan berbeza. Pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali telah meletakkan jawatan di Saudi Arabia. Pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, melarikan diri dan pentadbiran Mesir di ambil alih tentera. Pemimpin Yemen pula Ali Abdullah Saleh telah menetapkan pilihan raya bagi proses penyerahan kuasanya. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula lebih kepada tragik. Kerajaan beliau dijatuhkan dan diambil alih pemberontak lalu menyebabkan Gaddafi dibunuh. Kini, revolusi berlaku di Syria.

Keadaan di Syria dikatakan semakin parah. Hampir ratusan rakyat terbunuh dalam revolusi tersebut. Mereka mendesak Bashar al-Assad supaya meletak jawatan dan beri laluan kepada demokrasi. Masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Assad dan beliau terpaksa akur untuk memberi laluan kepada pemerhati Liga Arab untuk mententeramkan keadaan.

Syria, merupakan sebuah negara Arab yang dipimpin keluarga Assad sejak 1971. Walaupun negara Arab tersebut mengalami perubahan politik, dasarnya masih sama sejak dari 1948 lagi, iaitu tidak mengiktiraf Israel. Syria pernah berperang dengan Israel dalam 4 siri perperangan. Antaranya ialah, Perang 1948, Perang 6 Hari(1967), Perang Yom Kippour@Perang Oktober(1973), Perang Saudara Lebanon(1980). Walaupun tewas dalam semua siri peperangan, tidak seperti sekutunya Mesir yang berdamai dengan Israel, Syria enggan berdamai. Dan itulah negara Syria yang penulis sanjungi. Namun sudah sampai masanya perubahan berlaku di Syria.

Apa yang ingin penulis katakan kepada beliau, letaklah jawatan. Ini semua adalah untuk kebaikkan beliau sekeluarga, Syria dan maruah dunia Arab. Penulis percaya, bakal pemimpin yang menggantikan beliau akan meneruskan tradisi Syria sebagai singa Palestine.

Thursday, December 22, 2011

Kegiatan MURTAD di negara kita- Bukan lagi perkara main2.


Setelah lama penulis meninjau keadaan di luar negara, akhirnya penulis kembali menumpukan masalah yang timbul dikalangan umat Islam di negara kita.

Rupa-rupanya, masalah yang paling kritikal yang melanda umat Islam di negara kita ialah MURTAD. Sebelum ini, penulis sering belajar di sekolah apakah itu murtad? Sentiasa memahami makna murtad iaitu keluar dari agama Islam. Sebelum penulis sedar dan mengetahui bahawa gejala ini semakin menjadi-jadi, penulis beranggapan mungkin murtad ini tidak berlaku di negara kita tetapi anggapan penulis adalah TIDAK BENAR...

Menurut sumber yang diperoleh, sejak tahun 1997 lagi hingga kini, seramai 10,000 umat Islam telah murtad. Ya benar, 10,000 umat Islam telah murtad, dan itu mungkin anggaran kecil. Kemungkinan besar angka yang sebenar jauh lebih tinggi??

Apa yang diketahui ramai, sebahagian besar negeri2 di Malaysia menggubal Enakmen Cegah Murtad untuk mengatasi gejala ini, tetapi isu murtad ini masih berleluasa kerana Kerajaan Pusat seakan-akan tidak berkuasa mengatasi masalah ini. Puncanya, pelbagai rang undang2 berkaitan cegah murtad yang dibincangkan gagal dibawa ke peringkat kabinet. Senang cerita, tiada sebarang kerjasama diantara kerajaan pusat dan majlis agama.

Penulis sekarang tidak mahu bercakap panjang. Biar mereka yang berkuasa memikirkan perkara yang sepatutnya demi kebaikan umat Islam. Tetapi, penulis berani berkata, sekiranya tiada sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah mengenai murtad ini, dalam masa 15 tahun dari sekarang, kita sebagai umat Islam bakal menghadapi masa depan yang TIDAK DIINGINI.....

Oleh itu, mari kita fikir2kan.......

Wednesday, December 21, 2011

Hilangnya pengaruh Britain di dunia.....

Apabila merenung bendera Union Jack yang suatu ketika pernah berkibar di negara kita, penulis tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada Britain sekarang yang dahulunya dikenali sebagai Empayar Agung Britain yang menguasai 1/4 dunia?

 Megahnya bendera Union Jack....

Sejarah Britain, sejak abad ke-16, Britain mula menjelajah ke luar Eropah dalam usaha  mencari tanah jajahan baru. Namun empayar agung itu terpaksa menghadapi musuh ketatnya, Perancis dan Sepanyol yang turut meluaskan jajahannya ke seluruh dunia.

Dan pada abad ke 17, mulalah pertempuran laut di Eropah. Gabungan tentera laut Sepanyol-Perancis menentang Tentera Laut Diraja Britain merupakan satu pertempuran epik yang berlangsung hampir 200 tahun. Dalam pertempuran epik tersebut, Britain mula dikenali sebagai kuasa laut yang digeruni. Dengan kekuatan tentera Laut Dirajanya, Britain meluaskan jajahannya sehingga ke Timur Jauh (Far East).

 Hasil kekuatan Tentera Laut Diraja Britain menguasai dunia

Dari tahun 1800an, Britain telah mencapai kemuncak kuasa empayarnya dan mempunyai tentera laut yang paling kuat dan digeruni di dunia sehingga Perang Dunia Kedua.

Setelah lama mengecapi zaman kegemilangannya, empayar yang terkuat itu semakin merosot berikutan kebangkitan kuasa2 baru seperti AS, Jepun, Jerman dan Itali. Kemegahan Empayar Britain semakin merosot sepanjang abad ke-20. Sejak Perang Dunia Kedua, Empayar Britain hanya tinggal nama sahaja. Satu demi satu tanah jajahannya membebaskan wilayah masing2 dari pemerintahan Britain sehingga 1997. Tahun tersebut menyaksikan Hong Kong, tanah jajahan Britain yang terakhir di Asia mengisytiharkan kemerdekaan dan menyertai China.

Kini, negara Baginda Queen hanya berselindung di sebalik nama Kesatuan Eropah dan NATO. Walaupun Britain mempunyai kelengkapan tentera yang kuat tetapi pengaruhnya ke atas dunia seakan-akan sudah tiada. Setelah 200 tahun memegang gelaran kuasa besar dunia, kini Empayar Britain hanya tinggal nama sahaja.



Tuesday, December 20, 2011

Kim Jong-il meninggal dunia..

Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong Il telah meninggal dunia pada 17 Disember lepas. Kematiannya mengejutkan rakyat Korea Utara yang kemudiannya menangis dan bersedih atas peristiwa tersebut.

Rakyat Korea Utara yang kebanyakanya menangis atas kematian pemimpinnya yang digelar sebagai Dear Leader.

Penulis difahamkan bahawa jirannya di selatan(Korea Selatan) dan sekutunya, AS kini dalam keadaan berjaga2. Penggantinya dikatakan masih belum diketahui tetapi ramai yang menjangkakan anak bongsunya, Kim Jong-un bakal menggantikan bapanya.

 Kim Jong-il dan anak bongsunya, Kim Jong-un.

Bimbang?
Itulah perasaan Korea Selatan dan sekutunya. Anaknya Kim Jong-un dikatakan masih muda dan mentah dalam bidang politik. AS merasakan bahawa kemungkinan meletusnya perang Korea Kedua sekiranya Kim Jong-un menggantikan ayahnya.

Dan perang dimaksudkan ialah perang Nuklear. Korea Utara mempunyai senjata nuklear yang dikatakan mengancam keamanan di rantau Asia Pasifik.

Kini, tentera Korea Selatan dalam keadaan berjaga2.....

Tuesday, December 13, 2011

Newt Gingrich-kenyataanya yang mudah disangkal.

                           
(Sumber: guadian.co.uk)

"Remember, there was no Palestine as a state. It was a part of the Ottoman Empire. I think we have an invented Palestinian people who are in fact Arabs and historically part of the Arab community and they had the chance to go many places.........."


"...these people are terrorist. They teach terrorism in their schools. They have textbooks that say: if there are 13 Jews and 9 Jews are killed, how many Jews are left? We pay for those textbooks through our aid money. It's fundamentally time for some body to have guts to stand up and say, enough lying about the Middle East."


Itulah kenyataan calon Presiden dari parti Republikan, Newt Gingrich yang nyata membangkitkan kemarahan pemimpin2 dunia Islam khususnya negara2 Arab. Namun begitu, bukannya penulis menyokong kenyataan beliau (dah sememangnya salah, tak masuk akal) tetapi apa yang dikatakannya (Newt Gingrich) seharusnya dapat membuka mata pemimpin2 Arab.

Mengenai kenyataanya, ada penerangannya yang tersendiri. Kita pergi satu demi satu:

  • "Remember, there was no Palestine as a state. It was a part of the Ottoman Empire........"- itu adalah kenyataan dia mengenai sejarah Palestine dan statusnya. Untuk menyangkalnya, memang benar bahawa Palestine dulu dikuasai Empayar Othmaniyah dan terletak sebahagian wilayah Syam(terdiri daripada Syria, Lebanon, Jordan, Palestine dan Israel) . Dan sebenarnya bukan orang2 Islam atau Arab yang mereka, membentuk, atau membahagikan wilayah Syam kepada negara2 tersebut tetapi berpunca daripada tindakan tentera Britain dan Perancis yang membahagikan wilayah Syam mengikut semangat Nasionalisme bangsa Arab selepas Perang Dunia Pertama. Dan sejak itu, wujudlah wilayah Palestine. Cakap mengenai Israel, sejak dulu lagi, Israel bukannya sebuah negara malah tidak pernah wujud dalam sejarah dunia. "Negara" Israel juga sebahagian daripada Empayar Othmaniyah. 
  • .".....I think we have an invented Palestinian people who are in fact Arabs and historically part of the Arab community and they had the chance to go many places...."- dalam kenyataan ini pula dia menyatakan bahawa masayarakat Palestine ialah masyarakat yang direka sedangkan mereka adalah bangsa Arab. Seperti penulis katakan tadi, bukan orang Arab yang mereka bangsa mereka sendiri melalui pembahagian wilayah dunia Arab tetapi itu semua adalah perbuatan tentera British dan Perancis yang memecahkan bangsa Arab mengikut wilayah atau negara sesuka hati mereka sahaja. Memang benar, mereka(British dan Perancis) membahagikan tanah Arab mengikut kedudukan penduduk warga Arab tetapi mereka sebenarnya meniup semangat Nasionalisme dikalangan bangsa Arab untuk mementingkan negaranya dan bukannya bangsa dan agama. Jadi siapa sebenarnya yang mereka bangsa mengikut kewarganegaraan? Sebenarnya, perkataan "invented people" yang dikatakan oleh dia(Newt Gingrich) tak sesuai, memang langsung tak tepat kerana penulis rasa kita semua, satu dunia sekali pun, wajar digelar sebagai "invented people". sebab kita bukan lagi dikira mengikut bangsa tetapi mengikut negara.
  • "...these people are terrorist. They teach terrorism in their schools. They have textbooks that say: if there are 13 Jews and 9 Jews are killed, how many Jews are left? We pay for those textbooks through our aid money ......."- Penulis rasa kalau budak 10 tahun tengok apa yang Gingrich ucap, dia pun tahu siapakah yang dimaksudkan oleh dia(Newt Gingrich). Dia kata penduduk Palestine ialah pengganas, pendidikan pengganas di Palestine dan sebagainya. Setakat apa yang penulis tahu, melalui pelbagai sumber, seperti berita, buku, massa media, kawan dan sebagainya, memang tidak ada pendidikan mengenai pengganas di sana. Penulis sendiri pernah lihat buku panduan pendidikan Palestine yang boleh dikatakan serupa dengan kita di Malaysia. Jadi, tidak perlulah penulis   berbincang panjang mengenai pendidikan disana. Sentuh mengenai sumber kewangan, memang benarlah apa dikatakannya. Minta maaf penulis katakan, kebanyakkan sumber kewangan yang diperoleh oleh Palestine kebanyakannya daripada Amerika Syarikat. 
  •  "..........It's fundamentally time for some body to have guts to stand up and say, enough lying about the Middle East......." - Dalam kenyataan ini, dia menyatakan sudah sampai masanya seseorang bangkit dan menamatkan segala "penipuan" di Timur Tengah. Apakah penipuan yang dimaksudkannya? Adakah dia yang menipu? Bagi penulis, kenyataan ini yang paling tak masuk akal.
Sebagai kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh Newt Gingrich memang tak logik dan tak masuk akal sama sekali. Dunia Islam khususnya Liga Arab mengkritik keras kenyataan tersebut dan menganggap dia sebagai buta sejarah. Penganalisis politik di AS menganggap kenyataan Newt Gingrich adalah kenyataan tanpa sumber informasi. 

Hari demi hari, ada sahaja orang Barat mengutuk, menghina dan mencaci umat Islam. Seperti biasa, kita hanya membalas sekadar mengkritik balik. Kalau kita yang kritik mereka, kita yang dikenakan pelbagai dugaan. 


Saturday, December 10, 2011

Ragam di Rusia: Adakah Kesatuan Soviet akan bangkit semula??

Sebelum penulis mulakan topik, penulis akan menerangkan sedikit mengenai keruntuhan Kesatuan Soviet.
Titis2 keruntuhan mula dirasai apabila Tembok Berlin runtuh pada 1989, menyatukan German sebagai sebuah negara yang satu sejak Perang Dunia Ke-2 lagi. Sejak itu, pengaruh Soviet ke atas Eropah Timur semakin tergugat dan akhirnya berlakunya kekacauan dalam Blok Komunis itu sendiri. Akibatnya, wilayah2 pengaruh komunis telah mengecapi kemerdekaan dan mengakibat kuasa politik Kesatuan Soviet semakin lemah.


Gambar ini sentiasa dikenang dalam sejarah Rusia. (dalam gambar: Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin, 3 bulan sebelum keruntuhan Kesatuan Soviet)

Pada 1991, beberapa bulan sebelum kejatuhan, pemimpin2 Soviet yang tegar disokong dengan agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB melancarkan cubaan rampasan kuasa dalam usaha menyelamatkan Kesatuan Soviet dari Mikhail Gorbachev yang dikatakan membawa kepada keruntuhan Kesatuan Soviet. Tetapi usaha mereka gagal.


Rakyat Rusia memijak patung pengasas KGB sebagai tanda penentangan terhadap pemerintahan Soviet.

Pada 25 Disember 1991, pemimpin Rusia, Boris Yelstin menghantar surat kepada PBB menyatakan negaranya Rusia adalah pengganti Kesatuan Soviet dalam Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB. 26 Disember, Presiden terakhir Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev secara rasmi meletak jawatan dan membubarkan Kesatuan Soviet. Bendera Soviet diturunkan buat kali terakhir di Kremlin. Pada 26 Disember, Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet mengiktiraf pembubaran tersebut dan kemudian membubarkan majlis itu sendiri. 31 Disember, badan2 Kesatuan Soviet yang masih beroperasi, menutup operasi mereka lalu menyebabkan Kesatuan Soviet secara rasmi tamat dan hilang di peta dunia.

Itulah ringkasan sejarah keruntuhan Kesatuan Soviet. Selepas keruntuhannya, Rusia mengalami masalah ekonomi yang paling teruk dalam sejarah. Malah kekuatan geopolitik Rusia juga dikatakan teruk dan ada yang menyatakan Rusia sebagai anjing Amerika Syarikat. Namun, setelah Vladimir Putin berkuasa sbg Presiden Rusia pada tahun 2000, keadaan kembali berubah, taraf ekonomi semakin pulih dan mula digeruni oleh negara2 Eropah kerana Putin merupakan bekas ejen KGB yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa 1991.  

Beberapa badan bukan kerajaan di Eropah dan Rusia telah menjalankan tinjauan mengenai keruntuhan Kesatuan Soviet. Dalam tinjauan tersebut dikatakan 65% warga Rusia, 50% warga Ukraine, dan 45% dari negara2 bekas jajahan Kesatuan Soviet menyesal atas keruntuhan Kesatuan Soviet.
Kini, berbincang kepada topik utama, adakah Kesatuan Soviet bangkit semula? Apa yang dapat penulis katakan, sekiranya Parti Komunis Rusia memenangi pilihan raya di sana, maka Kesatuan Soviet akan bangkit tetapi kewujudannya tidak akan sama seperti dahulu. Mungkin peristiwa ini akan berlaku.


Perhimpunan Agung Parti Komunis Rusia.

Parti Komunis Rusia merupakan pembangkan yang terbesar di Rusia. Ketika keputusan pilihan raya DUMA yang baru-baru ini, mereka berjaya meraih 95 kerusi daripada 450 kerusi DUMA, naik daripada 67 kerusi pada pilihan raya yang lepas.Menurut undi popular, seramai 12 juta orang mengundi parti tersebut dan berada di kedudukan kedua selepas parti pemerintah, Parti Bersatu Rusia dengan seramai 30 juta pengundi.



Penyokong2 Parti Komunis Rusia berarak menyambut kejayaan mereka. 


Ketika itu, ramai penganalisis politik di barat merasakan semangat Soviet masih menebal dikalangan warga Rusia yang tatkala terkejut dengan peristiwa keruntuhan Kesatuan Soviet. Walau apa pun yang berlaku disana, demokrasi tetap wujud di negara bekas komunis ini.

Wednesday, December 7, 2011

Perang Vietnam (1955-1975) - Pengajaran yang bermakna

Perang Vietnam (1955-1975) merupakan sebuah perang yang sentiasa menghantui Amerika Syarikat. Vietnam yang pada mulanya terbahagi kepada dua iaitu Komunis di Utara dan Anti-Komunis di Selatan, berperang sesama sendiri. Kemudian, AS dan sekutunya mula masuk campur dan berperang keatas Vietnam Utara manakala Kesatuan Soviet, China dan negara2 komunis menyokong Vietnam Utara. Perang ini juga merupakan sebahagian daripada Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.


Pada peringkat awalnya, tentera AS dan Vietnam Selatan hampir memenangi perang tersebut tetapi selepas peristiwa Tet '68, kekuatan tentera AS semakin lemah. Tentera Vietnam Utara dengan Angkatan gerila Viet-Cong di Selatan bertahan dan mula menyerang walaupun Tentera Udara AS mengebom Vietnam Utara berkali-kali.


 Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam Utara yang paling dihormati oleh rakyat Vietnam. Beliau merupakan tokoh kemerdekaan Vietnam walaupun beliau berhaluan komunis. Namun begitu, beliau tidak sempat melihat kemenangan negaranya kerana beliau telah meninggal dunia pada tahun 1968. Namun selepas itu, semangat juang tentera Vietnam Utara semakin tinggi dan digeruni oleh musuh2nya di selatan.


Mulai tahun 1970an, serangan bom dari Tentera Udara AS semakin hebat dan pelbagai perjanjian damai diadakan tetapi semuanya gagal. Tentera Vietnam Utara semakin berkeyakinan untuk berperang dan mara ke selatan sehingga pada 1973, Anerika Syarikat menamatkan misi ketenteraan di Vietnam. Dua tahun kemudian, 1975, Tentera Vietnam Utara berjaya menawan bandar utama Vietnam Selatan, Saigon dan menamatkan perang. 


Gambar di atas menunjukkan kemaraan kereta kebal Vietnam Utara di bandar Saigon dengan membawa bendera kebangsaan. Gambar ini dikatakan antara peristiwa yang bermakna bagi rakyat Vietnam sekarang.


Sebenarnya penulis bukan ingin menerangkan mengenai perang ini dengan lebih mendalam tetapi tujuan sebenar tajuk ini ialah pengajaran disebalik kejayaan tentera Vietnam Utara mengalahkan gabungan tentera Vietnam Selatan dan tentera AS yang merupakan gabungan tentera yang kuat.

Antaranya ialah:

1. Semangat daya juang yang tinggi:
  • Tentera Vietnam Utara telah mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi dalam usaha menentang musuh. Mereka tidak pernah mengalah mahu pun menyerah diri walaupun tentera AS telah melancarkan beberapa siri pengeboman yang mengakibatkan kemusnahan di Vietnam Utara. Selepas kematian Ho Chi Minh, mereka semakin giat berusaha menyerang dan menawan beberapa kawasan yang penting di Vietnam Selatan sehingga kejatuhan Saigon pada 1975. Walaupun mereka disokong kuasa2 besar komunis tetapi mereka terus berjuang bersendirian berikutan perpecahan Blok Komunis pada 1970an berbanding dengan Vietnam Selatan yang dibantu oleh dunia Barat khususnya AS.
2. Strategi yang berkesan:
  • Tentera Vietnam Utara menggunakan taktik gerila dalam peperangan menentang AS. Walaupun ruang udara dikuasai Tentera Udara AS (USAF), tentera Vietnam Utara masih mampu menunjukan kemahiran dan kekuatann mereka dalam perang. Namun, antara kejayaan paling kemuncak apabila mereka telah melancar satu peristiwa yang paling menggemparkan dunia iaitu Serangan Tet (Tet Offensive) pada 1968. Peristiwa ini disasarkan ke bandar2 yang dikuasai tentera AS dan Vietnam Selatan di seluruh Vietnam. Serangan tersebut telah memberikan tamparan yang hebat kepada AS kerana mereka tidak sedar mengenai serangan tersebut. Walaupun tentera AS berjaya mematahkan serangan tersebut tetapi peristiwa ini telah menjadi titik perubahan dalam perang.
3. Sokongan rakyat yang bersatu-padu:
  • Walaupun Vietnam dibahagi kepada 2, tetapi kebanyakkan rakyat Vietnam memberi sokongan yang padu kepada perjuangan Vietnam Utara yang memperjuangkan kemerdekaan Vietnam dari penjajah. Seluruh rakyat Vietnam Utara dan sebahagian besar rakyat Vietnam Selatan bersatu hati memberikan sokongan dan ada yang menyertai perjuangan Vietnam Utara menentang penjajah. Sokongan tersebut telah mengakibatkan tentera AS berputus asa dan berundur dari Vietnam. Kesannya, selepas kejayaan menawan Saigon, tiada satu pun pertempuran yang menjejaskan pembangunan dan keamanan di Vietnam sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, kita boleh mengaplikasikan pengajaran2 diatas dalam perjuangan seharian kita. Bukan sukar untuk kita mengalahkan musuh2 yg kuat seperti AS dan barat sekiranya kita mempunyai semangat juang yang tinggi, strategi yang berkesan dan sokongan yang padu dari masyarakat yang bersatu. Kalau Vietnam Utara yang miskin boleh kalahkan Amerika, kita sebagai umat Islam, adakah kita mampu  mengalahkan mereka??

Fikir-fikirkanlah...........:)


Sunday, December 4, 2011

Adakah Ikhwanul Muslimin bakal memerintah Mesir??


Ikhwanul Muslimin, pergerakan Islam di Dunia Arab

Ikhwanul Muslimin(IM), seperti yang kita ketahui, parti atau gerakan ini merupakan pembangkang utama di Mesir. Semangat perjuangan gerakan ini tidak pernah luntur walaupun diharamkan sebelum ini selama 50 tahun. 

Itu hanyalah sejarah ringkas yang dapat penulis katakan. Tetapi kini, selepas kejatuhan Hosni Mubarak, mereka telah bangkit. Setakat ini, pengiraan pilihan raya pusingan 1 menyaksikan IM telah memperoleh undi sebanyak 46%. Itu menandakan kejayaan awal mereka dalam sejarah Mesir.


Mursyidul Am IM, Prof. Dr. Muhammad Badi'.....

Gerakan IM ini dikatakan mempunyai beberapa cawangan di Dunia Arab, antaranya di Yemen, UAE, Jordan, Qatar dan Palestine iaitu Hamas. Walaupun IM mempunyai pergerakan jihad tetapi konsep mereka lebih kepada keamanan dan demokrasi. Oleh sebab itu, al-Qaeda mengutuk perjuangan IM yang menyokong demokrasi berbanding perjuangan mereka yang lebih kepada jihad semata-mata. 

Berbincang mengenai tajuk, adakah IM bakal memenangi pilihan raya Mesir? Sekiranya IM menjadi pemerintah di Mesir, keadaan geopolitik di Timur Tengah bakal berubah. Sebab, Mesir yang dahulunya merupakan sekutu kuat Israel dikalangan negara2 Arab tetapi apabila Mesir dibawah pemerintahan IM yang  langsung tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa menyokong Hamas bakal menjadi musuh baru Israel. Penulis berasakan Israel bimbang dengan keadaan itu disebabkan ancaman terhadap negaranya semakin besar kerana Mesir mempunyai kelengkapan tentera yang maju berbanding negara2 Arab yang lain.

Penulis sentiasa menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin dan berharap agar mereka dapat memerintah Mesir dan seterusnya mengembalikan kekuatan dan sinar Islam. Penulis juga yakin dengan IM kerana mereka mengamal konsep Al-Quran dan Sunnah dlm pemerintahan mereka.