Followers

Thursday, December 27, 2012

25, 26 dan 27 Dis- Siapa yang masih ingat??

Penulis teringatkan tiga tarikh yang menjadi liputan media suatu masa dahulu. Ironinya, peristiwa2 yang terjadi pada tarikh2 tersebut merupakan peristiwa yang hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia pada waktu itu.

1. 25 Disember 1991- Pembubaran Kesatuan Soviet (USSR)

Presiden USSR, Mikhael Gorbachev (kiri) tengah bertikam lidah dengan Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin (kanan) pada 1988. 

         Selain Hari Krismas, warga Rusia, terutamanya penyokong Kesatuan Soviet dan warga dunia terkejut kerana Kesatuan Soviet pada masa itu merupakan negara yang mempunyai anggota tentera yang terkuat di dunia. Seperti kata salah seorang bekas ejen KGB, semuanya berlaku dalam sekelip mata.
         Amerika Syarikat, memang bergembira kerana setelah USSR dibubarkan, AS menjadi satu-satunya kuasa besar dunia. Bagi mereka, AS telah memenangi Perang Dingin yang meletus sejak 1945 lagi.
         Sehingga kini, para penyokong Parti Komunis Rusia, warga Rusia yang masih kesal dengan kejatuhan USSR, mengadakan pelbagai perkara sama ada melawat makam pemimpin USSR yang terdahulu, ceramah, kibarkan bendera USSR dan lain2 lagi sebagai tanda memperingati USSR...


2. 26 Disember 2004 - Bencana Tsunami Acheh 2004.
 
  
 Antara negara yang terjejas akibat Tsunami Acheh 2004.

        Gempa bumi berukuran 9.3 skala Ritcher telah mengegarkan dasar laut berhampiran Banda Acheh. Akibat gempa tersebut, tsunami terbentuk dan mengakibatkan 230,000 terbunuh. Indonesia merupakan negara yang terjejas teruk. 
        Sejak peristiwa tersebut, penduduk Acheh telah bersatu dan masyarakat antarabangsa mula menghulurkan bantuan. Sistem amaran awal tsunami dilancarkan di beberapa kawasan yang menjadi hot spot tsunami hasil kerjasama negara2 yang terbabit.
        Penulis harap para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa2 yang terkorban...

3. 27 Disember 2008 - Serangan Israel ke atas Gaza.

Israel melancarkan bom terlarang, bom phosphorus keatas rakyat Palestine di Gaza.

           27 Disember 2008, Israel melancarkan serangan skala besar keatas Semenanjung Gaza dengan misi untuk menghapuskan HAMAS. Tindakan Israel yang sentiasa disokong Amerika Syarikat dibantah dan dikecam oleh masyarakat antarabangsa khususnya Iran dan Syria.
           Keadaan semakin parah apabila Israel menggunakan bom terlarang iaitu bom phosphorus yang berbahaya. Kesannya, seramai 1400 rakyat Gaza terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak2. Akibat tekanan PBB dan masyarakat dunia, Israel mengundurkan tenteranya tetapi serangan masih dijalankan secara kecil-kecilan.
           Penulis harap agar para pembaca terus memberikan sokongan yang penuh terhadap warga Palestine yang masih dicengkam oleh Zionist Laknatulllah. 
INSYAALLAH, PALESTINE AKAN BEBAS!!!!

Sekian sahajalah post ini, penulis harap dengan post ini, para pembaca dapat mengetahuinya walaupun hanya sedikit......

Tuesday, December 25, 2012

Hukum mengenai ucapan kepada kaum bukan Islam.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai hukum mengucapkan "Selamat Hari Natal". Penulis tidak mempunyai ilmu agama yang cukup mendalam untuk mengatakan jawapannya tetapi para pembaca boleh melawati link ini untuk maklumat lanjut.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

Penulis merasakan tidak salah/haram kalau hanya mengucapkan selamat kepada mana2 kaum bukan Islam ketika perayaan mereka kerana ucapan itu hanyalah kata-kata sahaja. Tetapi benda ini boleh jadi haram kalau kita mengiktiraf perayaan mereka, menyambut dan menyerupai mereka. Kalau dah macam tu, memang hukumnya kafir.

Anyway, please refer to the link above for more references.....
May Allah swt bless you....:DD

Friday, December 21, 2012

21-12-2012, jangan salahkan Kaum Mayan 100%.

Mayan's Long Count Calendar 

Hari ini merupakan 21 Disember 2012. Hari di mana segelintir penduduk dunia merasakan diri mereka tertipu, ada yang mentertawakan dan ada yang kekal menafikan bahawa tarikh tersebut merupakan terjadinya Kiamat.

Kaum Mayan yang terletak di Amerika Selatan merupakan masyarakat yang amat bijak dan mahir dalam ilmu astronomi. Mereka mengguna pelbagai sistem kalendar berasaskan putaran planet mengelilingi matahari. Adalah panggilan untuk itu, ini dan sebagainya. Tetapi, apa yang penulis fahamkan ialah tarikh tersebut merupakan tahun baru bagi kaum Mayan. Seperti dunia moden, selepas 31 Disember, tahun baru. Yang beza antara sistem kalendar Mayan dan dunia moden, kalendar Mayan jauh lebih panjang iaitu ada yang mengatakan tempoh masa selama 5125 tahun (dari  tarikh hari ini hingga dijangka tamat pada tahun 7129), tempoh bagi setiap Long Count iaitu selama lebih kurang 340-450 tahun (hari ini hingga 26 Mac 2407) atau tempoh penghabisan Long Count (hari ini hingga 13 Oktober 4772). Minta maaf sebab penulis sendiri tidak dapat memahaminya. Maklumat lanjut, baca kat wikipedia [http://en.wikipedia.org/wiki/Mesoamerican_Long_Count_calendar].

Apa yang penulis ingin tekankan ialah mungkin ada segelintir kecil masyarakat Mayan yang meramalkan dunia akan itu, ini dsbnya tetapi apa yang penting ialah, tarikh tersebut hanyalah tarikh yang menunjuk tahun yang baru. Senang cerita, hari baru pada tahun baru. Sebahagian besar masyarakat Mayan tidak bersetuju dengan padangan masyarakat Barat (yang memutar belitkan fakta) yang menyatakan kiamat pada hari tersebut. Dan kita pula menyalahkan, mencarut, mengumpat dan sebagainya terhadap mereka (kaum Mayan). Kita tak boleh salahkan masyarakat Mayan 100%. Mereka hanya menjalankan aktiviti harian diorg. 

Kita sebagai Umat Islam, dah tau itu bukannya hari kiamat, tak usahlah nak pertikaikan lagi. Memang benar Hari Kiamat semakin dekat tetapi kita tidak tahu bila, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Segala kesulitan amatlah dihargai. Jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan, mohon diperbetulkan....

Saturday, December 8, 2012

Hilang rasa hormat terhadap Bashar Al-Assad.

Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan SPM. Namun, dalam kegembiraan, ada kesedihan. Terpaksa meninggalkan sekolah, guru2, rakan2 dan lain2. Banyak pengajaran yang penulis dapat sepanjang 2 tahun berada di INTESABER. Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan.

Baru-baru ini, krisis di Syria dikejutkan dengan penggunaan gas kimia oleh tentera Assad. Penulis sendiri terkejut apabila mendengar khabar mengenainya. Bagaikan tak percaya, penulis mencari pelbagai sumber untuk mendapat kepastian. Walaupun pelbagai sumber tidak memberikan kepastian, tetapi penulis kecewa.

Demi untuk mengekalkan kuasanya, beliau sanggup menggunakan gas kimia untuk membunuh rakyatnya sendiri demi kuasanya. Dengan ini, penulis telah hilang rasa hormat penulis terhadap Bashar Al-Assad.

Rusia dan China nampaknya mula hilang keyakinan terhadap Syria, Korea Utara hanya mendiamkan diri. Dunia barat terus membidas Syria. PBB dan OIC buntu hingga kini. Itulah rumusan mengenai situasi di Syria.

Saturday, October 27, 2012

Kempen Presiden AS :Obama atau Romney?

Dalam beberapa minggu yang lepas, terdapat beberapa perkara yang menjadi tumpuan. Antaranya usaha gencatan senjata di Syria, perjanjian damai MILF-Filipina yang berjaya dan perdebatan antara 2 calon presiden AS. Walaupun SPM tinggal lagi 8 hari lagi, penulis masih meneruskan hobi untuk menyatakan pendapat penulis. 

Kali ini, penulis akan membincangkan tentang perdebatan antara 2 calon presiden AS, Barack Obama (Demokrat) dan Mitt Romney (Republikan). Tiga pusingan telah dijalankan. Pusingan pertama menyaksikan Romney lebih menonjol daripada Obama berikutan kegagalan Obama menepis segala kenyataan Romney. Pusingan kedua, perdebatan Obama berjaya mendapatkan kembali keyakinan rakyat AS. Pusingan ketiga, menyaksikan Obama sekali lagi berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang pendebat.

Tetapi dalam ruangan ini, penulis tidak berniat untuk membincangkan kesemua pusingan. Apa yang penulis ingin membincangkan ialah isu atau tajuk dalam pusingan ketiga iaitu dasar luar AS. Apa yang kita semua tahu, Amerika Syarikat ialah sebuah negara kuasa besar yang mempunyai pangkalan tentera di seluruh dunia, sekutu kuat rejim Zionis Israel, bertindak sesuka hati terhadap sesuatu perkara demi kepentingan AS dan penyebaran ideologi kapatalisme.





Kita mula dengan kenyataan Romney. Dasar luar beliau lebih kepada dasar luar Bush, iaitu lebih tegas dalam mempertahankan kepentingan AS. Beliau menyalahkan Obama kerana kematian duta AS ke Libya dan kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya Mesir. Beliau secara tegas akan memasuk campur dalam sesebuah negara yang mampu menjejaskan kepentingan AS.Sebenarnya, apa yang menghantui kuasa besar itu adalah masalah ekonomi yang berterusan sejak krisis ekonomi 2007-2008. Apa yang ingin penulis katakan, beliau ingin cara yang senang untuk mengatasi masalah ekonominya. Contoh terdekat, beliau menyokong usul Israel untuk menyerang Iran bukan kerana nuklear tetapi kekayaan minyak di rantau negara Parsi itu. Sekiranya Iran diserang, AS akan menguasai minyak Iran dengan mudah.






Kenyataan Obama pula menyaksikan beliau akan terus berusaha untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara2 yang bermasalah, seperti Myammar, Iran, Syria dan lain2. Beliau lebih kepada mengekalkan dasar luarnya yang sedia ada. Walaupun rakyat AS mengkritik Obama atas kegagalannya untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan mendalam, beliau bertanggungjawab menamatkan riwayat Osama Bin Laden. Penulis merasakan dasar luar Obama tidak perlu dipanjangkan lagi kerana kita semua sudah mengetahui dasarnya. 




Terdapat satu perkara yang sama dalam perdebatan pusingan ketiga ini, iaitu isu Israel. Kedua2 calon berikrar untuk menjadi pelindung Israel walaupun kita menyaksikan Obama menolak usul Israel untuk menyerang Iran dan berbalah dengan pemimpin2 Israel mengenai isu Palestine. Israel tetap menjadi sekutu utama US. 

Bagi penulis, Romney ingin meneruskan gaya pemerintahan Bush dan itu sememangnya amat dibimbangi oleh masyarakat dunia. Dasar Obama pula lebih "toleransi". Oleh itu, sekiranya penulis diminta untuk menyokong mana2 presiden, penulis akan mengundi Barack Obama.
Walau apa2 hal, semuanya sama jer. Baik Obama mahupun Romney, mereka tetap menyokong Israel......

Sunday, September 30, 2012

My Own Words....:D

Recently, I always remember these words:

"when the mighty Communist Giant,
the great Soviet Union collapsed in 1991,
I wish that the one and the only Capitalist Giant, 
the United States will face the same thing"
-Arman Amsyar, 21 July 2012-

"After Christianity falls, here comes the Nazi,
When Nazi was destroyed, here comes the Communism,
When Communist collapsed, here comes the Capitalism,
When Capitalist falls, the moment that we are waiting for, appears,
Islam will dominates the world"
-Once again, Arman Amsyar, 4 August 2012-

Finally, I have my own words........:)
So, lets think about it....:)




Monday, September 17, 2012

"Innocence of Muslims" & 3 warga AS terbunuh di Libya. Kita termakan umpannya.

Sebelum itu, biar penulis jelaskan mengenai situasi yang berlaku di dunia Islam baru-baru ini.

 Indonesia

India 

 
 Malaysia
 
  Pakistan

 Israel (Masyarakat Islam di Israel)
 
 Yemen

 Mesir.

Dunia barat sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam dengan menerbitkan sebuah filem yang bertajuk "Innocence of Muslims'. Penulis telah menonton potongan filem ini dan Nauzubillah, terlalu menjijikan. Tak perlulah penulis menjelaskan trailer filem tersebut, tetapi apa yang dapat penulis katakan ialah dalam filem itu, Nabi Muhammad SAW dikatakan sebagai gila seks dan ajaran Islam berteraskan keganasan. Nauzubillah. Dalam erti kata lain, Islam dihina.

Kesannya, baru-baru ni, duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan 2 orang kakitangan kedutaan telah terbunuh dalam satu demostrasi jalanan di Benghazi, Libya.

Christopher Stevens, Duta AS ke Libya yang terbunuh.

    Disini penulis ingin jelaskan di barat, khususnya Amerika Syarikat, mereka mendakwa Islam sebagai agama pengganas. Bagi kita dan fakta sebenarnya, Islam adalah agama Allah swt. Agama Allah swt yang cintakan kedamaian. Erti Islam dari segi bahasa ialah selamat dan salam. Dari situ kita tahu bahawa Islam adalah agama yang menbawa kita ke arah kehidupan yang selamat dan damai. Tetapi, apa yang berlaku di dunia Islam, bukan sahaja di Libya, sebenarnya kita mengiya-iyakan lagi dakwaan masyarakat barat. Al Qaeda dan Taliban, perpecahan, pertelingkahan sesama sendiri, krisis dunia Arab khususnya Syria, semuanya telah mengorbankan terlalu banyak nyawa umat Islam dan orang yang tak berdosa. Lebih2 lagi wanita dan kanak2 yang menjadi mangsa. Dalam kes ini, kita yang termakan umpan Barat.

    Bukannya kita tak perlu membantah filem itu, tetapi ada caranya. Kalau bagi penulis, orang yang patut mati dibunuh ialah penerbit, pengarah dan pelakon filem tesebut, Presiden US, S/U Negara & Pertahanan US, dan PM Israel. Itu bagi penulis kerana kesemua mereka yang mencetuskan kemarahan umat Islam. Dan bukannya membunuh org2 yang hanya sekadar menjalankan tugasnya. Pelbagai cara yang dapat kita lakukan sebenarnya, contoh dari segi ekonomi. Boikot barangan Barat sebagai tanda bantahan. Demostrasi aman dan bukannya ganas sebab Islam bukan ganas. Oleh sebab itulah, Islam mesti bersatu. Semakin lama kita tak bersatu, semakin galak mereka menghina Islam. 

Penulis hanya sekadar manusia biasa. Oleh itu, sebarang pendapat atau pandangan amat dialu-alukan....:)


Saturday, August 18, 2012

Selamatkan Syria dan Muslim di Rohingya

Sudah lama penulis tidak update blog. Maklumlah SPM makin menjelang tiba. Namun terdapat beberapa perkara yang menjadi isu di kalangan masyarakat Islam seluruh dunia.

          Di Syria, lebih puluhan ribu telah terkorban sejak krisis berlaku pada tahun lepas. Namun hingga kini, tanda2 penamat bagi krisis ini belum muncul. Sebelum ini, tanda2 kejatuhan Presiden Bashar Al-Assad semakin tiba dengan kekalahan angkatan tenteranya dalam siri pertempuran di Syria. Tetapi, apabila penulis mendengar info melalui media massa, angkatan tentera Syria semakin kuat dan kuat. Dunia pula seperti biasa, mengadakan perbincangan kononnya untuk menamatkan segera krisis berdarah ini, namun, semakin buruk krisis dan semakin ramai nyawa yang hilang.

Sanggup tengok macam ni??

          Ironinya, Amerika Syarikat serta sekutunya macam biasa mengkritik, mengutuk, membantu gerakan revolusi, mengancam untuk menyerang Syria, dan lain2, manakala Rusia, dan China memberi sokongan dan perlindungan kepada Syria dengan menghantar senjata, sumber dan sebagainya. Sampai bila? Sampai semua rakyat Syria mati?

        Satu lagi isu yang hangat, iaitu masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myammar. Penduduk Islam di sana telah dinafikan kewarganegaraan oleh Kerajaan Myammar. Kerajaan Myammar telah melancarkan pembersihan etnik keatas penduduk Rohingya. Kesannya, mereka ditindas, dibunuh, dan macam2 lagi.  Dan itulah kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Rohingya.

Ya Allah, sampai macam ini jadinya.

Baru-baru ini, OIC telah respon dengan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Myammar. Beberapa negara Islam terutamanya Malaysia telah melancarkan siri bantuan ke Rohingya. Dalam perbincangan, Kerajaan Myammar telah membenarkan para penyiasat OIC menyiasat mengenai penduduk Rohingya. Oleh itu, apa yang penulis serta umat Islam yang lain mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan..

Sunday, February 26, 2012

Adakah Al Assad dijatuhkan??

Krisis di Syria semakin meruncing. Penulis mendapat info melalui akhbar mengatakan Liga Arab bakal membekalkan senjata kepada pihak pemberontak untuk menjatuhkan pentadbiran Assad.

Penulis gagal untuk mendapatkan respon daripada rakan2 yang mengikuti perkembangan krisis ini tetapi apa yang dapat penulis katakan, ini merupakan tindakan yang tidak tepat. Sepatutnya, mereka kena fikirkan cara untuk menamatkan krisis ini tanpa menumpahkan darah sesiapa.

 Para penyokong Assad di Damsyik.

Hasil dari maklumat yang penulis peroleh dari media massa, jelas menunjukkan bahawa 55% rakyat Syria masih menyokong Bashar Al Assad sebagai Presiden Syria.

Petunjuk perasaan Anti Assad di Homs.

40% rakyat Syria pula menentang pemerintahan Assad. Kebanyakkan dari mereka berada di kawasan sekitar Homs atau selatan Syria.

Hanya ini sahaja yang mampu penulis katakan.......
Kita berharap agar segala krisis di sana dapat diselesaikan dengan segera.

Tuesday, January 24, 2012

Ikhwanul Muslimin bakal memerintah Mesir

Gerakan Ikhwanul Muslimin berjaya memenangi pilihan raya berperingkat di Mesir dengan penguasaan 3/4 dalam Parlimen Mesir. Kini, hanya tinggal pilihan raya Presiden yang bakal menjelma pada bulan 6 akan datang.

Kini, adakah sinar Islam bakal kembali menyinar dii bumi Mesir? Itulah yang kita nanti2kan kelak.......


Allah Akhbar
Allah Akhbar
Allah Akhbar

Tuesday, January 3, 2012

Rumusan 2011

Kali ini sebelum penulis ingin bertolak ke sekolah, SBP Integrasi Sabak Bernam, penulis ingin menyatakan rumusan mengenai perkara2 yang berlaku pada tahun 2011 yang lalu.

Antara perkara yang hangat berlaku ialah kebangkitan rakyat di negara2 Arab yang ada kalanya mengejutkan dunia. Tetapi, kemuncaknya ialah perang saudara di Libya. Penulis hingga kini menyesal apa yang terjadi kepada Gaddafi sekeluarga. Pertempuran ini bermula pada awal sekitar Mac dan berakhir dengan kematiannya yang tragik.

Sebelum itu, tidak dilupakan juga keadaan di Mesir. Setelah kebangkitan rakyat semakin memuncak, pihak tentera telah mengambil alih kuasa dan Hosni Mubarak telah berundur ke utara Mesir. Walaupun pemimpin kuku besi itu telah berundur, tetapi rakyat masih berdemonstrasi untuk menegakkan demokrasi. Dan hasilnya, pilihan raya pusingan pertama telah diadakan dengan kemenangan Ikwanul Muslimin.

Dunia telah dikejutkan apabila pemilik syarikat Apple, Steve Job telah meninggal dunia. Kematiannya diratapi seluruh dunia terutamanya pengguna barangan jenama Apple. 

Selain itu, dunia telah digemparkan apabila pasukan komando AS secara rasminya telah berjaya membunuh suspek paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dalam satu serangan di kawasan Afghanistan. Dengan itu, AS telah mencapai kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah mereka.

Di tempat yang sama, Pakistan secara lantangnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera udara NATO yang menyerang melebihi kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan yang mengorbankan banyak nyawa orang awam. Sebagai tindakan balas, tentera Pakistan telah menyekat perjalanan bahan2 mentah kepada NATO.

Kemudian, usaha Palestine untuk menjadi ahli PBB semakin giat diperkatakan. Presiden Palestine, Mahmoud Abbas telah berucap di Perhimpunan Agung PBB dan ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh para deleglasi antarabangsa. Walaupun mereka bakal berdepan dengan kuasa veto AS, mereka tetap tidak berputus asa. Kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan China menyokong usaha Palestine. Pasukan deleglasi Palestine kini merantau ke seluruh negara2 Islam untuk meraih sokongan.

Kemudian, beralih ke Timur. Baru-baru ini, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-ill telah meninggal dunia akibat penyakit strok. Pihak tentera kini telah melancarkan propaganda untuk melantik anak bongsunya, Kim Jong-un sebagai pengganti ayahnya. Kematian Jong-ill sebenarnya telah membimbangkan negara2 jirannya.

Hanya ini sahajalah yang mampu dikatakan oleh penulis sepanjang peristiwa yang berlaku pada tahun lepas. Penulis berharap agar apa yang terjadi pada 2011 akan dijadikan iktibar pada masa yang akan datang.....