Followers

Tuesday, January 24, 2012

Ikhwanul Muslimin bakal memerintah Mesir

Gerakan Ikhwanul Muslimin berjaya memenangi pilihan raya berperingkat di Mesir dengan penguasaan 3/4 dalam Parlimen Mesir. Kini, hanya tinggal pilihan raya Presiden yang bakal menjelma pada bulan 6 akan datang.

Kini, adakah sinar Islam bakal kembali menyinar dii bumi Mesir? Itulah yang kita nanti2kan kelak.......


Allah Akhbar
Allah Akhbar
Allah Akhbar

Tuesday, January 3, 2012

Rumusan 2011

Kali ini sebelum penulis ingin bertolak ke sekolah, SBP Integrasi Sabak Bernam, penulis ingin menyatakan rumusan mengenai perkara2 yang berlaku pada tahun 2011 yang lalu.

Antara perkara yang hangat berlaku ialah kebangkitan rakyat di negara2 Arab yang ada kalanya mengejutkan dunia. Tetapi, kemuncaknya ialah perang saudara di Libya. Penulis hingga kini menyesal apa yang terjadi kepada Gaddafi sekeluarga. Pertempuran ini bermula pada awal sekitar Mac dan berakhir dengan kematiannya yang tragik.

Sebelum itu, tidak dilupakan juga keadaan di Mesir. Setelah kebangkitan rakyat semakin memuncak, pihak tentera telah mengambil alih kuasa dan Hosni Mubarak telah berundur ke utara Mesir. Walaupun pemimpin kuku besi itu telah berundur, tetapi rakyat masih berdemonstrasi untuk menegakkan demokrasi. Dan hasilnya, pilihan raya pusingan pertama telah diadakan dengan kemenangan Ikwanul Muslimin.

Dunia telah dikejutkan apabila pemilik syarikat Apple, Steve Job telah meninggal dunia. Kematiannya diratapi seluruh dunia terutamanya pengguna barangan jenama Apple. 

Selain itu, dunia telah digemparkan apabila pasukan komando AS secara rasminya telah berjaya membunuh suspek paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dalam satu serangan di kawasan Afghanistan. Dengan itu, AS telah mencapai kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah mereka.

Di tempat yang sama, Pakistan secara lantangnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera udara NATO yang menyerang melebihi kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan yang mengorbankan banyak nyawa orang awam. Sebagai tindakan balas, tentera Pakistan telah menyekat perjalanan bahan2 mentah kepada NATO.

Kemudian, usaha Palestine untuk menjadi ahli PBB semakin giat diperkatakan. Presiden Palestine, Mahmoud Abbas telah berucap di Perhimpunan Agung PBB dan ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh para deleglasi antarabangsa. Walaupun mereka bakal berdepan dengan kuasa veto AS, mereka tetap tidak berputus asa. Kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan China menyokong usaha Palestine. Pasukan deleglasi Palestine kini merantau ke seluruh negara2 Islam untuk meraih sokongan.

Kemudian, beralih ke Timur. Baru-baru ini, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-ill telah meninggal dunia akibat penyakit strok. Pihak tentera kini telah melancarkan propaganda untuk melantik anak bongsunya, Kim Jong-un sebagai pengganti ayahnya. Kematian Jong-ill sebenarnya telah membimbangkan negara2 jirannya.

Hanya ini sahajalah yang mampu dikatakan oleh penulis sepanjang peristiwa yang berlaku pada tahun lepas. Penulis berharap agar apa yang terjadi pada 2011 akan dijadikan iktibar pada masa yang akan datang.....