Followers

Saturday, August 18, 2012

Selamatkan Syria dan Muslim di Rohingya

Sudah lama penulis tidak update blog. Maklumlah SPM makin menjelang tiba. Namun terdapat beberapa perkara yang menjadi isu di kalangan masyarakat Islam seluruh dunia.

          Di Syria, lebih puluhan ribu telah terkorban sejak krisis berlaku pada tahun lepas. Namun hingga kini, tanda2 penamat bagi krisis ini belum muncul. Sebelum ini, tanda2 kejatuhan Presiden Bashar Al-Assad semakin tiba dengan kekalahan angkatan tenteranya dalam siri pertempuran di Syria. Tetapi, apabila penulis mendengar info melalui media massa, angkatan tentera Syria semakin kuat dan kuat. Dunia pula seperti biasa, mengadakan perbincangan kononnya untuk menamatkan segera krisis berdarah ini, namun, semakin buruk krisis dan semakin ramai nyawa yang hilang.

Sanggup tengok macam ni??

          Ironinya, Amerika Syarikat serta sekutunya macam biasa mengkritik, mengutuk, membantu gerakan revolusi, mengancam untuk menyerang Syria, dan lain2, manakala Rusia, dan China memberi sokongan dan perlindungan kepada Syria dengan menghantar senjata, sumber dan sebagainya. Sampai bila? Sampai semua rakyat Syria mati?

        Satu lagi isu yang hangat, iaitu masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myammar. Penduduk Islam di sana telah dinafikan kewarganegaraan oleh Kerajaan Myammar. Kerajaan Myammar telah melancarkan pembersihan etnik keatas penduduk Rohingya. Kesannya, mereka ditindas, dibunuh, dan macam2 lagi.  Dan itulah kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Rohingya.

Ya Allah, sampai macam ini jadinya.

Baru-baru ini, OIC telah respon dengan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Myammar. Beberapa negara Islam terutamanya Malaysia telah melancarkan siri bantuan ke Rohingya. Dalam perbincangan, Kerajaan Myammar telah membenarkan para penyiasat OIC menyiasat mengenai penduduk Rohingya. Oleh itu, apa yang penulis serta umat Islam yang lain mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan..