Followers

Saturday, October 27, 2012

Kempen Presiden AS :Obama atau Romney?

Dalam beberapa minggu yang lepas, terdapat beberapa perkara yang menjadi tumpuan. Antaranya usaha gencatan senjata di Syria, perjanjian damai MILF-Filipina yang berjaya dan perdebatan antara 2 calon presiden AS. Walaupun SPM tinggal lagi 8 hari lagi, penulis masih meneruskan hobi untuk menyatakan pendapat penulis. 

Kali ini, penulis akan membincangkan tentang perdebatan antara 2 calon presiden AS, Barack Obama (Demokrat) dan Mitt Romney (Republikan). Tiga pusingan telah dijalankan. Pusingan pertama menyaksikan Romney lebih menonjol daripada Obama berikutan kegagalan Obama menepis segala kenyataan Romney. Pusingan kedua, perdebatan Obama berjaya mendapatkan kembali keyakinan rakyat AS. Pusingan ketiga, menyaksikan Obama sekali lagi berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang pendebat.

Tetapi dalam ruangan ini, penulis tidak berniat untuk membincangkan kesemua pusingan. Apa yang penulis ingin membincangkan ialah isu atau tajuk dalam pusingan ketiga iaitu dasar luar AS. Apa yang kita semua tahu, Amerika Syarikat ialah sebuah negara kuasa besar yang mempunyai pangkalan tentera di seluruh dunia, sekutu kuat rejim Zionis Israel, bertindak sesuka hati terhadap sesuatu perkara demi kepentingan AS dan penyebaran ideologi kapatalisme.





Kita mula dengan kenyataan Romney. Dasar luar beliau lebih kepada dasar luar Bush, iaitu lebih tegas dalam mempertahankan kepentingan AS. Beliau menyalahkan Obama kerana kematian duta AS ke Libya dan kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya Mesir. Beliau secara tegas akan memasuk campur dalam sesebuah negara yang mampu menjejaskan kepentingan AS.Sebenarnya, apa yang menghantui kuasa besar itu adalah masalah ekonomi yang berterusan sejak krisis ekonomi 2007-2008. Apa yang ingin penulis katakan, beliau ingin cara yang senang untuk mengatasi masalah ekonominya. Contoh terdekat, beliau menyokong usul Israel untuk menyerang Iran bukan kerana nuklear tetapi kekayaan minyak di rantau negara Parsi itu. Sekiranya Iran diserang, AS akan menguasai minyak Iran dengan mudah.






Kenyataan Obama pula menyaksikan beliau akan terus berusaha untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara2 yang bermasalah, seperti Myammar, Iran, Syria dan lain2. Beliau lebih kepada mengekalkan dasar luarnya yang sedia ada. Walaupun rakyat AS mengkritik Obama atas kegagalannya untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan mendalam, beliau bertanggungjawab menamatkan riwayat Osama Bin Laden. Penulis merasakan dasar luar Obama tidak perlu dipanjangkan lagi kerana kita semua sudah mengetahui dasarnya. 




Terdapat satu perkara yang sama dalam perdebatan pusingan ketiga ini, iaitu isu Israel. Kedua2 calon berikrar untuk menjadi pelindung Israel walaupun kita menyaksikan Obama menolak usul Israel untuk menyerang Iran dan berbalah dengan pemimpin2 Israel mengenai isu Palestine. Israel tetap menjadi sekutu utama US. 

Bagi penulis, Romney ingin meneruskan gaya pemerintahan Bush dan itu sememangnya amat dibimbangi oleh masyarakat dunia. Dasar Obama pula lebih "toleransi". Oleh itu, sekiranya penulis diminta untuk menyokong mana2 presiden, penulis akan mengundi Barack Obama.
Walau apa2 hal, semuanya sama jer. Baik Obama mahupun Romney, mereka tetap menyokong Israel......