Followers

Thursday, December 27, 2012

25, 26 dan 27 Dis- Siapa yang masih ingat??

Penulis teringatkan tiga tarikh yang menjadi liputan media suatu masa dahulu. Ironinya, peristiwa2 yang terjadi pada tarikh2 tersebut merupakan peristiwa yang hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia pada waktu itu.

1. 25 Disember 1991- Pembubaran Kesatuan Soviet (USSR)

Presiden USSR, Mikhael Gorbachev (kiri) tengah bertikam lidah dengan Presiden Rusia SFSR, Boris Yelstin (kanan) pada 1988. 

         Selain Hari Krismas, warga Rusia, terutamanya penyokong Kesatuan Soviet dan warga dunia terkejut kerana Kesatuan Soviet pada masa itu merupakan negara yang mempunyai anggota tentera yang terkuat di dunia. Seperti kata salah seorang bekas ejen KGB, semuanya berlaku dalam sekelip mata.
         Amerika Syarikat, memang bergembira kerana setelah USSR dibubarkan, AS menjadi satu-satunya kuasa besar dunia. Bagi mereka, AS telah memenangi Perang Dingin yang meletus sejak 1945 lagi.
         Sehingga kini, para penyokong Parti Komunis Rusia, warga Rusia yang masih kesal dengan kejatuhan USSR, mengadakan pelbagai perkara sama ada melawat makam pemimpin USSR yang terdahulu, ceramah, kibarkan bendera USSR dan lain2 lagi sebagai tanda memperingati USSR...


2. 26 Disember 2004 - Bencana Tsunami Acheh 2004.
 
  
 Antara negara yang terjejas akibat Tsunami Acheh 2004.

        Gempa bumi berukuran 9.3 skala Ritcher telah mengegarkan dasar laut berhampiran Banda Acheh. Akibat gempa tersebut, tsunami terbentuk dan mengakibatkan 230,000 terbunuh. Indonesia merupakan negara yang terjejas teruk. 
        Sejak peristiwa tersebut, penduduk Acheh telah bersatu dan masyarakat antarabangsa mula menghulurkan bantuan. Sistem amaran awal tsunami dilancarkan di beberapa kawasan yang menjadi hot spot tsunami hasil kerjasama negara2 yang terbabit.
        Penulis harap para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa2 yang terkorban...

3. 27 Disember 2008 - Serangan Israel ke atas Gaza.

Israel melancarkan bom terlarang, bom phosphorus keatas rakyat Palestine di Gaza.

           27 Disember 2008, Israel melancarkan serangan skala besar keatas Semenanjung Gaza dengan misi untuk menghapuskan HAMAS. Tindakan Israel yang sentiasa disokong Amerika Syarikat dibantah dan dikecam oleh masyarakat antarabangsa khususnya Iran dan Syria.
           Keadaan semakin parah apabila Israel menggunakan bom terlarang iaitu bom phosphorus yang berbahaya. Kesannya, seramai 1400 rakyat Gaza terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak2. Akibat tekanan PBB dan masyarakat dunia, Israel mengundurkan tenteranya tetapi serangan masih dijalankan secara kecil-kecilan.
           Penulis harap agar para pembaca terus memberikan sokongan yang penuh terhadap warga Palestine yang masih dicengkam oleh Zionist Laknatulllah. 
INSYAALLAH, PALESTINE AKAN BEBAS!!!!

Sekian sahajalah post ini, penulis harap dengan post ini, para pembaca dapat mengetahuinya walaupun hanya sedikit......

Tuesday, December 25, 2012

Hukum mengenai ucapan kepada kaum bukan Islam.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai hukum mengucapkan "Selamat Hari Natal". Penulis tidak mempunyai ilmu agama yang cukup mendalam untuk mengatakan jawapannya tetapi para pembaca boleh melawati link ini untuk maklumat lanjut.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

Penulis merasakan tidak salah/haram kalau hanya mengucapkan selamat kepada mana2 kaum bukan Islam ketika perayaan mereka kerana ucapan itu hanyalah kata-kata sahaja. Tetapi benda ini boleh jadi haram kalau kita mengiktiraf perayaan mereka, menyambut dan menyerupai mereka. Kalau dah macam tu, memang hukumnya kafir.

Anyway, please refer to the link above for more references.....
May Allah swt bless you....:DD

Friday, December 21, 2012

21-12-2012, jangan salahkan Kaum Mayan 100%.

Mayan's Long Count Calendar 

Hari ini merupakan 21 Disember 2012. Hari di mana segelintir penduduk dunia merasakan diri mereka tertipu, ada yang mentertawakan dan ada yang kekal menafikan bahawa tarikh tersebut merupakan terjadinya Kiamat.

Kaum Mayan yang terletak di Amerika Selatan merupakan masyarakat yang amat bijak dan mahir dalam ilmu astronomi. Mereka mengguna pelbagai sistem kalendar berasaskan putaran planet mengelilingi matahari. Adalah panggilan untuk itu, ini dan sebagainya. Tetapi, apa yang penulis fahamkan ialah tarikh tersebut merupakan tahun baru bagi kaum Mayan. Seperti dunia moden, selepas 31 Disember, tahun baru. Yang beza antara sistem kalendar Mayan dan dunia moden, kalendar Mayan jauh lebih panjang iaitu ada yang mengatakan tempoh masa selama 5125 tahun (dari  tarikh hari ini hingga dijangka tamat pada tahun 7129), tempoh bagi setiap Long Count iaitu selama lebih kurang 340-450 tahun (hari ini hingga 26 Mac 2407) atau tempoh penghabisan Long Count (hari ini hingga 13 Oktober 4772). Minta maaf sebab penulis sendiri tidak dapat memahaminya. Maklumat lanjut, baca kat wikipedia [http://en.wikipedia.org/wiki/Mesoamerican_Long_Count_calendar].

Apa yang penulis ingin tekankan ialah mungkin ada segelintir kecil masyarakat Mayan yang meramalkan dunia akan itu, ini dsbnya tetapi apa yang penting ialah, tarikh tersebut hanyalah tarikh yang menunjuk tahun yang baru. Senang cerita, hari baru pada tahun baru. Sebahagian besar masyarakat Mayan tidak bersetuju dengan padangan masyarakat Barat (yang memutar belitkan fakta) yang menyatakan kiamat pada hari tersebut. Dan kita pula menyalahkan, mencarut, mengumpat dan sebagainya terhadap mereka (kaum Mayan). Kita tak boleh salahkan masyarakat Mayan 100%. Mereka hanya menjalankan aktiviti harian diorg. 

Kita sebagai Umat Islam, dah tau itu bukannya hari kiamat, tak usahlah nak pertikaikan lagi. Memang benar Hari Kiamat semakin dekat tetapi kita tidak tahu bila, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Segala kesulitan amatlah dihargai. Jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan, mohon diperbetulkan....

Saturday, December 8, 2012

Hilang rasa hormat terhadap Bashar Al-Assad.

Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan SPM. Namun, dalam kegembiraan, ada kesedihan. Terpaksa meninggalkan sekolah, guru2, rakan2 dan lain2. Banyak pengajaran yang penulis dapat sepanjang 2 tahun berada di INTESABER. Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan.

Baru-baru ini, krisis di Syria dikejutkan dengan penggunaan gas kimia oleh tentera Assad. Penulis sendiri terkejut apabila mendengar khabar mengenainya. Bagaikan tak percaya, penulis mencari pelbagai sumber untuk mendapat kepastian. Walaupun pelbagai sumber tidak memberikan kepastian, tetapi penulis kecewa.

Demi untuk mengekalkan kuasanya, beliau sanggup menggunakan gas kimia untuk membunuh rakyatnya sendiri demi kuasanya. Dengan ini, penulis telah hilang rasa hormat penulis terhadap Bashar Al-Assad.

Rusia dan China nampaknya mula hilang keyakinan terhadap Syria, Korea Utara hanya mendiamkan diri. Dunia barat terus membidas Syria. PBB dan OIC buntu hingga kini. Itulah rumusan mengenai situasi di Syria.