Followers

Wednesday, November 6, 2013

David Moyes - In Moyes We Trust



Sejak David Moyes menjawat jawatan sebagai pengurus Manchester United, menggantikan Sir Alex Ferguson, prestasi United tidak begitu memberansangkan. Kini, United berada di tangga ke-8 liga.

Siapa yang tak ingat baru baru ini, United tewas mudah 4-1 kepada City dan selepas perlawanan tersebut, Moyes mengamuk dalam bilik persalinan. Kemudian dalam satu lagi perlawanan, West Bromich Albion buat pertama kali dalam 35 tahun, menewaskan United di Old Trafford 2-1. Dan yang paling mengecewakan, ketika United mendahului 1-0 menentang Southampton, akibat pertukaran pemain yang salah, pada minit2 akhir, United terpaksa berputih mata apabila Southampton menyamakan kedudukan 1-1.

 Moyes selepas United menang 3-2 menentang Stoke City

Segelintir penyokong United mula mengutuk Moyes dan ada yang mendesak Moyes untuk meletakkan jawatan. Malah ada yang mula mengeluarkan trend #MoyesOut di laman sosial Twitter. Rata-rata mereka amat tak berpuas hati dengan prestasi United musim ini tapi kita jangan lupa, United masih kukuh di Liga Juara2 UEFA dengan dua kemenangan dan satu seri setakat ini.

Penulis sendiri adalah penyokong setia Manchester United dan penulis yakin David Moyes, memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Bukan mudah untuk seseorang menguruskan kelab seperti Manchester United. Dan Moyes adalah pilihan Sir Alex Ferguson sendiri. Jadi, sebagai peminat yang setia, kita memang ada hak untuk mengkritik tapi bukan mengutuk sesedap mulut. Ingat kata-kata Sir Alex:
               "Your job now is standing by the new manager"

Sebagai kesimpulan, sesiapa yang rasa tak setia menyokong United, sokongla pasukan lain


Sunday, August 18, 2013

Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood)

Seorang sahabat telah memohon penulis untuk menerangkan dan menjelaskan apakah itu Ikhwanul Muslimin yang kini menjadi perkara yang disebut2 dalam media dan orang ramai berikutan krisis yang berlaku di Mesir sekarang.

Lambang/logo Ikhwanul Muslimin yang terbaru.

Apakah yang kita tahu mengenai pertubuhan Islam ini? Penulis sendiri mengaku walaupun berbulan-bulan menyelidik mengenainya, masih banyak lagi perkara yang masih belum diketahui. Tetapi dalam masa yang ada dengan sedikit info, penulis akan menerangkan juga,

Al-Ikhwan Al-Muslimun, sebuah pergerakan Islam telah ditubuhkan pada 1928 oleh seorang tokoh cendikiawan Islam, Hassan Al-Banna di Mesir. Matlamat pergerakan Ikhwanul Muslimin adalah menegakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum utama dalam kehidupan umat Islam. Matlamat dan perjuangannya telah mempengaruhi gerakan2 Islam yang lain bersatu melalui prisipnya "model aktivis politik dan kebajikan Islam".

Hassan Al-Banna, salah seorang tokoh politik Islam yang berpengaruh dalam abad ke 20

Sejak penubuhannya, Ikhwanul Muslimin (IM) sentiasa menghadapi tekanan dari Britain dan kerajaan Mesir yang mengamalkan dasar sekular. Pada 1949, Hassan Al-Banna telah ditembak dan syahid tetapi IM tetap bertahan meskipun menghadapi pelbagai tekanan dari kerajaan Mesir. Sebagai contoh pada 1951, ibu pejabat IM telah dimusnahkan walaupun IM menyokong Presiden baru Mesir masa tu, Gamel Abdul Nasser.

Selain Mesir, IM telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia Arab terutamanya di Palestine. IM di Palestine kemudian membentuk Fatah pada 1950an untuk membela nasib rakyat Palestine ketika itu. Namun, IM di negara2 Arab lain juga mengalami nasib yang sama seperti IM di Mesir. Sebagai contoh pada 1982 di Syria, tentera Syria telah mengepung bandar Hama yang menempatkan ahli2 IM yang menentang pemerintahan parti Baath dan melakukan kekejaman dengan membunuh umat Islam yang kebanyakkannya ahli IM Syria. 

Sejak dari dulu hingga kini, IM sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan apabila dituduh terlibat dalam konspirasi pembunuhan beberapa pemimpin utama Mesir sehinggakan IM pernah disenaraikan dalam Senarai Pengganas AS sebelum dikeluarkan beberapa tahun kemudian. Selain itu, IM dituduh mempunyai niat menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunannya sejak dulu lagi.

Pada 1970-1980an, IM mengurangkan aktiviti politiknya setelah mengalami pelbagai tekanan dari dalam mahupun luar dan kembali semula ke arena politik dunia Arab dan berkerjasama dengan saki baki gerakan Islam Palestine yang berpecah dari Fatah untuk menubuhkan HAMAS pada 1987. Fatah pada masa tu tidak lagi mengamalkan matlamat asal (matlamat utama IM) dan lebih kepada matlamat nasionalisme.

Tetapi apa yang penulis bangga katakan ialah, walaupun sepanjang 85 tahun penubuhannya,  IM mengalami pelbagai dugaan, ujian dan tekanan, pergerakan tersebut masih bertahan hingga ke hari ini dan penulis amat yakin IM akan terus kekal utuh walaupun apa yang kita saksikan sekarang IM bakal diharamkan oleh pihak tentera. InsyaAllah IM dan khususnya umat Islam Mesir akan mencapai kemenangan di sana nanti.

**Sentiasa berdoa dan insyaAllah, kemenangan itu pasti.
#PrayForEgypt 
#PrayForIM
#PrayForIslam

Friday, August 16, 2013

Mesir - Suara yang dibisukan dunia.

Keadaan di Mesir semakin parah dan paling menyedihkan. Penulis baru menyedari melalui media yang mengatakan lebih 2000 rakyat Mesir (penyokong IM dan Morsi) terbunuh akibat serangan tentera Mesir keatas para penyokong IM dan Morsi.

Krisis yang bermula sejak 2010, pihak tentera sekali lagi melakukan kekejaman tetapi pada kali ini, penyokong IM dan Morsi yang menjadi mangsa. Ada yang mengatakan krisis kali ini lebih dahsyat. Akhbar-akhbar disana kebanyakkannya menghentam IM dan menyokong tindakan tentera.

Untuk pengetahuan semua, Mesir merupakan negara terpenting dalam Dunia Arab. Setakat beberapa hari penulis memerhatikan, tiada sebarang negara Arab mahupun negara Islam menyuarakan pandangan mereka secara tegas terhadap krisis yang berlaku di Mesir setakat. Suara Presiden AS, Barack Obama yang mengutuk keras tindakan tentera Mesir tu adalah sekadar menjalankan tugas sebagai orang paling berkuasa di bumi.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia setakat ini mengarahkan semua rakyat Malaysia kembali ke tanah air. Namun tiada arahan mengenai duta mahupun kenyataan rasmi Wisma Putra mengenai hubungan diplomatik dengan Mesir. Baru-baru ini, PAS dan beberapa NGO Islam telah mengadakan perhimpunan aman yang bermula di Ampang Point hingga Kedutaan Mesir bagi membantah tindakan tentera Mesir keatas rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Penulis harapkan adalah tindakan masyarakat antarabangsa khususnya PBB dan OIC mahupun Liga Arab yang masih berdiam diri. Sebelum ini, krisis di Syria juga menyaksikan badan- badan dunia hanya sekadar mengutuk dan memerhati. Sampai bila dunia lebih2 lagi dunia Islam hanya sekadar memerhati saudara seagama kita meninggal tanpa belas kesihatan.

**Teruskan berdoa untuk saudara2 kita di sana.InsyaAllah Ikhwanul Muslimin dan ISLAM akan menang satu hari nanti.

Saturday, July 6, 2013

Presiden Morsi digulingkan - Mengejutkan dan kecewa.

Pagi tadi, penulis telah menerima satu mesej dari sahabat mengenai situasi di Mesir. Tapi kali ini mesej agak mengejutkan dimana Presiden Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera. Penulis amat terkejut tetapi pada masa yang sama, kecewa kerana amalan demokrasi yang diamalkan disana telah dinafikan.

Presiden Morsi, beberapa hari sebelum digulingkan.

Sejak akhir2 ini, ketegangan di Mesir semakin parah apabila perhimpunan dan rusuhan semakin menjadi-jadi diantara penyokong Morsi dan golongan liberal yang menentang golongan agama. Tetapi penulis amat kecewa kerana Mohamed Morsi merupakan presiden yang dilantik melalui saluran demokrasi yang betul telah digulingkan oleh pihak tentera yang langsung tidak ambil peduli tentang suara rakyat.

Bagi penulis, amalan demokrasi di Mesir adalah masih baru berikutan berpuluhan tahun mengamalkan pemerintan diktator. Pihak yang kalah dalam pilihan raya presiden Mesir yang lalu, tak puas hati dengan kekalahan mereka, mengadakan perhimpunan menentang keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Morsi. Inilah yang dikatakan amalan demokrasi di sana masih lemah.

Tetapi, penulis sentiasa berdoa dan mengharapkan agar keadaan di Mesir kembali aman dan pemerintahan kembali ke tangan Ikhwanul Muslimin.


Sunday, June 23, 2013

Jerebu - Punca dan kesan..........

Salam, setelah sebulan penulis melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor, akhirnya penulis kembali ke blog yang lama ditinggalkan. Alhamdulillah, hidup dan pelajaran dalam keadaan yang terbaik meskipun terdapat banyak assignment dan kerja2 yang berkaitan dengan kolej yang perlu disiapkan. Pada kali ini, penulis ingin membincangkan tentang isu yang kini melanda di negara kita iaitu jerebu.

Masih ingatkah kita kepada masalah jerebu yang melanda negara kita pada 2005? Jerebu yang melanda di bahagian tengah semenanjung Malaysia di mana Port Klang dan Kuala Selangor diisytiharkan sebagai darurat. Kini, jerebu sekali lagi melanda tapi kali selatan tanah air yang menerima tempiasnya.

Jerebu turut melanda di Kolej Matrikulasi Selangor XD

Seperti mana kita semua tahu, puncanya akibat pembakaran terbuka secara haram di Sumatera, Indonesia. Pihak kerajaan Indonesia masih tidak mampu mengekang krisis ini dari terus berlaku. Negara jiran seperti Singapura dan Malaysia mengkritik Indonesia (Singapura lantang mengkritik berikutan kenyataan menteri Indonesia yang menghentam Singapura). Namun begitu, satu usaha kerjasama antara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura telah dibentuk untuk membantu kerajaan Indonesia menyelesaikan krisis tersebut dari terus merebak.

Kerajaan Indonesia telah menghasil hujan tiruan tetapi mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkannya. Tetapi pada yang sama, pelbagai usaha telah dijalankan secara besar-besaran oleh Indonesia dengan menggunakan bom air, tentera dan bomba berskala besar. 

Kesannya atau akibat dari krisis jerebu ini, di Singapura menyaksikan, kerajaan Singapura telah mengarahkan rakyatnya supaya tidak keluar rumah dan terus mendengar arahan seterusnya. Sebahagian aktiviti perniagaan di tutup. Di Malaysia, sekolah2 di Johor telah ditutup, rakyat ditegah untuk mengadakan aktiviti luar dan kes kecemasan akibat jerebu telah naik sebanyak 21 %.

Walau apa pun yang berlaku, penulis berharap agar pihak kerajaan (Malaysia), mampu menguruskan krisis dengan lebih berkesan demi kepeningan rakyat dan kesejahteraan di sini.

Saturday, May 11, 2013

Sir Alex Ferguson - Tamatnya sebuah era.





8 Mei 2013, dunia bola sepak, khususnya di England, pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan bersara menjelang tamat musim ini. Pengumuman ini diadakan setelah khabar angin mengenai persaraannya mula merebak secara mengejut pada sehari sebelumnya. Pengumuman beliau juga menandakan berakhirnya 26 tahun sebagai pengurus Manchester United yang paling berjaya bukan sahaja dalam kelab tersebut malah paling berjaya dalam sejarah bola sepak Britain.

Dan khabar angin juga mengatakan bahawa pengurus Everton, David Moyes akan menyertai Man United sebagai pengurus menggantikan SAF yang bersara. Selain Moyes, nama2 yang disebut2 untuk menjawat jawatan tersebut ialah pengurus Real Madrid iaitu Jose Mourinho yang dikatakan akan ke Chelsea, pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp. Selain itu, 4 lagi nama yang disebut2 merupakan bekas pemain Man United dibawah SAF sendiri, iaitu Ryan Giggs, Gary Neville, Ole Gunnar Solskjear dan Eric Cantona.

 SAF dan David Moyes

Pada 9hb Mei, David Moyes secara rasmi menjadi pengurus Man United yang baru dengan kontrak selama 6 tahun.


SAF ketika dilantik sebagai pengurus MU pada 1986.



Sir Alex Ferguson dilantik menjadi pengurus Man United pada November 1986 menggantikan Ron Atkinson yang dipecat akibat prestasi yang tidak senang. Ketika itu, MU berada di kedudukan 17 dalam Liga Inggeris. Dalam 3 tahun pertama menyaksi prestasi yang tidak memuaskan terutamanya pada musim 1989-90, 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan menyaksikan pelbagai spekulasi tentang kedudukan SAF yang bakal dipecat tetapi kemenangan ke atas Nottingham Forest 1-0 telah menyelamatkan kariernya sebagai pengurus. Pada masa itulah, MU menang piala pertama sejak dibawah SAF, iaitu Piala FA

1990-91 menyaksikan MU menang piala UEFA CWC dengan mengalahkan Barcelona 2-1 manakala pada musim 1992-93, MU menang Liga Inggeris (BPL) buat kali pertama setelah 26 tahun. (kali terakhir pada 1967). Sejak itulah MU dan SAF mendominasi bola sepak England dengan memenangi 39 piala sehingga sekarang.

Antara piala2 tersebut ialah:

  • 13 Liga Perdana Inggeris
  • 5 Piala FA
  • 4 Piala Liga
  • 10 Community Sheild (Di Malaysia, serupa dengan Piala Sumbangsih)
  • 2 UEFA Champions League
  • 1 UEFA Cup Winners Cup
  • 1 Piala Intercontinental
  • 1 FIFA Club World Cup.
Selain itu, SAF merupakan pengurus yang paling lama di MU mengatasi rekod Sir Matt Busby yang menjadi pengurus MU dari 1945 hingga 1971.

Malah SAF turut diiktiraf sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah Britain dan Liga Bola Sepak Englang. Dibawah merupakan senarai top 5 pengurus terbaik di England

1. Sir Alex Ferguson (Manchester United) - 13 juara liga
2. George Ramsey (Aston Villa) - 6 juara liga
3. Bob Paisley (Liverpool) - 6 juara liga
4. Tom Watson (Sunderland & Liverpool) - 5 juara liga
5. Sir Matt Busby (Manchester United) -5 juara liga.

Persaraan beliau menandakan berakhirnya eranya di dalam Manchester United. Tetapi perjuangan Red Devils masih belum selesai. Sama2 kita saksikan pada musim depan, 2013-14.

Saturday, April 20, 2013

Boston dan negara2 Islam bergolak. Mana OIC???

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan peristiwa bom di Boston, AS ketika acara Boston Marathon sedang dijalankan. Setakat ini, 3 orang terbunuh dan 170++ orang cedera. Kerajaan AS berusaha untuk menjalankan siasatan berkaitan dalang disebalik pengeboman ini. Di seluruh dunia, ramai yang menyampaikan ucapan takziah termasuk para pemimpin dunia. "#Pray4Boston" mula menjadi trending di media sosial. **(Penulis juga ingin mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian tersebut)** Tetapi apa yang menjengkelkan apabila dunia (terutamanya umat Islam) seakan2 terlupa dengan apa yang berlaku saban hari di negara2 Islam yang bergolak. Bom sana sini, ratusan hingga ribuan mangsa terbunuh tapi dunia tidak mengendahkan termasuk kita.

Bukan niat penulis untuk menghina mangsa2 di Boston tapi lihatlah, dunia seakan-akan terkejut dengan peristiwa pengeboman di Boston sedangkan di Iraq, Syria, Pakistan dan mana2 lagi, bom meletup dan membunuh orang setiap hari tapi tiada sebarang usaha untuk menyelesaikannya.


Di sini penulis menunjukan beberapa kawasan umat Islam yang sentiasa dikacau-bilau dan kematian tragis :

1. Chechnya, Rusia
Tentera Rusia berkawal di salah sebuah bandar utama di Chechnya ketika krisis masih meruncing. Ramai warga Islam di sana menjadi mangsa akibat perang dengan Rusia. Walaupun kini, usaha perdamaian semakin berjalan lancar, warga Islam Chechnya masih menderita akibat tindakan Rusia.


2. Wilayah Xinjiang, Timur China (Kawasan majoriti umat Islam)

Keganasan etnik berlaku di sana yang melibatkan kaum Islam China dan bukan Islam. Akibatnya, kerajaan China mengarahkan masjid2 ditutup dan umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat. Walaupun kini larangan tersebut ditarik balik dan masjid dibuka semula, umat Islam China masih dihantui dengan ketegangan etnik dengan kaum lain. 


3. Pakistan
Walaupun Pakistan mempunyai sebuah kerajaan yang berdaulat, masalah dalaman masih berlaku sehinggakan peristiwa bom berlaku hampir diseluruh negara akibat penglibatan Al-Qaeda, Taliban dan campur tangan AS di sana. Hingga kini, tanda2 berakhirnya kejadian tersebut seakan-akan tidak wujud kerana tidak ada sebarang penyelesaian serius dikalangan pemimpin2 Pakistan.


4. Rohingya, Myammar
Rakyat Myammar tidak mengiktiraf kewujudan masyarakat Islam Rohingya di sana dan bertindak kejam ke atas mereka dengan menjalankan pembersihan etnik oleh masyarakat Buddha di sana. Walaupun OIC telah menghantar pemerhati ke sana, namun tidak ada sebarang usaha untuk menamatkan krisis ini. Ribuan warga Islam Rohingya telah berusaha melarikan diri ke negara2 lain.


5. Iraq
Selepas perang berakhir, Iraq mengalami konflik antara masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan masyarakat Syiah yang masing2 melancarkan siri pengeboman tanpa henti2. Walaupun masih terdapat tentera AS disana, tetapi peranan mereka hanyalah sekadar kata2. Tiada penyelesaian yang kukuh hingga sekarang.


6. Syria
Hingga kini, seramai 70,000++ rakyat Syria yang terbunuh akibat perang saudara diantara kerajaan Bashar Al-Assad dan FSA yang masih tak henti2 bertempur. Walaupun kadar kematian terlalu besar, Liga Arab, OIC mahupun PBB tidak berkata apa2.


7. Palestine (Semenanjung Gaza dan Tebing Barat)
Gaza lebih teruk kalau dibandingkan dengan Tebing Barat tetapi nasib kesemua rakyat Palestine masih tidak menentu. Saban hari, Israel membunuh warga Palestine tak kira dari kanak2, wanita hinggalan warga emas. Walaupun pemimpin2 Palestine berusaha mencari jalan pendamaian dengan Israel, ianya tidak bermakna Israel akan menghentikan pembunuhannya. 

Kesemua tempat2 yang penulis maksudkan masih belum menikmati keamanan sepenuhnya. Dan bukan sekadar ini sahaja, malah terdapat banyak lagi umat Islam terseksa di seluruh dunia. OIC, Pertubuhan Kerjasama Islam yang berperanan untuk melindungi kepentingan Islam dan umatnya, seakan-akan hanya sebuah hiasan yang menunjukkan bahawa Islam itu ada di dunia.
Logo OIC yang terbaru.

Sekiranya terdapat satu peristiwa di negara Barat (atau bukan negara Islam khususnya) suatu jalan penyelesaian akan dijalankan dengan segera dan efisyen dengan bantuan badan dunia (ASEAN/EU/NATO/PBB). Tetapi sebaliknya di negara2 Islam yang bermasalah, tidak ada usaha untuk menyelesaikannya walaupun terdapat satu badan dunia Islam yang hanya sekadar melihat. Dimanakah peranan sebenar OIC yang ditubuhkan pada 1969 itu?

Penulis merasakan jawapan kepada persoalan itu tadi harus dijawab oleh generasi Islam yang baru.

Friday, April 19, 2013

Margaret Thatcher - Hilangnya "Iron Lady"

Penulis harap masih belum terlambat untuk membicarakan tentang tokoh politik dunia yang baru sahaja meninggal dunia, Margaret Thatcher.

Margaret Hilda Thatcher,wanita pertama yg menjadi PM Britain dari 1979-1990.

Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi PM Britain pada 1979 dan menyaksikan pelbagai perubahan dalam negaranya. Tetapi dunia lebih mengetahui peranannya dalam Perang Falkland 1982 antara Britain dengan Argentina. yang menyaksikan popularitinya meningkat sebaik sahaja Britain berjaya menawan kembali Pulau Falkland yang sebelum ini dikuasai Tentera Argentina.

Penentang2 Thatcher ketika majlis pengkebumiannya.

Tetapi, kebanyakkan dasar2 beliau ditentang oleh sebahagian rakyatnya. Personalitinya yang tegas menyebabkan ramai termasuk menterinya sendiri tidak menyukainya sehingga membawa kearah kejatuhannya pada 1990. Namun, beliau dihormati dikalangan para pemimpin dunia terutamanya AS kerana peranannya menamatkan Perang Dingin. Para pemimpin Kesatuan Soviet menggelarkan beliau sebagai wanita besi atau "the Iron Lady". 
 
Keranda Thatcher dibawa ke majlis pengkebumiannya.
 
8 April 2013, beliau telah meninggal dunia akibat strok. Peninggalan beliau mengejutkan ramai pihak tetapi tidak bagi sebahagian besar penentang2nya. Rata2 rakyat Britain ada yang sedih dan gembira tetapi banyak badan2 di UK tidak mahu menghormati peninggalan beliau seperti Barclays Premier League dan Football League yang tidak akan menjalankan upacara takafur di semua perlawanannya untuk menjaga kepentingan peminatnya. Malah kebanyakkan industri2 di Britain turut melakukan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, beliau tetap dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak sebagai tokoh politik yang terkemuka.


Sunday, April 14, 2013

Keadaan di Korea : Utara vs Selatan

Sejak kebelakangan ini, dunia dikejutkan apabila krisis di Korea semakin hangat. Korea Utara mula mempersiapkan angkatan tenteranya dengan meletakkan peluru berpandu ke pantai timur Korea Utara sebagai tanda persiapan untuk dilancarkan ke AS.

Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara yang bakal melancarkan perang keatas jirannya di selatan dan AS.

Sejak 2010, ketegangan kedua2 negara semakin memuncak apabila Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan bersama AS baru-baru ini. Korea Utara menentang latihan tersebut kerana mereka menganggap kedua2 negara menjalankan latihan untuk menawan negara tersebut. Pada masa yang sama, Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik (ICBM) yang mengakibatkan negara2 jiran mengutuk ujian tersebut.

 Tentera Udara AS menjalankan latihan pengeboman di Korea.

Tentera Laut Korea Selatan melancarkan misil sebagai latihan peperangan.

Sejak Perang Korea berakhir pada 1953, kedua2 negara berjiran ini tidak pernah mengadakan perjanjian damai walaupun pelbagai bantuan telah dihantar oleh Korea Selatan ke utara. Akibat perbezaan idealogi, Utara mengamalkan dasar Komunis manakala Selatan mengamalkan sistem demokrasi, kedua2 tidak mahu mengalah dalam usaha untuk meluaskan pengaruh masing2. Korea Utara yang sebelum ini disokong kuat oleh bekas sekutunya iaitu Kesatuan Soviet (USSR) kini bergantung sepenuhnya kepada China yang semakin menjauhi prinsip komunisnya itu sejak kejatuhan Soviet pada 1991. Korea Selatan pula sentiasa disokong AS dan Eropah sejak tamat Perang Dunia Kedua lagi.

Keadaan geopolitik sekarang lebih memihak kepada Korea Selatan berbanding Korea Utara kerana Korea Utara sering ditekan oleh sekutunya, China yang sentiasa berpendirian tegas dalam isu ini untuk memelihara kepentingannya dengan AS. Sekiranya perang benar2 dilancarkan Korea Utara, tindakan ini akan memakan diri mereka sendiri. 

Penulis yakin dengan pendapat penulis, bahawa sekiranya Korea Utara melancarkan perang, lama-kelamaan Korea Selatan dan AS akan memenangi dalam peperangan tersebut kerana kelebihan geopolitik. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa sepanjang perang berlaku, Seoul akan mengalami kemusnahan teruk berbanding Pyongyang kerana pelbagai senjata dan aset tentera diletakan di sempadan sebagai persediaan menyerang Seoul yang hanya kurang 250 km dari sempadan KU-KS. Tetapi kesan peperangan amatlah besar kerana kemungkinan besar penggunaan nuklear dalam perang tersebut mungkin berlaku.

Walau apa pun, ini hanyalah pendapat penulis mengenai situasi sekarang di Semenanjung Korea. Kita berharap agar segala penyelesaian dapat dijalankan demi keamanan dunia sekarang.

Friday, March 29, 2013

Cristiano Ronaldo dan Khabar Angin

Sejak akhir-akhir, ramai yang menceritakan tentang pemain sensasi Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan kaitannya dengan Islam. Baru-baru ini, CR7 dikatakan enggan menukar pakaiannya dengan pemain Israel selepas tamat perlawanan antara Israel dan Portugal yang berkesudahan seri 3-3.

Gambar ini yang mengatakan CR7 enggan menukar pakaiannya dengan pemain Israel.

Penulis mungkin tidak tahu sama ada betul ke tidak CR7 enggan berbuat demikian, tetapi apa yang berlaku di dalam gambar dan video (yg berkaitan dgn gmbr ini), pemain yang memegang jersi Israel tu bukannya pemain Israel, tetapi pemain Portugal yang baru sahaja menukar pakaiannya dengan pemain Israel. Kenapa? Seluar pemain tersebut berwarna merah, sedangkan pemain Israel memakai serba putih dengan corak biru (sempena warna bendera). Takkanlah selepas perlawanan, baju dan seluar nak ditukarkan?? Mengenai kenyataan CR7 terhadap persoalan media Al-Jazeera, penulis masih tidak dapat mencari sumbernya.

Selain itu, gambar CR7 dikatakan memegang frame yang bergambarkan Kalimah Syahadah dapat disangkalkan. Sebaliknya gambar yang sebenarnya adalah gambar beliau ketika bermain.

Gambar yang diedit (kiri) dan yang asli (kanan).

Di Facebook, terdapat post2 yang mengatakan CR7 mula menghafal surah Al-Fatihah melalui Mesut Ozil (pemain Real dan German yang beragama Islam). Penulis bukannya nak menyangkal tapi jangan terlalu percaya sebab ada kalanya berita tersebut diolah untuk mempermainkan orang Islam. 

Namun begitu, penulis baru saja menjumpai beberapa link yang menyatakan CR7 menyumbang sumbangan kepada Palestine :
Dan sebenarnya banyak lagi. Walau apa pun, CR7 sememangnya seorang penderma. Kita tidak boleh menafikan kerana banyak sumbangnya terhadap kebajikan terutamanya kanak2 di seluruh dunia.Namun, kita jangan terlalu percaya dengan segala khabar angin yang kadang-kala melampau.

#Penulis masih hormat CR7 kerana beliau adalah bekas pemain Manchester United dan beliau tidak lupa diri..:D

Wednesday, March 27, 2013

Siapa kata orang Islam tak pandai uruskan negara??

Penulis terjumpa satu petikan daripada seorang professor dari Eropah yang menyatakan :

"Orang Islam tidak pandai mengurus masalah negara, mengawal keamanan dan menjaga ekonomi sesebuah negara yang diperintahnya. Sebab?? Kebanyakkan negara-negara di dunia yang mengalami kekecohan, perang saudara, konflik, dan sebagainya berlaku di negara2 Islam."

Penulis ada beberapa pandangan kepada petikan professor tersebut :

1.  Memang tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai masalah melanda di negara2 Islam tetapi kita jangan sesekali anggap bahawa negara bukan Islam tidak ada masalah. Semua negara ada masalah masing2 dan bergantung kepada keadaan politik dan ekonomi di sesebuah negara.

2.  Sejak Krisis Ekonomi Asia 1997/1998, tidak ada sebuah negara Islam yang begitu terdesak meminta bantuan dunia untuk menyelesaikan masalah kewangannya daripada bankrup. Cyprus dan Greece, kedua-duanya terletak di Eropah dan masing2 menghadapi kemungkinan bankrup sekiranya tiada dana penyelamat dari EU. Kedua-dua negara berkenaan BUKAN negara Islam.

3.  Apa yang berlaku seperti perang saudara sebagai contoh, sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih aman TETAPI keghairahan kuasa besar dunia untuk menunjukan taringnya dengan masuk campur dalam urusan sebuah negara dengan cara paksaan. Senang cerita, negara kuasa besar yang menyekat kebebasan negara lain untuk bertindak sendiri.

4.  Mungkin krisis2 yang berlaku memang banyak di negara Islam tapi tapi ingatlah, Eropah dulu bila bertelagah mengenai isu yang boleh dikatakan biasa, boleh mengakibatkan jutaan terbunuh akibat perang2 yang tidak munasabah.

5.  Istilah negara Islam hanyalah sekadar istilah saja. Mungkin sebab kenapa orang2 Islam gagal untuk mengawal, menjaga dan sebagainya negara mereka ialah dasar negara yang mementingkan bangsa dan semangat Nasionalisme. Penggunaan istilah negara Islam hanya merujuk kepada jumlah penduduk Islam yang ramai dalam negara tersebut. Tetapi, bukan semua negara Islam mengalami pelbagai masalah, terdapat juga negara Islam yang cemerlang dari segi politik dan ekonomi (jauh lagi cemerlang dari negara2 maju)

Kesimpulan, siapa kata orang Islam tak pandai menguruskan negaranya sendiri. Bergantung kepada keadaan dan orang bukan Islam tidak semestinya pandai mentadbir negaranya sendiri. Dan kepada orang Islam sendiri, jangan terlalu berkuasa sangat...:D

Tuesday, March 19, 2013

"The Men Who Built Malaysia"

Penulis menonton sebuah dokumentari di History Channel yang bertajuk "The Men Who Built America" yang membincangkan tentang pembangunan Amerika Syarikat. Antara tokoh2 yang bertanggungjawab "membina" Amerika dari segi pembangunan dan sains teknologi ialah J P Morgan, Thomas Edison, Alexander Graham Bell, John D Rockefeller, Andrew Carnegie dan banyak lagi yang menyaksi Amerika kini negara paling berkuasa di dunia.

Tetapi mengenai Malaysia, penulis termenung. Siapakah "The Men Who Build Malaysia"??


Kalau difikirkan siapa yang "membina" negara kita, memang ramai tetapi penulis merasakan pada pasca kemerdekaan negara kita, ramai dikalangan mereka adalah orang Cina. Malah sebelum merdeka lagi, ekonomi negara yang dipelopori oleh British juga melibatkan orang Cina. Sebagai contoh, orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur ialah orang Cina, iaitu Yap Ah Loy. Selain KL, Ampang, Taiping, dan beberapa bandar moden yang lain.

Selain itu, pembangunan sektor kewangan, sektor automobil, sektor industri di negara kita dimulakan oleh kaum Cina. Banyak syarikat2 Cina yang muncul selepas kedatangan British. Hampir kesemua syarikat2 tersebut bertumpu di bandar2 besar. Malah, perkhidmatan kesihatan, pos, telekomunikasi kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina sebelum penjajah British ambil alih kemudiannya.

Kadar pembangunan di negara kita sejajar dengan negara-negara lain di barat akibat kedatangan British. Tetapi malangnya, kebanyakan orang Melayu tidak menikmati hasil pembangunan ketika era British akibat dasar British. Sebab itu, orang Melayu jarang membantu melibatkan diri dalam politik dan hanya bertumpu kepada politik.

Dato' Wan Mohammad Saman Wan Ismail

Namun, terdapat juga orang Melayu yang turut "membina" negara kita. Sebagai contoh, salah satu kejayaan menakjubkan dalam sejarah infrastruktur Melayu ialah pembinaan Terusan Wan Mat Saman yang terletak di Kedah. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Dato' Wan Muhammad Saman Wan Ismail iaitu Perdana Menteri Kedah (kini dikenali sbg Menteri Besar)  pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Syah (1854-1879), Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Syah II (1879-1881) dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881-1943). Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada 1885-1886 merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia hingga kini.

Walaupun kebanyakkan orang Cina bertanggungjawab membangunkan negara kita, tetapi sejak merdeka, dikalangan PM kita, terdapat 2 PM yang bertanggungjawab membangunkan negara secara total iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang membangunkan orang Melayu serta FELDA yang memajukan industri Melayu hingga ke tahap antarabangsa serta Petronas yang kemudiannya menjadi salah sebuah syarikat terbesar di dunia. Kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM Malaysia pada 1981. Walaupun banyak krisis politik berlaku pada zaman beliau, beliau memperkenalkan pelbagai dasar yang secara totalnya memajukan negara. Sebagai contoh, KLCC, KLIA, Koridor Super Multimedia, pembinaan bandar raya Putrajaya dan banyak lagi.

Walau sesiapa pun yang bertanggungjawab "membina" negara kita, penulis dan seluruh warga Malaysia dapat menikmati hasil pembangunan pesat negara.

#Walau apa yang berlaku di negara kita, penulis tetap mengharapkan yang terbaik daripada PRU ke-13 nanti.


Friday, March 8, 2013

Sabah : Tuntutan yang tidak berasas

Penulis melihat beberapa sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan rakyat Filipina dan kenyataan virus dari Filipina yang dilancarkan keatas laman web negara yang menyatakan bahawa Sabah adalah kepunyaan Filipina. Betul ke?

Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu oleh kumpulan pengganas yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu menuntut agar mereka diberikan hak eksklusif untuk memerintah di Sabah. Mereka tuntut Sabah sebagai wilayah mereka dan Sultan Jamanul Kiram I dijadikan sebagai pemerintah. Tuntuntan ini berlaku kerana Sabah pernah dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Borneo Utara British mengambil alih pemerintahan di Sabah daripada Sulu pada 1888. Kemudiannya, Kesultanan Sulu tumbang apabila berperang dengan Amerika Syarikat pada 1917.

Apa yang penulis katakan, tuntutan mereka ke atas Sabah adalah tidak berasas sama sekali. Kerana Kesultanan Sulu bukan lagi sebuah kerajaan yang wujud dan berkuasa dan takhta Sultan Sulu yang masih kekal hingga hari ini hanyalah sebagai simbol sahaja yang tidak bermakna apa-apa. Kalau dulu, Filipina pernah melakukan perkara yang sama ketika penubuhan Malaysia dahulu tetapi pada 1989, Kerajaan Filipina tidak lagi menuntut wilayah Sabah.

Penulis boleh katakan bahawa tindakan mereka adalah SIA-SIA. Kalau difikirkan dengan tindakan mereka ke atas Sabah:
  • Waris takhta Kerajaan Rom boleh menuntut seluruh Eropah kerana Eropah pernah menjadi sebahagian daripadanya.
  • Kerajaan Johor boleh menuntut kembali bekas tanah jajahan di Sumatera, Indonesia kerana tiada sebarang perjanjian rasmi yang mengakibatkan Kerajaan Johor hilang kesemua bekas wilayahnya (kecuali Singapura menerusi Perjanjian 1819 antara Johor dengan British)
  • Kerajaan Brunei boleh menuntut sebahagian besar Filipina (termasuk Manila) kerana pada suatu ketika dahulu, kesemua kawasan tersebut pernah menjadi sebahagian daripada empayar Brunei.
  • Waris takhta Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah boleh menuntut kembali kawasan Balkan dan beberapa negara yang pernah menjadi sebahagian daripada empayanya (Greece, Cyprus, Armenia, Azerbaijan, Bosnia, Austria, Serbia, Slovenia,Republik Czech dan lain-lain)
  • Kerajaan Sepanyol boleh menuntut beberapa kawasan di Amerika Selatan kerana pelbagai persamaan seperti bahasa dan agama dan pernah menjadi sebahagian daripada wilayah empayar Sepanyol. 
Kelima-lima perkara di atas adalah contoh tindakan (sekiranya berlaku) yang dikatakan sama seperti Kesultanan Sulu ke atas Sabah. Adakah patut berlaku? Oleh sebab itu, tuntutan mereka TIDAK BERASAS.

 #Tahniah diucapkan keatas ATM dan PDRM keatas kejayaan Ops Daulat.

Thursday, March 7, 2013

Hugo Chavez - Meninggalnya seorang legasi



 Hugo Chavez ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB
 
6 Mac 2013, sebaik sahaja Manchester United tewas dalam perlawanan UEFA menentang Real Madrid, penulis terkejut apabila mendapat berita mengenai kematian Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Beliau antara pemimpin dunia yang penulis kagum kerana ketegasannya terhadap dunia terutamanya dasar luar Amerika Syarikat yang dianggap beliau sebagai kuasa jahat dunia.

Beliau antara pemimpin yang lantang mengkritik dan mengutuk Amerika Syarikat dalam pelbagai isu serta menjalinkan hubungan dengan negara yang dianggap sebagai musuh Amerika seperti Iran, Syria, Cuba dan lain-lain lagi. Beliau juga antara pemimpin yang popular dikalangan rakyatnya dan di rantau Amerika Selatan melalui dasarnya yang dikenali sebagai dasar Bolivarian. 

Hugo Chavez bersalaman dengan Mahmoud Abbas ketika lawatan Presiden Palestine itu ke Venezuela.

Ketika Israel menyerang Gaza pada 2008-2009 lalu, Venezuela merupakan negara pertama yang mengutuk Israel dan kemudiannya memanggil balik dutanya di Tel Aviv. Tindakan Chavez menyebabkan rakyat Palestine menyanjung beliau. Chavez juga pernah mengunjung ke Damsyik dan bertemu dengan Bashar Al-Assad serta melawat Muammar Gaddafi di Libya sebelum perang saudara meletus.

Bagi penulis, beliau antara pemimpin yang patut kita hormat bukan saja ketegasannya terhadap AS tetapi sikapnya yang sentiasa ceria serta kepimpinannya yang sentiasa mementingkan rakyat. Semoga pengganti beliau meneruskan dasar2nya sedia ada...

Saturday, February 16, 2013

Lt Adnan Saidi - 71 tahun selepas kematiannya.





Leftenan Adnan bin Saidi, pejuang negara yang sentiasa dikenang
Ya Allah, apabila penulis melihat sejarah Jepun di Malaya, penulis teringat seorang pejuang Melayu yang hampir dilupakan. Beliau merupakan Leftenan Adnan bin Saidi, ketua kompeni Rejimen ke-2 Askar Melayu yang berkhidmat dibawah British.

Bagi sesiapa yang mengingati beliau, mesti ingat sebuah pertempuran yang melibatkan beliau dan 42 anggotanya iaitu Pertempuran Pasir Panjang. Walaupun dengan kekurangan bekalan, peluru, kekuatan tetapi mereka masih mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang semakin semangat menyerang. Dalam pertempuran itu juga menyaksikan bagaimana Lt Adnan dan anggotanya masih meneruskan perjuangan walaupun kehabisan peluru, mereka menggunakan bayonet, kemudian berlawan dengan menggunakan anggota badan. Namun tentera Jepun berjaya menumpaskan saki baki Rejimen Askar Melayu dan kemudiannya menawan keseluruhan Singapura setelah Jeneral A.E Percival menyerah kalah.

Walaupun tewas, kegigihan Lt Adnan dan Rejimen Askar Melayu menyebabkan ramai anggota tentera Jepun terbunuh. Lt Adnan yang cedera parah kemudian dipukul dan ditendang oleh tentera Jepun sebelum menggantungkan beliau disebuah pokok dan dibunuh secara kejam dengan menggunakan bayonet. Tarikh kejadian tersebut berlaku pada 14 Februari 1942.

Selepas itu, Kerajaan Malaysia, Singapura, Britain dan Jepun mengiktiraf perjuangan beliau.

Memandangkan peristiwa ini berlaku pada 14 Februari, penulis harap sangat agar rakyat kita, terutamanya umat Islam di negara kita, marilah kita sama2 memperingati beliau dan anggota2 RAM yang lain yang terkorban dengan membacakan surah Al-Fatihah daripada menyambut Hari Valentine yang sudah memang HARAM dari segi agama.

Al-Fatihah



Monday, February 11, 2013

China - Apa kita tahu mengenainya?


Baru-baru ini penulis melihat sebuah filem China yang bertajuk 1911 yang merupakan filem ke-100 bagi Jackie Chan. Filem 1911 ini mengisahkan mengenai sejarah China daripada peperangan saudara hingga kejatuhan dinasti terakhir China iaitu Dinasti Qing dan penubuhan Republik China. Penulis teringat kepada seseorang tokoh nasionalis China, iaitu Dr Sun Yat Sen.

Apa yang penulis tahu mengenai sejarah negara China moden ialah pada penghujung abad ke-19, kerajaan China masa itu adalah Dinasti Qing mengalami kekalahan teruk dalam peperangan dengan Jepun. Kemudian menjelang abad ke-20, China mengalami kekacauan dan revolusi nasionalisme sehingga membawa kepada peperangan. Dinasti Qing pada ketika itu semakin lemah. Pemimpin Revolusi China, Dr Sun Yat Sen mendesak agar Dinasti Qing dibubarkan namun gagal. Beberapa perang meletus hingga membawa kepada pembuburan Dinasti Qing oleh pemimpinnya sendiri iaitu Maharani Dowager Cixi pada 1912.

Dr. Sun Yat Sen dianggap sebagai wira China dan menubuh Republik China dan menjadi Presiden pertama tetapi kemudian meletak jawatan sejurus selepas pembubaran Dinasti Qing. Selepas itu, China kembali bergolak berikutan penentangan tentera Qing. Beliau kemudian meninggal dunia pada 1926. Pimpinannya dalam parti Kuomintang (KMT) diganti oleh Chiang Kai Shek.


Dr. Sun Yat Sen, tokoh yang bertanggungjawab menjatuhkan Dinasti Qing dan menubuhkan Republik China.

Mengenai Chiang Kai Shek, beliau merupakan pengganti Dr. Sun Yat Sen dan memimpin parti Kuomintang menentang Parti Komunis China (CPC) pimpinan Mao Zedong yang mula menguasai negara. Namun pada 1937, parti KMT dan CPC berdamai dan bekerjasama menentang kemaraan Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, satu usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan diantara KMT dan CPC dijalankan dan gagal. Perang Saudara meletus sekali lagi dan CPC berjaya menguasai China manakala KMT terpaksa berundur ke pulau yang dikenali sebagai Taiwan.

Chiang Kai-Shek, pengasas negara Taiwan.

Sejak kekalahan di tanah besar China, Chiang Kai Shek dan tentera KMT (lebih dikenali sebagai tentera nasionalis China) berundur ke sebuah pulau yang dikenali sebagai Taiwan. Beliau kemudian mengasaskan pentadbiran KMT di Taiwan dengan menamakan sebagai Republik China (tanah besar China dibawah CRC dikenali sebagai Republik Rakyat China). Beliau kemudian berusaha untuk menawan kembali China tetapi gagal. Setelah 26 tahun memerintah Taiwan, beliau telah meninggal dunia pada 1975.

Seorang lagi tokoh yang penulis ketahui ialah Mao Zedong. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pengerusi Mao mengetuai Parti Komunis China dan menubuhkan Republik Rakyat China pada 1949 dan mentadbirnya sehingga kematian beliau pada 1976. Penulis teringat satu peristiwa dimana Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak melawat China dan bertemu Pengerusi Mao sekali menjalin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pengerusi Mao bersalaman dengan Tun Abdul Razak pada 1974.

Ramai lagi tokoh2 China yang penulis ketahui, Yuan Shikai, Huang Xing, Xiao Enlai, Deng Xiaoping dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka terdiri dari pemimpin2 CPC.

Wednesday, February 6, 2013

55 tahun selepas Tragedi Munich






6 Februari 1958, tarikh yang sentiasa diingati oleh peminat2 Manchester United dan warga Eropah. Tarikh di mana pasukan Manchester United mengalami kemalangan ketika berlepas di Munich, German. Kemalangan tersebut telah meragut 23 nyawa, termasuk 8 pemain United ketika itu yang digelar sebagai Busby Babes. Ketika itu, pasukan tersebut dalam perjalanan pulang ke Manchester setelah bermain di Yugoslavia menentang Red Star Belgrade dengan kemenangan agreget 5-4.

Selepas tragedi tersebut, Manchester United bergelut dengan masalah kekurangan pemain berpengalaman tetapi hasil usaha pengurus ketika itu, Sir Matt Busby berjaya membina semula pasukannya. Kemuncaknya pada 1968, United telah menjadi kelab England pertama yang memenangi Piala Eropah setelah menewaskan Benfica, 4-1.

Kini, setelah 55 tahun tragedi berlaku, United kini merupakan salah sebuah kelab yang paling berjaya di dunia. Dalam Liga Perdana Inggeris, United kini mendahului dengan kelebihan 9 mata berbanding juara bertahan, Manchester City.

Penulis sebenarnya tidak sabar menunggu perlawanan antara United dengan Real Madrid dalam perlawanan 16 pasukan Liga Juara-Juara UEFA.



Thursday, January 31, 2013

Maaf

Maaf,
Kadang-kala kita sangkakan betul, tapi ada yang salahnya,
Kadang-kala kita sangkakan cukup, tapi ada yang kurangnya,
Kadang-kala kita sangkakan senang, tapi ada yang susahnya.

Maaf,
Kerana selalu membuat kesalahan,
Kerana selalu mengurangkan sesuatu amalan,
Kerana selalu menyusahkan.

 Itulah manusia,
Sering buat perkara-pekara yang tidak diingini,
Sama ada tidak sedar mahupun sebaliknya,
Tetapi ingatlah,
Segala yang berlaku,
Tidak semestinya kita akan terus melakukannya.

Itulah manusia,
Bila salah, kita perbetulkan,
Bila kurang, kita cukupkan,
Bila susah, kita senangkan.
Itulah insan yang sentiasa sedar dengan hidupnya.
Itulah insan yang sentiasa belajar dari segala masalah.
Itulah insan yang akan berjaya,
Dunia dan Akhirat.

Maaf,
Kita tak sempurna.

Tetapi,
Kita akan belajar dari ketidaksempurnaan kita

Untuk,
Menjadi insan yang sentiasa mencari kesempurnaan,
Sempurna di sisi Allah SWT.


 

Tuesday, January 29, 2013

Israel : Tidak menjalinkan atau tidak mengiktiraf?

Kali ini penulis ingin membincangkan mengenai salah satu dasar luar Malaysia iaitu hubungan diplomatik dengan Israel. Persoalannya, adakah Malaysia enggan menjalinkan hubungan atau tidak mengiktiraf kewujudan Israel?

Menurut sumber yang diperoleh, wakil2 kerajaan Israel pernah terlibat dalam proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan menyokong kemasukan PTM ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi disebabkan tindakan Israel keatas Palestine menyebabkan kerajaan Malaya dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Dua ayat iaitu  "tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel" dan "tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel" adalah sangat berbeza. Definisi bagi ayat pertama ialah negara kita, Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel kerana kekejaman Israel keatas rakyat Palestine. Seandainya Israel dan Palestine berdamai dan Palestine merdeka sebagai sebuah negara yang beribu negara di Baitul Maqdis, maka hubungan Malaysia-Israel akan terjalin. Ayat tersebut tidak bermakna Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Ayat kedua bermakna Malaysia berpendirian tegas dengan tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan hanya mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ayat ini juga bermaksud, tiada sebarang hubungan dengan Israel sama ada ekonomi, politik dan sosial. Sekaligus sama pendirian dengan Hamas.

Sekarang ini, dasar luar negara kita mengatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel. Tetapi, hubungan kedua-dua negara tetap ada dalam ekonomi. Terdapat syarikat2 milik warga Israel melabur dalam ekonomi negara. Kapal2 milik syarikat Israel berdagang di Pelabuhan Kelang. Malah dalam surat khabar, Baitul Maqdis dikatakan terletak di Israel. Bagi penulis, jelas bertentangan dengan apa yang umat Islam di Malaysia memperjuangkan.

Penulis kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Majoriti umat Islam di negara kita jelas tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Apa-apa yang berkaitan dengan Israel, akan ditentang habis-habisan. Namun penulis berharap pihak kerajaan terutamanya Kementerian Luar agar tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Israel dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Monday, January 28, 2013

Krisis di Mesir : Runsing

 Perhimpunan anti-Morsi yang semakin rancak.

Pergelutan antara polis Mesir dan penuntut perasaan.

Hingga ke hari ini, krisis di Mesir tidak pernah reda. Penulis runsing dengan apa yang berlaku di sana. Dulu mereka ingin menjatuhkan bekas presiden Hosni Mubarak dan berjaya. Kemudian, pilihan raya presiden Mesir dijalankan. Kemudian, Mohamed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden Mesir dan jawatan Presiden. Rakyat pada ketika itu, bersorak meraikan kemenangan Presiden Morsi. Malah, kejayaan Presiden Morsi turut mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat antarabangsa.

Tetapi, beberapa kemudian, rakyat Mesir mula menentang pentadbiran Morsi. Penulis mendapat info bahawa Presiden Morsi memperolehi kuasa melebihi undang-undang. Tujuan rakyat mengadakan protes, bantahan dan perhimpunan bertujuan untuk mendesak Morsi merombak perlembagaan baru Mesir. Entahlah, penulis tidak tahu nak berkata apa-apa. Mungkin penganalisis2 politik di luar sana tahu jawapan dengan lebih mendalam mengenai krisis ini.

Walau apa yang berlaku di Mesir, penulis tetap menyokong penuh pentadbiran Presiden Morsi kerana penulis yakin dengan kemampuan beliau sebagai ahli Ikhwanul Muslimin dalam menyelesaikan urusan Palestine, terutamanya Gaza. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan beliau.

Sunday, January 27, 2013

Kematian William Yau - Sampai bila rakyat Malaysia nak belajar?

William Yau, kanak-kanak berusia 6 tahun, hilang pada 16 Januari yang lepas telah dijumpai mati pada 24 Januari yang lepas. Mangsa dikatakan hilang selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu-bapanya di kedai elektrik.

Mayat mangsa ditemui di Sungai Kelang dan dibawa ke HTAR untuk pengecaman mayat. Mayat kemudian disahkan oleh ibu-bapa William Yau. Keadaan mayat dikatakan reput kerana telah meninggal seminggu yang lalu. Siapa yang dapat memahami perasaan ibu-bapa mangsa ketika keluar dari HTAR?

Sehingga kini, kes kanak-kanak hilang masih berlaku. Sampai bila rakyat Malaysia nak belajar? Adakah kita masih ingat kes Nurin Jazlin? Kanak-kanak yang berusia 8 tahun pada tahun 2007 yang hilang kemudian ditemui mati dalam beg pakaian. Pembunuh sebenar masih belum dijumpai hingga kini. Pada tahun 2008, Sharlinie, seorang lagi mangsa kanak-kanak hilang sehingga kini, masih tidak ditemui. Ramai lagi kanak-kanak yang hilang hasil kecuaian ibu-bapa atau ahli keluarga yang bertanggungjawab. 

Penulis teringat ketika menetap di Pangsapuri Sri Nilam, ketika penulis keluar untuk membeli sesuatu di kedai runcit berhampiran atau keluar untuk menjenguk aktiviti2 malam yang biasa di lakukan oleh remaja, ramai kanak-kanak yang belagak macam orang besar, keluar dengan kengkawan sampai lewat malam. Mana ibu-bapa mereka? Pernah pada suatu ketika, pukul 3.45 pagi, ada lagi kanak-kanak yang masih main basikal di taman permainan. Dimanakah ibu-bapa mereka? Adakah mereka sedar dengan tanggungjawab mereka?

Tolonglah. Sepatutnya ibu-bapa mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Jangan sekadar bersimpati. Takkan kita nak tunggu sampai semua kanak-kanak hilang, mati dan sebagainya, baru kita sedar? 

**Penulis rasa amat bersyukur kerana ibu-bapa penulis sentiasa menjaga penulis dan adik-beradik yang lain....:DD


Tuesday, January 22, 2013

Islam dan Kemanusiaan.

Islam dan Kemanusiaan. Itulah dua perkara yang terlintas dalam pemikiran penulis. Namun penulis tidak mahu menghuraikan Islam dengan lebih mendalam kerana semua orang dah tahu. Apa yang ingin penulis tekankan ialah Kemanusiaan.

Bagi penulis, sikap kemanusiaan ialah satu sikap menyayangi manusia lain. Sikap di mana kita saling bantu-membantu di kalangan manusia tanpa mengira apa-apa jua. Sikap di mana kita sayang seseorang sebagai manusia yang ada hak untuk hidup dengan sempurna.

Sekarang terdapat 4 perkara yang penulis ingin huraikan mengenai Islam dan Kemanusiaan iaitu, tanpa Islam, tanpa kemanusiaan, tanpa kedua-duanya dan ada kedua-duanya.

ISLAM & KEMANUSIAAN

1. Kalau tanpa ISLAM :

Kalau tanpa Islam, maknanya kafir. Sebanyak mana pun amalan kemanusiaan yang kita lakukan, kita tetap kafir di sisi Allah SWT.

2. Kalau tanpa KEMANUSIAAN :

Kalau seseorang itu beragama Islam tetapi tiada sikap kemanusiaan, maknanya kita hanya sekadar mementing agama sahaja dan tidak ambil peduli dengan orang lain. Ataupun lagi dahsyat, sanggup memperjuangkan sesuatu perkara keagamaan tanpa mengetahui permasalahan orang lain. Senang cerita macam Al-Qaeda atau Taliban atau mana2 kumpulan Ekstrimis Islam yang sanggup membunuh orang ramai yang tidak berdosa.

3. Tanpa ISLAM dan KEMANUSIAAN :

Kalau tanpa kedua-duanya, itu merupakan manusia yang paling kejam. Siapa lagi yang kejam tak lain tak bukan, Zionist. Mereka (Zionist) sanggup membunuh ribuan warga Palestine hanya semata-mata kepentingan politik.

4. Kalau ada ISLAM dan KEMANUSIAAN

Sebahagian besar orang Islam termasuk dalam golongan ini. Apa yang penulis dapat katakan, selagi kita berusaha untuk beribadah kepada Allah SWT dan pada masa yang sama, menjaga hubungan baik sesama manusia dan membantu mereka yang susah, insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

Secara kesimpulannya, kedua-dua perkara iaitu Islam dan Kemanusiaan sebenar penting dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin sukar. Mungkin apa yang penulis katakan dalam entry kali ini tidak seberapa berbanding dengan orang lain yang jauh lebih handal dan hebat dari penulis, ini hanyalah pendapat dan pandangan penulis yang tidak seberapa...:D

Thursday, January 17, 2013

Hak Bersuara...??


Semua manusia yang hidup di dunia ada hak masing2. Hak untuk memiliki harta, keadilan, kesihatan, pendidikan, berkahwin, memilih kerajaan, bersuara, tukar agama dan macam2 lagi. Tetapi pada kali ini, penulis ingin membincangkan mengenai Hak Bersuara.

Penulis tidak ingin membincangkan dengan lebih mendalam mengenai Hak Bersuara atau kebebasan bersuara dengan lebih mendalam tetapi apa yang penulis ingin tekankan ialah bagaimana dan mengapa serta batasannya. Setiap individu ada hak tersebut tak kira dari kanak-kanak sehinggalah ke dewasa. Mereka boleh meluahkan apa sahaja pendapat, idea, ataupun kritikan terhadap sesuatu perkara (yg utamanya ialah kerajaan) asalkan dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Apabila ada sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan atau tidak senang dalam sesuatu perkara, mereka boleh meluahkan masalah mereka untuk didengari oleh pihak atasan. Dan pihak atasan terutamanya kerajaan wajib mendengar kerana itu adalah sebahagian daripada hak bersuara.

Setiap perkara ada batasannya. Dalam kebebasan bersuara, walaupun semua boleh meluahkan apa sahaja tetapi ada perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Di Malaysia, antara perkara yang dilarang ialah perkara2 yang berkaitan dengan perlembagaan, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan perkara sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Mengenai peristiwa yang berlaku dalam Forum Mahasiswa UUM tu, apa yang dilakukan Presiden Suara 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeem merampas mikrofon dan merendah-rendahkan Bawani KS adalah tindakan yang salah. Mengenai kenyataannya yang menyatakan bahawa haiwan ada masalah, sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang dihujahkan oleh Bawani KS. Walaupun mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa tersebut, namun Sharifah tidak sepatutnya mencelah, menghiraukan persoalan yang disoalkan dan merendah2kan siswi tersebut. Sepatutnya beliau mendengar sepenuhnya apa yang dihujahkan dan menjawab segala persoalan. Walaubagaimanapun sekarang, kredibiliti beliau sebagai Presiden Suara 1 Malaysia sudah jatuh.

Sebagai kesimpulan, setiap manusia bebas meluahkan apa sahaja permasalahan yang dihadapi mereka untuk berusaha mencari kehidupan yang aman dan tenteram,

Sunday, January 13, 2013

Itulah Manusia

Apa yang indah, kita bersyukur,
Apa yang jelik, kita bersabar,
Apa yang seronok, kita bergembira,
Apa yang sedih, kita menangis.

Adakah kita sedar,
Segala perbuatan yang kita lakukan,
Adakah kita tahu,
Segala perkataan yang kita ucapkan,
Adakah kita suka,
Segala kebaikan kita,
Adakah kita benci,
Segala kesalahan kita.

Niat yang baik, jangan disangka buruk
Niat yang buruk, jangan disangka akan berlaku.

Bila kita terlupa,
Tak semestinya kita lupa selama-lamanya,
Bila kita terbuat,
Tak semestinya kita terus melakukannya,
Bila kita terleka,
Tak semestinya kita terus alpa,
Bila kita tak sedar,
Tak semestinya kita terus begini pada masa yang akan datang.

Itulah kita, manusia ciptaan Ilahi,
Sentiasa tidak sempurna,
Tetapi,
Kita terus berusaha untuk menjadi sempurna.
Sempurna di sisi Allah Maha Esa.

Saturday, January 12, 2013

Islamkan Politik atau Politikan Islam

Dua ayat yang sering penulis terbayang-bayang iaitu Islamkan Politik dan Politikan Islam. Sejak dari dahulu lagi penulis ingin membincangkan tentang isu ini tetapi ada pihak yang menasihatkan penulis supaya belajar terlebih dahulu. Dan akhirnya, inilah masa yang sesuai untuk penulis membincangkan mengenai topik ini dari pandangan seorang remaja.

Islamkan Politik dan Politikan Islam, dua perkara yang berbeza dalam bidang politik sesebuah pentadbiran. Apakah yang bezanya? Bagi penulis, mendengar ayat kedua-dua perkara itu sahaja dah berbeza, apatah lagi maknanya.

Yang pertama ialah Islamkan Politik. Islamkan Politik ialah sistem politik yang diserapkan ciri-ciri Islam dalam sesebuah pentadbiran. Antara ciri-ciri Islam tersebut ialah konsep Majlis Syura, sistem Baiah, pentadbiran yang mengamalkan hukum-hakam Islam dan lain-lain perkara yang melibatkan kepentingan Islam. Rakyat yang hidup di bawah pentadbiran ini akan menikmati cara hidup Islam yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, Islam adalah panduan utama dalam sesebuah pentadbiran dan negara. Antara contoh negara atau kerajaan Islam yang kita tahu ialah Kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W, Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan2 Islam yang terdahulu.

Keduanya ialah Politikan Islam. Politikan Islam ialah sistem pentadbiran yang meletakan Islam sebagai modal untuk kepentingan politik sama ada seseorang atau pergerakan. Apabila seseorang pemerintah ingin melakukan sesuatu yang salah untuk menguntungkannya, dia akan menggunakan Islam sebagai alat untuk membolehkan tindakannya sedangkan salah. Dalam kata mudah, Islam dijadikan sebagai alat kepentingan. Dan terlalu banyak contoh2 mengamalkan perkara tersebut antaranya negara2 Islam sekarang.

Kesimpulannya, Islamkan Politik ialah Agama Islam dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu perkara manakala Politikan Islam ialah Agama Islam dijadikan sebagai alat kepentingan seseorang atau sesebuah kumpulan.

Inilah pandangan penulis mengenai kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya ada kesalahan, mohon diperbetulkan....:D

Tuesday, January 8, 2013

60,000++ rakyat Syria terbunuh. Diam je??

Dah hampir 2 tahun krisis Syria berlangsung. Penulis sebenarnya hanya sekadar tahu menahu apa yang berlaku di sana. Presiden Bashar Al-Assad masih enggan meletak jawatan sebagai Presiden Syria dan perang saudara masih berlangsung.

Yang mengejutkan penulis ialah bilangan kematian iaitu seramai 60,000++ rakyat Syria terbunuh dalam krisis politik ini. Seingat penulis, kali terakhir bilangan korban di Syria seramai 12,000 lebih. Penulis sangat terkejut sedangkan masyarakat Islam setempat hanya sekadar mendiamkan diri?

Ketika Israel menyerang Gaza pada 2008, apabila jumlah kematian rakyat Palestine seramai 1400++, masyarakat dunia bising dan membantah tindakan Israel. Kini, krisis di Syria, rata-rata suara bantahan dan kecaman seakan-akan perlahan. Penulis tidak mendengar sebarang tindakan oleh mana2 negara Islam.

Adakah kita sedar bahawa mangsa2 yang terbunuh ialah umat Islam. Kematian mereka bukanlah sebab tentera kafir yang bunuh tetapi umat Islam sendiri yang lakukan. Tolonglah sedar.

PEACE 4 SYRIA & PALESTINE....:DD