Followers

Thursday, January 31, 2013

Maaf

Maaf,
Kadang-kala kita sangkakan betul, tapi ada yang salahnya,
Kadang-kala kita sangkakan cukup, tapi ada yang kurangnya,
Kadang-kala kita sangkakan senang, tapi ada yang susahnya.

Maaf,
Kerana selalu membuat kesalahan,
Kerana selalu mengurangkan sesuatu amalan,
Kerana selalu menyusahkan.

 Itulah manusia,
Sering buat perkara-pekara yang tidak diingini,
Sama ada tidak sedar mahupun sebaliknya,
Tetapi ingatlah,
Segala yang berlaku,
Tidak semestinya kita akan terus melakukannya.

Itulah manusia,
Bila salah, kita perbetulkan,
Bila kurang, kita cukupkan,
Bila susah, kita senangkan.
Itulah insan yang sentiasa sedar dengan hidupnya.
Itulah insan yang sentiasa belajar dari segala masalah.
Itulah insan yang akan berjaya,
Dunia dan Akhirat.

Maaf,
Kita tak sempurna.

Tetapi,
Kita akan belajar dari ketidaksempurnaan kita

Untuk,
Menjadi insan yang sentiasa mencari kesempurnaan,
Sempurna di sisi Allah SWT.


 

Tuesday, January 29, 2013

Israel : Tidak menjalinkan atau tidak mengiktiraf?

Kali ini penulis ingin membincangkan mengenai salah satu dasar luar Malaysia iaitu hubungan diplomatik dengan Israel. Persoalannya, adakah Malaysia enggan menjalinkan hubungan atau tidak mengiktiraf kewujudan Israel?

Menurut sumber yang diperoleh, wakil2 kerajaan Israel pernah terlibat dalam proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan menyokong kemasukan PTM ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi disebabkan tindakan Israel keatas Palestine menyebabkan kerajaan Malaya dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Dua ayat iaitu  "tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel" dan "tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel" adalah sangat berbeza. Definisi bagi ayat pertama ialah negara kita, Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel kerana kekejaman Israel keatas rakyat Palestine. Seandainya Israel dan Palestine berdamai dan Palestine merdeka sebagai sebuah negara yang beribu negara di Baitul Maqdis, maka hubungan Malaysia-Israel akan terjalin. Ayat tersebut tidak bermakna Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Ayat kedua bermakna Malaysia berpendirian tegas dengan tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan hanya mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ayat ini juga bermaksud, tiada sebarang hubungan dengan Israel sama ada ekonomi, politik dan sosial. Sekaligus sama pendirian dengan Hamas.

Sekarang ini, dasar luar negara kita mengatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel. Tetapi, hubungan kedua-dua negara tetap ada dalam ekonomi. Terdapat syarikat2 milik warga Israel melabur dalam ekonomi negara. Kapal2 milik syarikat Israel berdagang di Pelabuhan Kelang. Malah dalam surat khabar, Baitul Maqdis dikatakan terletak di Israel. Bagi penulis, jelas bertentangan dengan apa yang umat Islam di Malaysia memperjuangkan.

Penulis kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Majoriti umat Islam di negara kita jelas tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Apa-apa yang berkaitan dengan Israel, akan ditentang habis-habisan. Namun penulis berharap pihak kerajaan terutamanya Kementerian Luar agar tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Israel dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Monday, January 28, 2013

Krisis di Mesir : Runsing

 Perhimpunan anti-Morsi yang semakin rancak.

Pergelutan antara polis Mesir dan penuntut perasaan.

Hingga ke hari ini, krisis di Mesir tidak pernah reda. Penulis runsing dengan apa yang berlaku di sana. Dulu mereka ingin menjatuhkan bekas presiden Hosni Mubarak dan berjaya. Kemudian, pilihan raya presiden Mesir dijalankan. Kemudian, Mohamed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden Mesir dan jawatan Presiden. Rakyat pada ketika itu, bersorak meraikan kemenangan Presiden Morsi. Malah, kejayaan Presiden Morsi turut mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat antarabangsa.

Tetapi, beberapa kemudian, rakyat Mesir mula menentang pentadbiran Morsi. Penulis mendapat info bahawa Presiden Morsi memperolehi kuasa melebihi undang-undang. Tujuan rakyat mengadakan protes, bantahan dan perhimpunan bertujuan untuk mendesak Morsi merombak perlembagaan baru Mesir. Entahlah, penulis tidak tahu nak berkata apa-apa. Mungkin penganalisis2 politik di luar sana tahu jawapan dengan lebih mendalam mengenai krisis ini.

Walau apa yang berlaku di Mesir, penulis tetap menyokong penuh pentadbiran Presiden Morsi kerana penulis yakin dengan kemampuan beliau sebagai ahli Ikhwanul Muslimin dalam menyelesaikan urusan Palestine, terutamanya Gaza. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan beliau.

Sunday, January 27, 2013

Kematian William Yau - Sampai bila rakyat Malaysia nak belajar?

William Yau, kanak-kanak berusia 6 tahun, hilang pada 16 Januari yang lepas telah dijumpai mati pada 24 Januari yang lepas. Mangsa dikatakan hilang selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu-bapanya di kedai elektrik.

Mayat mangsa ditemui di Sungai Kelang dan dibawa ke HTAR untuk pengecaman mayat. Mayat kemudian disahkan oleh ibu-bapa William Yau. Keadaan mayat dikatakan reput kerana telah meninggal seminggu yang lalu. Siapa yang dapat memahami perasaan ibu-bapa mangsa ketika keluar dari HTAR?

Sehingga kini, kes kanak-kanak hilang masih berlaku. Sampai bila rakyat Malaysia nak belajar? Adakah kita masih ingat kes Nurin Jazlin? Kanak-kanak yang berusia 8 tahun pada tahun 2007 yang hilang kemudian ditemui mati dalam beg pakaian. Pembunuh sebenar masih belum dijumpai hingga kini. Pada tahun 2008, Sharlinie, seorang lagi mangsa kanak-kanak hilang sehingga kini, masih tidak ditemui. Ramai lagi kanak-kanak yang hilang hasil kecuaian ibu-bapa atau ahli keluarga yang bertanggungjawab. 

Penulis teringat ketika menetap di Pangsapuri Sri Nilam, ketika penulis keluar untuk membeli sesuatu di kedai runcit berhampiran atau keluar untuk menjenguk aktiviti2 malam yang biasa di lakukan oleh remaja, ramai kanak-kanak yang belagak macam orang besar, keluar dengan kengkawan sampai lewat malam. Mana ibu-bapa mereka? Pernah pada suatu ketika, pukul 3.45 pagi, ada lagi kanak-kanak yang masih main basikal di taman permainan. Dimanakah ibu-bapa mereka? Adakah mereka sedar dengan tanggungjawab mereka?

Tolonglah. Sepatutnya ibu-bapa mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Jangan sekadar bersimpati. Takkan kita nak tunggu sampai semua kanak-kanak hilang, mati dan sebagainya, baru kita sedar? 

**Penulis rasa amat bersyukur kerana ibu-bapa penulis sentiasa menjaga penulis dan adik-beradik yang lain....:DD


Tuesday, January 22, 2013

Islam dan Kemanusiaan.

Islam dan Kemanusiaan. Itulah dua perkara yang terlintas dalam pemikiran penulis. Namun penulis tidak mahu menghuraikan Islam dengan lebih mendalam kerana semua orang dah tahu. Apa yang ingin penulis tekankan ialah Kemanusiaan.

Bagi penulis, sikap kemanusiaan ialah satu sikap menyayangi manusia lain. Sikap di mana kita saling bantu-membantu di kalangan manusia tanpa mengira apa-apa jua. Sikap di mana kita sayang seseorang sebagai manusia yang ada hak untuk hidup dengan sempurna.

Sekarang terdapat 4 perkara yang penulis ingin huraikan mengenai Islam dan Kemanusiaan iaitu, tanpa Islam, tanpa kemanusiaan, tanpa kedua-duanya dan ada kedua-duanya.

ISLAM & KEMANUSIAAN

1. Kalau tanpa ISLAM :

Kalau tanpa Islam, maknanya kafir. Sebanyak mana pun amalan kemanusiaan yang kita lakukan, kita tetap kafir di sisi Allah SWT.

2. Kalau tanpa KEMANUSIAAN :

Kalau seseorang itu beragama Islam tetapi tiada sikap kemanusiaan, maknanya kita hanya sekadar mementing agama sahaja dan tidak ambil peduli dengan orang lain. Ataupun lagi dahsyat, sanggup memperjuangkan sesuatu perkara keagamaan tanpa mengetahui permasalahan orang lain. Senang cerita macam Al-Qaeda atau Taliban atau mana2 kumpulan Ekstrimis Islam yang sanggup membunuh orang ramai yang tidak berdosa.

3. Tanpa ISLAM dan KEMANUSIAAN :

Kalau tanpa kedua-duanya, itu merupakan manusia yang paling kejam. Siapa lagi yang kejam tak lain tak bukan, Zionist. Mereka (Zionist) sanggup membunuh ribuan warga Palestine hanya semata-mata kepentingan politik.

4. Kalau ada ISLAM dan KEMANUSIAAN

Sebahagian besar orang Islam termasuk dalam golongan ini. Apa yang penulis dapat katakan, selagi kita berusaha untuk beribadah kepada Allah SWT dan pada masa yang sama, menjaga hubungan baik sesama manusia dan membantu mereka yang susah, insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

Secara kesimpulannya, kedua-dua perkara iaitu Islam dan Kemanusiaan sebenar penting dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin sukar. Mungkin apa yang penulis katakan dalam entry kali ini tidak seberapa berbanding dengan orang lain yang jauh lebih handal dan hebat dari penulis, ini hanyalah pendapat dan pandangan penulis yang tidak seberapa...:D

Thursday, January 17, 2013

Hak Bersuara...??


Semua manusia yang hidup di dunia ada hak masing2. Hak untuk memiliki harta, keadilan, kesihatan, pendidikan, berkahwin, memilih kerajaan, bersuara, tukar agama dan macam2 lagi. Tetapi pada kali ini, penulis ingin membincangkan mengenai Hak Bersuara.

Penulis tidak ingin membincangkan dengan lebih mendalam mengenai Hak Bersuara atau kebebasan bersuara dengan lebih mendalam tetapi apa yang penulis ingin tekankan ialah bagaimana dan mengapa serta batasannya. Setiap individu ada hak tersebut tak kira dari kanak-kanak sehinggalah ke dewasa. Mereka boleh meluahkan apa sahaja pendapat, idea, ataupun kritikan terhadap sesuatu perkara (yg utamanya ialah kerajaan) asalkan dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Apabila ada sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan atau tidak senang dalam sesuatu perkara, mereka boleh meluahkan masalah mereka untuk didengari oleh pihak atasan. Dan pihak atasan terutamanya kerajaan wajib mendengar kerana itu adalah sebahagian daripada hak bersuara.

Setiap perkara ada batasannya. Dalam kebebasan bersuara, walaupun semua boleh meluahkan apa sahaja tetapi ada perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Di Malaysia, antara perkara yang dilarang ialah perkara2 yang berkaitan dengan perlembagaan, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan perkara sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Mengenai peristiwa yang berlaku dalam Forum Mahasiswa UUM tu, apa yang dilakukan Presiden Suara 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeem merampas mikrofon dan merendah-rendahkan Bawani KS adalah tindakan yang salah. Mengenai kenyataannya yang menyatakan bahawa haiwan ada masalah, sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang dihujahkan oleh Bawani KS. Walaupun mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa tersebut, namun Sharifah tidak sepatutnya mencelah, menghiraukan persoalan yang disoalkan dan merendah2kan siswi tersebut. Sepatutnya beliau mendengar sepenuhnya apa yang dihujahkan dan menjawab segala persoalan. Walaubagaimanapun sekarang, kredibiliti beliau sebagai Presiden Suara 1 Malaysia sudah jatuh.

Sebagai kesimpulan, setiap manusia bebas meluahkan apa sahaja permasalahan yang dihadapi mereka untuk berusaha mencari kehidupan yang aman dan tenteram,

Sunday, January 13, 2013

Itulah Manusia

Apa yang indah, kita bersyukur,
Apa yang jelik, kita bersabar,
Apa yang seronok, kita bergembira,
Apa yang sedih, kita menangis.

Adakah kita sedar,
Segala perbuatan yang kita lakukan,
Adakah kita tahu,
Segala perkataan yang kita ucapkan,
Adakah kita suka,
Segala kebaikan kita,
Adakah kita benci,
Segala kesalahan kita.

Niat yang baik, jangan disangka buruk
Niat yang buruk, jangan disangka akan berlaku.

Bila kita terlupa,
Tak semestinya kita lupa selama-lamanya,
Bila kita terbuat,
Tak semestinya kita terus melakukannya,
Bila kita terleka,
Tak semestinya kita terus alpa,
Bila kita tak sedar,
Tak semestinya kita terus begini pada masa yang akan datang.

Itulah kita, manusia ciptaan Ilahi,
Sentiasa tidak sempurna,
Tetapi,
Kita terus berusaha untuk menjadi sempurna.
Sempurna di sisi Allah Maha Esa.

Saturday, January 12, 2013

Islamkan Politik atau Politikan Islam

Dua ayat yang sering penulis terbayang-bayang iaitu Islamkan Politik dan Politikan Islam. Sejak dari dahulu lagi penulis ingin membincangkan tentang isu ini tetapi ada pihak yang menasihatkan penulis supaya belajar terlebih dahulu. Dan akhirnya, inilah masa yang sesuai untuk penulis membincangkan mengenai topik ini dari pandangan seorang remaja.

Islamkan Politik dan Politikan Islam, dua perkara yang berbeza dalam bidang politik sesebuah pentadbiran. Apakah yang bezanya? Bagi penulis, mendengar ayat kedua-dua perkara itu sahaja dah berbeza, apatah lagi maknanya.

Yang pertama ialah Islamkan Politik. Islamkan Politik ialah sistem politik yang diserapkan ciri-ciri Islam dalam sesebuah pentadbiran. Antara ciri-ciri Islam tersebut ialah konsep Majlis Syura, sistem Baiah, pentadbiran yang mengamalkan hukum-hakam Islam dan lain-lain perkara yang melibatkan kepentingan Islam. Rakyat yang hidup di bawah pentadbiran ini akan menikmati cara hidup Islam yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, Islam adalah panduan utama dalam sesebuah pentadbiran dan negara. Antara contoh negara atau kerajaan Islam yang kita tahu ialah Kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W, Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan2 Islam yang terdahulu.

Keduanya ialah Politikan Islam. Politikan Islam ialah sistem pentadbiran yang meletakan Islam sebagai modal untuk kepentingan politik sama ada seseorang atau pergerakan. Apabila seseorang pemerintah ingin melakukan sesuatu yang salah untuk menguntungkannya, dia akan menggunakan Islam sebagai alat untuk membolehkan tindakannya sedangkan salah. Dalam kata mudah, Islam dijadikan sebagai alat kepentingan. Dan terlalu banyak contoh2 mengamalkan perkara tersebut antaranya negara2 Islam sekarang.

Kesimpulannya, Islamkan Politik ialah Agama Islam dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu perkara manakala Politikan Islam ialah Agama Islam dijadikan sebagai alat kepentingan seseorang atau sesebuah kumpulan.

Inilah pandangan penulis mengenai kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya ada kesalahan, mohon diperbetulkan....:D

Tuesday, January 8, 2013

60,000++ rakyat Syria terbunuh. Diam je??

Dah hampir 2 tahun krisis Syria berlangsung. Penulis sebenarnya hanya sekadar tahu menahu apa yang berlaku di sana. Presiden Bashar Al-Assad masih enggan meletak jawatan sebagai Presiden Syria dan perang saudara masih berlangsung.

Yang mengejutkan penulis ialah bilangan kematian iaitu seramai 60,000++ rakyat Syria terbunuh dalam krisis politik ini. Seingat penulis, kali terakhir bilangan korban di Syria seramai 12,000 lebih. Penulis sangat terkejut sedangkan masyarakat Islam setempat hanya sekadar mendiamkan diri?

Ketika Israel menyerang Gaza pada 2008, apabila jumlah kematian rakyat Palestine seramai 1400++, masyarakat dunia bising dan membantah tindakan Israel. Kini, krisis di Syria, rata-rata suara bantahan dan kecaman seakan-akan perlahan. Penulis tidak mendengar sebarang tindakan oleh mana2 negara Islam.

Adakah kita sedar bahawa mangsa2 yang terbunuh ialah umat Islam. Kematian mereka bukanlah sebab tentera kafir yang bunuh tetapi umat Islam sendiri yang lakukan. Tolonglah sedar.

PEACE 4 SYRIA & PALESTINE....:DD