Followers

Saturday, February 16, 2013

Lt Adnan Saidi - 71 tahun selepas kematiannya.





Leftenan Adnan bin Saidi, pejuang negara yang sentiasa dikenang
Ya Allah, apabila penulis melihat sejarah Jepun di Malaya, penulis teringat seorang pejuang Melayu yang hampir dilupakan. Beliau merupakan Leftenan Adnan bin Saidi, ketua kompeni Rejimen ke-2 Askar Melayu yang berkhidmat dibawah British.

Bagi sesiapa yang mengingati beliau, mesti ingat sebuah pertempuran yang melibatkan beliau dan 42 anggotanya iaitu Pertempuran Pasir Panjang. Walaupun dengan kekurangan bekalan, peluru, kekuatan tetapi mereka masih mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang semakin semangat menyerang. Dalam pertempuran itu juga menyaksikan bagaimana Lt Adnan dan anggotanya masih meneruskan perjuangan walaupun kehabisan peluru, mereka menggunakan bayonet, kemudian berlawan dengan menggunakan anggota badan. Namun tentera Jepun berjaya menumpaskan saki baki Rejimen Askar Melayu dan kemudiannya menawan keseluruhan Singapura setelah Jeneral A.E Percival menyerah kalah.

Walaupun tewas, kegigihan Lt Adnan dan Rejimen Askar Melayu menyebabkan ramai anggota tentera Jepun terbunuh. Lt Adnan yang cedera parah kemudian dipukul dan ditendang oleh tentera Jepun sebelum menggantungkan beliau disebuah pokok dan dibunuh secara kejam dengan menggunakan bayonet. Tarikh kejadian tersebut berlaku pada 14 Februari 1942.

Selepas itu, Kerajaan Malaysia, Singapura, Britain dan Jepun mengiktiraf perjuangan beliau.

Memandangkan peristiwa ini berlaku pada 14 Februari, penulis harap sangat agar rakyat kita, terutamanya umat Islam di negara kita, marilah kita sama2 memperingati beliau dan anggota2 RAM yang lain yang terkorban dengan membacakan surah Al-Fatihah daripada menyambut Hari Valentine yang sudah memang HARAM dari segi agama.

Al-Fatihah



Monday, February 11, 2013

China - Apa kita tahu mengenainya?


Baru-baru ini penulis melihat sebuah filem China yang bertajuk 1911 yang merupakan filem ke-100 bagi Jackie Chan. Filem 1911 ini mengisahkan mengenai sejarah China daripada peperangan saudara hingga kejatuhan dinasti terakhir China iaitu Dinasti Qing dan penubuhan Republik China. Penulis teringat kepada seseorang tokoh nasionalis China, iaitu Dr Sun Yat Sen.

Apa yang penulis tahu mengenai sejarah negara China moden ialah pada penghujung abad ke-19, kerajaan China masa itu adalah Dinasti Qing mengalami kekalahan teruk dalam peperangan dengan Jepun. Kemudian menjelang abad ke-20, China mengalami kekacauan dan revolusi nasionalisme sehingga membawa kepada peperangan. Dinasti Qing pada ketika itu semakin lemah. Pemimpin Revolusi China, Dr Sun Yat Sen mendesak agar Dinasti Qing dibubarkan namun gagal. Beberapa perang meletus hingga membawa kepada pembuburan Dinasti Qing oleh pemimpinnya sendiri iaitu Maharani Dowager Cixi pada 1912.

Dr. Sun Yat Sen dianggap sebagai wira China dan menubuh Republik China dan menjadi Presiden pertama tetapi kemudian meletak jawatan sejurus selepas pembubaran Dinasti Qing. Selepas itu, China kembali bergolak berikutan penentangan tentera Qing. Beliau kemudian meninggal dunia pada 1926. Pimpinannya dalam parti Kuomintang (KMT) diganti oleh Chiang Kai Shek.


Dr. Sun Yat Sen, tokoh yang bertanggungjawab menjatuhkan Dinasti Qing dan menubuhkan Republik China.

Mengenai Chiang Kai Shek, beliau merupakan pengganti Dr. Sun Yat Sen dan memimpin parti Kuomintang menentang Parti Komunis China (CPC) pimpinan Mao Zedong yang mula menguasai negara. Namun pada 1937, parti KMT dan CPC berdamai dan bekerjasama menentang kemaraan Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, satu usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan diantara KMT dan CPC dijalankan dan gagal. Perang Saudara meletus sekali lagi dan CPC berjaya menguasai China manakala KMT terpaksa berundur ke pulau yang dikenali sebagai Taiwan.

Chiang Kai-Shek, pengasas negara Taiwan.

Sejak kekalahan di tanah besar China, Chiang Kai Shek dan tentera KMT (lebih dikenali sebagai tentera nasionalis China) berundur ke sebuah pulau yang dikenali sebagai Taiwan. Beliau kemudian mengasaskan pentadbiran KMT di Taiwan dengan menamakan sebagai Republik China (tanah besar China dibawah CRC dikenali sebagai Republik Rakyat China). Beliau kemudian berusaha untuk menawan kembali China tetapi gagal. Setelah 26 tahun memerintah Taiwan, beliau telah meninggal dunia pada 1975.

Seorang lagi tokoh yang penulis ketahui ialah Mao Zedong. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pengerusi Mao mengetuai Parti Komunis China dan menubuhkan Republik Rakyat China pada 1949 dan mentadbirnya sehingga kematian beliau pada 1976. Penulis teringat satu peristiwa dimana Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak melawat China dan bertemu Pengerusi Mao sekali menjalin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pengerusi Mao bersalaman dengan Tun Abdul Razak pada 1974.

Ramai lagi tokoh2 China yang penulis ketahui, Yuan Shikai, Huang Xing, Xiao Enlai, Deng Xiaoping dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka terdiri dari pemimpin2 CPC.

Wednesday, February 6, 2013

55 tahun selepas Tragedi Munich






6 Februari 1958, tarikh yang sentiasa diingati oleh peminat2 Manchester United dan warga Eropah. Tarikh di mana pasukan Manchester United mengalami kemalangan ketika berlepas di Munich, German. Kemalangan tersebut telah meragut 23 nyawa, termasuk 8 pemain United ketika itu yang digelar sebagai Busby Babes. Ketika itu, pasukan tersebut dalam perjalanan pulang ke Manchester setelah bermain di Yugoslavia menentang Red Star Belgrade dengan kemenangan agreget 5-4.

Selepas tragedi tersebut, Manchester United bergelut dengan masalah kekurangan pemain berpengalaman tetapi hasil usaha pengurus ketika itu, Sir Matt Busby berjaya membina semula pasukannya. Kemuncaknya pada 1968, United telah menjadi kelab England pertama yang memenangi Piala Eropah setelah menewaskan Benfica, 4-1.

Kini, setelah 55 tahun tragedi berlaku, United kini merupakan salah sebuah kelab yang paling berjaya di dunia. Dalam Liga Perdana Inggeris, United kini mendahului dengan kelebihan 9 mata berbanding juara bertahan, Manchester City.

Penulis sebenarnya tidak sabar menunggu perlawanan antara United dengan Real Madrid dalam perlawanan 16 pasukan Liga Juara-Juara UEFA.