Followers

Friday, March 29, 2013

Cristiano Ronaldo dan Khabar Angin

Sejak akhir-akhir, ramai yang menceritakan tentang pemain sensasi Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan kaitannya dengan Islam. Baru-baru ini, CR7 dikatakan enggan menukar pakaiannya dengan pemain Israel selepas tamat perlawanan antara Israel dan Portugal yang berkesudahan seri 3-3.

Gambar ini yang mengatakan CR7 enggan menukar pakaiannya dengan pemain Israel.

Penulis mungkin tidak tahu sama ada betul ke tidak CR7 enggan berbuat demikian, tetapi apa yang berlaku di dalam gambar dan video (yg berkaitan dgn gmbr ini), pemain yang memegang jersi Israel tu bukannya pemain Israel, tetapi pemain Portugal yang baru sahaja menukar pakaiannya dengan pemain Israel. Kenapa? Seluar pemain tersebut berwarna merah, sedangkan pemain Israel memakai serba putih dengan corak biru (sempena warna bendera). Takkanlah selepas perlawanan, baju dan seluar nak ditukarkan?? Mengenai kenyataan CR7 terhadap persoalan media Al-Jazeera, penulis masih tidak dapat mencari sumbernya.

Selain itu, gambar CR7 dikatakan memegang frame yang bergambarkan Kalimah Syahadah dapat disangkalkan. Sebaliknya gambar yang sebenarnya adalah gambar beliau ketika bermain.

Gambar yang diedit (kiri) dan yang asli (kanan).

Di Facebook, terdapat post2 yang mengatakan CR7 mula menghafal surah Al-Fatihah melalui Mesut Ozil (pemain Real dan German yang beragama Islam). Penulis bukannya nak menyangkal tapi jangan terlalu percaya sebab ada kalanya berita tersebut diolah untuk mempermainkan orang Islam. 

Namun begitu, penulis baru saja menjumpai beberapa link yang menyatakan CR7 menyumbang sumbangan kepada Palestine :
Dan sebenarnya banyak lagi. Walau apa pun, CR7 sememangnya seorang penderma. Kita tidak boleh menafikan kerana banyak sumbangnya terhadap kebajikan terutamanya kanak2 di seluruh dunia.Namun, kita jangan terlalu percaya dengan segala khabar angin yang kadang-kala melampau.

#Penulis masih hormat CR7 kerana beliau adalah bekas pemain Manchester United dan beliau tidak lupa diri..:D

Wednesday, March 27, 2013

Siapa kata orang Islam tak pandai uruskan negara??

Penulis terjumpa satu petikan daripada seorang professor dari Eropah yang menyatakan :

"Orang Islam tidak pandai mengurus masalah negara, mengawal keamanan dan menjaga ekonomi sesebuah negara yang diperintahnya. Sebab?? Kebanyakkan negara-negara di dunia yang mengalami kekecohan, perang saudara, konflik, dan sebagainya berlaku di negara2 Islam."

Penulis ada beberapa pandangan kepada petikan professor tersebut :

1.  Memang tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai masalah melanda di negara2 Islam tetapi kita jangan sesekali anggap bahawa negara bukan Islam tidak ada masalah. Semua negara ada masalah masing2 dan bergantung kepada keadaan politik dan ekonomi di sesebuah negara.

2.  Sejak Krisis Ekonomi Asia 1997/1998, tidak ada sebuah negara Islam yang begitu terdesak meminta bantuan dunia untuk menyelesaikan masalah kewangannya daripada bankrup. Cyprus dan Greece, kedua-duanya terletak di Eropah dan masing2 menghadapi kemungkinan bankrup sekiranya tiada dana penyelamat dari EU. Kedua-dua negara berkenaan BUKAN negara Islam.

3.  Apa yang berlaku seperti perang saudara sebagai contoh, sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih aman TETAPI keghairahan kuasa besar dunia untuk menunjukan taringnya dengan masuk campur dalam urusan sebuah negara dengan cara paksaan. Senang cerita, negara kuasa besar yang menyekat kebebasan negara lain untuk bertindak sendiri.

4.  Mungkin krisis2 yang berlaku memang banyak di negara Islam tapi tapi ingatlah, Eropah dulu bila bertelagah mengenai isu yang boleh dikatakan biasa, boleh mengakibatkan jutaan terbunuh akibat perang2 yang tidak munasabah.

5.  Istilah negara Islam hanyalah sekadar istilah saja. Mungkin sebab kenapa orang2 Islam gagal untuk mengawal, menjaga dan sebagainya negara mereka ialah dasar negara yang mementingkan bangsa dan semangat Nasionalisme. Penggunaan istilah negara Islam hanya merujuk kepada jumlah penduduk Islam yang ramai dalam negara tersebut. Tetapi, bukan semua negara Islam mengalami pelbagai masalah, terdapat juga negara Islam yang cemerlang dari segi politik dan ekonomi (jauh lagi cemerlang dari negara2 maju)

Kesimpulan, siapa kata orang Islam tak pandai menguruskan negaranya sendiri. Bergantung kepada keadaan dan orang bukan Islam tidak semestinya pandai mentadbir negaranya sendiri. Dan kepada orang Islam sendiri, jangan terlalu berkuasa sangat...:D

Tuesday, March 19, 2013

"The Men Who Built Malaysia"

Penulis menonton sebuah dokumentari di History Channel yang bertajuk "The Men Who Built America" yang membincangkan tentang pembangunan Amerika Syarikat. Antara tokoh2 yang bertanggungjawab "membina" Amerika dari segi pembangunan dan sains teknologi ialah J P Morgan, Thomas Edison, Alexander Graham Bell, John D Rockefeller, Andrew Carnegie dan banyak lagi yang menyaksi Amerika kini negara paling berkuasa di dunia.

Tetapi mengenai Malaysia, penulis termenung. Siapakah "The Men Who Build Malaysia"??


Kalau difikirkan siapa yang "membina" negara kita, memang ramai tetapi penulis merasakan pada pasca kemerdekaan negara kita, ramai dikalangan mereka adalah orang Cina. Malah sebelum merdeka lagi, ekonomi negara yang dipelopori oleh British juga melibatkan orang Cina. Sebagai contoh, orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur ialah orang Cina, iaitu Yap Ah Loy. Selain KL, Ampang, Taiping, dan beberapa bandar moden yang lain.

Selain itu, pembangunan sektor kewangan, sektor automobil, sektor industri di negara kita dimulakan oleh kaum Cina. Banyak syarikat2 Cina yang muncul selepas kedatangan British. Hampir kesemua syarikat2 tersebut bertumpu di bandar2 besar. Malah, perkhidmatan kesihatan, pos, telekomunikasi kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina sebelum penjajah British ambil alih kemudiannya.

Kadar pembangunan di negara kita sejajar dengan negara-negara lain di barat akibat kedatangan British. Tetapi malangnya, kebanyakan orang Melayu tidak menikmati hasil pembangunan ketika era British akibat dasar British. Sebab itu, orang Melayu jarang membantu melibatkan diri dalam politik dan hanya bertumpu kepada politik.

Dato' Wan Mohammad Saman Wan Ismail

Namun, terdapat juga orang Melayu yang turut "membina" negara kita. Sebagai contoh, salah satu kejayaan menakjubkan dalam sejarah infrastruktur Melayu ialah pembinaan Terusan Wan Mat Saman yang terletak di Kedah. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Dato' Wan Muhammad Saman Wan Ismail iaitu Perdana Menteri Kedah (kini dikenali sbg Menteri Besar)  pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Syah (1854-1879), Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Syah II (1879-1881) dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881-1943). Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada 1885-1886 merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia hingga kini.

Walaupun kebanyakkan orang Cina bertanggungjawab membangunkan negara kita, tetapi sejak merdeka, dikalangan PM kita, terdapat 2 PM yang bertanggungjawab membangunkan negara secara total iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang membangunkan orang Melayu serta FELDA yang memajukan industri Melayu hingga ke tahap antarabangsa serta Petronas yang kemudiannya menjadi salah sebuah syarikat terbesar di dunia. Kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM Malaysia pada 1981. Walaupun banyak krisis politik berlaku pada zaman beliau, beliau memperkenalkan pelbagai dasar yang secara totalnya memajukan negara. Sebagai contoh, KLCC, KLIA, Koridor Super Multimedia, pembinaan bandar raya Putrajaya dan banyak lagi.

Walau sesiapa pun yang bertanggungjawab "membina" negara kita, penulis dan seluruh warga Malaysia dapat menikmati hasil pembangunan pesat negara.

#Walau apa yang berlaku di negara kita, penulis tetap mengharapkan yang terbaik daripada PRU ke-13 nanti.


Friday, March 8, 2013

Sabah : Tuntutan yang tidak berasas

Penulis melihat beberapa sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan rakyat Filipina dan kenyataan virus dari Filipina yang dilancarkan keatas laman web negara yang menyatakan bahawa Sabah adalah kepunyaan Filipina. Betul ke?

Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu oleh kumpulan pengganas yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu menuntut agar mereka diberikan hak eksklusif untuk memerintah di Sabah. Mereka tuntut Sabah sebagai wilayah mereka dan Sultan Jamanul Kiram I dijadikan sebagai pemerintah. Tuntuntan ini berlaku kerana Sabah pernah dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Borneo Utara British mengambil alih pemerintahan di Sabah daripada Sulu pada 1888. Kemudiannya, Kesultanan Sulu tumbang apabila berperang dengan Amerika Syarikat pada 1917.

Apa yang penulis katakan, tuntutan mereka ke atas Sabah adalah tidak berasas sama sekali. Kerana Kesultanan Sulu bukan lagi sebuah kerajaan yang wujud dan berkuasa dan takhta Sultan Sulu yang masih kekal hingga hari ini hanyalah sebagai simbol sahaja yang tidak bermakna apa-apa. Kalau dulu, Filipina pernah melakukan perkara yang sama ketika penubuhan Malaysia dahulu tetapi pada 1989, Kerajaan Filipina tidak lagi menuntut wilayah Sabah.

Penulis boleh katakan bahawa tindakan mereka adalah SIA-SIA. Kalau difikirkan dengan tindakan mereka ke atas Sabah:
  • Waris takhta Kerajaan Rom boleh menuntut seluruh Eropah kerana Eropah pernah menjadi sebahagian daripadanya.
  • Kerajaan Johor boleh menuntut kembali bekas tanah jajahan di Sumatera, Indonesia kerana tiada sebarang perjanjian rasmi yang mengakibatkan Kerajaan Johor hilang kesemua bekas wilayahnya (kecuali Singapura menerusi Perjanjian 1819 antara Johor dengan British)
  • Kerajaan Brunei boleh menuntut sebahagian besar Filipina (termasuk Manila) kerana pada suatu ketika dahulu, kesemua kawasan tersebut pernah menjadi sebahagian daripada empayar Brunei.
  • Waris takhta Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah boleh menuntut kembali kawasan Balkan dan beberapa negara yang pernah menjadi sebahagian daripada empayanya (Greece, Cyprus, Armenia, Azerbaijan, Bosnia, Austria, Serbia, Slovenia,Republik Czech dan lain-lain)
  • Kerajaan Sepanyol boleh menuntut beberapa kawasan di Amerika Selatan kerana pelbagai persamaan seperti bahasa dan agama dan pernah menjadi sebahagian daripada wilayah empayar Sepanyol. 
Kelima-lima perkara di atas adalah contoh tindakan (sekiranya berlaku) yang dikatakan sama seperti Kesultanan Sulu ke atas Sabah. Adakah patut berlaku? Oleh sebab itu, tuntutan mereka TIDAK BERASAS.

 #Tahniah diucapkan keatas ATM dan PDRM keatas kejayaan Ops Daulat.

Thursday, March 7, 2013

Hugo Chavez - Meninggalnya seorang legasi



 Hugo Chavez ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB
 
6 Mac 2013, sebaik sahaja Manchester United tewas dalam perlawanan UEFA menentang Real Madrid, penulis terkejut apabila mendapat berita mengenai kematian Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Beliau antara pemimpin dunia yang penulis kagum kerana ketegasannya terhadap dunia terutamanya dasar luar Amerika Syarikat yang dianggap beliau sebagai kuasa jahat dunia.

Beliau antara pemimpin yang lantang mengkritik dan mengutuk Amerika Syarikat dalam pelbagai isu serta menjalinkan hubungan dengan negara yang dianggap sebagai musuh Amerika seperti Iran, Syria, Cuba dan lain-lain lagi. Beliau juga antara pemimpin yang popular dikalangan rakyatnya dan di rantau Amerika Selatan melalui dasarnya yang dikenali sebagai dasar Bolivarian. 

Hugo Chavez bersalaman dengan Mahmoud Abbas ketika lawatan Presiden Palestine itu ke Venezuela.

Ketika Israel menyerang Gaza pada 2008-2009 lalu, Venezuela merupakan negara pertama yang mengutuk Israel dan kemudiannya memanggil balik dutanya di Tel Aviv. Tindakan Chavez menyebabkan rakyat Palestine menyanjung beliau. Chavez juga pernah mengunjung ke Damsyik dan bertemu dengan Bashar Al-Assad serta melawat Muammar Gaddafi di Libya sebelum perang saudara meletus.

Bagi penulis, beliau antara pemimpin yang patut kita hormat bukan saja ketegasannya terhadap AS tetapi sikapnya yang sentiasa ceria serta kepimpinannya yang sentiasa mementingkan rakyat. Semoga pengganti beliau meneruskan dasar2nya sedia ada...