Followers

Saturday, April 20, 2013

Boston dan negara2 Islam bergolak. Mana OIC???

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan peristiwa bom di Boston, AS ketika acara Boston Marathon sedang dijalankan. Setakat ini, 3 orang terbunuh dan 170++ orang cedera. Kerajaan AS berusaha untuk menjalankan siasatan berkaitan dalang disebalik pengeboman ini. Di seluruh dunia, ramai yang menyampaikan ucapan takziah termasuk para pemimpin dunia. "#Pray4Boston" mula menjadi trending di media sosial. **(Penulis juga ingin mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian tersebut)** Tetapi apa yang menjengkelkan apabila dunia (terutamanya umat Islam) seakan2 terlupa dengan apa yang berlaku saban hari di negara2 Islam yang bergolak. Bom sana sini, ratusan hingga ribuan mangsa terbunuh tapi dunia tidak mengendahkan termasuk kita.

Bukan niat penulis untuk menghina mangsa2 di Boston tapi lihatlah, dunia seakan-akan terkejut dengan peristiwa pengeboman di Boston sedangkan di Iraq, Syria, Pakistan dan mana2 lagi, bom meletup dan membunuh orang setiap hari tapi tiada sebarang usaha untuk menyelesaikannya.


Di sini penulis menunjukan beberapa kawasan umat Islam yang sentiasa dikacau-bilau dan kematian tragis :

1. Chechnya, Rusia
Tentera Rusia berkawal di salah sebuah bandar utama di Chechnya ketika krisis masih meruncing. Ramai warga Islam di sana menjadi mangsa akibat perang dengan Rusia. Walaupun kini, usaha perdamaian semakin berjalan lancar, warga Islam Chechnya masih menderita akibat tindakan Rusia.


2. Wilayah Xinjiang, Timur China (Kawasan majoriti umat Islam)

Keganasan etnik berlaku di sana yang melibatkan kaum Islam China dan bukan Islam. Akibatnya, kerajaan China mengarahkan masjid2 ditutup dan umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat. Walaupun kini larangan tersebut ditarik balik dan masjid dibuka semula, umat Islam China masih dihantui dengan ketegangan etnik dengan kaum lain. 


3. Pakistan
Walaupun Pakistan mempunyai sebuah kerajaan yang berdaulat, masalah dalaman masih berlaku sehinggakan peristiwa bom berlaku hampir diseluruh negara akibat penglibatan Al-Qaeda, Taliban dan campur tangan AS di sana. Hingga kini, tanda2 berakhirnya kejadian tersebut seakan-akan tidak wujud kerana tidak ada sebarang penyelesaian serius dikalangan pemimpin2 Pakistan.


4. Rohingya, Myammar
Rakyat Myammar tidak mengiktiraf kewujudan masyarakat Islam Rohingya di sana dan bertindak kejam ke atas mereka dengan menjalankan pembersihan etnik oleh masyarakat Buddha di sana. Walaupun OIC telah menghantar pemerhati ke sana, namun tidak ada sebarang usaha untuk menamatkan krisis ini. Ribuan warga Islam Rohingya telah berusaha melarikan diri ke negara2 lain.


5. Iraq
Selepas perang berakhir, Iraq mengalami konflik antara masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan masyarakat Syiah yang masing2 melancarkan siri pengeboman tanpa henti2. Walaupun masih terdapat tentera AS disana, tetapi peranan mereka hanyalah sekadar kata2. Tiada penyelesaian yang kukuh hingga sekarang.


6. Syria
Hingga kini, seramai 70,000++ rakyat Syria yang terbunuh akibat perang saudara diantara kerajaan Bashar Al-Assad dan FSA yang masih tak henti2 bertempur. Walaupun kadar kematian terlalu besar, Liga Arab, OIC mahupun PBB tidak berkata apa2.


7. Palestine (Semenanjung Gaza dan Tebing Barat)
Gaza lebih teruk kalau dibandingkan dengan Tebing Barat tetapi nasib kesemua rakyat Palestine masih tidak menentu. Saban hari, Israel membunuh warga Palestine tak kira dari kanak2, wanita hinggalan warga emas. Walaupun pemimpin2 Palestine berusaha mencari jalan pendamaian dengan Israel, ianya tidak bermakna Israel akan menghentikan pembunuhannya. 

Kesemua tempat2 yang penulis maksudkan masih belum menikmati keamanan sepenuhnya. Dan bukan sekadar ini sahaja, malah terdapat banyak lagi umat Islam terseksa di seluruh dunia. OIC, Pertubuhan Kerjasama Islam yang berperanan untuk melindungi kepentingan Islam dan umatnya, seakan-akan hanya sebuah hiasan yang menunjukkan bahawa Islam itu ada di dunia.
Logo OIC yang terbaru.

Sekiranya terdapat satu peristiwa di negara Barat (atau bukan negara Islam khususnya) suatu jalan penyelesaian akan dijalankan dengan segera dan efisyen dengan bantuan badan dunia (ASEAN/EU/NATO/PBB). Tetapi sebaliknya di negara2 Islam yang bermasalah, tidak ada usaha untuk menyelesaikannya walaupun terdapat satu badan dunia Islam yang hanya sekadar melihat. Dimanakah peranan sebenar OIC yang ditubuhkan pada 1969 itu?

Penulis merasakan jawapan kepada persoalan itu tadi harus dijawab oleh generasi Islam yang baru.

Friday, April 19, 2013

Margaret Thatcher - Hilangnya "Iron Lady"

Penulis harap masih belum terlambat untuk membicarakan tentang tokoh politik dunia yang baru sahaja meninggal dunia, Margaret Thatcher.

Margaret Hilda Thatcher,wanita pertama yg menjadi PM Britain dari 1979-1990.

Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi PM Britain pada 1979 dan menyaksikan pelbagai perubahan dalam negaranya. Tetapi dunia lebih mengetahui peranannya dalam Perang Falkland 1982 antara Britain dengan Argentina. yang menyaksikan popularitinya meningkat sebaik sahaja Britain berjaya menawan kembali Pulau Falkland yang sebelum ini dikuasai Tentera Argentina.

Penentang2 Thatcher ketika majlis pengkebumiannya.

Tetapi, kebanyakkan dasar2 beliau ditentang oleh sebahagian rakyatnya. Personalitinya yang tegas menyebabkan ramai termasuk menterinya sendiri tidak menyukainya sehingga membawa kearah kejatuhannya pada 1990. Namun, beliau dihormati dikalangan para pemimpin dunia terutamanya AS kerana peranannya menamatkan Perang Dingin. Para pemimpin Kesatuan Soviet menggelarkan beliau sebagai wanita besi atau "the Iron Lady". 
 
Keranda Thatcher dibawa ke majlis pengkebumiannya.
 
8 April 2013, beliau telah meninggal dunia akibat strok. Peninggalan beliau mengejutkan ramai pihak tetapi tidak bagi sebahagian besar penentang2nya. Rata2 rakyat Britain ada yang sedih dan gembira tetapi banyak badan2 di UK tidak mahu menghormati peninggalan beliau seperti Barclays Premier League dan Football League yang tidak akan menjalankan upacara takafur di semua perlawanannya untuk menjaga kepentingan peminatnya. Malah kebanyakkan industri2 di Britain turut melakukan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, beliau tetap dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak sebagai tokoh politik yang terkemuka.


Sunday, April 14, 2013

Keadaan di Korea : Utara vs Selatan

Sejak kebelakangan ini, dunia dikejutkan apabila krisis di Korea semakin hangat. Korea Utara mula mempersiapkan angkatan tenteranya dengan meletakkan peluru berpandu ke pantai timur Korea Utara sebagai tanda persiapan untuk dilancarkan ke AS.

Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara yang bakal melancarkan perang keatas jirannya di selatan dan AS.

Sejak 2010, ketegangan kedua2 negara semakin memuncak apabila Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan bersama AS baru-baru ini. Korea Utara menentang latihan tersebut kerana mereka menganggap kedua2 negara menjalankan latihan untuk menawan negara tersebut. Pada masa yang sama, Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik (ICBM) yang mengakibatkan negara2 jiran mengutuk ujian tersebut.

 Tentera Udara AS menjalankan latihan pengeboman di Korea.

Tentera Laut Korea Selatan melancarkan misil sebagai latihan peperangan.

Sejak Perang Korea berakhir pada 1953, kedua2 negara berjiran ini tidak pernah mengadakan perjanjian damai walaupun pelbagai bantuan telah dihantar oleh Korea Selatan ke utara. Akibat perbezaan idealogi, Utara mengamalkan dasar Komunis manakala Selatan mengamalkan sistem demokrasi, kedua2 tidak mahu mengalah dalam usaha untuk meluaskan pengaruh masing2. Korea Utara yang sebelum ini disokong kuat oleh bekas sekutunya iaitu Kesatuan Soviet (USSR) kini bergantung sepenuhnya kepada China yang semakin menjauhi prinsip komunisnya itu sejak kejatuhan Soviet pada 1991. Korea Selatan pula sentiasa disokong AS dan Eropah sejak tamat Perang Dunia Kedua lagi.

Keadaan geopolitik sekarang lebih memihak kepada Korea Selatan berbanding Korea Utara kerana Korea Utara sering ditekan oleh sekutunya, China yang sentiasa berpendirian tegas dalam isu ini untuk memelihara kepentingannya dengan AS. Sekiranya perang benar2 dilancarkan Korea Utara, tindakan ini akan memakan diri mereka sendiri. 

Penulis yakin dengan pendapat penulis, bahawa sekiranya Korea Utara melancarkan perang, lama-kelamaan Korea Selatan dan AS akan memenangi dalam peperangan tersebut kerana kelebihan geopolitik. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa sepanjang perang berlaku, Seoul akan mengalami kemusnahan teruk berbanding Pyongyang kerana pelbagai senjata dan aset tentera diletakan di sempadan sebagai persediaan menyerang Seoul yang hanya kurang 250 km dari sempadan KU-KS. Tetapi kesan peperangan amatlah besar kerana kemungkinan besar penggunaan nuklear dalam perang tersebut mungkin berlaku.

Walau apa pun, ini hanyalah pendapat penulis mengenai situasi sekarang di Semenanjung Korea. Kita berharap agar segala penyelesaian dapat dijalankan demi keamanan dunia sekarang.