Followers

Saturday, July 6, 2013

Presiden Morsi digulingkan - Mengejutkan dan kecewa.

Pagi tadi, penulis telah menerima satu mesej dari sahabat mengenai situasi di Mesir. Tapi kali ini mesej agak mengejutkan dimana Presiden Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera. Penulis amat terkejut tetapi pada masa yang sama, kecewa kerana amalan demokrasi yang diamalkan disana telah dinafikan.

Presiden Morsi, beberapa hari sebelum digulingkan.

Sejak akhir2 ini, ketegangan di Mesir semakin parah apabila perhimpunan dan rusuhan semakin menjadi-jadi diantara penyokong Morsi dan golongan liberal yang menentang golongan agama. Tetapi penulis amat kecewa kerana Mohamed Morsi merupakan presiden yang dilantik melalui saluran demokrasi yang betul telah digulingkan oleh pihak tentera yang langsung tidak ambil peduli tentang suara rakyat.

Bagi penulis, amalan demokrasi di Mesir adalah masih baru berikutan berpuluhan tahun mengamalkan pemerintan diktator. Pihak yang kalah dalam pilihan raya presiden Mesir yang lalu, tak puas hati dengan kekalahan mereka, mengadakan perhimpunan menentang keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Morsi. Inilah yang dikatakan amalan demokrasi di sana masih lemah.

Tetapi, penulis sentiasa berdoa dan mengharapkan agar keadaan di Mesir kembali aman dan pemerintahan kembali ke tangan Ikhwanul Muslimin.