Followers

Sunday, August 18, 2013

Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood)

Seorang sahabat telah memohon penulis untuk menerangkan dan menjelaskan apakah itu Ikhwanul Muslimin yang kini menjadi perkara yang disebut2 dalam media dan orang ramai berikutan krisis yang berlaku di Mesir sekarang.

Lambang/logo Ikhwanul Muslimin yang terbaru.

Apakah yang kita tahu mengenai pertubuhan Islam ini? Penulis sendiri mengaku walaupun berbulan-bulan menyelidik mengenainya, masih banyak lagi perkara yang masih belum diketahui. Tetapi dalam masa yang ada dengan sedikit info, penulis akan menerangkan juga,

Al-Ikhwan Al-Muslimun, sebuah pergerakan Islam telah ditubuhkan pada 1928 oleh seorang tokoh cendikiawan Islam, Hassan Al-Banna di Mesir. Matlamat pergerakan Ikhwanul Muslimin adalah menegakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum utama dalam kehidupan umat Islam. Matlamat dan perjuangannya telah mempengaruhi gerakan2 Islam yang lain bersatu melalui prisipnya "model aktivis politik dan kebajikan Islam".

Hassan Al-Banna, salah seorang tokoh politik Islam yang berpengaruh dalam abad ke 20

Sejak penubuhannya, Ikhwanul Muslimin (IM) sentiasa menghadapi tekanan dari Britain dan kerajaan Mesir yang mengamalkan dasar sekular. Pada 1949, Hassan Al-Banna telah ditembak dan syahid tetapi IM tetap bertahan meskipun menghadapi pelbagai tekanan dari kerajaan Mesir. Sebagai contoh pada 1951, ibu pejabat IM telah dimusnahkan walaupun IM menyokong Presiden baru Mesir masa tu, Gamel Abdul Nasser.

Selain Mesir, IM telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia Arab terutamanya di Palestine. IM di Palestine kemudian membentuk Fatah pada 1950an untuk membela nasib rakyat Palestine ketika itu. Namun, IM di negara2 Arab lain juga mengalami nasib yang sama seperti IM di Mesir. Sebagai contoh pada 1982 di Syria, tentera Syria telah mengepung bandar Hama yang menempatkan ahli2 IM yang menentang pemerintahan parti Baath dan melakukan kekejaman dengan membunuh umat Islam yang kebanyakkannya ahli IM Syria. 

Sejak dari dulu hingga kini, IM sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan apabila dituduh terlibat dalam konspirasi pembunuhan beberapa pemimpin utama Mesir sehinggakan IM pernah disenaraikan dalam Senarai Pengganas AS sebelum dikeluarkan beberapa tahun kemudian. Selain itu, IM dituduh mempunyai niat menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunannya sejak dulu lagi.

Pada 1970-1980an, IM mengurangkan aktiviti politiknya setelah mengalami pelbagai tekanan dari dalam mahupun luar dan kembali semula ke arena politik dunia Arab dan berkerjasama dengan saki baki gerakan Islam Palestine yang berpecah dari Fatah untuk menubuhkan HAMAS pada 1987. Fatah pada masa tu tidak lagi mengamalkan matlamat asal (matlamat utama IM) dan lebih kepada matlamat nasionalisme.

Tetapi apa yang penulis bangga katakan ialah, walaupun sepanjang 85 tahun penubuhannya,  IM mengalami pelbagai dugaan, ujian dan tekanan, pergerakan tersebut masih bertahan hingga ke hari ini dan penulis amat yakin IM akan terus kekal utuh walaupun apa yang kita saksikan sekarang IM bakal diharamkan oleh pihak tentera. InsyaAllah IM dan khususnya umat Islam Mesir akan mencapai kemenangan di sana nanti.

**Sentiasa berdoa dan insyaAllah, kemenangan itu pasti.
#PrayForEgypt 
#PrayForIM
#PrayForIslam

Friday, August 16, 2013

Mesir - Suara yang dibisukan dunia.

Keadaan di Mesir semakin parah dan paling menyedihkan. Penulis baru menyedari melalui media yang mengatakan lebih 2000 rakyat Mesir (penyokong IM dan Morsi) terbunuh akibat serangan tentera Mesir keatas para penyokong IM dan Morsi.

Krisis yang bermula sejak 2010, pihak tentera sekali lagi melakukan kekejaman tetapi pada kali ini, penyokong IM dan Morsi yang menjadi mangsa. Ada yang mengatakan krisis kali ini lebih dahsyat. Akhbar-akhbar disana kebanyakkannya menghentam IM dan menyokong tindakan tentera.

Untuk pengetahuan semua, Mesir merupakan negara terpenting dalam Dunia Arab. Setakat beberapa hari penulis memerhatikan, tiada sebarang negara Arab mahupun negara Islam menyuarakan pandangan mereka secara tegas terhadap krisis yang berlaku di Mesir setakat. Suara Presiden AS, Barack Obama yang mengutuk keras tindakan tentera Mesir tu adalah sekadar menjalankan tugas sebagai orang paling berkuasa di bumi.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia setakat ini mengarahkan semua rakyat Malaysia kembali ke tanah air. Namun tiada arahan mengenai duta mahupun kenyataan rasmi Wisma Putra mengenai hubungan diplomatik dengan Mesir. Baru-baru ini, PAS dan beberapa NGO Islam telah mengadakan perhimpunan aman yang bermula di Ampang Point hingga Kedutaan Mesir bagi membantah tindakan tentera Mesir keatas rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Penulis harapkan adalah tindakan masyarakat antarabangsa khususnya PBB dan OIC mahupun Liga Arab yang masih berdiam diri. Sebelum ini, krisis di Syria juga menyaksikan badan- badan dunia hanya sekadar mengutuk dan memerhati. Sampai bila dunia lebih2 lagi dunia Islam hanya sekadar memerhati saudara seagama kita meninggal tanpa belas kesihatan.

**Teruskan berdoa untuk saudara2 kita di sana.InsyaAllah Ikhwanul Muslimin dan ISLAM akan menang satu hari nanti.