Followers

Monday, May 5, 2014

Obama lawat Malaysia - Antara realiti dan disebaliknya.






26 April yang lalu, Presiden AS melawat Malaysia seperti mana yang kita semua, mungkin satu dunia tahu mengenainya. Dalam sejarah, kali terakhir pemimpin AS lawat sini adalah Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

Seperti keadaan yang melanda sekarang, penulis sudah jangka yang lawatan Obama ke Malaysia ini telah mendapat tentangan hebat dari sebilangan pihak yang anti-Amerika. Apa yang boleh penulis katakan, setiap kali pemimpin AS melawat sesebuah negara, mesti ada rakyat negara yang dilawati menentangnya. Senang cerita, sudah menjadi lumrah bagi pemimpin AS.

Kalau dulu, ketika Presiden LBJ lawat negara kita dulu pada 1966, apa yang ditulis, direkod dalam akhbar tempatan adalah kerjasana AS-Malaysia untuk membangunkan negara kita. Memang benar apabila AS menghantar syarikat2nya memajukan ekonomi negara serta menghantar tenaga pengajar untuk mengajar bahasa Inggeris. Tetapi apa yang kita perlu tahu, sebenarnya AS memerlukan bantuan dan sokongan negara kita dari segi politik dan ekonomi untuk mengatasi pengaruh Komunis (pengaruh Soviet dan China) masa itu. Ketika itu, AS sedang berperang di Vietnam dan memerlukan sokongan negara2 ASEAN untuk lawan pengaruh Komunis.

Kali ini, apa yang kita saksikan di media massa tempatan adalah kedatangan Obama di Malaysia adalah untuk membincangkan tentang perjanjian ekonomi antara kedua2 belah pihak dan tentang isu MH370.

Di sini, apakah yang dimaksudkan dgn isu MH370?

Dalam media mengatakan bahawa Obama membincangkan tentang langkah-langkah dalam usaha mencari pesawat tersebut.Penggunaan aset milik Tentera AS, isu kewangan dan nasihat turut dibincangkan dalam perbincangan tersebut. Menurut beberapa pihak atau cerita dari sumber yang pelbagai, kedatangan Obama adalah untuk menyelesaikan masalah pesawat tersebut. Ada yang kata, memberi bantuan sekiranya China mengugut Malaysia. Tetapi apa yang pasti, mesti ada yang tersirat disebalik semua ini.

Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya tetapi biarlah kita sama2 berdoa agar isu pesawat MH370 diselesaikan dan negara kita sentiasa aman dengan izin Allah swt.