Followers

Sunday, November 1, 2015

Emosi Boneka - Buku Yang Lebih Dari Sekadar Buku



 “Tajuknya sahaja kelihatan indie,
Namun dalam buku ini ada hati,
Mohon dijaga ia sebaik-baik peribadi.”

            Sebuah buku yang berharga RM 30 tetapi isi kandungannya adalah tidak ternilai. Saya tertarik dengan satu buku yang dihasilkan oleh rakan seperjuangan dari fakulti yang sama tapi lain jurusan, yakni jurusan Sains Politik. Penulis buku ini bukan seorang yang biasa-biasa tapi seseorang yang mempunyai niat dan azam yang tinggi untuk mengubah dirinya serta orang lain melalui hasil karyanya dalam bukunya yang bertajuk Emosi Boneka. Memandangkan penulis buku bertanyakan tentang komen dan pendapat saya, saya akan memberikan ulasan mengenai hasil karyanya yang membuatkan saya speechless selama seminggu selepas memperoleh buku tersebut. 




            Sepanjang saya membeli atau membaca buku, hampir kesemuanya berdasarkan pengetahuan, fakta, pengalaman, pendapat, kreativiti atau biografi. Tapi Emosi Boneka antara buku yang jarang (lain dari lain, mungkin kali pertama baca dan sebagainya) saya pernah baca. Jarang? Jarang sebab isi buku tersebut lebih kepada hati seseorang. Sebenarnya penulis buku ini adalah seorang wanita dan isi buku EB ini lebih ditujukan kepada para wanita khususnya tapi sesuai dibaca untuk semua.  Kembali pada point tadi, isi kandungan EB ini menceritakan bagaimana luahan seseorang untuk mengenali Penciptanya dan bagaimana isi buku mengajak para pembaca untuk sama-sama mengenali dan kembali kepada Pencipta yakni Allah swt.

            Terbahagi kepada 3 bahagian apa yang boleh saya perkatakan dan bahagikan iaitu kata-kata hikmah, luahan hati dan kisah ringkas yang mampu mengajar para pembaca mengenai nilai-nilai kebaikkan yang perlu ada dalam seseorang Muslim. Kata-kata hikmah dalam EB bukannya kata-kata yang selalu kita baca kat media sosial atau mana-mana tapi ia adalah hasil karya yang tersendiri. Senang kata, asli.  

              Almost all the content in the book is 100% based on the writer's experiences and dedication. Oh I wish this book have more pages especially on third part of the book because the story is very interesting and really gains reader's attention. For me, when I reached the last page of the book, I quite disappointed because I just want more. (Just like when you love to eat pizza, and then the pizza is finished, we always want more, right?) Of course, the last page of the book says 'Jumpa lagi, Yay or Nay", I'm gonna say "Yay" because I believe the writer have capabilities of producing another great book. 

               Lama tak berblog menggunakan bahasa Inggeris.(haha) Walau apa pun, buku yang bertajuk Emosi Boneka secara kesimpulan amat digalakkan kepada semua terutamanya bagi mereka yang ingin memulakan langkah untuk kembali pada Allah swt. Walaupun kandungan buku lebih fokus kepada wanita (Muslimah) tetapi tetap sesuai untuk bacaan umum. InsyaAllah sama-sama kita doakan agar penulis buku EB ini dapat meneruskan penulisannya untuk masa yang akan datang. :)
 

Sunday, October 25, 2015

Mahasiswa Perlu Tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

                Setiap hari, ada sahaja perkara yang berlaku dalam dunia kita mahupun dalam ataupun luar negara. Dan kebanyakkanya memberikan kesan terhadap kita semua. Dan kebanyakkan yang berlaku di dunia kita adalah keadaan politik, ekonomi dan sosial sekarang. Masalah utama bagi pendapat saya sendiri adalah kebanyakkan mahasiswa mengambil sikap tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku di luar kampus sekarang. Ada yang berkata bahawa itu bukan urusan mereka, bukan masalah mereka malah bukan tanggungjawab mereka.

                Ini sangat membimbangkan. Macam mana seseorang yang dalam proses menjadi seseorang yang berguna pada dunia, negara dan masyarakat, mengambil sikap tidak peduli tentang dunia, negara dan masyarakat? Kelakar bukan? Satu contoh yang saya dapat kongsikan adalah seorang mahasiswa yang mengambil jurusan politik tetapi tidak mahu mengambil tahu tentang keadaan politik di luar kampus. Apa yang saya tahu sebagai seorang mahasiswa Fakulti Sains Sosial di UNIMAS ni adalah untuk memudahkan kita memahami sesuatu perkara, kita kena lihat dunia yang berlaku atau sejarah sesebuah perkara. Pensyarah saya sentiasa mengingatkan untuk melihat dan memerhatikan apa yang berlaku di dunia untuk memahami sesuatu perkara yang diajar.

                Mahasiswa perlu tahu apa yang berlaku disekeliling mereka mengikut jurusan yang mereka ambil. Bukannya untuk membuang masa dengan perkara yang tiada termasuk dengan pembelajaran kita tapi sekurang-kurangnya cukup sekadar kita tahu apa cabaran yang kita akan hadapi nanti selepas bergraduasi kelak. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu menahu. Sebab sikap katak di bawah tempurung ni ada kalanya akan membawa padah. Satu contoh yang saya boleh kaitkan dengan tajuk di atas adalah kekalahan gabungan tentera Arab kepada Israel dalam Perang 6 Hari pada 1967.  Gabungan Tentera Arab yang mempunyai kekuatan tentera yang besar berbanding tentera Israel tidak mahu mengambil tahu tentang kekuatan serta taktik tentera Israel ketika itu kerana mereka yakin dengan kemampuan mereka untuk menghancurkan Israel. Tetapi mereka silap kerana taktik serangan mengejut tentera Israel telah memusnahkan segala kekuatan tentera Arab dalam masa 6 hari sahaja.

                Akhir kata, Allah swt telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi. Jadi bukalah mata kita seluas mungkin. Bukalah minda kita. Ada banyak lagi isi dunia yang masih kita tak tahu. Bumi Allah ni luas, ada yang masih belum diterokai lagi. Ilmu Allah swt bukan sahaja terletak di paparan powerpoint dalam kelas atau dalam buku-buku di perpustakaan  tapi berlambak di muka bumi ciptaanNya. Jangan kita bersikap sombong dengan ciptaanNya. Moga Allah swt redha. :)

Apa Tujuan Kita Menuntut Ilmu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

                Ada satu kelas yakni Kelas Pengenalan kepada Kajian Antarabangsa atau nama formalnya Introduction to International Relations. Dan dalam satu kelas tu, pensyarah telah memainkan satu video yang menceritakan tentang zaman Islam di Sepanyol. Dan dalam satu babak video ni, menceritakan tentang dua orang pemuda yang mencari ilmu yang hilang akibat kejatuhan kerajaan Islam Cordova (yakni pada 1031M) dan dua orang pemuda ini betul-betul dahagakan ilmu. Mereka berusaha keras sepanjang hayat mereka mencari ilmu untuk dikembangkan semula. Babak itu dalam video tersebut telah memberi satu pengajaran kepada saya tentang pentingnya kita mencari ilmu.

                Kembali pada tajuk asal, apa tujuan kita belajar? Kita pergi semula ke zaman persekolahan terutamanya masa SPM dahulu. Ingatkah kita apa tujuan kita pergi sekolah dan menuntut ilmu ketika itu? Jujurlah masa tu tujuan saya di sekolah dan belajar adalah untuk mencapai keputusan “straight A+” dalam SPM walaupun hakikatnya hanya mampu capai 7A sahaja. Jadi saya terfikir ;

kenapa aku belajar kerana bilangan A?
Kenapa aku belajar bukan kerana tujuan  yang sepatutnya?

Persoalan ini masih terngiang sampai di saat saya menaip untuk post ni. Sebab selepas SPM, saya masih mempunyai tujuan yang sama ketika berada di matrikulasi dan kini di UNIMAS iaitu untuk mencapai keputusan cemerlang. Ataupun tabiat yang saya dan/atau kawan-kawan saya sering lakukan ketika belajar iaitu enjoy dulu, study last minit dan merungut susah selepas peperiksaan. 

“Orang yang tidak mencintai ilmu tidak akan dapat memperoleh kebaikan dan tidak memiliki hubungan dekat dengan ilmu itu sendiri dan pengetahuan” – Imam Syafie

                Tujuan tu sebenarnya sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Macam dalam assignment yang kita selalu buat, mesti ada objektif assignment. Tujuan ni macam hala tuju kita dalam proses melakukan sesuatu. Dalam proses menuntut ilmu merupakan satu ibadah yang wajib ke atas setiap umat Islam. Dan tujuan kita belajar dalam alam persekolahan hinggalah ke alam universiti mesti berlandaskan hasrat kita yang sebenarnya. Bukannya berlandaskan keputusan peperiksaan semata-mata. Saya setuju kalau ada yang kata bahawa tujuan kita menuntut adalah kerana Allah tapi biarlah lebih spesifik. Kita menuntut ilmu bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan niat kerana Allah. Seperti mana yang berlaku ketika Zaman Keemasan Islam yang dimulakan oleh Kerajaan Abbasiyah pada 780M.   

                Akhir kata, saya sendiri masih dalam proses memperbetulkan niat dan tujuan saya belajar di UNIMAS.  Dan jujurnya saya bukannya hebat dalam proses pembelajaran ni. Nak buat post pun kena ada tujuan kan? Jadi apa yang saya cuba kongsikan adalah untuk kesedaran diri saya sendiri dan lain-lain. Cukup-cukuplah kita selama ini hanya mengambil ringan tentang proses menuntut ilmu ni. Keluarga kita terutamanya ibu bapa kita bersusah-payah mencari rezeki untuk hantar kita ke sekolah hinggalah ke universiti. Sekurang-kurangnya tujuan kita belajar adalah untuk membalas jasa ibu bapa kita. Moga Allah redha :)

Monday, February 16, 2015

The Voice Of A Kedahan - The return of myself in Blogger.

The 5 years of "The Arman Amsyar's Story" is being replaced by a new title named "The Voice of A Kedahan".

Why Kedahan?

I was originally born and raised by my beloved parents in Kedah before moving to Malacca and Kuala Lumpur. But now, currently I live in Sarawak for at least 3 years for a degree in University Malaysia Sarawak or UNIMAS.

This is my 6th years in blogger arena and I shall be active back as the world are getting interesting day by day. Since my last post, there are too many incidents and stories in the world and my country until now. And from now on, InsyaAllah if there is a time and space, I will voice out my views and opinions through this blog.

Greetings from the editor :)