Followers

Sunday, October 25, 2015

Mahasiswa Perlu Tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

                Setiap hari, ada sahaja perkara yang berlaku dalam dunia kita mahupun dalam ataupun luar negara. Dan kebanyakkanya memberikan kesan terhadap kita semua. Dan kebanyakkan yang berlaku di dunia kita adalah keadaan politik, ekonomi dan sosial sekarang. Masalah utama bagi pendapat saya sendiri adalah kebanyakkan mahasiswa mengambil sikap tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku di luar kampus sekarang. Ada yang berkata bahawa itu bukan urusan mereka, bukan masalah mereka malah bukan tanggungjawab mereka.

                Ini sangat membimbangkan. Macam mana seseorang yang dalam proses menjadi seseorang yang berguna pada dunia, negara dan masyarakat, mengambil sikap tidak peduli tentang dunia, negara dan masyarakat? Kelakar bukan? Satu contoh yang saya dapat kongsikan adalah seorang mahasiswa yang mengambil jurusan politik tetapi tidak mahu mengambil tahu tentang keadaan politik di luar kampus. Apa yang saya tahu sebagai seorang mahasiswa Fakulti Sains Sosial di UNIMAS ni adalah untuk memudahkan kita memahami sesuatu perkara, kita kena lihat dunia yang berlaku atau sejarah sesebuah perkara. Pensyarah saya sentiasa mengingatkan untuk melihat dan memerhatikan apa yang berlaku di dunia untuk memahami sesuatu perkara yang diajar.

                Mahasiswa perlu tahu apa yang berlaku disekeliling mereka mengikut jurusan yang mereka ambil. Bukannya untuk membuang masa dengan perkara yang tiada termasuk dengan pembelajaran kita tapi sekurang-kurangnya cukup sekadar kita tahu apa cabaran yang kita akan hadapi nanti selepas bergraduasi kelak. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu menahu. Sebab sikap katak di bawah tempurung ni ada kalanya akan membawa padah. Satu contoh yang saya boleh kaitkan dengan tajuk di atas adalah kekalahan gabungan tentera Arab kepada Israel dalam Perang 6 Hari pada 1967.  Gabungan Tentera Arab yang mempunyai kekuatan tentera yang besar berbanding tentera Israel tidak mahu mengambil tahu tentang kekuatan serta taktik tentera Israel ketika itu kerana mereka yakin dengan kemampuan mereka untuk menghancurkan Israel. Tetapi mereka silap kerana taktik serangan mengejut tentera Israel telah memusnahkan segala kekuatan tentera Arab dalam masa 6 hari sahaja.

                Akhir kata, Allah swt telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi. Jadi bukalah mata kita seluas mungkin. Bukalah minda kita. Ada banyak lagi isi dunia yang masih kita tak tahu. Bumi Allah ni luas, ada yang masih belum diterokai lagi. Ilmu Allah swt bukan sahaja terletak di paparan powerpoint dalam kelas atau dalam buku-buku di perpustakaan  tapi berlambak di muka bumi ciptaanNya. Jangan kita bersikap sombong dengan ciptaanNya. Moga Allah swt redha. :)

No comments: