Followers

Monday, February 22, 2016

Capai Kemajuan Dengan Perubahan Yang Terbaik

Rata-rata ramai dikalangan kita sebagai rakyat Malaysia yang mendesak agar PM Dato' Seri Najib meletakkan jawatan. Dan ada yang mendesak agar kerajaan UMNO-Barisan Nasional digulingkan. Boleh dikatakan hampir majoriti rakyat Malaysia tidak senang dengan kerajaan hari ini. Dan saya antara dalam golongan tersebut. Betul, betul dan betul. Perubahan dalam pentadbiran negara sekarang adalah satu perkara yang penting demi kepentingan rakyat Malaysia. Mana pemimpin yang lemah, korup dan sebagainya patut diganti dengan pemimpin yang berbakat, bersih dan amanah. Tapi, perubahan dalam kerajaan dan sistem politik negara tidak memadai sekiranya kita (terutamanya Melayu !) masih ditakuk lama.

"If you wanna make the world a better place,
Take a look at yourself
Then make a change" 

Kerajaan tidak akan wujud sekiranya tiada rakyat. Dan rakyat takkan tenteram dan serabut sentiasa sekiranya tidak ada sistem kerajaan yang betul. Sama seperti perubahan dalam kerajaan dan mentaliti rakyat. Kerajaan berubah tapi rakyat tidak berubah, tidak ada makna. Begitu juga dengan sebaliknya. 

Rasanya ramai yang dikalangan warganegara sedia maklum tentang kerajaan BN kesayangan kita sejak kebelakangan ini. Isu 1MDB, RM 2.6 billion, Tabung Haji, GST, krisis politik Kedah, PAS, isu Melayu dan yang terkini tentang kemasukan 1.5 juta pekerja asing ke dalam negara dan pendapat "Ikon Belia" yang tidak munasabah antara isu-isu semasa yang boleh dikatakan memberi kesan yang ketara kepada kerajaan BN sekarang (Dan sejujurnya saya sendiri tidak menyukai kerajaan sekarang). Itu antara sebab-sebab bagi saya betapa perlunya perubahan dalam kerajaan sekarang. Saya tak setuju kalau ada yang berkata bahawa PM Najib perlu letak jawatan. Sebabnya yang naik jadi PM pun masih lagi dari parti dan gaya pemerintahan yang sama. Maka cara dan jalan yang terbaik adalah melalui Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka berlaku pada 2017/2018. Ketika itu, marilah kita sama-sama mengundi parti yang betul-betul terbaik demi kepentingan kita sebagai warganegara.
Selesai bab kerajaan. Sekarang, mentaliti dan sikap rakyat perlu berubah demi pembangunan dan kemajuan negara kita sendiri. Di media sosial, semua seronok beronok-ronok lantang kutuk, hina, troll pemimpin2 kerajaan sekarang. Akaun palsu Twitter, Facebook nama pemimpin negara makin belambak. Keyboard warrior yang mengarut. You hate the BN government, creating abusive troll pictures, fake social media accounts, said bad things about government and any freaking idiotic actions against the BN won't solve anything. Tengoklah komen-komen page berita di Facebook, bagaikan berada di medan perang antara keyboard warrior, bahasa komen yang teruk dan lain-lain tidak melambangkan sikap dan mentaliti rakyat yang bertamadun. Manakala mentaliti Melayu khususnya turut menyumbang keatas kelemahan rakyat itu sendiri. Bila ada perkara buruk berlaku, dikatakan itu agenda Cina/Yahudi untuk menguasai negara. Bila nak maju kehadapan, dikatakan tidak perlu dan bersyukur dengan apa yang ada ataupun tak payah nak ikut sangat. Saya tak sentuh lagi sesetengah pihak yang menggunakan agama, yang kini makin parah. Mentaliti sebegini boleh membunuh bangsa Melayu tu sendiri. Nak maju, berubah. Bukannya bergantung semata-mata kepada Hak Istimewa Orang Melayu.

Maaflah, orang Melayulah yang patut berubah dan maju kehadapan setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Kita semua merupakan majoriti di negara dan mempunyai kuasa politik yang terbesar. Bukan salah Orang Cina atau India tapi Melayu sendiri yang menjatuhkan maruah bangsa sendiri. Remaja sekarang sibuk bercinta, gaya hipster yang mengarut, relationship goals bagai dan hiburan yang melampau tapi bila masuk bab akademik pengetahuan dan agama Islam sendiri, malas,  kelas batal, tak nak kerja rumah, orang agama ni kolot bagai dan lain-lain. Bagaimana nak menghasilkan sebuah negara yang maju sekiranya rakyat dan kerajaan penuh dengan masalah.

Kepimpinan dalam kerajaan dan mentaliti rakyat Malaysia, dua komponen penting yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kalau salah satu saja yang berubah, mentaliti rakyat atau kerajaan sekali pun tidak memadai. Perubahan secara menyeluruh perlu dilaksanakan. Dan dalam ruangan ini saya sendiri menekankan perubahan orang Melayu kerana mereka (termasuk saya) adalah tulang belakang kestabilan negara. Saya mengambil inspirasi daripada Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua dimana semua warga Amerika bersatu dengan kepimpinan Presiden Franklin Roosevelt yang licin membawa AS menjadi kuasa dunia hingga kini. Akhir kata, "Lets Make Malaysia Great Again".

#LetsMakeMalaysiaGreatAgain
#Wawasan2020